Support My Blog

Monday, January 2, 2023

BURUNG WALIT - TEKNOLOGI DAN LESEN

BURUNG WALIT 
(
Collacalia fuciphaga) merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur diatas udara dengan pantas. Burung daripada keluarga Apodidae ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang atau kecil dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing. Lazimnya dibahagian kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walit mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Di Malaysia perusahaan burung walit telah mula 'sangat popular' semenjak tahun 1996 dimana banyak pemain industri telah membina premis rumah burung walit selepas itu. Dianggarkan lebih daripada 2,500 premis burung walit berdaftar dibina setakat ini sama ada dikawasan bandar, pekan atau didalam sawah atau ladang. Hasil dari penternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walit ini selain mempunyai harga yang tinggi, ia didakwa juga dapat bermanfaat untuk kesihatan. Sarang walet didakwa berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga. Artikel malam Ahad ini saya menulus dalam 'Anim Agro Tehnology' mengenai amalan teknologi dan perlesenan ternakan burung walit sekadar untuk bahan bacaan dan rujukan anda.

Penulis blog dapati dimana asas bagi menternak burung walit adalah seperti  persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah dikawasan dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1,000 m dari aras laut. Lokasi yang dipilh juga sebaiknya jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat. Lokasi itu juga adalah agak jauh dari gangguan burung-burung pemangsa pemakan daging. Kawasan sawah padi, padang rumput, ladang luas, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai, rawa-rawa merupakan lokasi penternakan burung yang paling tepat.  Bagi kejayaan pembinaan rumah walit sebaiknya dilakukan ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan dimana walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian ini diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian yang dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walit. Ada beberapa kelengkapn untuk tujuan menternak walit seperti alatan bunyi iaitu satu set eletronik mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Speaker Utama dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk.  Alat seperti tweeter satu set mengandungi 10 unit untuk yang masing-masing berfungsi untuk menarik waletmasuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi. Selain itu Water Spryer perlu untuk menarik minat wallet dan alat penyukat Suhu dan Kelembapan iaitu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung. Sarang Tiruan pula perlu untuk peringkat awal menarik minat walit datang bersarang. Peralatan perlu sentiasa diperiksa agar ia berfungsi dengan baik. Kegagalan alatan dan kelengkapan tersebut berfungsi akan boleh menyebabkan burung walit kurang selesa untuk tinggal didalamnya dan berkemungkinan akan lari ketempat lain.

Burung walit mempunyai musuh dan jufa serangan penyakit yang boleh menganggu kehidupannya. Sebaiknya pastikan dapat m
engawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan. bagi masaalah Tikus  yang suka akan makan telur, anak burung walit bahkan sarangnya adalah jenis perosak mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan persekitaran rumah walit . Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Bagi musuh seperti Burung Hantu dan Helang dimana ia akan memakan burung walit boleh dikawal dengan memasang perangkap elektrik atau burung di tangkap dan dipindahkan.  Semut api dan semut gatal boleh menyerang dengan cara memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pencegahan semut ini dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang daripada ia mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas. Kehadiran haiwan cicak dan biawak pasir lazimnya akan  memakan telur dan sarang walit. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walit.  

Dalam kes perlesenan menternak walit penulis blog merujuk kepada laporan media dimana kebanyakan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan 
telah menetapkan syarat supaya dua jenis lesen diperlukan untuk penternakan burung walit secara komersial. Sebagai contoh di Sarawak dimana ada dua jenis lesen diperlukan iaitu Lesen Membina, Mendiri dan Menyelenggarakan Bangunan atau struktur untuk menternak burung walit serta Lesen Menternak Burung Walit. Apa pun sebelum lesen penternakan burung walit secara komersial boleh dipertimbangkan untuk kelulusan, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dulu. Diantara syaratnya adalah perlu menghantar permohonan lengkap kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas. Setelah mendapat kelulusan maka permohonan akan dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kelulusan pelan bangunan dan setelah siap dibina, permohonan perlu dikemukakan bagi mendapat lesen penternakan burung walit. Dilaporkan sebagai contoh sejak 2 tahun lepas Sarawak telah menghasilkan sejumlah 6,705.4 kilogram pengeluaran sarang burung dengan anggaran nilai eksport berjumlah RM26.8 juta jika mengambil kira harga pasaran tempatan iaitu RM4,000 sekilogram. Pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan pihak berkuasa dimana di Sarawak dari sebanyak 418 rumah sarang burung walit dikenalpasti telah pun menjalankan aktiviti secara haram. Kerajaan telah mengeluarkan notis amaran terhadap pemilik premis yang mendirikan bangunan burung walit secara haram dan mereka dinasihatkan supaya dapat mengemukakan permohonan secara sah. Peranan semua pihak berkuasa yang terlibat untuk adakah beberapa siri dialog dan taklimat kepada mereka yang berminat termasuk semua pengusaha-pengusaha sedia ada dalam industri sarang burung walit demi kemajuan industri tersebut di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG WALIT... HITAM WARNANYA...
DIBUAT SARANG... SELESA DALAMNYA...
KAWAL MUSUH...PASANG ALATNYA...
CUKUP MASA... KUTIP SARANGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
Room 325, Grand Court Hotel,
Jalan Maharajalela, Teluk Intan,
Perak, Malaysia.
(1 Safar 1436H) 
Kemaskini pada 9 Jamadilakhir 1444H.
Bersamaan 1.1.2023
Dari Bandar Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...