Support My Blog

Thursday, January 26, 2023

CILI API CENTIL - BAGAIMANA KISAHNYA?

TANAMAN CILI API CENTIL
(Capsicum frutescens Linn.) adalah satu jenis tanaman dari kumpulan cili padi yang masih popular diusahakan petani tempatan. Cili merupakan tanaman penting di Malaysia dari keluarga Solanaceae walau pun ianya diusahakan secara tradisional dahulu tetapi kini sudah banyak dikomersilkan. Kini tanaman cili api menjadi satu lagi pilihan petani terutama oleh mereka yang menggunakan Sistem Penanaman Cara Fertigasi kerana ia lebih produktif dan moden. Rekod rasmi menyatakan seluas 3,420 hektar cili besar ditanam di Malaysia pada tahun 2022 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 30,365 metrik tan (Sumber: Boklet Statistik Keluasan Tanaman akanan, Jabatan Pertanian Maaysia 2022). Dilaporkan juga pada 2022 terdapat seluas 807 hektar tanaman cili padi (termasuk cili centil) yang di tanam pada tahun 2022 dengan penghasilan sebanyak 2,213 metrik tan. Analisa penuis blog mendapati dimana data menunjukkan purata pengeluaran cili api di Malaysia adalah sebanyak 6 -15 mt sehektar sedangkan ada kajian yang kata potensi pengeluaran cili api mampu capai sehingga 30 mt/ha. Kawasan utama penanaman cili api adalah di Negeri Johor diikuti Negeri Sarawak dan Kelantan. Negeri lain yang luas menanam cili padi adalah Negeri Sembilan, Sabah dan Selangor pada tahun yang sama. Kebanyakkan penanaman cili padi adalah diatas tanah kebun biasa atau keliling rumah dan ada sebahagian lagi sudah menanam secara Sistem Fertigasi. Cili Api jenis CENTIL adalah merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong hasil penyelidikan yang disyorkan untuk ditanam dalam Sistem Fertigasi. Penulis blog banyak kali membuat tinjauan projek penanaman cili api Centil sama aa dikebun individu atau pun yang ditanam di dalam Projek TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan). Tanaman yang diusahakan di TKPM juga ada yang dibawah struktur SPH dimana ia dilihat lebih produktif  dari segi hasil seperti di TKPM Pulau Gadong, Melaka dan TKPM Rampangi, Kuching, Sarawak. Benih Cili Api Centil di beli dari pembekal di kedai pertanian dengan harga RM 60 - R80 satu paket kecil. Dalam satu tinjauan di salah satu lokasi seorang pengusaha yang ada 10 unit SPH dan satu unit sedang mengeluarkan hasil cili api Centil menyeronokkan. Petani tersebut adalah En Izuan di TKPM Pulau Gadong ada menuai sebanyak 200 kg seminggu dan hingga kini telah menuai sebanyak 700 kg cili centil setiap minggu. Harga jualan ladang ialah RM 15.00 sekilogram. Katanya kos pengeluaran cili api Centil adalah RM 3.00 - RM5.00 sekilogram dalam sistem fertigasi dan tidak termasuk kos upah memetik hasil. Upah memetik cili padi lingkungan RM 1.50 -RM 2.50 sekilogram menjadikan kos pengeluaran sebanyak RM 4.50 - RM 5.50 sekilogram. Dari kenyataan dimana jangkamasa memetik hasil selama lingkungan 5 - 6 bulan. Penggunaan baja semburan foliar didakwa dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil dimana ia boleh mengelakkan kejadian penyakit daun kerinting. 
Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa teknologi dan cerita penanaman cili api varieti Cili Centil untuk dijadkan bahan rujukkan semua.

Dalam satu tinjauan lain penanaman 'Cili Api Centil Lumayan' di Parit Raja Batu Pahat, Johor dimana ia sesuai untuk dikongsikan. 
Sebut sahaja cili padi pada penulis blog tentu ia cukup sinonim bagi masyarakat negara ini kerana merupakan salah satu bahan penting atau 'wajib' dalam masakan khususnya kaum Melayu. Memang tidak kira orang utara, Pantai Timur malah selatan tanah air dimana ia boleh dikatakan setiap menu masakan memang tidak sempurna jika tanpa cili padi. Menyedari cili mendapat permintaan yang tinggi dan bekalannya tidak pernah mencukupi apabila seorang usahawan Sheikh Mohd. Noh sudah membuat keputusan mengusahakan tanaman cili jenis 'cintil' secara sambilan sejak September 2008 sehingga kini. Walau pun diperingkat awal dia hanya mengusahakan 600 pokok cili 'centil' akan tetapi kini ia semakin dibanyakkan. Apa pun memandangkan hasil dan sambutan yang menggalakkan lebih 2,000 pokok berhasil setiap pusingan tanaman. Asasnya adalah dimana selain dari permintaan tinggi dan harga stabil dimana potensi tinggi tanaman cili centil ini mengambil satu keputusan berhenti bekerja kilang pada 2009 untuk mereka mengusahakan tanaman cili 'cintil' secara sepenuh masa. Bantuan awal dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Raja dan khidmat nasehat teknikal dari pegawai di Jabatan Pertanian membantu usaha beliau. Pernah dianugerahkan sebagai Peladang Jaya pada 2010 kemudian PPK Parit Raja meluluskan peruntukan RM200,000 bagi mengembangkan tanaman itu dengan 3,500 pokok di kawasan seluas 0.4 hektar iaitu di Kampong Kota Dalam, Parit Raja. Kini dengan jumlah keluasan kebun tersebut dia mampu mengeluarkan 120 kilogram (kg) cili 'centil' sehari dan jumlah itu sebenarnya hanya dapat memenuhi permintaan dua daripada 84 kedai yang ada di Pasar Borong Batu Pahat berbanding keperluan kira-kira 500 kg sehari. Memang menanam cili api centil mampu menjana pendapatan dengan baik.


Dari segi ciri cili api centil didakwa dimana 
harga cili padi jenis ini cukup baik berbanding cili Siam iaitu RM15 kg bagi harga borong dan RM20 kg untuk harga runcit manakala dari segi kepedasan ia lebih pedas daripada cili Siam. Didakwa juga dimana cili jenis centil ini amat digemari pelanggan dan seorang pekedai runcit memaklumkan kalau jumllah 10 kg cili centil boleh dijual sehari berbanding sekilogram cili api Siam yang mengambil masa seminggu untuk habis terjual. Daripada segi pendapatan pula kini hasil jualan cili padinya mampu mencecah sehingga RM6,000 sebulan. Kerja memetik cili 'cintil' dilakukan oleh 10 penduduk tempatan yang diberi upah purata RM2 setiap sekilogram. Dalam pada itu dilaporkan dimana ada beberapa usahawan cili centil lain daripada peserta PPK Parit Raja yang berjaya memulakan untuk menanam 6,400 pokok cili dengan 50 pokok setiap seorang. Menerusi 128 usahawan dan 6,400 pokok cili maka kini mereka mampu menghasilkan 5,120 kg cili centil semusim. Projek ini dilaporkan berjalan lancar projek yang menjadikan daerah ini sebagai hab pengeluaran cili api 'centil' terbesar di selatan tanah air. Benih Cili Centil dilaporkan ia  keluarkan oleh syarikat Known You Seeds dari luar negara dengan jenama 'Cili Centil' dan mudah didapatkan dipremis kedai pertanian (Sila lihat foto disebelah). Penanaman cili api secara ini dilaporkan memang ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah cili padi import yang sebahagian besarnya dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia. Apa pun jika ramai usahawan menanam cili berkemungkinan kelak Malaysia pula mampu mengeksport cili ke negara-negara lain bagi memenuhi keperluan mereka. Semakin ramai yang sudah turut berjinak-jinak menanam cili 'centil' kerana yakin dengan potensinya yang boleh memberikan pulangan lumayan. Contohnya Hashim yang pada mulanya cuma menanam 600 pokok di sekeliling rumah tetapi kini dengan keluasan tambahan tanah yang ada sudah menambah 400 pokok menjadikan 1,000 pokok.  

Dalam tinjauan lain oleh hmetro.com dimana 'Abdul Razak Ubah Nasib' mengenai tanaman cili centil dilaporkan ia amat berjaya. Keputusannya berhenti kerja dibuat sejak setahun 2020 lalu tidak pernah dikesali, bahkan dengan bantuan mentor yang berpengalaman dalam bidang pertanian memberi peluang besar kepada bekas juruteknik sebuah syarikat automobil menceburi bidang menguntungkan itu. Percaya akan rezeki Allah kepada yang berusaha, Abdul Razak Abdul Rahman (38 tahun) yang tidak menoleh ke belakang dan dia sebaliknya membulatkan tekad menanam cili centil yang sentiasa mendapat sambutan tinggi di pasaran tempatan. Menyedari kelebihan budaya makan sambal kicap dalam kalangan penduduk di Johor, pasaran cili centil terbuka luas untuk diteroka, apatah lagi harga apabila ditawarkan sangat mengujakan hingga mencecah RM24 sekilogram ketika ini. Dia yang berkongsi kisah kerjaya barunya bagi Abd Razak yang berkhidmat lebih 17 tahun bekerja kilang mengakui terpaksa berfikir panjang kerana keputusan memulakan bidang baru bukan mudah lantaran membabitkan ekonomi dan sumber kewangan keluarga. Jika tidak diatur sebaik mungkin pastinya jendela perubahan tidak terbuka dan sebaliknya kegagalan menanti dan akhirnya impian sekadar angan-angan Mat Jenin. Atas dorongan isterinya yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya kemudian dia membulatkan tekad dirinya untuk pulang ke negeri kelahirannya dan sudah pun mengusahakan ladang cili centil di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam, Johor. Dia amat bertuah memiliki isteri yang memahami iaitu tanpa semangatnya sudah pasti kekuatan itu tidak hadir lebih-lebih lagi keputusan berhenti kerja membabitkan masa depan keluarga. Beliau juga mahu melihat saya berdikari dan tidak hanya bergantung kepada makan gaji serta hidup selesa dengan apa yang ada. Dia juga bertuah kerana mendapat bimbingan daripada rakan sekampung yang juga ikon pertanian berjaya iaitu Sheikh Mohd Noh Sheikh Hassan yang mana selain sanggup untuk berkongsi petua dalam sektor baru diceburinya itu. Selaku ‘mentee’ dimana bimbingan berterusan daripada mentor pertanian yang juga jiran sekampung memudahkannya dalam mengusahakan tanaman cili centil dari peringkat awal hingga tuaian dan pemasaran. Apa pun pembabitan lama mentor kira-kira 12 tahun banyak membantu dalam menyalurkan ilmu pertanian malah sikapnya yang mahu berkongsi ilmu sangat terpuji. Dia masih ingat kata-katanya iaitu ‘kalau kita ada ilmu, mengapa perlu disimpan’. Nabi Muhammad SAW juga katanya menggalakkan ilmu bermanfaat disebar-sebarkan dan mengakui niat baik mentornya yang mahu berkongsi kejayaan itu bersama-sama. Dilaporkan dengan wang simpanan sepanjang bekerja maka dia mengusahakan tanaman cili centil berkeluasan 0.2 hektar.  Projek pertama selama enam bulan diusahakan kini sudah pun menampakkan pulangan memberangsangkan hingga mengeluarkan hasil mencecah satu tan cili centil. Kini fasa kedua bermula dengan hasil  pengeluaran hasil dijangka meningkat dan kini tempoh penanamannya berada di penghujung. Dakwanya kos bagi setiap pokok juga tinggi mencecah RM27 sepokok termasuk kos pokok lada, alat drip, polibeg dan sabut kelapa. Pokok lada pula ‘kalah’ dengan hujan apa lagi jika terkena hujan asid yang menyebabkan pengusaha perlu lebih berhati-hati. Selain itu perlu meletakkan racun kulat mengikut sukatan dibenarkan. Jiran sekampung dari kalangan suri rumah yang mahu bekerja sambilan memetik buah itu dengan kadar upah RM2.50 sekilogram. Ini juga cara dia berkongsi rezeki lebih-lebih lagi tugas memetik cili centil memerlukan kemahiran dan kesabaran bagi mengelak pokok cilinya rosak. Dia kini sudah mempunyai pemborong serta pembeli individu yang datang ke kebunnya bagi mendapatkan cili berkenaan dengan tawaran harga bergantung kepada pasaran semasa dan juga harga borong. Kebanyakan para pelanggannya dalam kalangan peniaga di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat. Berkongsi kelebihan berstatus petani memang ada banyak masa boleh ditumpukan kepada keluarga selain lebih bebas mengatur jadual harian sendiri berbanding makan gaji. Itulah kelebihan yang saya nampak dan jika mahu gaji lebih, maka kita perlu lebih berusaha. Untuk perancangan masa depan dia juga mahu meluaskan projek tanaman cili centil di tanah kebun milik keluarganya dengan memohon bantuan Jabatan Pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
CILI CENTIL...NAMA JENISNYA...
BENIH DIJUAL... ADA JENAMA...
HARGA MAHAL... HARGA ADA...
BERMINAT... BOLEHLAH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...