Peribahasa SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL merupakan salah satu peribahasa yang menarik untuk penulis blog ulas dari segi industri pertanian di Malaysia. Peribahasa 6 patah perkataan ini menyentuh mengenai haiwan ketam (Crab) sama ada ketam yang boleh dimakan atau ketam yang tidak boleh dimakan. Merujuk kepada peribahasa 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul' yang membawa maksud 'Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi diri sendiri tidak melakukan demikian' amat menarik dibincangkan dalam sektor yang berkaitan pertanian. Bagi menjelaskan maksud memang sesuai dibuat ayat contoh seperti ayat 'Perbuatan si Hassan samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana dia suka menegur orang yang malas tetapi dia sendiri juga malas'. Peribahasa ini memang ada digunakan oleh kalangan masyarakat semenjak zaman dulu sehingga kini. Di sekolah pun memang ada di ajar banyak peribahasa melayu termasuk yang ini. Pada penulis blog nenek moyang masyarakat kita memang pandai memerhatikan bagaimana ketam berjalan iaitu secara mengiring dari kiri kekanan dan sebaliknya. Ketam tidak berjalan kehadapan seperti pada kebanyakan haiwan lain dan juga manusia. Kalau ibu bapa ketam memang semulajadinya berjalan mengiring agaknya bagaimanakah ia mahu mengajar anaknya berjalan betul (berjalan kehadapan?). Memang sungguh mendalam akan maknanya dimana mungkin ada di kalangan ketua-ketua masyarakat yang hanya suka memberi nasehat akan tetapi dirinya tidak mengikuti amalan yang dinasihatkannya kepada orang lain. Penulis blog mungkin pernah ditanya sudah berapa ekar menanam buah-buahan dan sayuran sebagai Pegawai Pertanian selama ini?. Seingat penulis blog memang pernah ada menanam mangga Chokanan (MA224) di Melaka seluas 1.5 ekar, menanam sayuran di kuarters di Sarawak seluas 0.5 ekar dan banyak sekali membuat tinjauan kekebun orang lain. Maknanya memang cukup banyak pengalaman menulis artikel dengan jumlah pembaca blog mencapai 35 juta dan memberi ceramah pertanian ratusan kali dengan jumlah petani serta pendengar sudah mencapai ribuan orang. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis mengenai aspek ketam dan faktanya untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.
Adalah baik kalau pembaca blog kupas mengenai haiwan ketam ini dahulu. Apa pun pada penulis blog haiwan KETAM atau juga dipanggil Kepiting adalah haiwan jenis krustasea dekapod dari infraorder Brachyura bercirikan ia mempunyai pinggul amat pendek. Ia juga mempunyai abdomennya tersembunyi seluruhnya di bawah toraks. Badan-badan kelompok haiwan ini umumnya diliputi dengan satu eksoskeleton tebal serta dan dilengkapi dengan sepasang kuku (chelae). Diseluruh dunia dilaporkan ada sebanyak 850 spesies ketam yang dapat dijumpai dan dikenalpasti hidup di pelbagai habitat beraneka termasuk di kawasan habitat air masin, air payau serta air tawar sama ada ia tinggal di daratan, didalam air atau pun berada di kedua-dua alam. Ketam umum dijumpai di kawasan-kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia. Lazimnya anatomi ketam adalah ia mempunyai lima pasang kaki dimana apabila diteliti pasangan kaki yang pertama dilihat menjadi 'sepasang penyepit' untuk tujuan mempertahankan diri dan memegang makanan. Bahagian perut hampir semua jenis ketam berada terlipat di bawah sefalotoraks. Bahagian mulut ketam ditutupi oleh maksillipeda yang rata manakal dan bahagian depan dari karapas tidak membentuk sebuah rostrum yang panjang. Biasanya insang ketam terbentuk dari kepingan cenkerang pipih (phyllobranchiate) iaitu struktur yang mirip insang pada badan udang walau pun dengan struktur yang agak berbeza. Kalau dulu mencari ketam yang boleh dimakan menjadi satu hobi dan sumber pendapatan akan tetapi teknologi moden kini ia sudah membolehkan aktiviti penternakan ketam dilakukan dengan skala komersial. Ketam Nipah di Malaysia diantara spesis ketam yang mana ia ada dikomersilkan di Malaysia.
Penulis blog ada menulis artikel berkaitan teknologi yang dikenali sebagai Sistem Ketam Bersepadu (Intergrated Crab System - ICS) itu dianggap satu revolusi baru dalam bidang akuakultur yang mampu menjana pengeluaran ketam berlipat ganda. Artikel ini boleh dibaca dengan pautan disertakan (Sila klik disini). Teknologi terbabit bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan Jabatan Perikanan menerusi kerjasama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akuakultur Kebangsaan, Pulau Sayak Kedah. Menurut Pengarah Urusan Syarikat TMSB melaporkan pihaknya telah melabur kos sehingga RM1 juta sejak beberapa bulan lepas bagi mereka membangunkan sistem tersebut di Kelibang, Langkawi dengan kerjasama Jabatan Perikanan. Di pusat tersebut dimana anak ketam dibiakkan dalam kolam tetapi menghadapi masalah untuk membesar atau lambat mencapai saiz pasaran. Isu lain adalah masalah pemangsaan sesama sendiri (predator crab) dalam berebut makanan. Justeru, pihaknya kemudian memperkenalkan ICS yang mana anak-anak ketam yang beratnya 100 gram (g) akan di tempatkan dalam petak khas diperbuat daripada PVC untuk menjadi habitat kepada ternakan tersebut agar tidak dimakan dengan ketam lain. Lazimnya ketam akan cepat membesar jika ia kerap bersalin kulit dan ini yang mendorong pihaknya dan Jabatan Perikanan mencari jalan bagaimana proses tersebut dapat dilakukan dengan kerap. Proses salin kulit bermula pada keadaan biasa apabila mencapai umur 30 hari dimana ketika itu beratnya mencecah 180g dan ia menjadi cabaran utama sebelum cangkerangnya menjadi keras dalam tempoh enam jam. Masa ini banyak aspek-aspek ternakan masih dalam penelitian memandangkan lazimnya berlaku dakwaan bahawa ketam nipah akan mati jika ketika itu habitatnya tidak sesuai. Ketam nipah sukakan kawasan gelap dan suka 'menyendiri' bagi mengelak menjadi habuan binatang lain. Ketam juga dikatakan akan cepat membesar jika mencabut anggota badannya seperti kaki dan sepit kerana ia akan tumbuh semula.
Menerik untuk dikongsikan tentang KETAM SAWAH (Rice Field Crab) yang mana ia merupakan sejenis haiwan dari jenis krustacea juga dikenali dengan nama Kepiting Sawah. Ketam sawah ini memang dikenalpasti psebagai perosak tanaman padi sebab ia makan anak-anak benih padi disemaian atau disawah. Saya ada menulis artikel ini dengan baik untuk dirujuk (Sila klik disini). Serangan menyebabkan batang padi ini akan dimakan dan ditarik masuk kedalam lubang-lubang disekeliling ban sawah atau permatang sawah didalam sarangnya. Memang agak sukar untuk petani bagi menghapuskan atau kurangkan populasi ketam sawah ini kerana apabila sawah kering maka ketam ini akan masuk kedalam lubang berlumpur dan duduk diam (hibernate) untuk satu jangka masa lama. Kemudian apabila air sawah sudah masuk maka ketam sawah ini akan keluar semula membiak dan akan memusnahkan tanaman padi. Apa pun ada juga pesawah yang kutip ketam ini dan ia dijadikan ketam sawah masin atau ketam sawah hitam yang jadi makanan popular di Laos PDR, Kemboja, Thailand dan Burma. Di Malaysia pula ketam sawah kini semakin kurang diperkatakan kerana kini populasinya juga semakin kurang. Ia juga berkait dengan banyak penggunaan racun kimia sama ada racun rumpai (wedicide), Racun Kulat (Fungicide), Racun Serangga (Insecticide), Ketam jenis nocturnal ini akan keluar pada waktu malam hari mencari makanan dimana ianya akan memotong dan memakan daun anak semaian atau daun baru padi yang lembut. Ketam ini dengan mudah menggunakan dua sepitnya untuk menarik daun padi dan memakannya, Sebahagian daun yang putus ini akan ditarik dan dibawa masuk kedalam lubang sebagai makanan dalam lubang atau untuk simpanan disarangya. Ketam padi sesuai dengan organ dan cara hidupnya memang terkenal sebagai haiwan cekap membuat lubang menggunakan sepit dan juga kakinya yang tajam. Oleh itu ketam padi ini juga merupakan perosak kepada tanaman padi dan ia perlu dibuat kawalan yang intesif jika berlaku serangan serius. Memang agak mustahil anak ketam akan berjalan kehadapan seperti haiwan lain walau pun diajar lama oleh ibunya bagaikan peribahasa seperti ketam mengajar anaknya berjalan berul. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...SEPERTI KETAM... MENGIRING JALANYA... MENJAJAR ANAK... KEHADAPAN CARA...
PERBAHASA MELAYU... INDAH MAKNA...
BERIKAN NASEHAT...SENDIRI TAK GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.