Dilaporkan dimana pihak LPNM adalah optimis dengan perkembangan projek penanaman nanas di Sarawak dimana pekebun dan pengusaha ladang nanas di negeri ini sudah menunjukkan pencapaian memberangsangkan dan meningkat setara dengan rakan-rakan mereka yang agak lebih maju menanam nanas terutama di Semenanjung Malaysia. Pada masa ini sudah tidak menghairankan jika pada suatu hari nanti Sarawak mampu mengatasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar di negara ini dengan peningkatan produktiviti dan penambahan dalam penanaman nanas. Paling penting dimana Sarawak masih mempunyai kawasan tanah gambut yang lebih 2.1 juta hektar yag berotensi untuk dibangunkan dengan pertanian termasuk untuk tanaman nanas. Dilaporkan dimana LPNM turut ada mendedahkan bahawa industri nanas mendapat perhatian pemain industri sektor agromakanan di Malaysia kepada skala komersil. Ini kerana pada penulis blog tanaman nanas boleh ditanam dimana-mana sahaja asalkan diuruskan dengan baik. Tanaman nanas juga boleh ditanam disepanjang tahun dimana ia adalah buah tidak bermusim yang boleh dijadualkan masa penuaiannya dan pemasarannya. Aktivitii penjadualan penanaman nanas boleh dikawal dengan menyusun jadual menanam dan jadual menghormon pokok nanas sesuai dengan sasaran pasaran. Pada penulis bog mendapati sektor tanaman nanas ini mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap sosio-ekonomi ramai pengusaha pertanian sama ada bagi pengusaha penanaman untuk pengeluaran buah segar dan benih sehingga kepada pengusaha produk hiliran lain berasaskan nanas. Dilaporkan dimana trend eksport nanas juga menunjukkan peningkatan baik di mana pada 2021 nilai eksport produk berasaskan nanas negara meningkat sehingga RM1.1bilion berbanding RM642 juta pada 2020. LPNM mendedahkan juga bahawa pendaftaran nanas SG1 memberi lebih banyak pilihan dan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas memilih jenis nanas hendak diusahakan mengikut permintaan setempat atau diterima. Sebelum ini di daftarkan juga varieti Nanas Jambul Mas A18 dari Negeri Sembilan dengan nombor kod pendaftaran AC15. Pada penulis blog dimana lebih banyak pilihan turut memberi ruang kepada rakyat selaku pengguna akhir memilih jenis nanas yang mereka gemari dengan setiap varieti nanas mempunyai keistimewaan serta penggemar tersendiri menjadikan industri nanas tidak mengalami kesukaran untuk dipasarkan. Kini dinyatakan melalui Program Pemodenan dan Pemerkasaan Industri Nanas Berimpak Tinggi Sarawak sudah ada pelbagai initiatif dan aktiviti dijalankan oleh LPNM Sarawak dalam setiap rantaian nilai industri nanas bermula dengan penanaman sehingga penghasilan produk. Selain insentif barangan pihak LPNM turut menyediakan kursus teknologi penanaman nanas dan teknologi produk berasaskan nanas diberikan secara percuma kepada pengusaha tidak kira pengusaha baharu atau lama. Dalam pada itu aktiviti kursus disediakan bagi memastikan usahawan baru akan dapat tunjuk ajar, khidmat nasihat serta pengenalan kepada teknologi terbaharu pengusahaan industri nanas di semua lokasi.
Dalam pada itu Televisión Sarawak (TVS) melaporkan 'Nanas diberi perhatian dalam industri pertanian Sarawak' sesuai dikongsikan. Nanas adalah merupakan antara empat tanaman yang akan diberi perhatian oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tiga lagi tanaman yang turut diberi fokus ialah pisang, kelapa dan durian. Stephen Rundi hadir pada Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak di sini hari ini. Sarawak dilaporkan memiliki kelebihan melibatkan tanaman nanas iaitu keunikan nanas varieti Sarawak Gold (SG1) yang berpotensi tinggi. Berdasarkan keluasan tanah dimiliki Sarawak dimana nanas boleh ditanam dengan jumlah yang banyak memandangkan satu ekar sudah cukup untuk menanam sehingga 20, 000 anak pokok. Program untuk menumpukan empat tanaman yang telah pun bentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai fokus. Nanas merupakan tanaman kedua terpenting selepas durian. Mentei berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak. Kini nanas varietii SG1 secara rasminya telah didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan berjaya direkodkan sebagai salah satu dalam senarai daftar varieti tumbuhan kebangsaan dengan nombor pendaftaran AC16 dengan singkatan nama SG1. Melalui industri nanas dimana pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan semua kementerian dan agensi terlibat bagi membentuk polisi dalam membantu menaik taraf kehidupan petani kecil yang tinggal di luar bandar.
Seterusna portal utusan.com melaporkan dimana 'Sarawak fokus pembekal nanas tempatan' juga sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan. Keunikan varieti nanas tempatan Sarawak iaitu Gred Sarawak Gold (SG1) menjadikan tanaman tersebut mampu mendapat permintaan yang tinggi sekali gus menjadikan Sarawak pembekal nanas berkualiti. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata dimana tanaman nanas kini merupakan antara empat tanaman yang diberikan perhatian negeri ini selain pisang, kelapa dan durian. Salah satu adalah nanas selain pisang, kelapa dan durian. Nanas ini kedua terpenting selepas durian, dan sesiapa boleh tanam 20,000 pokok SG1 seekar. Malah dengan keluasan tanah yang ada di negeri Sarawak didakwa industri nanas boleh ditanam dengan jumlah yang banyak memandangkan satu ekar sudah cukup untuk menanam sehingga 20 ribu buah pokok nanas. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) negeri Sarawak. Kini pihak kementeriannya juga akan meneruskan kerjasama dengan agensi terlibat bagi membentuk polisi khususnya dalam membantu menaik taraf kehidupan petani kecil yang tinggal di luar bandar. Dia berharap Jabatan Pertanian melalui Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dengan agensi seerti AgroBank serta beberapa bantuan dari Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan dapat melihat dan membetulkan polisi supaya dapat menarik taraf dan mengubah petani kecil yang tinggal di luar bandar. Kerajaan tidak boleh membiarkan mereka ketinggalan selamanya dimana petani perlu diubah dan dinaik taraf agar mereka ada taraf hidup yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Pengenalan nanas baru SG1 akan memberikan lebih banyak pilihan dan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas dalam pemilihan jenis nanas yang mereka hendak usahakan mengikut permintaan setempat sekali gus turut memberi ruang kepada rakyat selaku pengguna akhir untuk memilih jenis nanas yang digemari. Dilaporkan dimana Nanas SG1 mempunyai beberapa keunikan dan kelebihan seperti dapat ditanam secara berkepadatan tinggi sehingga 20,000 pokok untuk satu ekar, pertumbuhan yang cepat dan subur serta masa pembungaan yang lebih awal iaitu pada umur 6 bulan selepas ditanam, kadar kemanisan yang tinggi serta mampu mengeluarkan sulur yang banyak pada setiap pusingan. Nanas SG1 secara rasminya telah didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan direkodkan sebagai salah satu dalam senarai daftar varieti tumbuhan kebangsaan dengan nombor pendaftaran AC16 dengan singkatan nama SG1.
Dalam satu facebook dilaporkan 'VARIETI NANAS SG1 DILANCAR, SUMBER PENDAPATAN BAHARU UNTUK PETANI TEMPATAN. juga sesuai dijadikan rujukkan. Varieti nanas baharu iaitu Sarawak Gold (SG1) kini dilancarkan dan mampu menjadi satu lagi punca pendapatan untuk petani tempatan. Didaftarkan secara rasmi pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan direkodkan sebagai salah satu di dalam Senarai Daftar Varieti Tumbuhan Kebangsaan dimana nanas SG1 ini akan memberikan lebih banyak pilihan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas dalam memilih jenis untuk diusahakan berdasarkan permintaan setempat atau yang diterima. Apa pun menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom iaitu varieti ini mampu ditanam secara padat dalam kawasan tani dan seterusnya menghasilkan jumlah yang lebih untuk dieksport. Ia mampu menghasilkan pulangan yang baik terutamanya para petani luar bandar yang termasuk dalam golongan B40. Kini ada sekitar 20,000 buah dapat dihasilkan untuk ladang seluas satu ekar. Secara purata, buahnya sahaja dapat dijual pada RM5 sebiji. Ladang seluas satu ekar mampu memberikan pulangan jualan buah sekitar RM6,000 untuk seorang petani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Varieti Nanas “Sarawak Gold (AC16) menyatakan deikian di Pusat Pengumpulan TG Agro Fruits Sdn Bhd, Sungai Tukau, Miri. Apa pun setiap komponen daripada pokok nanas tersebut juga dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan produk lain selaras dengan pendekatan industri hiliran termasuk konsep ekonomi kitaran. Ini bermaksud setiap hasil akan digunapakai tanpa dibazirkan untuk membuat produk-produk lain seperti baju, benang, kertas dan makanan. Tanaman SG1 seluas satu ekar, ia akan memberikan hasil sebanyak hampir RM1 juta setahun. Industri nanas secara keseluruhannya mempunyai potensi yang tinggi dan harus dimanfaatkan memandangkan Sarawak masih mempunyai kawasan luas untuk tanaman lain selain sawit. Diharapkan agar Sarawak mempunyai tanah seluas sekurang-kurangnya 20,000 hektar yang diusahakan untuk tanaman nanas menjelang tahun 2030. Antara hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Martin Ben, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Mohd. Khairuzamri M. Salleh, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sarawak Mohammad Suffian Sahmat dan Pengarah Urusan TG Agro Fruits Sdn Bhd Dato’ Yap Foot Loy. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technlogy kali ini. Wasallam!!!...
SARAWAK GOLD (SG1)... AC16 RUJUKKAN...
CEPAT BERBUAH... MUDAH PENJAGAAN...
NANAS PREMIUM... DI MASA HADAPAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.