TEKNOLOGI TERNAKAN LINTAH (Hirudo
medicinalis) yang merupakan haiwan hidupan air
yang sudah lama dikenali dan dipergunakan oleh orang
Melayu Nusantara khususnya untuk meningkatkan
daya seks lelaki kini sudah maju di negara kita. Lintah pada penulis blog merupakan haiwan yang menakutkan ramai kerana menghisap darah dan amat mengelikan juga, Haiwan yang tidak bertulang belakang ini termasuk dalam kumpulan cacing (Sila lihat foto diatas). Penulis blog yang beberapa kali kena gigit lintah sehingga kenyang dimana ia kemudian jatuh sendiri atau di buag memang ketakutan bila melihat darah yang keluar. Boleh dikatakan setiap tahun kira-kira 250,000 ekor lintah dilaporkan akan digunakan untuk tujuan rawatan mengatasi masalah pendarahan
dan juga digunakan dalam pembedahan plastik di
luar negara. Ada maklumat dimana jenis lintah Malaysia itu bukannya spesis
Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis. Jenis lintan Hirudinaria manillensis juga dikenali dengan 'Lintah Kerbau; yang selalunya suka melekat dikerbau dikalangan penduduk terutama dikawasan sawah padi dan dikalangan masyarakat
di Malaysia.
Kaedah rawatan tradisional dengan kaedah menggunakan lintah ini
adalah amalan dilakukan sejak abad pertengahan lagi. Pada masa
itu lazimnya kalangan pesakit yang mengalami masalah pada sendi
lutut akan merasa 'lebih selesa' apabila melekatkan
lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Dalam dunia moden terkini dimana penulis blog dapat tahu yang lintah diakui sebagai pembantu kepada kesihatan manusia. Di
kerongkong lintah atau ditempat hisapannya terdapat tiga rahang
yang berbentuk seperti setengah gergaji yang dihiasi
sampai sebanyak 100 gigi kecil. Lintah mengambil masa selama
30 minit untuk menyedut darah dan mampu untuk mendapatkan sebanyak 15 ml darah akan dihisapnya sehingga perutnya menjadi kembong. Darah tersebut sudah
cukup untuk menampung hidupnya selama 6 bulan. Dalam perubatan tradisional dan moden kegunaan haiwan intah semakin diketahui umum dimana ia sudah boleh diterima ramai. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta menarik mengenai haiwan lintah yang ada diternak di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Kajian saintis mendapati dimana didalam air liur lintah mengandungi unsur bahan aktif yang
dianggarkan mempunyai sebanyak 15 unsur iaitu di antaranya zat
yang terkandung dalam putih telur iaitu “hirudin”. Bahan hirudin inilah yang
bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah pesakit dan ia
juga didakwa memang mengandung “penisilin”. Lintah juga digunakan
sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia atau
depresi dimana ia juga untuk mampu untuk merangsang mata. Dalam pada itu ia mampu juga mengempiskan
lidah yang bengkak dan dapat meringankan rasa sakit
usus. Dalam satu laporan oleh pakar lintah iaitu Manfred
Roth yang mengkaji sejak sepuluh tahun lalu menyatakan dia sebagai ahli zoology dimana lintah adalah sejenis haiwan sentiasa “haus” darah. Saintis ini juga adalah menjadi pengelola
dan satu-satunya pengimport lintah dari negara Jerman. Dia
membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca dan juga ada memeliharanya diletakkan di antara tumbuhan
air seperti bunga teratai di kolam berair jernih dengan
pengawasan kebersihan yang rapi. Dilaporkan dimana ada sebanyak 19 kolam tempat pemeliharaan.
Populasi lintahnya kini sebanyak 100,000 ekor dimana ia dihasilkan untuk
dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib sebagai satu industri berjaya di Jerman. Dilaporkan juga dimana ada tabib khusus pada abad pertengahan di Jerman yang dianggap sebagai 'leechers'. Kalangan orang Teuton (Jerman kuno) ada menggambarkan dimana perkataan 'leech' dikatakan agak hampir sama dengan kata “penyembuh”. Bagaimana pun dixaman perubatan moden ini pengunaan lintah untuk perawatan beberapa penyakit tertentu sudah dimodenkan dan ada banyak penyelidikan sudah dijalankan.
Penulis blog juga ingin kongsikan perkara berkaitan beberapa fakta berkaitan dengan Lintah. Lintah yang diternak di beberaoa negara terasuk Malaysia adalah dari jenis Lintah Perut Hijau
dan Lintah Perut Perang. Bagaimana pun kalangan pengusaha mereka agak kurang mngenali akan kedua jenis intah ini dilapangan kecuali membuat penelitian yang khusus. Di Malaysia dilaporkan dimana harga lintah dewasa hidup boleh mencecah antara
RM40 - RM60 sekilogram mengikut
saiz dan jenisnya. Dalam pada itu dilaporkan dimana harga benih lintah untuk diternak dari pembekal tempatan pula kini boleh mencecah
sehingga RM300 sekilogram. Dari beberapa laporan saintifik dimana darah belut menjadi makanan lintah yang paling direkomen. Hasil beberapa rujukkan penulis blog dapati dimana dimalprkan sebanyak 20 kilogram belut boleh menampung
makanan lintah untuk tempoh enam bulan
dan menghasilkan 100 kilogram lintah
dewasa. Kajian ini sudah pun diamalka oleh beberapa penternak linath komersil. Dari segi perangai dimana selalunya lintah ini akan melepaskan gigitan selepas
darah yang dihisap mencukupi. Penulis blog beberapa kali mengalami peristiwa digigit lintah dan disadari sudah kenyang dan melepaskan gigitannya apabila sudah kenyang. Kajian menyatakan dimana seekor lintah boleh menghisap darah lima kali berat
badannya. Selalunya haiwan lintah boleh dikutip dengan cara pengumpul
berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila
lintah melekat kepada pada kaki maka mereka
akan mencabut dan disimpan dalam bakul
Dalam benyak penerangan dimana lintah kini adalah punca pendapatan kepada
segolongan usahawan yang berjaya mengusahakan projek
ternakan lintah. Model perniagaan lintah ini dilaporkan mampu
memberi suatu pulangan yang lumayan apabila kena
pada cara dalam penternakkannya.
Dalam penternakkan lintah ini ingin ditekankan
beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh
penternak lintah. Aspek tersebut adalah mengenai keperluan tanah dan iklim, aktibiti penyediaan tanah, menetukan kualiti air, pengurusan semasa penternakan, penjagaan dan pemakanan dan akhirnya adaah aktiviti pemasaran. Sering dilaporkan ada beberapa penternak yang kecewa setelah penat lelah menternak lintah tetapi gagal menjualnya dimana ia kerugian. Di Malaysia dimana telah dilaporkan spesis Hirudo medicinalis dan spesis Hirudinaria
manillensis adalah spesis lintah daripada kumpulan Hirudin
dan kedua-duanya diternak untuk rawtan perubatan (medicinal purpose).
Bagaimana pun ada perbezaan antara spesis lintah Hirudo medicinalis ini terdapat di Eropah dimana ia bersaiz kecil dan semakin pupus. Lintah spesis Hirudinaria manillensis
atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) merupakan jenis
yang suka melekat pada kerbau. Selalu dikatakan dikalangan umum dan penternak lintah dimana mereka memanggilnya sebagai jenis lintah yang biasa diternak iaitu lintah hijau
dan coklat. Lintah hijau lebih gemar diternak oleh
pengusaha-pengusaha kerana faktor kualitinya yang
lebih bermutu berbanding coklat. Risiko lintah untuk
mati dan diserang penyakit amat kurang dilaporkan melainkan
kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan
jentik-jentik.
Ada dua jenis lintah yang diternak iaitu lintah perut
hijau dan perut perang yang mendapat permintaan
tinggi di pasaran kerana kedua-duanya mampu
mencecah harga antara RM40 - RM60 satu
kilogram mengikut saiz. Harga bagi induk boleh
mencapai sekitar RM300 kg tidak termasuk kos
penghantaran. Lintah semakin mendapat tempat
dalam amalan perubatan moden kerana cecair hebat yang
dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan
itu setelah menghisap darah didapati mampu menghalang
darah pesakit daripada membeku. Dalam pada itu bahan Histamin pada
lintah mampu membesarkan pembuluh darah dimana ini sekali
gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.
Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti
ikan dan ia sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 10
kaki lebar dan panjang 15 kaki. Dasar kolam pula
perlu dihampar dengan plastik atau disimen dan
dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.
Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya
lintah tidak hilang ketika waktu mengambilnya. Lintah
mencapai tempoh matang ketika berusia empat
hingga enam bulan dan ia akan mula bertelur.
Haiwan linyah ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh
mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina.
Lintah induk membawa anak daripada telur di dalam
kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan
bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di
bawah badan induk. Telur yang terhasil akan terlekat
pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan juga tumbuhan akuatik (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya adalah disyorkan dimana dalam kolam ternakan ada batu-bata yang disusun membentuk bulatan sebagai
tempat mengumpul telur dan tempat berteduh dikala
panas terik matahari.
Haiwan ini menjadikan darah sebagai bahan makanan
utama. Haiwan belut merupakan sumber makanan utama
lintah. Sebanyak 2 kg belut cukup untuk keperluan
500- 600/ ekor lintah dalam masa seminggu dan
selepas makan darah dengan kadar yang secukupnya maka lintah boleh
hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan
darah lagi. Pemberian sumber makanan yang
banyak akan mempercepatkan lintah matang dan cepat bertelur. Pemasaran boleh dilakukan kepada pihak individu
perseorangan atau mana-mana usahawan yang ingin cuba mendapatkan benih, induk dan sebagainya.
Lintah boleh membesar 6 - 10 kali ganda
saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya
boleh menghasilkan 300 - 500 benih lintah
sekali bertelur. Benih lintah di Malaysia pula berharga sekitar RM1.50 - RM1.80 seekor bergantung kepada
saiz lintah tersebut. Selalunya isu bekalan benih sukar
diperolehi terutama berikutan permintaan tinggi tetapi ia boleh
didapati daripada pesawah-pesawah.
Lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan
permintaan yang tinggi. Kebanyakan lintah yang
diternak di negara ini dieksport dilaporkan akan keluar negara yang
dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan
ini. Lintah kini pada pendapat penulis blog akan juga mengikut jejak lebah dan gamat yang
mempunyai nilai komersial untuk dijadikan pelbagai
produk berkaitan kesihatan dan bahan dalam
kosmetik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WasallaM!!!...
MENGHISAP DARAH... GELI DIBUATNYA...
KINI DITERNAK... KOMERSIL SKALANYA...
DUNIA PERUBATAN.. SUDAH MENGGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Kuala Lipis,
Pahang,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.