TANAMAN JATROPA (Jatropha curcas) di Malaysia pernah di promosikan smenjaak dahulu tetapi pada 2010 ia dijadikan satu program khas oleh beberapa syarikatt untuk dikonersilkan di Malaysia. Tanaman Jatropa atau 'Pokok Jarak' ini iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga Euphorbiaceae masih tidak lagi menjadi diusahakan atau menjadi pilihan oleh petani di negara kita. Apa pun penulis blog dapati tanaman ini juga dikenali sebagai 'Jarak pagar' yang dipercayai berasal dari kawasan tropika dan subtropika seperti Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan Asia. Ketinggian pokok jarak pagar ini mencapai sehingga 5meter jika dijaga dengan baik dimana ia juga selalunya ditanam sebagai pokok pagar sahaja kerana berfunhsi sesuai dengan nama dipanggil iaitu 'Jarak Pagar'. Dilihat lanjut dimana tumbuhan ini berbentuk bujur dan daun serta batangnya adalah berwarna hijau. Setelah pokoknya matang atau masak selalunya ia akan berbuah dan merekah diman kemudian ia mengeluarkan biji berwarna hitam. Buah jatropa yang sudah matang ini dikumpulkan dimana ia akan diproses dan sesuai digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Dalam beberapa laporan yang dijelaskan kepada penulis blog semasa bertugas di Daerah Muar dimana wakil syarikat Jatropa Sdn Bhd masa itu datang ke pejabat untuk mereka menanam di Daerah Muar dan negeri Johor umumnya. Syarikat tersebut dilaporkan sudah menyewa sebuah kilang di Jorak yang dilengkakan dengan mesih ekstrak minyak jatropa dimana saya ada melawatnya. Bagaimana pun kemudian penanaman jatropa ini dilihat kurang mendapat sambutan dikalangan petani kerana anakbenihnya dijual dengan harga agak mahal (Sekitar RM4.50 sepokok) dengan buahnya kelak akan dibeli balik ileh syarikat tersebut untuk diproses. Tanaman ini dilaporkan ada dikomersilkan di Indonesia dan beberapa negara lain sebagai sejenis tanaman untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel pada hari pertama 1.1.2023 (tahun baru 2023) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai tanaman jatropa untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan ke kebun jatropa di Kota Tinggi dan Kelantan sebelumnya. Dilaporkan oleh petani melalui syarikat tersebut dimana minyak dari buah Jatropha curcas atau pokok jarak pagar yang siap dimasak akan mengeluarkan minyak berwarna kuning yang beracun. Minyak ini kemudian apabila ia dicampur dengan belerang maka ia boleh mengubati luka-luka ringan. Malah jika dititiskan di celah jari kaki dilaporkan ia akan dapat untuk merawat dan menghilangkan penyakit kutu air. Kulit buahnya pula didakwa boleh menjadi bahan pelawas untuk membuang air besar. Antara kenyataan dimana air rebusan dari daun pokok jarak pagar dapat menyembuhkan penyakit demam dan Malaria. Daun ini juga turut menjadi makanan kepada ulat sutera. Daun ini akan gugur ke tanah dan lama-kelamaan menjadi sebati dengan tanah tanaman serta meningkatkan lagi kesuburan tanaman. Dilihat dimana pada kulit batang pokok jarak pagar baik untuk disapukan pada bekas gigitan ular, salah urat atau terkehel. Selain itu dilaporkan dimana bahagian isi kayu batang pokok jarak pagar dapat menghilangkan putih lidah bayi dan menghilang panas di dalam badan. Kulit kayu jarak pagar boleh menghasilkan pewarna fabrik berwarna biru gelap. Akar jarak pagar juga didakwa boleh menjadi julap dan jika dihancurkan boleh ditempel bagi mengubat penyakit rheumatik. Biji jarak pagar adalah ramuan mujarab tradisional untuk mengubati sakit lutut, batuk-batuk, luka lecur, gonerea, lumpuh, bengkak-bengkak, sakit kuning, radang paru-paru, gatal-gatal, ulser dan ketumbuhan. Apa pun info tembahan dimana selain mencuci luka getah ini dapat melegakan kesakitan gigi berlubang dan ulser mulut dengan beberapa titisan dan tidak boleh dimakan kerana beracun. Ia juga dapat merawat luka selepas berkhatan agar lebih cepat sembuh. Dalam pada itu hampas yang terhasil daripada pemprosesan minyak jarak pagar boleh diguna semula sebagai baja kerana kaya dengan nitrogen fosforus dan postasium. Ia juga boleh menghindarkan perosak tanaman padi seperti siput gondang emas. Penulis blog merujuk kepada risalah yang menjelaskan dimana buah matang jatropa berikan perolehan minyak pati lebih kurang 33% dan ia aAmat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia. Dilaporkan ia mampu tumbuh dengan cepat iaitu dalam masa 6 bulan sudah mulai berbuah dan sesuai untuk dituai hasil. Dalam pada itu penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan. Pokok jarak pagar mampu hidup melebihi 45 tahun dimana sebiji buah jarak pagar mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel. Biasanya saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik;
08. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. Ditulis dimana 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian tidak termasuk kos penghantaran. Dilaporkan hasil pengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun dimana ada jaminan beli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM 0.85 sekilo bersamaan RM 850 se-tan oleh Bionas selama 30 tahun.
08. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. Ditulis dimana 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian tidak termasuk kos penghantaran. Dilaporkan hasil pengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun dimana ada jaminan beli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM 0.85 sekilo bersamaan RM 850 se-tan oleh Bionas selama 30 tahun.
Merujuk kepada portal berita ubimas.com bertajuk 'UNIMAS kaji potensi Jatropa untuk perubatan' sesuai dikongsikan. Berita bagaimana Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membuat ajian saintifik ke atas pokok Jatropha untuk kesesuaian ataupun tidak
untuk tujuan perubatan telah dilaksanakan. Dilaporkan setakat ini pokok Jatropha yang mempunyai nilai ekonomi
dan komersial yang tinggi hanya diketahui mempunyai potensi untuk sumber
pengeluaran biofuel untuk menggantikan dalam penggunaan sumber tenaga daripada petroleum. UNIMAS meneruskan kajian
saintifik untuk memastikan bahagian
lain daripada pokok Jatropha ini mempunyai potensi untuk bidang perubatan
ataupun tidak selain menggunakan
buahnya bagi pengeluaran sumber
biofuel. Kajian bersama pihak Sebayor Holdings Sdn Bhd
iaitu anak syarikat UNIMAS dengan Kelingkam Emas Sdn Bhd di buat sebelumnya. Kajian tersebut akan mengambil masa antara 5 - 10 tahun sehinggalah produk perubatan yang sesuai dapat dipasarkan. UNIMAS juga akan menjalankan kajian bagi menghasilkan produk kecantikan daripada pokok Jatropha khasnya
untuk membuat sabun dan syampo.
Kini sektor perubatan berasaskan herba dijangka terus berkembang
di peringkat global dengan anggaran
nilai pasaran dunia sebanyak AS$300
bilion menjelang tahun 2022 dengan
berkurangnya penggunaan ubat sintetik
yang mungkin kurang berkesan penggunaannya pada masa akan datang atas
faktor persekitaran dunia. Perkara ini adalah satu peluang besar kepada
Malaysia yang mempunyai kira-kira
1,200 jenis spesis pokok herba dan tumbuhan yang mempunyai potensi untuk
bidang perubatan dan kecantikan. Kajian dibuat libatkan beberapa bahagian pokok Jatropha
sama ada ia sesuai untuk menghasilkan
produk anti parasit. Penyelidik masih lagi mengkaji beberapa
komponen daripada pokok Jatropha
sama ada sebatian anti parasit yang dihasilkan
itu sesuai untuk kegunaan perubatan
ataupun tidak. Dilaporkan pohak syarikat kina telah menanam pokok Jatropha di kawasan seluas
80 hektar melibatkan beberapa tempat
di Sri Aman, Betong, Miri can Kuching
serta berharap kerjasama terbabit boleh
membantu mengembangkan lagi pasaran Jatropha dalam bidang perubatan dan kecantikan selain untuk kegunaan
biofuel.
Dalam laporan lain yang dirujuk juga dari Sarawak dimana 'Bionas bagi benih Jatropha percuma kepada 1 juta penduduk Sarawak' menarik dikongsikan. Satu kempen menanam jatropa di Sarawak dilakukan dimana terkini selain daripada memberikan 1 juta anak pokok jatropa kepada penduduk mereka juga dibawa melawat kilang memproses buah jatropa yang terletak di Gua Sukat, Sri Aman, Sarawak. Dilaporkan juga disediakan pusat Jual Beli Hasil Buah Jarak didakwa ia bakal mengubah wajah pembangunan di kawasan Sri Aman pada masa akan datang. Pihak Bionas telah mengumumkan pemberian secara percuma biji benih pohon Jarak atau Jatropha iaitu tanaman yang dapat menghasilkan Bio-Fuel kepada satu juta penduduk dalam negeri ini. Jurucakap Bionas nyatakan dimana pemberian biji benih Jatropha secara percuma itu akan membolehkan setiap penduduk menanam tanaman Jatropha di 10 ekar tanah milik masing-masing. Kini seiring dengan perkembangan keperluan industri dimana permintaan bahan bakar minyak terus melonjak naik dengan harga bahan api sedunia yang turut meningkat. Walau pun sudah ada pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telah menemui pokok Jarak (Jatropha curcas) yang ia dilapor mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Pemberian secara percuma biji benih pohon Jarak ini katanya juga secara tidak langsung akan menjana pembangunan ekonomi terbaru dikalangan penduduk negeri Sarawak pada masa akan datang. Pihak Bionas juga telah memberikan biji benih Jatropha secara percuma kepada 60,000 penduduk Sarawak untuk ditanam pada 10 ekar tanah milik masing-masing semenjak tiga tahun lepas. Kesemua penduduk yang telah diberikan biji benih Jatropha secara percuma itu telah mula menjual hasil masing-masing kepada pihak Bionas semenjak bulan September 2008. Harga belian semula biji benih Jatropha oleh Bionas ialah RM1,050 satu tan. Pihak Bionas juga sanggup membeli buah Jatropha yang sudah dikeringkan pada harga RM850 satu tan. Penduduk yang menerima biji benih tanaman Jatropha secara percuma diharap akan dapat memanfaatkan sepenuhnya pemberian terbabit demi mereka meningkatkan taraf hidup masing-masing di masa akan datang. Dilaporkan Bionas juga sedang membina sebuah Bionas Press Mill di Sarawak yang masih lagi dalam proses pembinaan dan dijangka akan dilancarkan di Tamin, Sibu kelak. Dilaporkan seramai 250 orang penduduk termasuk 85 kakitangan pusat pengumpulan dan penghasilan Bionas di seluruh negeri Sarawak hadir bagi menyaksikan majlis pelancaran berkenaan di Gua Sukat. Sehingga hari ini awal tahun 2023 industri tanaman dan penghasilan buah jatropa di Malaysia masih belum mencapai sasaran seperti diharapkan lagi. Semuga artikel ini memberi info berikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
JARAK PAGAR... NAMA TEMAPATANNYA...
MUDAH TUMBUH... SENANG MENJAGA...
BIJI DITUAI.. DIEKSTRAK MINYAKNYA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Bukit Baru,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Januari 2023).
Bersamaan 8 Jamadilakhir 1444H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.