Support My Blog

Sunday, January 1, 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023!

SELAMAT TAHUN BARU 2023!
Penulis blog "Anim Agro Technology" mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini sempena ketibaan tahun baru 2023 hari ini. Bersyukur kepada Allah swt sehingga hari ini masih berkemampuan untuk terus menulis artikel didalam blog ini dengan lebih inovatif, informatif dan juga terus dibaca ramai. Masuk tahun 2023 bermakna sudah hampir 15 tahun saya menulis artikel berkaitan teknologi pertanian, makanan, isu-isu semasa dan banyak lagi. Artikel dalam blog ini diposting setiap hari satu artikel menjadikan sebanyak 30-31 buah artikel diposting pada setiap bulan dan tidak pernah 'miss' pun sejak 15 tahun lalu. Sehingga pagi 1.1.2023 saya sudah menuli sebanyak 7,246 artikel dengan sebanyak 4,796 artikel sudah pun diposting sementara bakinya menunggu masa untuk dibuat posting. Sempena tahun baru 2023 ini saya menulis mengenai blog "Anim Agro Technology" sekadar berkongsi info dengan semua pembaca blog ini.

Beberapa artikel yang sangat popular dibaca semenjak dulu ada disenaraikan dalam rajah diatas. DIlihat dimana artikel bertajuk 'Kelapa menanam Matag dan Pandan' adalah paling banyak dibaca mencecah 77k yang ditulis pada 28 Febuari 2015 berkaitan dengan potensi dan teknologi tanaman kelapa matag dan kelapa pandan. Kedua adalah artikel bertajuk 'Racun Rumpai dan Cara Tindakan' yang mencapai sebanyak 50.8k yang di posting pada 5 Ogos 2018 (sekitar 4 tahun sahaja). Ketiga adalah artikel bertajuk 'Durian Musang King - 30 bulan berbuah' ynang menerima hits sebanyak 40k ditulis pada 5 September 2016 berkaitan tanaman durian. Kedudukan ke empat adalah artikel bertajuk 'Cili Padi - Seneng Tanamnya' yang mendapat kunjungan seramai 39.8k yang lama ditulis iaitu 9 Januari 2014 (8 tahun lalu). Kelima adalah artikel bertajuk 'Khasiat Sacha Inci - Apa Khasiatnya' yang menerima seramai 39.2k pembaca ditulis pada 3 Julai 2020 (artikel paling cepat ditulis 2.5 tahun sahaja).

Jumlah viewers harian yang berkunjung di blog ini adalah sekitar 9,000 - 15,000 orang sehari dengan memuncak pada hari-hari bekerja dan musim peperiksaan di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. Purata bulanan pula adalah sekitar 360,000 - 370,000 dimana ia akan berkurangan semasa cuti hari Ahad, Sabtu dan juga musim cuti panjang. Dari mana pembaca blog ini datang?. Oleh kerana ia ditulis dalam bahasa Malaysia maka memang tentunya rakyat Malaysia yang paling banyak dengan sejumlah 29.6 juta diikuti dengan orang dari USA (1.86 juta), Indonesia (848k), Singapura (280k), Brunei (180k), Rusian (146k), India (118k), Germany (47.1k), Sweden (38.4k) dan Lain-lain negara (930k). Mungkin ramai bertanya bagaimana orang USA dan negara lain membaca tulisan dalam bahasa... tentunya akan mereka gunakan 'google translate'. Antara artikel yang banyak diminati dari luar negara adalah durian, buah-buahan, kelapa sawit dan juga sektor pertanian secara umumnya. Saya akan meneruskan penulisan mengenai teknologi pertanian dan perkara berkaitan makanan didialam blog ini dimasa akan datang selagi ada diberikan kesihatan dan kekuatan otak demi memberikan ilmu kepada semua. 
SELAMAT TAHUN BARU 2023!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Januari 2023).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...