Support My Blog

Wednesday, February 15, 2023

INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA (PART 2)

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana iaitu selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas terangkum dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara dahulu selain Thailand, Filipina, dan Indonesia. Negara pengeluar utama lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat, dan Singapura (FOASTAT, 2019). Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada lima pengeluar nanas utama dunia ialah Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan Indonesia. Dilaporkan pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas di dunia dimana ia mampu menghasilkan sekitar 11.42% (3.42 juta tan) pada tahun 2018. Pengeluaran ini juga diikuti oleh negara Filipina iaitu jumlah sebanyak 9.12% (2.73 juta tan), Brazil iaitu seitar 8.86% (2.65 juta tan), Thailand sekitar 7.06% (2.11 juta tan) dan negara Indonesia sebanyak 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan buah nanas sebanyak 0.32 juta tan (1.1%) seperti sumber (FOASTAT, 2019). Nilai ini sudah sedikit berubah pada tahun 2023. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2018. Destinasi utamanya ialah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Ini diikuti oleh Filipina dengan jumlah eksportnya sebanyak 0.4 juta metrik tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport sebanyak 0.17 juta metrik tan nanas pada tahun 2018. Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu analisa industri nanas di Malaysia untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog dimana sokongan dari pihak kerajaan dalam usaha menyalurkan pelbagai insentif yang berbentuk Geran Bantuan Penanaman Nanas, Insentif Benih bagi pembangunan nanas. Aspek ini penting bagi tujuan untuk pasaran premium dan juga insentif untuk mengurangkan jumlah kos pengeluaran bagi tujuan memastikan ada pengeluaran nanas meningkat dan jaminan bekalan nanas yang mencukupi, konsisten dan berterusan. Pembangunan infrastruktur asas peladangan juga merupakan komponen utama projek pembangunan tanaman nanas untuk mencapai kualiti produk yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Antara projek dan program yang sedia ada dibangunkan oleh LPNM apa yang penulis blog tahu adalah seperti Projek Ladang Bersepadu Nanas Rompin (RIPP). RIPP merupakan inisiatif Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dilaksanakan dengan kerjasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Kerajaan Negeri Pahang untuk merancakkan pengeluaran hasil pertanian nanas ke satu tahap yang lebih tinggi di negeri Pahang. Dalam fasa pertama perlaksanaan kira-kira seluas 600 hektar tanah milik LPNM telah diperuntukkan untuk penanaman nanas vareiti MD2 dengan Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn. Bhd. (RIPI). Terkini ladang ini diuruskan oleh syarikat swasta dengan sasaran keluasan mencapai 5,000 hektar. Asasnya dahulu pihak RIPI telah dilantik sebagai sebuah syarikat peneraju dan diberikan sebahagian besar kawasan untuk dijadikan kawasan tanaman. Pendekatan bersepadu pembangunan perladangan komersial berskala besar ini dilaporkan akan digunakan dalam projek tersebut selain penggunaan teknologi moden dan untuk memanfaatkan seluruh rantaian nilai dalam industri nanas. Projek ini telah menjana peluang pekerjaan kepada pekebun tempatan dan komuniti Orang Asli Kampung Tanam menerusi pertanian kontrak. Pada tahun 2020 dilaporkan projek RIPP telah pun menghasilkan 24,000 tan nanas segar setiap tahun selain mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan. Selain itu dilaporkan di Kedah ada sebuah Syarikat Sinar Mec Plantation Sdn. Bhd (Sinar Mec Plantation) telah mengusahakan tanaman nanas vareiti Moris dan MD2 di kawasan seluas 2,500 hektar secara berperingkat-peringkat untuk tempoh 25 tahun di Padang Terap. Bagaimana pun Syarikat Berone Sdn Bhd telah berjaya menjadi salah seorang usahawan nanas MD2 secara komersial di sekitar Bukit Kayu Hitam Kedah dan Bukit Tangga. Semenjak tahun 2022 dilaporkan FCAV (Felda Chuping Agro Valley) sebuah syarikat di bawah FGV telah mula membangunkan ladang nanas MD2 di Chuping (bekas ladang Gula Perlis) dengan skala estet.



Dalam pada itu LPNM terus memperluas tanaman nanas terutamanya bagi vareiti MD2 di Sarawak dengan menyasarkan kawasan seluas 16,000 hektar menjelang 2030 dengan 80 peratus disasarkan untuk pasaran eksport. Tanaman nanas mula dibangunkan di Sarawak pada tahun 2010 dengan 96 peratus nanas di negeri ini ditanam di tanah gambut sementara empat peratus di tanah mineral. Penulis blog sempat hadir sebagai Ketua Pengarah LPNM semasa dilancarkan aktiviti penanaman Nanas MD2 pilot projek di Kg Padang Pan, Bau dimana pelancaranannya dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Dato' Dogulas Unggah pada tahun 2019 (Sila lihat foto disebelah). Dalam kajian awal sebelumnya dilaporkan ada enam (6) varieti utama nanas yang ditanam di Sarawak iaitu Nanas Moris, Josapine, Sarawak, Hibrid N36, Hibrid N19, dan Moris Gajah. Varieti Moris merangkumi 72% daripada keluasan tanaman nanas di Sarawak terutama di sekitar Samarahan, Miri dan kawasan bergambut lainnya. Vareiti MD2 mula ditanam di Sarawak pada tahun 2018 dan terus menerima sambutab baik dikalangan penanam nanas tradisional. LPNM bajetkan sebanyak RM30 juta untuk industri nanas MD2 di mana sebanyak RM6.5 juta diperuntukkan untuk Sarawak dan RM4.5 juta untuk Sabah pada 2018. Apa pun bajet tahunan pembangunan nanas untuk Sarawak dan Sabah dijangka meningkat untuk tahun 2020 - 2023. LPNM meletakkan sasaran untuk meningkatkan keluasan tanaman sebanyak 3,500 hektar yang mana 827 hektar adalah untuk nanas MD2 dimana penekanan kepada vareiti MD2 adalah bertujuan memenuhi permintaan yang tinggi daripada pasaran luar seperti China, Korea Selatan dan Jepun. Ini merupakan peluang Malaysia untuk menjana pendapatan melalui eksport nanas kerana jangkamasa penghantaran nanas dari Sarawak dan Sabah ke China lebih cepat daripada penghantaran dari Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun dalam industri penanaman nanas MD2 perlu diingatkan agar hanya penggunaan benih MD2 tulin (bukan benih dari kultur tisu) sahaja yang boleh ditanam. Ini kerana pernah berlaku insiden di Sarawak dan Sabah dimana penanaman nanas MD2 banyak yang menggunakan sulurbenih MD2 dari Kultur Tisu (TC). Sehingga 2023 penggunaan sulurbenih TC ini masih perlu diharamkan untuk mengelakkan isu kes 'Somaclonal Variation' terhadap industri nanas MD2. Jika ingin tahu isu ini boleh baca artikel tulisan saya dengan pautan menarik iaitu seperti berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan ada banyak lagi. 


Walaupun trend penanaman nanas sudah sedikit berubah dimana kini lebih banyak buah nanas segar dipasaran tetapi bagi penghasilan produk-produk berasaskan nanas mesti terus dikembangkan. Dilaporkan dimana p
ermintaan nanas kian meningkat setiap tahun dimana kajian mendapati kadar penggunaan per kapita hasil kajian dari 2007 sebanyak 3.87 kg/orang meningkat kepada sebanyak 10.4 kg/orang pada tahun 2018.  Penulis blog ada menerima laporan terkini dimana ia dijangka akan mencecah kepada sebanyak 18 - 20 kg/seorang menjelang 2025. Memang signifikan apabila trend makan buah nanas berubah dengan penggunaan per kapita nanas segar mengalami perubahan yang besar untuk tempoh 10 tahun. Ini membuktikan bahawa nanas segar tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia dan selain itu penggunaan produk lain berasaskan buah nenas juga semakin popular. Ada banyak pilihan daripada nenas segar kepada produk hiliran. Produk tanaman nanas ini juga sangat digemari dalam bahan dalam masakan seperti pajeri, masak lemak dan kari. Produk hiliran atau boleh ditambah nilai adalah seperti nanas tin (nanas Kaleng), jus nanas, halwa nanas, jeruk nanas, nanas kering, sos nanas bercili, jem nanas, skuas nanas, dan bebola daging fiber nanas. Selain pengeluaran buah nanas memang tanaman nanas dapat menghasilkan produk seperti kertas, baja bio-organik (BOF), benang, papan fiber, minyak pati dan arang. Pameran mengenai produk-produk dari tanaman nanas boleh di lihat sepanjang tahun di Laman Nanas, MAEPS Serdang, Selangor. Di sini selain daripada aktiviti ladang nanas dipamerkan juga pelbagai bahan pameran untuk dikunjungi secara percuma. Dilaporkan kin semakin ramai rakyat Malaysia yang meningkat kesedaran pentingnya permakanan yang sihat bagi mengekalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan buah-buahan termasuk nanas.


Pasaran nanas dari Malaysia terus berkembang dimana d
agangan buah nanas segar dan produk nanas semakin meningkat. Selain buah segar kini ada  pelbagai produk antaranya slip atau ornamental, segar, kaleng, produk industri asas tani (IAT) dan jus nanas. Secara keseluruhannya dimana tahap dagangan nanas adalah surplus iaitu eksport melebihi import meskipun berlaku peningkatan dalam import. Pada tahun 2018 contohnya direkodkan nilai eksport produk nanas meningkat sebanyak 56 peratus iaitu RM342 juta berbanding tahun 2017 iaitu RM208 juta. Ini ekoran peningkatan permintaan luar negara manakala nilai import bagi tahun 2018 turut menurun kepada RM159 juta daripada RM208 juta produk nanas negara iaitu mencatat penurunan sebanyak 60 peratus.  Apa pun hampir 80 peratus direkodkan dari pengeluaran nanas kaleng Malaysia adalah untuk tujuan eksport. Ekport nanas kaleng merekodkan nilai eksport sebanyak RM217 juta dengan nilai bersih eksport sebanyak RM191 juta tahun 2018. Nanas kaleng adalah produk yang dinilai tambah daripada buah nanas segar kepada bentuk potongan nanas dalam tin atau kaleng. Sektor pengkalengan menjadi fokus kepada pengeluar nanas negara kerana semenjak 10 tahun lepas tren eksport produk pengkalengan nanas kukuh dan stabil disebabkan kualiti produk daripada pengkalengan nanas negara yang mendapat permintaan tinggi oleh negara luar. Produk nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti Jepun, Korea, China, Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Iran, Mesir, Jerman, dan Perancis (Sumber: Maklumat Statistik 2018, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, 2022). Bagi mengukuhkan pasaran nanas terutama di China dimana kini Malaysia telah memeterai protokol pengeksportan buah nanas Malaysia ke China semanjak tahun 2017 dimana jumlah buah nanas segar ke China mencapai lebih RM5 juta pada 2020.  Artikel ini ditulis dari pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI NANAS... KEMBANG DIMALAYSIA...
PERANAN LPNM... SEJAK 1957 SUDAH ADA...
TERYS BERKEMBANG... RAMAI TANAMNYA...
PASARAN DOMESTIK.. EKSPORT TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...