Support My Blog

Monday, January 16, 2023

ITEK JAWA MAMPU KAWAL SIPUT ?

MENTERNAK ITEK JAWA
di sawah padi membantu mengawal perosak siput?. Pada hakikatnya aktiviti kaedah kawalan Amalan Perosak Bersepadu (APB) dimana salah satu pilihan pesawah adalah menternak Itik Jawa kerana sudah ada kajian mendapati ia mampu mengatasi serangan masaalah siput gondang emas. Kini dengan teknologi iaitu menggunakan itik sebagai kaedah bagi tujuan mengawal populasi haiwan perosak siput gondang emas (SGE) sudah pun ianya diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha mengurangkan beban kos operasi petani yang meningkat (Sila lihat foto paling bawah). Penulis blog juga pernah membuat tinjauan dimana daripada aktiviti percubaan dengan kaedah menggunakan 300 ekor itik jawa di kawasan Projek Sawah Gemilang (PSG) di Kampung Charuk Kering, Pendang, Kedah dulu dimana dilaporkan ia berjaya mengawal hingga 100 peratus kurangkan populasi siput itu setelah ianya dipraktikkan menternak itekk jawa iaitu secara berterusan. Siput SGE adalah sejenis perosak tanaman padi dimana ia akan memakan biji benih yang ditabur di petak sawah diman ia juga menjadi satu lagi ancamannya sungguh besar kerana petani perlu menabur semula benih padi atau mengeluarkan ribuan ringgit untuk membajak semula sawah mereka. Apabila ada itik jawa dikawasan ia berjaya mengawal secara keseluruhan semua kawasan sawah maka pesawah tidak lagi terbeban dengan penggunaan racun kimia yang mahal dan berbahaya kepada alam sekitar dia ia seterusnya akan dapat didalam meningkatkan hasil pengeluaran hingga tujuh tan per hektar. 
SIPUT GONDANG EMAS (SGE) merupakan sejenis perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. SGE ini dilaporkan memang berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di Malaysia seperti di Jelapang Padi di kawasan MADA ada terdapat dua (2) jenis Siput SGE yang dikesan iaitu SGE Berwarna Keemasan (Pomacea canaliculata) dan juga Siput SGE Berwarna kehitaman (Pomacea incerlarus). SGE sejenis haiwan sipput jenis herbivor dimana pokok padi diserang kesan kepada kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi. Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat SGE. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagamana panternakan itek jawa membantu mengawal perosak siput disawah padi untk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penuls blog pernah laksanakan program p
emeliharaan itik dekat dengan sawah padi semasa berkhidmat di Mersing, Johor dahulu iaitu di Sawah Air Papan. Walau pun sebahagian besar penternakan itek masih lagi dilakukan secara tradisional termasuk meletak di sawah atau dikawasan paya tetapi ianya sudah banyak dikomersilkan juga. 
Selalunya cara pemeliharaan ini cukup penting sebagai satu aktiviti kerja bagi masyarakat kampong yang mempunyai tahap kemahiran dan modal yang terhad. Program Sawah Gemilang dan progam APB seperti dinyatakan diatas oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia dijalankan dengan cara menambah frekuensi tanam padi dari sekali kepada dua kali dan mungkin akan menjadi tiga kali padi setahun akan berpengaruh pula pada pola penternakan itik. Penyelidikan bagaimana pun dilakukan untuk melihat pengaruh timbal balik antara sistem pertanian moden dengan sistem pemeliharaan itik di kawasan padi yang sama. Hasil penyelidikkan ada menunjukkan bahawa ketersediaan makanan untuk itik yang dilepaskan dan diternak akan dapat meningkatkan dan menyediakan makanan disawah sepanjang tahun sehinggakan ada kelompok ternakan itik tidak perlu lagi menternak didalam kandang yang berada jauh dari rumah asal ("home base"). Hasil kajian menunjukkan bahawa keuntungan timbal balik bagi 'Projek Sawah Gemilang' sebagai contoh telah dapat menurunkan isu kehadiran perosak dan penyakit tanaman padi khususnya pada sawah yang ditanam secara intensif. Penghasilan dari telur dan daging itik bagi sistem penternakan ini dilaporkan lebih ianya lebih menguntungkan dibandingkan dengan sistem intensif maupun semi-intensif kerana ada pengaruh perpindahan itik dan ketersediaan makanan didalam sawah. Peratus produktiviti hasil kajian saintis dilaporkan selama 25 minggu dikira berdasarkan jumlah telur yang dihasilkan semasa dijalankan kajian meningkat sebanyak 100%. Itek jawa dilaporkan sangat berkesan dan suka makan spesis Siput Gondang Emas (SGE) dikawasan sawah padi. Dari hasil pemeriksaan pada tembolok itek jawa saintis mendapati dimana adanya korelasi antara jenis biota yang terdapat di sawah padi dengan jenis siput yang dimakan oleh itik. Dibuktikan dimana istem pemeliharaan itik jawa disawah dapat mengurangkan kadar serangan perosak yang boleh mengancam tanaman padi.

Di laporkan oleh hmetro.com dimana '
Ternak itik kawal siput gondang emas' di Sawah Pahang Tua berjaya mengawal serangan perosak. Dilaporkan dimana itik telur diternak dalam kawasan sawah bagi mengawal pembiakan siput gondang emas.  Memang pesawah tidak tahan apabila hasil tanaman padi sering dirosakkan siput gondang emas hingga mengalami kerugian RM10,000 setiap musim membuatkan pesawah nekad menternak lebih 500 itik telur bagi membasmi serangan haiwan itu. Di samping ia dapat mengawal serangan siput itu yang merosakkan padi dimana seorang pesawah iaitu Ishak Abdul (51 tahun) yang juga dia mampu menjana hasil pendapatan hasil penjualan telur itik yang dipeliharanya di kawasan sawah skim Pahang Tua, Pekan, Pahang. Itik telur yang diternak di kawasan sawah dapat mengawal pembiakan siput itu yang memusnahkan anak pokok padi di peringkat awal pertumbuhan. Kaedah yang digunapakai itu dilaporkan dapat menghapuskan 90 - 95 peratus siput tanpa perlu pesawah untuk menggunakan racun. Lazimnya itik telur dewasa akan menjadikan anak siput sebagai makanan tambahan setiap hari sepanjang berada dalam kawasan sawah berair dan kering. Itik Jawa memiliki kemahiran memburu anak siput dan setiap hari saya biarkan ternakan bebas dalam kawasan sawah selama beberapa jam. Selain dapat membasmi siput itu itik yang diternak juga memberi pendapatan tambahan hasil jualan telurnya setiap minggu. Dia yang mengusahakan sawah di kawasan 12.14 hektar mampu meraih pendapatan RM300 hingga RM500 seminggu hasil jualan telur itik. Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan tahun lalu menyediakan bantuan 500 anak itik telur kepadanya sebagai perintis projek membasmi sipu gondang emas di kawasan sawah skim Pahang Tua, Pekan, Pahang. Dia berharap program bantuan anak itik telur kepada pesawah di daerah itu dapat diteruskan oleh IADA dalam usaha mengawal serangan siput yang semakin serius hingga menyebabkan kerugian besar kepada pesawah. Apa dun di kawasan sawah skim Pahang Tua iaitu hampir semua 461 pesawah kini berdepan ancaman siput selain tikus, burung biru dan belibis hingga menyebabkan kerugian besar. Kini cara penggunaan racun siput yang disediakan kerajaan tidak berkesan disebabkan beberapa faktor seperti sudah terlalu lama digunakan dan isu SGE sudah kebal.

Kisah berlainan di Pendang, Kedah dimana '
Guna itik kawal siput perosak' juga sesuai dikongsikan. Bernama ada melaporkan dimana ada sekumpulan petani di Charuk Kering dimana dengan cara menggunakan itik jawa bagi tujuan mengawal populasi haiwan perosak, siput gondang emas (SGE) yang juga memberi ancaman kepada tanaman padi. Pegawai Pertanian Daerah Pendang ada menyatakan dimana Projek Sawah Gemilang Charuk Kering melibatkan 34 petani itu merupakan projek perintis sebelum kaedah berkenaan diperluaskan ke seluruh daerah itu. Kini dengan penggunaan itik jawa ini pesawah sudah berjaya mengawal haiwan perosak yang memusnahkan benih padi itu sekali gus dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi hingga tujuh tan per hektar. Projek ini dibimbing Pejabat Pertanian Daerah Pendang dengan kerjasama Bahagian Sekuriti Tumbuhan jabatan itu yang melibatkan keluasan 30.83 hektar. Bagi Ketua Kelompok projek itu dikenali Omar Hussain berkata pihaknya kini dalam usaha menambah bilangan itik dengan cara mewujudkan pusat penetasan telur di kawasan berhampiran. Apa pun buat masa ini sebanyak 250 biji telur itik jawa dalam proses tetasan menggunakan kotak penetasan (inkubator) yang dihasilkan menggunakan mentol. Kelompok akan tetaskan 4,000 biji telur lagi secara berperingkat dan anak-anak itik itu kita akan agihkan kepada semua peserta yang terlibat dengan projek ini. Beliau berkata petani sering berhadapan dengan masalah benih padi dimusnahkan siput gondang emas dan terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membajak serta menabur semula benih baharu. Selain membantu meningkatkan hasil padi, petani juga boleh menambah pendapatan mereka dengan menjual telur itik jawa. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ITEK DISAWAH ... ITU ITEK JAWA..
ADA SIPUT... ITU DIMAKANNYA...
PADI SEHAT... NAIK HASILNYA...
DAPAT TELUR...BONUS NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciny 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...