Fakta menarik yang pertama mengenai bagaimana 'Bekal pelanduk ke seluruh negara' dilaporkan dalam media tempatan. Biasanya seekor pelanduk dewasa mampu mencapai berat sehingga tiga kilogram (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menternak haiwan pelanduk secara liar mampu untuk menjadikan haiwan itu tidak mengalami stres. Fakta bagaimana perkara itu dikongsikan Hairulnizan Ghazali (45 tahun) yang berpengalaman menternak haiwan itu secara komersial sejak lima tahun lalu. Dakwanya pelanduk cukup dikenali sebagai haiwan yang mempunyai karakter pemalu dan sukar mendedahkan diri apabila berada di hutan. Biarpun dipelihara dalam kurungan dengan suasana seperti habitat semula jadi yang dipenuhi dengan pokok amat penting supaya pelanduk selesa dan tidak berasa terancam. Beliau kini mengambil inisiatif sendiri dengan menanam pokok di dalam kurungan untuk mengadaptasikan keadaan seperti di dalam hutan sebenar. Dia berikan makanan asas pelanduk termasuk daun ludai, daun maya dan daun simpoh air yang dicarinya sendiri di hutan. Kemudian dia turut menanam pokok hutan di sekitar kurungan sebagai stok bekalan makanan. Dilaporkan langkah ini sangat penting untuk memastikan pelanduk yang diternak dapat hidup dengan lebih baik selain dapat mengelakkan stres dimana pelanduk memiliki potensi besar untuk berkembang. Keadaan 'stres' boleh berlaku apabila pelanduk berasa terancam selepas melihat individu yang tidak dikenali dan pemangsa seperti burung hantu serta helang. Pelanduk yang stres akan menunjukkan perubahan termasuk dilihat bersendirian, kurang makan dan warna bulu bertukar. Sekiranya dibiarkan berterusan lazimnya maka pelanduk boleh mati. Pelanduk yang menunjukkan gejala ini akan ditangkap dan dikuarantin selama 10 - 14 hari untuk diberi lebih perhatian. Walau pun menyedari cabaran yang dihadapi, minat mendalam terhadap haiwan liar ini mendorong Hairulnizan menternak pelanduk secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar di Batu Kurau, Perak. Berbekalkan modal dan pengalaman sendiri kini dia bermula dengan menternak 10 pelanduk (tiga jantan dan tujuh betina) di dalam kurungan untuk proses pembiakan. Dia mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk membiakkan pelanduk sehingga berjaya memiliki 70 ekor. Awalnya dalam usaha untuk menangkap pelanduk bagi dijadikan baka induk, dia memohon lesen menangkap haiwan itu daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan kemudian dia memohon lesen untuk menyimpan. Apabila induk sudah stabil maka dia mohon permit pembiakbakaan, lesen menjual hidupan liar dan lesen panel penandaan. Apa pun dilaporkan sehingga kini dia sudah membekalkan pelanduk hidup ke seluruh Semenanjung Malaysia. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam menternak pelanduk adalah kebersihan dan pemakanan. Kebersihan di dalam kandang dapat mengelakkan pelanduk terkena jangkitan penyakit yang diakibatkan oleh cacing. Daripada segi pemakanan pula, ia perlu diberikan mengikut waktu ditetapkan, namun pada kuantiti yang tidak terlalu banyak. Pelanduk mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana selalu ia mendapat permintaan yang tinggi di negara ini. Kini dia sedang menaik taraf kurungan untuk menambah ternakan bagi memenuhi permintaan pasaran. Dia tidak menolak untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk bersama-sama mengembangkan ternakan pelanduk secara komersial.
Fakta menarik dari Labis, Segamat, Johor bagaimana 'Warga Emas mengisi masa terluang menjinakkan kancil dan kijang' menarik dikongsikan juga. Kisah bagaimana golongan muda hari ini bukan sahaja tidak berpeluang menikmati akan keenakannya, malah turut juga tidak berpeluang melihat secara dekat dengan beberapa spesis haiwan liar seperti landak, kancil, kijang dan rusa tempatan yang semakin diancam kepupusan. Namun usaha gigih seorang warga emas di Kampung Tenang, Labis ini untuk menjinak dan menternak beberapa spesis haiwan liar seperti kancil dan kijang patut dipuji kerana usaha tersebut sedikit sebanyak mampu memberi sedikit sinar kepada ramai generasi akan datang agar tidak sekadar mengenali haiwan tersebut melalui penceritaan dan gambar sahaja. Bagi Ali Daud (70 tahun) dimana segalanya bermula pada tahun 2016 apabila permohonannya mendapatkan permit menternak landak diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum diikuti permit menangkap dan memelihara kancil pada awal tahun 2018. Dia yang asalnya bermula dengan beberapa ekor induk landak raya yang diperolehi dari Selangor pada tahun 2016, namun induk landak raya tersebut merupakan baka landak yang mampu dikembangkan di pusat ternakan bukan landak liar yang ditangkap dari hutan. Dia berminat menyimpan dan juga memelihara kancil kerana usaha menjinakkan dan memelihara kancil belum dilakukan oleh orang ramai ketika itu berbanding landak dan rusa. Dia mencuba nasib dengan memohon permit menangkap kancil dengan Perhilitan Melaka dan Pahang pada penghujung tahun 2017 memandangkan tiada permit yang dikeluarkan untuk menangkap dan memburu haiwan liar di negeri Johor. Permohonannya diluluskan pada Januari 2018 dan dia tidak menoleh ke belakang lalu berusaha memasang perangkap jatuh di kawasan hutan sekitar Felda Selancar yang terletak di negeri Pahang untuk mendapatkan kancil bagi tujuan dijinakkan dan dipelihara. Menurutnya selama lima bulan dia berulang alik menaiki motosikal ke hutan tersebut yang terletak kira-kira 60 kilometer dari rumahnya untuk memasang dan melihat perangkap jatuh yang dipasangnya sama ada mengena atau tidak. Usaha menangkap kancil bukan sesuatu yang mudah dimana sebaliknya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kancil begitu sensitif dengan bau terutama bau manusia dan perangkap yang dipasang selalunya mengambil masa lebih seminggu sebelum dijengguk mangsa. Dalam tempoh tersebut selalunya daun lemaya yang dipasang sebagai umpan akan layu dan tidak lagi mampu menarik perhatian kancil untuk menjamahnya dan terpaksa ditukar dengan daun yang segar. Proses tersebut kena juga dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dia akan meninggalkan sebarang jejak dan bau yang boleh ianya menghalang kancil mendekati perangkap. Dalam tempoh lima bulan dia berjaya menangkap lima ekor kancil terdiri tiga betina dan dua ekor jantan untuk dijadikan induk. Namun usahanya tidak berakhir disitu sahaja kerana dia perlu sekali lagi memohon permit memelihara daripada Perhilitan sebelum boleh meneruskan hasratnya memelihara haiwan liar tersebut.
Dia dakwa memang penting mengambil Daun Lemaya yang menjadi kegemaran kancil untuk disediakan (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat awal agak sukar untuk menjinakkan haiwan tersebut sehingga dia terpaksa mengurung kancil liar yang sudah ditangkap dari hutan itu di dalam tempat yang gelap untuk tempoh beberapa minggu bagi membiasakannya dengan persekitaran baharu. Bagaimana pun dilaporkan ketika ini jumlah landak raya serta kancil peliharaanya sudah bertambah kepada 20 ekor landak dan sembilan ekor kancil. Dia perlu dia menghadkan hanya 20 ekor landak dalam satu masa kerana tidak mahu kandang yang disediakannya terlalu sesak yang boleh menyebabkan haiwan tersebut tidak selesa. Selalunya dia akan menjual baka landak sahaja kepada mereka yang berminat untuk menternak landak kerana dia tidak mempunyai lesen untuk tujuan pedaging dan sebaliknya hanya pengembangan baka sahaja. Sementara pelanduk atau kancil pula dia tidak lagi dibenarkan menjual sama ada dalam bentuk baka mahu pun daging untuk tujuan makanan kerana dia hanya mempunyai permit menangkap dan memelihara sahaja setakat ini. Apa pun berbanding landak dimana pembiakan kancil agak lambat kerana haiwan ini lazimnya hanya melahirkan seekor anak dalam satu masa dan secara maksima boleh bunting dua kali setahun. Selain itu penjagaan kancil agak rumit kerana kancil memerlukan suasana kandang yang menyerupai habitat sebenarnya seperti di dalam hutan, jika tidak kancil tidak selesa dan sukar untuk membiak serta mudah dijangkti penyakit. Dia kini sudah membelanjakan lebih RM20,000 wang simpanannya untuk membina kandang landak, kancil dan terbaharu kijang. Berdasarkan komitmen serta minat terhadap haiwan liar maka pihak Perhilitan telah memberi peluang kepadanya untuk mengembangkan usahanya bagi menternak kijang pula sejak dua bulan lalu dengan mana membekalkan empat ekor baka kijang baka tempatan iaitu tiga betina dan seekor jantan. Usaha menjinakkan kijang lebih sukar berbanding kancil selain perlu menyediakan kandang yang lebih luas dan pagar yang tinggi kerana kijang mampu melompat sehingga tiga meter tinggi. Seperti juga kancil iaitu selain memelukan persekitaran yang menyerupai habitat asal seperti di hutan, kijang juga gemar memakan pucuk daun kayu hutan dan buah-buahan segar yang boleh diperolehi di sekitar kampung sahaja. Dia akan mengumpul buah-buahan serta ubi keledek untuk diberikan kepada haiwan peliharaannya. Dia mengakui sebahagian besar masanya dihabiskan di kandang ternakan untuk memastikan semua haiwan pelharaan sentiasa mendapat penjagaan rapi bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit. Memang dia akan berasa tenang melihat keletah haiwan ini dan puas setiap kali berjaya menjinakkan haiwan liar ini dimana ada yang sudah mula boleh didekati serta makan makanan ditangan. Dia tidak melihat usaha ini dari aspek komersial sangat, sebaliknya sebagai terapi dan hobi selain mampu menyumbang kepada usaha mengelak spesis in pupus sehingga generasi akan datang tidak boleh untuk melihatnya lagi. Dilaporkan dia yang merupakan satu-satunya orang awam yang diberikan permit untuk memelihara kijang oleh Perhilitan di negara ini setakat ini. Menurutnya dia mengamalkan sikap terbuka dan membuka pintu kepada orang ramai terutama golongan muda yang ingin melihat secara dekat haiwan yang dipeliharanya itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN KECIL... DILINDUNGI PULA..
HENDAK PELIHATA... PERMIT ADA...
BACA ARTIKEL... MENARIK FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agriculture Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.