Support My Blog

Wednesday, February 1, 2023

PEMBAJAAN TEPAT PADI - HASILNYA TINGGI

PENGURUSAN PEMBAJAAN TEPAT
akan menjadikan kesuburan tanaman padi bagi pengeluaran hasil tinggi. Aktiviti pembajaan bagi tanaman padi atau memberikan nutrien merupakan satu aspek penting didalam usaha mempastikan penghasilan padi yang optima. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan satu industri pertanian penting di Malaysia selepas industri Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) dan Getah (Hevea brasilliensis) dari segi keluasan dan produktiviti. Bagaimana pun pada penulis blog mendapati dimana tanaman padi yang ada di beberapa kawasan jelapang padi di negara kita masih memerlukan kos yang tinggi setiap tahun didalam usaha mempastikan keselamatan makanan ruji penduduk negara ini akan terus dijamin. Keluasan tanaman padi pada tahun 2022 adalah seluas 647,859 hektar daripada seluas 283,911 hektar kawasan parsel padi. Daripada keluasan parsel padi 283,911 hektar seluas 210,288 hektar (70.1%) adalah sawah didalam kawasan jelapang padi dan bakinya adalah sawah padi di Luar Kawasan Jelapang (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Data CCS Kebangsaan (Crop Cutting Survey) atau produktiviti tanaman padi di Malaysia pada tahun 2022 pula adalah sebanyak 3,749 kg/ha dengan purata produktiviti kawasan jelapang padi mencapai 4,206 mt/ha. Malaysia mampu menghasilkan sebanyak 2,428,889 metrik tan padi pada tahun 2022 dan apabila padi ini diproses menjadi beras ia telah menghasilkan sebanyak 1,677,472 metrik tan beras yang bernilai sebanyak RM2,771,104. Terdapat beberapa varieti padi yang popular ditanam di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia antara varieti padi yang popular adalah seperti MR315, MR220CL2, MR297, MR219, MR263, MR 284. Lain-lain varieti yang popular ditanam untuk musim utama 2022 ini adalah seperti MR220, MR269, MRQ76, MR211 dan MR220CL1. Tanaman padi apa yang penulis blog kaji merupakan antara tanaman penting di negara kita yang mendapat suntikan kewangan tinggi setiap tahun sebagai insentif kepada pesawah untuk menghasilkan makanan utama di kalangan rakyat tempatan. Pelbagai bantuan seperti insentif diberikan oleh kerajaan melalui pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Makanan dengan pelbagai jenis insentif. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan dalam pemberian baja pada waktu yang tepat dalam mempastikan penghasilan tinggi untuk dijadikan rujukkan.

Pada pesawah diseluruh negara pastinya mereka sudah faham bagaimana p
adi merupakan tanaman yang memang memerlukan pembajaan yang sempurna bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang tinggi. Dalam tinjauan penulis blog di Sawah Ring, Tangkak, Johor (dulu pernah ada bersawah disini) mendapati dimana tanaman padi masih kekal dijalankan diskim ini dengan berterusan. Penulis blog dapati purata hasil padi di skim ini adalah sekitar 3,890 mt/ha dengan ditanam dua kali setahun (Sila anda lihat foto disebelah). Tanah sawah di Johor agak berlainan dengan ciri tanah diseluruh negara kerana tahap kesuburan tanah sawah sesuatu kawasan adalah berbeza dan dipengaruhi oleh jenis tanah kawasan tersebut. Ciri-ciri tanah sawah padi yang baik adalah mempunyai ciri-ciri tanah sawah yang umumnya mempunyai nilai diantara pH 5.5 hingga pH6.5, mempunyai nilai kekonduksian elektrik sekitar <2.0 mS/cm, kandungan bahan organik sekitar 2.0-3.5%, Jumlah unsur Nitrojan (N) sekitar  >0.2%, Jumlah unsur Posforan (P) sekitar >0.02%, Nilai Kadar Pertukaran K adalah >2.0 mmol/kg, Ketersediaan S sekitar  >30.0 mg/kg, Nilai KPK sekitar  >20 cmolc kg-1, komposisi liat sekitar >50 % montmorillonite, Purata kandungan unsur Fe aktif sekitar  >0.5%. kandungan Mn aktif sekitar >0.05%, Kandungan unsur Zn tersedia sekitar nilai  >1.0 mg/ka dan kandungan Boron (B) tersedia bernilai <5.0 mg/ka (Sumber: Sariam dll., 2008). Dalam pada itu apa yang diketahui dimana umumnya tanah sawah di Malaysia dikategorikan kepada tiga jenis berdasarkan kepada sifat bahan induk iaitu Tanah Lanar Laut, Tanah Lanar Sungai dan Tanah Organik. Kebanyakan kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia adalah diliputi oleh tanah lanar laut manakala tanah lanar sungai lazimnya meliputi kawasan Pantai Timur Semenanjung seperti di dalam IADA KETARA dan KADA. Kawasan-kawasan lain seperti IADA Barat Laut Selangor, IADA Rompin dan IADA Sarawak pula terdiri daripada tanah jenis organik.

Kesuburan tanah sesuatu kawasan dapat diketahui dengan pelbagai cara. Kaedah persampelan rawak merupakan kaedah konvensional yang biasa digunakan bagi mengetahui status kesuburan tanah dimana sampel tanah diambil secara rawak pada lokasi-lokasi sasaran dan cirri kimia dan fizikal sampel tersebut seterusnya dianalisa di makmal analisa. Namun begitu pernah penulis blog terlibat dalam kerja ini dahulu dimana selaras dengan kemajuan teknologi kini maklumat asas status nutrien dan mekanikal tanah sesuatu kawasan dapat diketahui dengan lebih tepat dengan menggunakan kaedah pemetaan tanah yang menggunakan cara perisian Global Information System (GIS). Pemetaan yang diperolehi dapat dijadikan panduan visual bagi memberi maklumat pemberian nutrien berpandukan kepada sasaran hasil tanaman padi (Sumber: Muhammad Naim dll., 2017). Kadar Pertukaran Kation (KPK) atau darjah keupayaan tanah untuk mengambil atau pun untuk menyerap dan menukarkan kation merupakan petunjuk tahap kesuburan tanah sesuatu kawasan. Ia juga berkait rapat dengan tahap keupayaan tanah membekalkan nutrien kepada tanaman. Kesuburan tanah sesuatu kawasan dikategorikan kepada empat ciri-ciri kluster seperti dijelaskan oleh pakar. Bagi jenis kluster 
Ciri Tanah Subur biasanya ia adalah jenis tanah lom liat ke liat, mengandungi bahan organik sederhana tinggi (1.5-2.5% organik karbon), mempunyai nilai KPK >20 cmolc kg-1 dengan potensi penghasilan padi tanpa membaja adalah melebihi 5 mt/ha. Kebanyakan jenis tanah ini berada dikawasan Jelapang Padi yang sering menghasilkan hasil lumayan. Bagi kluster ciri kedua iaitu kluster Ciri Tanah Sederhana Subur dimana ciri tanahnya adalah jenis lom liat ke liat, mengandungi bahan organik sederhana (sekitar 1- 1.5% organik karbon), mempunyai nilai KPK sekitar 10-20 cmolc kg-1 dimana potensi hasilnya tanpa membaja adalah sebanyak 4 mt/ha. Bagi jenis kluster Ciri Tanah Kurang Subur dimana tanahnya adalah jenis tanah berpasir, ia mempunyai kandungan bahan organik (lebih1% organik K), nilai KPK <10 cmolc kg-1 dan ia juga mempunyai potensi hasil tanpa membaja sekitar 2.5 t/ha sahaja (Sumber: Dobermann dan Fairhurst, 2000). Bagaimana pun terkini banyak maklumat tersebut telah dikemaskini.

Amalan pembajaan tanaman padi apa yang penulis blog ketahui adalah t
anaman padi memerlukan 19 unsur nutrien untuk tumbesaran dan juga pengeluaran hasil yang baik. Karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) adalah merupakan unsur makro bukan mineral yang boleh didapati di udara. Unsur-unsur makro lain yang diperlukan oleh tanaman padi dalam kuantiti yang banyak adalah seperti Nitrogen (N), Posforus (P), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Sulfur (S). Kesemua nutrien ini diperolehi oleh pokok dari tanah dimana padi itu ditanam. Unsut nutrien lain seperti Besi (Fe), Mangan (Mn), Boron (B), Molibdenum (Mo), Kuprum (Cu), Zink (Zn), Klorin (Cl) dan Aluminium (Al) pula merupakan unsur mikro di mana ia diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja oleh pokok (Sumber: Dobermann dan Fairhurst, 2000). Apa pun amalan pembajaan perlu dilakukan bagi setiap musim penanaman padi kerana walaupun nutrien tersedia masih ada di tanah sawah akan tetapi jumlah atau nilai kandungannya masih belum mencukupi dimana selalunya  kebanyakannya akan hilang melalui proses resapan, rembesan dan sebagainya. Namun begitu penulis blog juga sering mendengar isu baja berlebihan diberikan kepada pokok padi sehingga menimbulkan permasalahan seperti mudah terkena serangan penyakit dan perosak serta kejadian pokok rebah. Kebanyakan varieti padi yang ditanam di petak sawah negara kita juga adalah varieti padi moden dan ia memang jenis yang responsif kepada baja yang dibekalkan. Pada penulis blog memang amat penting diberitahu kepada pesawah dimana amalan pengurusan pembajaan yang efisien dan tepat perlu dipraktikkan bagi menghindari masalah seperti ini dan juga menjadikan penanaman padi satu aktiviti yang mana pulangannya adalah lebih ekonomik. Penentuan kadar baja yang bersesuaian dengan varieti padi adalah mengikut tahap kesuburan tanah sesuatu kawasan adalah amat perlu pada masa kini. Bagaimana pun dilaporkan syor pembajaan penanaman padi di Malaysia adalah berdasarkan kepada pakej pembajaan subsidi dan pakej pembajaan lestari yang sudah lama disediakan dan digunapakai (Sumber: Azmi dll., 2008). Syor ini menggunakan kadar baja adalah dimana setiap unsur masing-masing direkomendasi sebanyak 104 kg N/ha: 42 P2O5/ha: 62 kg K2O/ha dan 120 kg N/ha: 70 kg P2O5/ha: 80 kg K2O/ha. Dilaporkan Jabatan Pertanian sudah hampir menyiapan Geographical Information System (GIS) semua kawasan kelapang padi bagi menyediakan data keperluan pembajaan tepat lebih mikro. Kementerian melalui Jabatan Pertanian Malaysia sedang melaksanakan program terkini Pengurusan Nutrien Lokasi Spesifik (SSNM) atau dikenali sebagai pemprofilan tanah.

Dilaporkan bagaimana Kecekapan Pengurusan Baja melibatkan bagaimana P
engurusan Nutrien Lokasi Spesifik (SSNM) merupakan kaedah yang kini dirasakan perlu bagi pembangunan pakej pembajaan sebelum sesuatu varieti disyorkan di sesuatu kawasan. Ini kerana kesuburan tanah sesuatu kawasan adalah berbeza. Melalui kaedah ini dimana aktiviti pemberian  baja ditambah berasaskan kekurangan unsur makro sedia ada di sesuatu kawasan seperti N, P dan K bagi mendapatkan hasil yang disasarkan (Sumber: Bahagian Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya, 2019). Kaedah ini membolehkan input baja yang diberi digunakan secara efisien oleh pokok padi dan seterusnya mengelakkan pembaziran bahan input dan juga kos pengeluaran. Sistem Penaburan Baja Secara Boleh Ubah (VRT) merupakan teknologi terkini yang diperkenalkan oleh MARDI dimana cara penggunaan sistem ini dapat menjimatkan input baja sebanyak 15-25% per hektar dan mengurangkan kos operasi (buruh) sebanyak 50% melalui penggunaan mesin sepenuhnya. Sistem ini dilaporkan menggunakan model Green Area Index (GAI) di mana satu algoritma model tersebut diaplikasikan dalam perisian sistem pengiraan baja yang berpandukan data imej yang diambil dari pesawat tanpa pemandu (UAV). Berdasarkan kepada peta kandungan klorofil, peta kanopi dan peta GAI dimana ia akan diproses untuk menghasilkan peta rawatan. Peta rawatan ini akan dimuat naik ke komputer ladang dan sistem GPS pada aplikator penabur baja untuk penaburan baja secara automatik secara kadar boleh ubah. Kadar dan masa pembajaan juga  merupakan kunci kepada kecekapan penggunaan baja. Masa pembajaan bergantung kepada tempoh matang sesuatu varieti dan juga peringkat-peringkat tertentu pertumbuhan pokok. Peringkat tiga helai daun, beranak aktif, pembentukan tangkai dan terbit tangkai merupakan masa kritikal pemberian baja.   Amalan pengurusan baja merupakan amalan agronomi yang penting bagi tanaman padi bagi mengoptimakan penggunaan input baja di samping meningkatkan pengeluaran hasil. Kecekapan pembajaan yang tinggi didapati pada kadar pembajaan yang rendah dan ianya semakin menurun apabila kadar baja ditambah. Aplikasi pembajaan secara tepat dapat dicapai apabila input baja diberi pada masa dan kadar yang betul dan kedua-dua elemen ini membolehkan pokok padi menggunakan input baja tersebut dengan cekap dan efisien. Dua sebab utama yang menyebabkan hasil padi tidak begitu baik adalah baja yang diberi tidak diserap oleh pokok disebabkan ianya digunakan pada masa dan tempat yang salah dan baja yang diserap tidak digunakan oleh tanaman untuk mengeluarkan hasil sebaliknya dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti air, cahaya matahari atau kekurangan unsur-unsur lain. 

Merujuk kepada portal berita bharian.com bertajuk '
Bantuan baja ikut keperluan tanah' berkaitan dengan artikel ini. Dilaporkan dimana pemberian bantuan baja sedia ada kepada pesawah iaitu di bawah program Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berdasarkan tiga formulasi pukal mengikut keperluan tanah mengikut zon di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kementerian Pertanian nyatakan pada masa sama kementerian melalui Jabatan Pertanian Malaysia sedang melaksanakan program Pengurusan Nutrien Lokasi Spesifik (SSNM) atau dikenali sebagai pemprofilan tanah.
SSNM merupakan pembajaan yang diformulasikan mengikut kadar keperluan sebenar tanaman padi dan profil kesuburan tanah secara lokasi spesifik. Program ini merupakan antara fokus utama pembaharuan kementerian memandangkan 40 peratus faktor pengeluaran tanaman padi adalah berkisar kepada pengurusan nutrien (pembajaan). Projek rintis SSNM sedang dilaksanakan selama dua musim bermula musim 1/2021 di beberapa kawasan di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Pulau Pinang yang berkeluasan 2,000 hektar. Kaedah pembajaan melalui program SSNM dijangka dilaksanakan di seluruh negara dan mampu mengoptimumkan penggunaan input pertanian serta meningkatkan lagi hasil tanaman padi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MEMBAJA PADI... ITU AMALAN BIASA....
PEMBAJAAN TEPAT... IA LUAR BIASA...
IKUTI SSNM... PASTIKAN JUMLAH BAJA...
HASIL MENINGKAT...NILAI BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(!0 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...