Kajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai daun kesum ada ditulis dalam UKM News terbitan mereka. Penulis blog merujuk laporan itu yang bertajuk 'Khasiat Daun Kesum Untuk Kkesihatan' yang diterbitkan pada tahun 2020 untuk dikongsikan. Apa pun daun kesum adalah merupakan tumbuhan herba yang tidak asing dalam masakan Melayu. Selain bertindak sebagai penambah rasa dan aroma kepada masakan, tumbuhan herba ini kaya dengan pelbagai khasiat yang berupaya mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan manusia. Menurut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Ir. Dato’ Dr. Abdul Wahab Mohammad berkata kesum yang mentah atau yang telah dimasak telah digunakan dalam rawatan gangguan pencernaan, manakala rebusan dan minyak daun ini boleh mengatasi masalah kelemumur. Kesum juga mempunyai beberapa ciri yang baik seperti kandungan antioksidan yang tinggi, aktiviti antimikrob, anti-keradangan, anti-kedutan, meningkatkan daya ingatan dan pelbagai manfaat lain yang telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik di Malaysia. Dia berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Anugerah National Kesum Initiative (NKI) anjuran Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE) UKM dan Biotropics Malaysia Berhad. Dakwanya buku yang bertajuk ‘The Wonders of Kesum: Findings from the National Kesum Initiative’ merupakan sebuah platform untuk penyelidik daripada pelbagai kepakaran berkongsi penemuan projek penyelidikan yang berimpak tinggi berkaitan potensi kesum dalam pelbagai aspek. Melalui penulisan buku ini dimana ada maklumat yang komprehensif tentang penyelidikan kesum turut dibincangkan. Ia merangkumi kaedah pengekstrakan, sifat metabolit, dan potensi penggunaan daun ini sebagai agen neuroprotektif dan kemopreventif, penggunaan dalam kosmetik, pembungkusan makanan dan agro-industri. Buku ini dapat dijadikan satu sumber bacaan berinformasi dan panduan untuk penyelidikan di masa hadapan yang boleh membantu pengusaha ke arah pengkomersilan kesum dalam pelbagai industri, termasuklah kesihatan, perniagaan tani, teknologi makanan, farmaseutikal dan kosmetik,” katanya. Menurut Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM merangkap Pengerusi NKI, Prof Dr. Suzana Shahar, NKI yang menyediakan platform bagi penyelidik melontarkan idea, berkongsi hasil penyelidikan, seterusnya dinilai dari segi keaslian dan impak penyelidikan berkaitan kesum dan diberikan penganugerahan berdasarkan kriteria tertentu. Seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, kewujudan NKI dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh penyelidik bagi memperkasa kajian produk herba tempatan. Harapan UKM agar ada di antara hasil penyelidikan ini berjaya untuk diteruskan kepada fasa seterusnya seperti percubaan klinikal, prapengkomersialan atau pengkomersialan. NKI yang telah ditubuhkan sejak pertengahan tahun 2019 telah lama dapat mengumpulkan seramai 44 kumpulan penyelidik dari pelbagai institusi di Malaysia. 12 penyelidikan telah membuahkan hasilnya dan dibentangkan pada program tersebut. Tiga orang penyelidik yang berjaya mendapatkan dana bagi menjalankan penyelidikan awal tentang kesum dan produk berkaitan telah dianugerahkan hadiah wang tunai.
Dalam tulisan lain dari beberapa artikel bertajuk 'Kebaikan Daun Kesum' juga sesuai dirujuk. Kalau berkongsi sedikit kebaikan daun kesum yang semestinya ramai yang tidak mengetahuinya walau pun ia dimasukkan dalam masakan tapi tidak semestinya ia makan. Penulis blog sentiasa gunakan daun kesum setiap kali menyediakan masakan assm pedas (Sila lihat foto disebelah). Selalunya daun kesum disebut disesetengah tempat sebagai 'daun cenohom' atau 'rau ram' namanya di Vietnam. Kesum merupakan tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang dilihat mudah tumbuh meliar di kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia sejenis tumbuhan herba dari keluarga polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara beriklim tropika. Kesum mempunyai 2 jenis iaitu Jenis Menjalar dan Jenis Menegak. Di Thailand ia selalu banyak digunakan sebagai ramuan salad manakala di Malaysia pula sebagai penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti Laksa Penang, Asam Pedas selain dimakan mentah sebagai ulaman yang cenderung menjaga kesihatan dalaman. Kesum kaya dengan kerotena, vitamin A dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Daun kesum memang mempunyai aroma yang dapat merangsang selera, dan dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan. Penulis blog membaca banyak tulisan akan kebaikan daun kesum sebagai bahan makanan. Ia didakwa mampu untuk membantu menguatkan daya penglihatan, Baik untuk wanita lepas bersalin dam akan mMengekalkan stamina, kesihatan dan awet muda. Kebaikan kesum juga akan membantu merawat masalah keputihan, mengharumkan tubuh badan, dapat bantu mengeluarkan angin dari perut dan usus. Dilaporkan juga kesum akan melegakan masaalah batu karang serta akan dapat merangsang dan melawas pembuangan air kecil dan besar. Amalan mengambil daun kesum sama ada dimakan segar atau dimasukan sebagai ramuan masakan memang memberikan kebaikan kepada semua.
Portal berita bharian.com juga ada melaporkan bagaimana kebaikannya sebagai 'Perencat kanser dalam daun kesum' untuk dikongsikan. Dilaporkan ada sekumpulan penyelidik dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menemukan sebatian metabolit dalam daun kesum yang mempunyai nilai perubatan serta farmaseutikal. Ia termasuk agen anti kanser dalam penyelidikan yang dijalankan sejak 10 tahun lalu itu. Pasukan itu juga melaporkan apabila sebatian kesum yang dipanggil juga 'Vietnamese Coriander' atau nama saintifiknya adalah 'Polygonum minus' diuji kepada sel kanser di makmal, hasil perencatan sel kanser mencecah 100 peratus, hasil kajian belum pernah dilaporkan di mana-mana jurnal perubatan. Apa pun penyelidikan yang dijalankan 13 felo pelbagai kepakaran dari institut itu diketuai Pengarah INBIOSIS, Prof Dr Ismanizan Ismail. Lazimnya tumbuhan lebih banyak mengeluarkan sebatian metabolit sekunder apabila ia berada di dalam keadaan tekanan (stres). Tumbuhan akan mengeluarkan sebatian metabolik sekunder untuk melindungi diri apabila berdepan tekanan termasuk cuaca seperti panas dan hujan. Didakwa sama seperti manusia, apabila hujan maka ramai akan mencari tempat berteduh dan apabila panas kita menghidupkan penghawa dingin atau kipas akan tetapi tumbuhan tidak boleh bergerak dan tumbuhan ini hanya boleh menghasilkan sebatian metabolik sekunder sebagai tindak balas pertahanan diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai tekanan. Dalam kajian adaptasi kesum terhadap tekanan ini, penyelidik INBIOSIS menggunakan pelbagai bahan kimia, hormon, suhu, patogen atau bakteria untuk mengenal pasti penghasilan sebatian metabolit sekunder sebagai tindak balas terhadap agen tekanan yang berbeza. Apa pun hubungan di antara gen yang bertanggungjawab dalam memberi arahan kepada tumbuhan untuk ianya dapat menyesuaikan diri kepada tekanan dan seterusnya akan menghasilkan sebatian metabolit sekunder boleh diketahui dengan melakukan analisis bioinformatik. Analisis dibuat secara bioinformatik adalah langkah penting dan kritikal dalam kajian biologi sistem yang diaplikasikan untuk merungkai dan memahami bagaimana kesum menghasilkan sebatian metabolit sekunder yang unik ini. Kajian ini yang mana ia menggunakan sistem dan perisian perkomputeran yang khusus dan kemudahan itu ada di Pusat Penyelidikan Bioinformatik INBIOSIS. Kumpulan penyelidik ini memang amat bertanggungjawab menganalisis dan mengintegrasi semua data omiks kesum untuk menghasilkan peta laluan biosintesis sebatian metabolit sekunder yang khusus bagi pokok kesum. Pengetahuan yang tepat mengenai peta laluan ini boleh digunakan untuk memahami secara mendalam terhadap hubungan gen dengan penghasilan sebatian metabolit sekunder. Maklumat ini seterusnya dapat diaplikasi ke dalam mikro organisma terpilih yang akan bertindak sebagai kilang biologi untuk menghasilkan sebatian metabolit sekunder terpilih yang dikenal pasti dalam kajian awal kesum pada jumlah yang lebih banyak dan dalam masa lebih singkat. Dilaporkan gabungan penyelidikan makmal dan biologi perkomputeran berupaya menemui ilmu baru dan merungkai permasalahan biologi dengan lebih berkesan dan pantas. Setiap bahagian dalam kesum mengandungi sebatian yang berbeza. UKM mengambil sampel daripada daun, batang serta akar kesum untuk mendapatkan sebatian berbeza bagi penghasilan bahan yang berlainan. Setiap bahagian dalam kesum mempunyai keistimewaan masing-masing. Paling menarik, ada sebatian dalam tumbuhan ini yang mampu merencatkan sel kanser. Untuk kesan anti kanser ini maka perlu diambil dari bahagian batangnya dan hasil kajian ia menunjukkan sel kanser payu dara, paru-paru dan usus merencat. UKM sedang cuba mendapatkan geran bagi penyelidikan lanjutan untuk mendapatkan ujian klinikal menggunakan tikus makmal seterusnya kajian terhadap manusia. UKM juga turut mengkaji bahagian lain dalam kesum yang kaya dengan pelbagai bahan kimia semula jadi yang mampu menghasilkan bahan bagi pembuatan minyak wangi dan sabun. Adalah dilihat daun kesum mempunyai aroma menarik dan banyak digunakan dalam makanan dan industri minyak wangi. Kajian mendapati ada sebatian yang sama dengan pembuatan minyak wangi dari negara maju termasuk di Perancis. Ia turut mempunyai sebatian yang boleh digunakan untuk menghalau serangga dan kita sudah berjaya membuktikan terhadap lipas. Hasil penyelidikan ke atas kesum ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan dan ia dapat direalisasikan dengan ada jaringan kerjasama dengan industri. Ketika ini UKM sudah bekerjasama dengan Orchid Life Sdn Bhd dalam penghasilan produk berasaskan kesum. Semuga tulisan ini memberi manafaat kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DALAM MAKANAN... PENYEDAP RASA...
BANYAK KEBAIKAN... KAJIAN DICUBA....
SEBAGAI ANTI-KANSER... POTENSINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.