AKTIVITI MENGIKIS KULIT POKOK DURIAN adalah satu teknologi atau amalan agronomi yang perlu dilakukan jika perlu dan berkemampuan. Tanaman durian (Durio zibethinus Murr) merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium. Kalau dahulu penanaman durian dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 550 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian di Malaysia terus meningkat pada tahun 2022 kepada seluas 85,366 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil juga meningkat menjadi sebanyak 459,787 metrik tan berbanding dengan tahun 2021 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2023). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168)dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai amalan agronomi mengikis kulit pokok durian dewasa hasil tinjauan teknologi dikebun durian komersil untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Pokok durian boleh hidup ratusan tahun jika ia berada didlam habitat sesuai seperti yang penulis blog pernah jumpa di Pulau Aur, Mersing semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing, Johor dahulu. Ada tiga pokok durian yang saiz batangnya sudah 2-3 pemeluk dimana penduduk setempat dakwa ia mampu menghasilkan lebih 2,000 biji setiap kali musim yang baik. Bagaimana pun disebabkan kedudukan pokok berada dipuncak bukit yang tinggi dan ambil masa 2-3 jam untuk menaiki dan membawa turun maka lazimnya buah durian tersenut akan dikumpulkan dan diambil isinya untuk dimasak jadi Lempok Durian. Hanya lempuk durian yang akan dibawa turun dan kemudian dihantar ke Mersing untuk dipasarkan. Penulis blog lihat disini dulu ada melihat bagaimana penduduk kampu ada mengikis kulit durian pada pokok yang lama ini. Bagaimana pun baru-baru ini pada 30 Disember 2022 saya berkunjung pula ke kebun durian yang komersi ditanam dengan Musang King di Kg Titi, Jelebu seluas 15 ekar dan melihat bagaimana beberapa pokok durian Musang King (D197) dewasa sudah sedang dikikis kulitnya. Kebun durian ini juga menjadi pusat Agrotourism terutam mereka yang inginkan makan buah durian D197 premium. Dalam amalan agronomi penanaman durian perkara ini macam 'tidak di bincangkan' dengan jelas cuma ia ada juga diamalkan oleh kalangan penanam durian komersial yang berpengalaman. Pokok durian yang matang dan berbatang besar dengan sistem percabangan yang seimbang akan menghasilkan batang yang kukuh dan sihat sehingga akan ada kulit kering yang diganti dengan kulit baru. Kulit ini masih melekat pada bahagian batang selalunya akan gugur sendiri lama kemudian. Dari segi ancaman keberadaan kulit kering ini jika dibiarkan maka ia boleh menjadi perumah kepada perosak dan patogen yang menyebabkan serangan penyakit. Bagi pemilik pokok durian yang mereka sayangi dan dijaga dengan baik maka merekaapa penulis blog lihat akan menbuang lapisan kulit kering ini dan meninggalkan kulit pada batang dan dahan yang dilihat 'bersih' dan 'segar'. Kulit yang bersih ini boleh disembur dengan racun kulat atau air baja (foliar) atau bahan lain yang sesuai untuk kesuburan pokok. Selain itu ia memberikan imej terbaik kepada pelancong yang datang melawat kebun dengan pokok yang dilihat kemas.


KULITNYA DIKIKIS... ALASAN KENAPA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... SAYA JUMPA...
FAKTA DIJELASKAN... PANDUAN SEMUA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Durian Musang King Kg. Titi,
Jelebu, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(30 Disember 2022).
Siap tulis pada 3 Januari 2023.
Posted from Room 717, The View Hotel,
Segamat, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.