Support My Blog

Tuesday, January 10, 2023

PERANAN KERAJAAN DALAM INDUSTRI DURIAN

INDUSTRI DURIAN
(Durio zibethinus Murr.) merupakan satu industri yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia semenjak harga pasaran durian premium melonjak akibat pasaran keluar negara khususnya ke negara China. Pokok durian adalah sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu sejenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Nama durian sendiri penulis blog percaya berasal dari bahasa Melayu iaitu ''Duri'' atau 'buah berduri' menjadi durian. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan adalah pengeksport terbesar buah durian segar di dunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi bagaimana durian Thailand ini dieksport bermula daripada petik buah dipokok sehingga digred, dirawat dan dihantar melalui kapalterbang keluar negara (Sila baca artikel tersebut - Sila klik disini). Buah durian segar yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik di atas pokok tidak sama dengan di Malaysia di mana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (apabila buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian pada 2022 di Malaysia adalah seluas 85,366  hektar dengan pengeluaran sebanyak 459,747 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penulis blog dapati ada beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang dan penting sebagai komoditi baru dibeberapa negari lain. Penulis blog yang pernah dulu mengikuti Malaysia Durian Festival 2017 di Nanning, China mendapati memang potensi eksport durian segar Malaysia amat cerah dimasa hadapan (Sila lihat foto dibawah sekali). Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) terus membangunkan industri tanaman durian melalui pelbagai jabatan dan Agensinya terutama Jabatan Pertanian dan FAMA didalam mempastikan tanaman durian akan terus kukuh di negara ini. Pada tahun 2019 ini sebanyak 12 buah syarikat akan mendapat kelulusan sebagai pengeksport durian segar ke China. Pelbagai program, insentif dan promosi dijalankan oleh pihak kerajaan didalam penanaman, penghasilan dan pemasaran buah durian terutama durian premium. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini membincangkan bagaimana peranan kerajaan dan pihak swasta dalam usaha pembangunan industri durian negara kita untuk bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Sejak dahulu lagi dimana peranan kerajaan terutama 
Jabatan Pertanian terus aktif memperkasa industri durian di Malaysia.  Sektor pertanian kita semakin berkembang dengan wujudnya peluang baharu dalam pasaran eksport yang semakin mendapat perhatian. Antara tanaman yang kini mula mendapat perhatikan dalam pasaran eksport adalah raja buah iaitu durian terutamanya Musang King. Jabatan Pertanian telah mendaftarkan lebih dari 220 varieti durian di Malaysia dibawah Senarai Daftar Varieti Tanaman sebagai sumber rujukkan yang penting. Banyak maklumat dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian mengenai Teknologi Amalan Agronomi Tanaman Durian melalui media cetak dan juga media elektronik dan internet. Pada penulis blog yag menulis hampir 650 artikel mengenai durian mendapati dimana buah durian yang digelar Raja Buah memanag ia boleh dianggap gah dalam kalangan peminatnya durian dan kini mendapat perhatian sebagai sumber kekayaan baharu. Pernah penulis blog dengar berdasarkan statistik Jabatan Pertanian dimana jumlah pengeluaran durian Malaysia dianggarkan sekitar 300,000 tan pada 2020 dan meningkat kepada 459,747 metrik tan pada tahun 2022. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam dokumen Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020 juga  penulisblog merujuk dimana jumlah keluasan tanaman durian yang direkodkan di negara ini pada tahun 2017 adalah 72,000 hektar (ha) dengan pengeluaran sebanyak 210,000 tan metrik dan akan terus diperluaskan. Dahulu jumlah eksport durian pada tahun 2015 adalah sebanyak 19,892 tan metrik bernilai RM65 juta dan jumlah nilai eksport pada tahun 2016 sudah meningkat sebanyak enam peratus kepada RM68 juta. Pada September 2022 merujuk kepada laporan dimana negara-negara pengimport utama untuk komoditi durian adalah Singapura, China, Hong Kong, Indonesia, Amerika dan Australia. Dilaporkan laporan statistik Kastam China dimana ia menunjukkan import durian segar tahun-ke-tahun meningkat sebanyak 42.7% kepada 821,600 tan manakala nilai import pula meningkat 82.4% kepada AS$4.205 bilion. Data ini juga pada penulis blog telah menunjukkan peningkatan empat kali ganda berbanding 2017 yang mana angka itu dijangka terus melonjak pada masa hadapan. Oleh itu psds [enulis blog fikir dimana pengusaha durian tempatan akan melihat ini sebagai peluang keemasan dan berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran supaya dapat memenuhi permintaan yang semakin bertambah di China sekali gus meraih pulangan yang lebih tinggi. Namun begitu perlu diingat dimana negara China pada masa sama juga dilaporkan sedang mengusahakan tanaman durian mereka sendiri seperti di wilayah Yunnan, Guangxi dan Hainan. Situasi ini pada penulis blog pastinya akan menimbulkan persoalan sama ada China akan terus mengimport durian dari negara-negara ASEAN apabila berlaku lebihan bekalan oleh pengusaha tempatan China. Dalam satu laporan dimana Pengurus Kanan Jualan Antarabangsa Hernan Corporation Sdn Bhd Wong Kah Meng ada menyifatkan situasi ini sebagai bukan lagi satu kebimbangan bagi syarikat pengeluar durian itu pada masa ini. 
Ini kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang jua kesimpulan memandangkan laporan mengenai China ingin menghasilkan tanaman durian mereka sendiri masih dianggap satu "perkembangan" baru dan perlu mengambil masa untuk melihat hasilnya. Walaupun China merupakan negara yang mempunyai empat musim tetapi dilaporkan ianya masih tidak mustahil untuk negara itu menghasilkan tanaman durian memandangkan terdapat beberapa wilayah yang mempunyai cuaca tropika di kawasan selatan. Aktiviti menaman dan menjaga pokok durian bukan senang dan memerlukan kemahiran tertentu dan China boleh dapatkan khidmat kepakaran ini dari negara Thailand atau Malasia juga. Walau pun cuaca merupakan elemen paling penting dan China akan mengambil masa kira-kira 7 tahun untuk menampakkan hasil.

Dalam masa yang sama sebenarnya jumlah eksport pulpa durian, pes durian dan produk berasaskan durian ke China dan USA juga akan sudah meningkat dimana usaha meningkatkan dilakukan termasuk memperkenalkan pes dari durian kampung yang berkualiti. Penulis blog ada membuat tinjauan kilang memproses pes durian kampong dan durian D24 di Raub, Pahang untuk dieksport terutama ke USA (Sila lihat foto disebelah). Jumlah permintaan pes durian di USA menurut pengusaha ini mendakwa semakin meningkat kerana ada ramai penduduk asia yang meminati kehebatan durian disana. Dalam pada itu dilaporkan bagi tujuan pengeksportan buah durian sejuk beku pula kerajaan telah sediakan garis panduan pengendalian lepas tuai (post harvest handling) yang wajib dijalankan oleh semua ladang yang terlibat selain mewajibkan Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) untuk produk bagi eksport telah sedia digunakan. Penulis blog terlibat sama dalam menyediakan garispanduan ini dahulu. Jabatan Pertanian antara agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berperanan membangunkan industri tanaman termasuk tanaman durian bagi membantu merancakkan lagi subsektor tanaman di negara ini. Jabatan Pertanian laporkan dimana ketika ini terdapat kira kira 617,000 pokok durian kampung di negara ini dan terbahagi kepada dua iaitu yang berkualiti dan tidak berkualiti. Varieti berkualiti diperoleh hasil daripada kerja-kerja cantuman mata tunas yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian selepas mengenal pasti ia merupakan pokok berkualiti yang diambil daripada pokok durian kampung. Selalunya akan diambil mata tunas dan dicantumkan pokok penanti untuk menghasilkan anak benih berkualiti. Kemudian akan menjadi pokok durian premium seperti Musang King walau pokkn asalnya adalah dari pokok durian kampung yang dihasilkan daripada teknologi pembaikbakaan cantuman dewasa. Dalam pada itu ada beberapa varieti durian kampung yang dibiakkan menggunakan biji benih oleh petani dan ia akan tumbuh menghasilkan buah berkualti tetapi jumlahnya hanya sepokok sahaja sehingga ia matang dan berbuah. 

Dalam pada itu kejayaan teknologi penamanamn durian di negara ini oleh Jabatan Pertanian membolehkan buah tersebut boleh dinikmati dua hingga tiga kali sertahun. Memang hasil tinjauan oleh penulis blog dimana jika dahulu hanya boleh menikmati setahun sekali sahaja tetapi terkini boleh dua hingga tiga kali setahun seperti di dusun Ah Tong di Kg Titi, Jelebu Negeri Sembilan (Sila lihat foto disebelah). Petani ini mengeluarkan buah durian dua kali setahun dengan pengurusan tanaman durian mementingkan penghasilan buah berkualiti melalui amalan agronomi tanaman durian ubahsuai. Menurut Ah Tong dengan teknologi maka buah durian sudah boleh disesuaikan dan diancang musim untuk berbuah tidak mengikut musim lagi. Kaedah amalan teknologi yang diamalkan bergantung aspek pembajaan dan pengairan untuk berbuah lebih kerap tanpa mengikut musim. Memang usaha Jabatan Pertanian memperkasa indusri tanaman durian dibuktikan dengan pewujudan lading buah buahan di Pusat Pertanian Serdang, Selangor mililknya. Dilaporkan disini dimana ladang buah-buahan berkeluasan lebih 20 hektar (ha) yang terdiri daripada tanaman Durian (15 ha), Mangga (3 ha), Dokong (1 ha), Pulasan (1 ha), Rambutan (1ha) dan selebihnya merupakan tanaman repositori buah-buahan (rambutan dan durian) janaplasmapokok nadir dan herba yang dijaga rapi. Ladang tersebut juga menempatkan Model Farm tanaman yang menjadi lokasi tumpuan bagi pengajaran dan pendidikan yang dilengkapi dengan kemudahan pemerhatian dan penyesuaian teknologi dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada. Apa pun sejak 1934, Jabatan Pertanian telah mendaftarkan banyak varieti (klon) durian untuk dijadikan piawaian bagi tanaman durian. Sebahagian varieti-varieti yang didaftarkan ini merupakan pokok induk bagi varieti yang telah didaftarkan dan berasal daripada pelbagai lokasi di seluruh negara dan ada antaranya berasal dari Thailand dan Indonesia. Sehingga kini masih ada terdapat lebih 1,000 pokok durian yang terdiri dari 30 varieti durian telah ditanam di Ladang Buah-buahan, Kompleks Pertanian Serdang. Antaranya ialah seperti duria dari Varieti Dato Nina (D2), Bukit Merah (D24), Kop Kecil (D99), Chanee(D123), Beserah (D145), Tangkai Panjang (D158) dan Raja Kunyit (D197). Terdapat juga varieti-varieti durian hibrid seperti D142, D143, D144 dan durian MDUR (D190). Selain itu, terdapat varieti durian unik dikenali sebagai durian botak (D172) yang ditanam di plot repositori tanaman durian.  Jabatan Pertanian bertanggungjawab bagi seterusnya mengumpulkan dan memelihara sebanyak mungkin varieti (klon) yang telah didaftarkan dan dikumpulkan secara lebih berpusat.

Penulis blog juga dapati dimana v
arieti  Durian Musang King (D197) kini sudah mempunyai potensi eksport yang sangat luas ke luar negara terutamanya selepas pihak Jabatan Pertanian telah mendapat laluan pasaran pada tahun 2011 untuk pengeksportan durian dalam bentuk ulas sejuk beku (frozen pulp) ke China. Pada masa ini selain ke negara China dilaporkan durian sejuk beku juga berjaya menembusi pasaran seperti Australia, New Zealand dan Taiwan. Pada pendapat penulis blog yang juga suka akan keenakkan durian varieti Musang King dimana ia mempunyai kualiti premium yang memenuhi keperluan pasaran antarabangsa. Dalam pada itu tinjauan penulis blog dapati dimana bagi pengeksportan durian segar diberitakan di mana Malaysia juga mendapat laluan pasaran ke Jepun dan Korea. Jumlah eksport ke China dijangka meningkat kerana penggunaan durian bukan setakat dimakan segar tetapi telah berjaya dipelbagaikan bagi tujuan untuk memenuhi kehendak pasaran mereka. Selain durian sejuk beku kini pasaran untuk pes durian juga telah boleh dihantar ke negara tersebut. Bagaimanapun bagi durian sejuk beku pada kebiasaannya ia dimakan segar dan dijadikan pes durian untuk pelbagai produk seperti piza, kuih bulan, aiskrim, tart kastard dan pencuci mulut. Salah sebuah syarikat yang jadi pengimport, pemborong dan peruncit di Shanghai iaitu Royal Durian melaporkan dimana mereka mengimport durian sejuk beku dari Malaysia kali pertama pada tahun 2010. Selepas tahun 2013 syarikat ini sudah pun menyaksikan pertumbuhan jualan yang konsisten sebanyak 30 peratus setiap tahun. Sebenarnya fenomena durian Musang King yang mana semakin mendapat tempat di hati pengguna menyebabkan kadar permintaannya tinggi dan memberi kesan kepada harga ladang durian sejak akhir-akhir ini. Harga mencecah antara RM50 -  RM140 sekilogram berbanding hanya sekitar RM40 sekilogram tahun lalu. Potensi hasil durian Musang King didakwa sekitar 90 - 130 biji sepokok atau 150 kilogram (kg) sehingga 170kg sepokok dan bagi ladang seluas 1 hektar boleh memperoleh sehingga 110 pokok bagi jarak tanaman 9m x 9m. Harga sebiji durian Musang King di Hong Kong pernah mencecah sehingga RM800 /kg kini membolehkan ia mendapat pasaran yang baik. Sebelum ini pun ada juga dilaporkan di mana durian dari Malaysia dihantar ke China melalui Thailand, Laos dan beberapa negara lain dengan menggunaka jenama negara tersebut. Sebagai contoh sebuaah syrikat di Kedah (Nitron Sdn Bhd) telah lama menghantar buah ke China melalui Thailand. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI PENTING....TANAMAN DURIAN...
PERANAN SWASTA... DIBANTU KERAJAAN...
SEMAKIN LUAS... DURIAN PREMIUM PILIHAN...
DALAM NEGARA....EKSPORT DIPASARKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Jamadilawal 1444H)
Bersamaan 7 Januari 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...