Support My Blog

Thursday, January 19, 2023

CAPUNG - APA DIA?

CAPUNG (Anisoptera spp) atau di Malaysia dipanggil sebagai 'Pepatung' atau 'Sibur-sibur' atau 'dragon fly' adalah kelompok sejenis serangga yang tergolong ke dalam satu kumpulan iaitu Odonata. Serangga ini amat mudah dijumpai di kawasan tropika seperti di Malaysia dimana serangga ini jarang berada jauh-jauh dari air iaitu tempat mereka bertelur dan selalu ia menghabiskan masa pra-dewasa anak-anaknya. Nama Capung ini popular di Indonesia tetapi saya dapati dalam bahasa lain yang saya tahu adalah seperti Dragonfly (Naga Terbang), Papatong, Sibur-sibur, Kinjeng , Coblang, Kasasiur , Tjapung dan banyak lagi gelaran temptan. Serangga Capung (sub-order Anisoptera) adalah agak mudah dibezakan dari capung jarum (subordo Zygoptera). Capung secara umumnya bertubuh relatif besar dan hinggap dengan sayap terbuka atau terbentang ke samping. Sedangkan capung jarum umumnya bertubuh kecil (meskipun ada beberapa jenis yang agak besar), memiliki abdomen yang kurus ramping mirip jarum, dan hinggap dengan sayap-sayap tertutup, tegak menyatu di atas punggungnya. Capung dan capung jarum menyebar luas, di hutan-hutan, kebun, sawah, sungai dan danau, hingga ke pekarangan rumah dan lingkungan perkotaan. Ditemukan mulai dari tepi pantai hingga ketinggian lebih dari 3.000 m dpl. Beberapa jenisnya, umumnya jenis capung, merupakan penerbang yang kuat dan luas wilayah jelajahnya. Beberapa jenis yang lain memiliki habitat yang spesifik dan wilayah hidup yang sempit. Capung jarum biasanya terbang dengan lemah, dan jarang menjelajah jauh. Bagi penulis blog memang sudah kenal dengan capung yang ada banyak didepan rumah semenjak kecil dahulu di Muar, Johor. Depan rumah penulis blog memang ada anak sungai yang bersambung dengan beberapa anak sungai lain dimana ada berbagai jenis capung dijumpai dihabitatnya. Bagaimana pun belajar tentang kitaran atau siklus hidup capung yang bermula dari telur hingga mati setelah dewasa memang bervariasi diantara enam bulan hingga maksimal enam atau tujuh tahun. Capung meletakkan telurnya pada tetumbuhan yang berada di air. Ada jenis capung dimana ia adalah spesis yang senang dengan air tergenang (air tenang) akan tetapi dilaporkan ada pula jenis capong yang senang menaruh telurnya di air yang agak deras. Setelah menetas kemudian peringlat larvanya (juga dipanggil sebagai 'tempayak' capung hidup dan berkembang di dasar perairan kolam atau air. Seterusnya ia akan melalui atau pun ia akan mengalami metamorfosis menjadi nimfa dan akhirnya keluar dari permukaan air sebagai capung dewasa yang mamu terbang pula. Penulis blog dapati capung hidup di dalam air, didaratan dan juga di udara. Apa pun sebahagian besar edaran hidup capung dihabiskan dalam bentuk nimfa iaitu peringkat dimana ia tinggal di bawah permukaan air. Peringkat ini kehidupannya dengan menggunakan insang internal untuk bernafas. Larva atau tempayak dan nimfa capung hidup sebagai haiwan karnivora yang ganas. Nimfa capung yang berukuran besar bahkan dapat memburu dan memangsa berudu dan anak ikan semasa dihabtatnta. Apa pun lazimnya apabila mencapai peringkat dewasa dimana capung hanya mampu hidup maksima selama empat bulan sahaja. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai cabung untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Haiwan serangga capung merupakan salah satu serangga yang sering boleh lihat di tempat-tempat tertentu seperti taman-aman dikawasan rekreasi atau sekitar rumah yang ada sumber air seperti tasek, sungai dan sebagainya. Seperti pada kupu-kupu dan lebah, capung juga mengalami metamorfosis dalam periode kehidupannya. Bedanya, serangga kupu-kupu mengalami metamorfosis sempurna, sedangkan capung tidak, atau hanya mengalami metamorfosis tidak sempurna. Dimulai dari telur kemudian menjadi larva dan akhirnya menjadi capung dewasa yang dapat terbang dengan bebas diudara. Capung diantara haiwan hebat yang mampu terbang didalam semua arah sama ada kedepan, kekiri, kekanan, keatas, kebawah, ke belakang dan juga statik. Penulis blog ingik kongsikan beberapa ciri-ciri keunikan-keunikan dari capung untuk diketahui. Capung merupakan salah satu serangga purba dimana ia sudah berada di bumi semenjak lebih 300 juta tahun yang lalu. Fosil capung terbesar yang pernah ditemukan di bumi mempunyai ukuran lebar sayap lebih dari 3 meter sudah dipamerkan di muzeum. Apa pun haiwan serangga ini dikelaskan didalam kumpulan Odonata dengan lebih dari 5,000 spesies berbeza-beza dimana dilaporkan sudah tersebar di seluruh penjuru dunia. Di USA sahaja terdapat ada lebih dari 400 spesies dimana di negara kita Malaysia memang ada lebih banyak lagi termasuk spesis yang belum dikenapasti. Kalangan pembaca juga mungkin ada yang pernah atau sering melihat seekor capung berada di atas permukaan air dengan seakan terjun dan naik keudara semula. Persoalan mengapa capung ada lakukan perkara sedemikian sebenarnya agak rumit. Ternyata di permukaan air itulah capung meletakkan telur-telurnya yang kemudian akan menetas didalam iar dan seterusnya akan menjadi larva. Capung dewasan dewasan memang sangat peka dan mahir dengan lokaliti habitatnya dimana kawasan seperti di permukaan air tersebut sehingga sering kita jumpai 2 ekor capung yang berkelahi satu sama lain untuk mereka dapat memrebutkan kawasan tinggal dan mempasikan kawasan kekuasaannya.


Memang penulis setuju akan kenyataan dimana melihat pergerakan pelbagai jenis capug dihabitatnya agak menyeronokkan. Apa pun walaupun pelbagai jenis capung kelihatannya sangat indah akan tetapi serangga dewasa capung sebenarnya adalah serangga yang ganas. Sejak menetas dari telur, mereka adalah karnivora yang suka menyantap hewan lain. Pada saat masih larva, mereka memakan plankton, ikan-ikan kecil, serta larva lain. Di saat sayap mereka mulai berkembang, capung muda memiliki bagian tubuh khusus yang berada di sekitar kepalanya yang berfungsi sebagai tongkat untuk memudahkan menangkap ikan-ikan kecil. Di saat dewasa, capung merupakan predator alami dari nyamuk, sehingga populasi capung yang banyak bisa menjadi pengontrol yang efektif dalam menanggulangi penyebaran nyamuk pada suatu tempat. Biasanya dari segi kajian dimana hampir seluruh masa hidup capung sebenarnya dihabiskan pada semasa mereka berada diperingat  larva iatu didalam air. Larva capung sendiri hidup kira-kira 3 tahun lamanya dalam air dimana memang sahih dilaporkan iaitu setelah itu mereka baru bermetamorfosis menjadi capung dewasa yang bersayap dimana ia akan terbang bebas diudara. Capung dewasa ini hanya bertahan hidup beberapa minggu karena tujuan mereka bermetamorfosis tersebut hanya untuk menemukan pasangan agar boleh mengawan dalam ia melangsukan proses pembakan seterusnya. Kisah ini sama dengan kisah kelkatu sahaja bunyinya. Apabila sudah mengawan lazimnya caung dewasa akan membiak dimana capung betina akan meletakkan teluya didalam air.

Meneliti akan marfologi atau bentuk tubuh capung selelunya ia ada tiga bahagian iaitu Bahagian Kepala, Thorax dan Abdomen. Capung ini mempunyai pelbagai spesis dimana ada banyak bentuk tubuhbadannya. Bahagian kepala selalunya ada mata jenis kompoun dan mulut yang empunyai gigi yang tajam. Dibahagian thorax atau badan terdapat 3 pasang kaki dan sepasang atau dua pasang kepak.  Apa pun dilaporkan dimana s
ayap capung bahagian hadapan lebih panjang daripada sayap capung bagian belakang (Sila lihat foto disebelah). Bentuk sayap seperti ini juga yang membuatkan serangga capung dapat terbang sangat cepat hingga tahap kelajuan sekitar 50 km/jam dan a memang sangat laju bagi serangga seperti ini. Selalinya ia juga akan dapat melakukan berbagai 'manuver' atau mengalih arah penerbangan di udara mulai dari bergerak ke sisi (kiri atau kanan), kebelakang sampai mampu menyusuri suatu permukan benda yang ada dihabitatnya. Kehebatan da kecepatan serangga capung didalam terbang ini menyebabkan ia adalah sejenis serangga yang dinobatkan ia sebagai sejenis serangga tercepat yang ada dimukabumi. Penulis blog meneliti akan bahagian yang penting bagi capung iaitu serangga capung ada satu perkarayang paling menarik iaitu ciri khas capung dari segi jenis atau bentuk matanya. Serangga capung ini memliki mata yang besar dengan ribuan lensa yang bersegi-segi iaitu sama seperti pada serangga lebah madu (Apis spp). Dilaporkan dengan memunyai saiz mata yang besar dan bersegi-segi tersebut maka serangga capung dapat melihat ke segala arah. Asas ciri ini juga yang membuat manusia agak kesulitan ketika ingin cuba hendak menangkap hewan ini walaupun dari arah belakangnya sekalipun. Sehingga kini tidak banyak kaitan ekonomi dan perubatan untuk dikaitkan dengan serangga capung ini. Bagaimana pun kehadiran cpung dikawasan penempatan yang lembab dikatakan baik kerana capung pernah digelar sebagai 'Doktor Udara' apabila ia memakan nyamuk termasuk nyamuk aedes. Capung adalah serangga pemangsa serangga lain dalam habitatnya dan selalu berterbangan diwaktu panas siang hari. Semuga artikel ini memberi info brguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA CAPUNG... PEPATUNG SAMA...
CEPAT TERBANG.. BERADA DIUDARA..
LAMA HIDUP.. DALAM AIR LARVANYA...
BILA MEMBACA... INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...