Support My Blog

Sunday, January 22, 2023

KELAPA RENEK - TANAMAN BERGUNA

KELAPA  RENEK
(dwarf coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuh nya rendah dan cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan pekebun kerana prestasinya yang amat baik dalam memberikan pulangan ekonomi. Bagaimana pun disebebkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin agak sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kelapa renek atau kelapa genjah ini sudahh menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya. Berdasarkan penulisan saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula di,ana tanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secar asasnya iaitu Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya. Pada kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6-8 tahun iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepa berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun selepas ditanam dan pokok memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kela renek dengan kepadatan 270 pokok sehektar adalah jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) berbanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai tanaman kelapa renek yang memang nerguna untuk ianya dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog.

Pada penulis blog berdasarkan kepada ciri-ciri dan karakteristik tersebut, maka kelapa renek memang sesuai juga untuk di tanam oleh petani terutama jika ia diletakkan di kawasan pekarangan rumahnya. Kawasan rumah kampong lazimnya ada kawasan luas begitu juga mereka yang tinggal di bungalow, rumah semi-D, rumah teres lot tepi dan sebagainya. Kelapa renek ini hanya memerlukan kawasan kecil dan banyak sinaran cahaya matagari mencukupi untuk berbunga dan berbuah. Apabila berhasil memang mudah sahaja untuk menuainya bahkan oleh surirumah tangga sekalipun. Kelapa renek ini sering ditanam dikeliling rumah terutama untuk tujuan mendpatkan kelapa muda untuk diminum airnya walau pun ada yang mengambil buah tua untuk diambil santannya. Dalam pada itu daun muda kelapa sering diambil apabila tiba musim perayaan untuk anyaman ketupat juga. Penulis blog sering melihat bagaimana tanaman kelapa renek dikawasan kampong di Batu Pahat Muar, Pontian, Kuala Selangor dan Merlimau yang menanam kelapa renek untuk diambil air niranya bagi dijadikan gula melaka asli. Bagaimana pun kempen kesedaran perlu dilakukan oleh pihak berwajib untuk penanaman kelapa renek dengan memberikan anakbenih (melalui program khusus bekalan benih kelapa renek) atau memberikan khidmat nasehat teknikal kepada komuniti untuk menanam disekitar taman perimahan atau disepanjang kampong tradisional. Pendekatan program seperti 'coconut avenue planting' amat sesuai dilakukan kepada komuniti dimana penanaman kelapa renek ini selain ia mampu memberikan hasil selalunya akan menambah kecantikan landskap kawasan kediaman. Apa yang pentting dlam program ini diberikan anakbenih kelapa renek tulis secara percuma dan ditanam secara gotong royong dengan bimbingan pihak jabatan. 
Syarat utama untuk benih sebaiknya harus bersijik disahkan tulin dan berlabel setelah disahkan dengan skim SPBT.

Kalau di Malaysia sudah terkenal dengan kelapa renek seperti Kelapa Pandan (CN6), Kelapa Rendah MYD, Kelapa Rendah MRD, Kelap Rendah MGD dan terbaru adalah Kelapa Rendag Gadong Sari maka ia sesuai ditanam. Merujuk kepada penanaman kelapa genjah di Indonesia mereka ada beberapa varieti disyorkan untuk ditanam iaitu 
antara lain Kelapa Genjah Salak, Kelapa Genjah Raja (GRA), Kelapa Genjah Kuning Bali (GKB), Kelapa Genjah Kuning Nias, Kelapa Genjah Pandan Wangi, Kelapa Genjah Coklat Kopyor, Kelapa Genjah Hijau Kopyor dan juga Kelapa Genjah Kuning Kopyor. Terkini dilaporkan mereka memperkenalkan varieti Kelapa Genjah Entog Kebumen. Selain itu ada kelapa genjah lokal yang terdapat di Bali dan Kalimantan Timur. Bekalan benih kelapa renek di Malaysia terutama untuk kelapa pandan, Kelapa MRD, Kelapa MYD serta Kelapa MGD mudah diperlolehi oleh pembekal dari Jabatan Pertanian dan jiga pihak swasta. Apa yang penting dimana benih kelapa renek ini menjalani pemeriksaan pengesahan benih tanaman dibawah skim SPBT. Walau pun sasaran utama penenaman kelapa berada dikawasan khusus penanaman kelapa atau estet kelapa akan tetapi kini ia sesuai ditanam dikawasan rumah juga seperti penjelasan diatas. Penanaman kelapa renek ini jika dilaksanakan melalui komuniti juga sesuai kerana pokoknya yang lambat tinggi dan buahnya yang cantik dipandang jika dijaga dengan baik. Apabila berbuah dalam masa 3 - 4 tahun sahaja maka hasilnya boleh dimakan sendiri atau jika berlebihan boleh dijual dan menjana pendapatan.

Menjelaskan lanjut akan kehebatan kelapa renek atau kelapa genjah ini dimana ditakrifkan sebagai 
tanaman kelapa yang berbuah dalam waktu singkat dan pokok yang agak rendah. Tanaman kelapa renek ini sebenarnya sudah ada sejak lama ditanam dikawasan kampong dan keliling rumah juga. Pokok kelapa renek ini memiliki karakteristik morfologi yang batang lebih kecil ukurlilitnya dan rendah berbanding dengan jenis kelapa tinggi (Sila lihat foto disebelah). Saiz batang kelapa renek agak kecil dan tidak memiliki tapak gajah pada pangkal batang yang dekat dengan tanah. Jarak antara bekas daun atau 'leaf scars' juga lebih rapat dibandingkan kelapa tinggi. Perkara inilah yang membuatkan pokok kelapa renek ini boleh tumbuh tinggi dengan lama dan lambat. Panjang daun tanaman ini juga relatif pendek iaitu berukuran sekitar dibawah 4 meter. Dengan demikian lazimnya ciri pokok kelapa renek ini sesuai untuk ditanam dengan jarak tanam yang rapat (sekitar 7.5 x 7.5 m). Jika dilihat dari potensi buahnya dimana penulis blog dapati iaitu kelapa ini berusia pendek ini memiliki potensi buah yang menjanjikan. Kelapa renek ini diketahui mampu untuk ia menghasilkan buah purata di atas 120 biji sepokok setahun. Secara umumnya buah kelapa renek lebih sesuai dan banyak digunakan sebagai kelapa muda untuk di minum airnya. Di negara Thailand dimana kelapa pandan (jenis kelapa renek) kini sudah dikomersilkan untuk pasaran domestik dan eksport keseluruh dunia. Pada penulis blog boleh mengatakan dimana kehebatan kelapa renek menjadi komoditi tanaman yang banyak diminati petani sebab ia juga memiliki banyak keunggulan. Antara beberapa kelebihannya adalah ia mempunyai saiz batang pendek dan pertumbuhan tinggi yang lambat. Umur berbunga relatif singkat iaitu hanya sekitar 2.5 - 3.5 tahun saja untuk berbuah. Kelapa renek juga dilaporkan lebih cepat disadap untuk menghasilkan air nira yang boleh dijadikan pelbagai produk berasaskan kelapa. Boleh juga ditanam dengan jarak rapat sehingga lebih efisien dalam hal penggunaan kebun dan kawasan keliling rumah. Walau pun kelapa renek ini memiliki beberapa ciri keunggulan, namun untuk mendapatkan produkvititi terbaik dan optima maka pakej amalan teknologi dan penjagaannya mesti diikuti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KELAPA RENEK... GENJAH ITU SAMA...
BENIH DIPILIH... YANG TULIN SAHAJA...
CEPAT BERBUAH... DIRUMAH DEKATNYA...
HASIL BERKUALITI... MESTI DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilakhir 1444H).
Happy Chinese New Year 2023.. Rabbit

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...