Setiap mereka yang ada hobi membela ikan hiasan dalam akuarium perlu mempunyai ilmu terutama dalam cara menguruskannnya termasuk bagaimana menghias akuarium. Pada penulis blog yang banyak kali membela ikan hiasan sejak dulu tahu dimana fungsi akuarium bagi kebanyakan pemilik hanya sebagai habitat bagi ikan atau hidupan akuatik peliharaan. Hobi yang unik boleh diceburi peminat ikan hiasan dan hidupan akuatik menerusi aquascape nyata perlu dipelajari dan cabang ilmu yang menarik perhatian. 'Aquascape' adalah seni menghias tanaman dalam air atau akuarium dengan menyusun atur tanaman akuatik, kayu, batu dan sebagainya dengan menerapkan nilai estetika tersendiri. Bagi penggiat aquascape dengan dimana keindahan seni hiasan akuarium libatkan faktur kreativiti dan sentuhan kreatif susun atur aquascape agar ia menyerupai habitat semula jadi untuk hidupan akuatik. Ia dihasilkan agar dapat dilihat sebagai ciptaan reka bentuk aquascape menarik seperti pemandangan alam semula jadi yang menjadi habitat kepada hidupan akuatik. Ia sesuai dengan kehidupan akuatik yang sesuai dipelihara dalam aquascape terdiri dari bahan iaitu pelbagai spesies tumbuhan akuatik serta aspek penjagaan pokok akuatik dan kaedah mengekalkan ekosistem hidupan akuatik dalam akuarium. Apa pun lazimnya bidang atau cabang baharu ini turut berpotensi buat peminat tegar hidupan akuatik dan marin dimana ia sekali gus memberi nilai tambah kepada hobi sedia iaitu memelihara ikan atau hidupan air hiasan. Para peminat atau hobi ini tidak tertumpu hanya kepada pemelihara ikan sahaja kerana aquascape boleh menjadi sebahagian daripada reka bentuk dalaman sesebuah rumah, pejabat atau kafe. Selain memberi ekosistem baik kepada pilihan akuatik dan marin yang dipelihara, pemandangan landskap dari dalam air turut memberi satu perasaan menyenangkan setiap kali pemilik memandang akuarium aquascape. Bagaimana pun seni hiasan dalam air itu juga perlu membuat 'pelaburan' bagi menyediakan akuarium aquascape. Penggiat aquascape perlu membelanjakan kos persiapan antara RM300 hingga ribuan ringgit bergantung kepada saiz akuarium, kehidupan akuatik dan teknologi digunakan sehingga material tambahan seperti batu serta kayu. Apa yang lebih penting ada cara bina sistem pencahayaan, sistem karbon dioksida dan pilihan tanah yang sesuai digunakan tumbuhan akuatik. Merawat air juga sangat penting supaya air itu sesuai dengan hidupan akuatik. Ada kalanya lampu membantu memberi pencahayaan baik kepada tumbuhan akuatik yang juga memerlukan cahaya. Dari segi skil juga diperlukan bagi sentuhan kreatif untuk kerja dalam menyusun atur atau mengolah kayu dan batu untuk menghasilkan sebuah akuarium yang menyerupai habitat semula jadi untuk hidupan akuatik. Dalam aquascape bukan sahaja memelihara ikan sahaja malahan ia juga menjaga tumbuhan akuatik pelbagai spesies, bentuk dan warna. Apa pun dilaporkan ada banyak jenis pokok akuatik iaitu lebih dari 2,000 spesies. Antara yang popular ialah Bolbitis diffomis dan Bolbitis heudilotti. Skill individu perlu diperkemaskan dalam menangani isu amalan baik atau mengekalkan ekosistem aquascape. Sebaiknya gunakan sistem penapisan air yang berkualiti dan berkapasiti besar untuk bakteria baik berkoloni. Bakteria baik dalam sistem penapisan air berfungsi ddalam menguraikan sisa buangan dari hidupan akuatik menjadi bentuk nutrien yang boleh diserap tumbuhan akuatik sebagai baja. Sistem pencahayaan baik juga perlu digunakan dengan penggunaan lampu khusus untuk pertumbuhan pokok. Cara penukaran air sebanyak 30 - 50% biasanya perlu dilakukan seminggu sekali untuk mengekalkan kejernihan dan kebersihan air.
Banyak yang menyatakan dimana 'Hobi bela ikan akan membantu tenangkan jiwa' seperti dilaporkan oleh pakar jiwa dan peminatnya. Dalam kajian yang dijalankan dimana dilaporkan hobi membela haiwan akuatik kini menjadi ikutan apabila melalui hobi tersebut ia mampu membawa ketenangan diri kepada sang pembela selain membantu dalam menaikkan seri rumah sebagai hiasan. Sebagai contoh didakwa ada seorang peniaga ikan hiasan CS Sim dakwa haiwan tersebut bukan sahaja boleh dijadikan hobi semata-mata tetapi turut membantu dalam mencapai ketenangan apabila dihimpit dengan tekanan hidup. Dia yang juga peniaga ikan hiasan dakwa kedai ikannya juga adalah warisan daripada ayahnya dimana dia mula menjual ikan sejak umur 17 tahun di sini dan sekarang sudah berumur 70 tahun dimana sudah menjadikan kedainya sudah berbakti selama 53 tahun kepada pelanggan. Dia dakwa ada kalangan pelanggannya yang menyatakan tekanan dalam hidup akibat daripada kerja dan sebagainya hilang selepas melihat haiwan akuatik yang dibeli. Kesannya adalah sesiapa pun akan berasa tenang apabila melihat keadaan akuarium dengan keberadaan haiwan tersebut. Pelanggan dapat mencari dan membeli pelbagai variasi ikan dengan harga yang berpatutan. Antara ikan yang popular ialah arowana, guppy, ikan emas, koi dan ikan laga. Terdapat juga, aquarium atau hiasan-hiasan lain dijual untuk pelanggan menghias sendiri akuarium mereka. Lazimnya banyak variasi ikan yang ditawarkan kepada pelanggan daripada harga serendah RM3.50 hingga RM200 seekor malah petua atau maklumat turut disalurkan kepada mereka agar ikan dibeli menepati citarasa. Apa pun memang ada bermacam-macam jenis ikan hiasan dijual dimana kalangan sesetengah orang membela untuk hiasan rumah tetapi ada juga yang menjadikan haiwan tersebut sebagai peneman hidup terutama setelah penat apabila balik kerja kita boleh tengok akuarium untuk berehat. Membela ikan juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan jika tahu cara untuk melakukan proses pembiakan. Hobi ini ada banyak untungnya bukan sekadar hiasan semata-mata. Ramai mereka yang ada ikan hiasan apabila melihat ikan berenang-renang dalam akuarium seolah-olah macam ikut sama dengannya dan terpukau jadi rasa seronok.
Betul dakwa ramai pemilik ikan hiasan yang amalkan konsep iaitu 'Renangan bawa ketenangan' untuk dikongsikan. Apa pun perasaan 'Tenang' adalah satu perasaan yang boleh digambarkan melihat kelibat sekumpulan ikan 'glofish' dan ikan guppy cantik yang sedang berenang di dalam akuarium. Apa pun tarikan ikan hiasan ini pasti pada warna yang mampu mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Ikan ini dilihat sangat menarik apatah lagi aktif berenang secara berkumpulan. Penggunaan lampu putih dan biru dalam akuarium juga dapat menyerlahkan warna ikan yang terdiri daripada pelbagai warna termasuk merah, kuning, hijau dan sebagainya. Apa yang lebih menarik, sentuhan seni landskap akuarium atau lebih dikenali sebagai akuaskap menggunakan tumbuhan akuatik, tunggul kayu dan batu oleh pemiliknya menjadikan seolah-olah ikan ini sedang berenang di sebuah taman air. Melihat ikan ini berenang memberi terapi dan ketenangan yang cukup berkesan sehingga tidak menyedari masa berlalu dengan pantas. Memang tidak hairan jika ikan hiasan tertentu menjadi pilihan dalam kalangan peminat ikan sebagai terapi dan sebahagian pelengkap dekorasi rumah. Sebagai cintoh warna ikan yang kuat dan garang kini menarik apa lagi kalau ada lampu terang. Contohnya jika ada dipasang lampu berwarna biru maka dilihat kecerahan warna ikan ini seolah-olah dapat 'dinaikkan' lagi. Sementara lampu putih pula membantu ikan ini dapat memantulkan kembali cahaya itu. Ada jenis ikan hiasan yang mana ia mempunyai banyak warna iaitu hitam, putih, hijau, kuning, ungu, merah jambu, biru dan merah. Ada ikan hiasan yang bergerak solo tetapi banyak juga yang memppunyai karakter yang 'suka berkawan' dan sering bergerak aktif secara berkumpulan. Penjagaan ikan ini juga sangat mudah namun kebersihan air perlu dititikberatkan supaya ikan aktif dan sihat. Bagaimana pun air perlu bebas daripada klorin dan kawalan amonia dan nitrat perlu dilakukan dengan kaedah menggunakan bakteria baik yang diletakkan di dalam penapis. Konsep aqascape yang menggunakan tumbuhan akuatik sebagai hiasan seperti anubias, java fern dan cabomba dapat membantu menyerap amonia ini dan mengurangkan kekerapan menukar air. Dalam kawal makanan penggunaan palet yang pemberiannya gergantung kepada jumlah ikan. Apa yang penting kekerapan memberi makanan perlu dikawal untuk mengelakkan lebihan (makanan) membentuk amonia sekali gus memberi kesan kepada air dan kesihatan ikan. Pada masa sama, saiz akuarium yang digunakan juga perlu diambil kira bergantung kepada jumlah ikan yang dipelihara. Saiz akuarium dan jumlah ikan yang tidak sesuai boleh menyebabkan peningkatan amonia. Ada jenis ikan hiasan yang mana ia tidak terlepas daripada serangan penyakit seperti 'white spot' dan 'drop eye.' Antara puncanya adalah suhu air terlalu sejuk sehingga mengakibatkan pertumbuhan alga yang boleh beri kesan kepada ikan. Apabila melihat ikan tidak aktif, saya akan asingkan sebelum diberikan ubat dan dikuarantinkan sehingga ia pulih sepenuhnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK PILIHAN... BELI YANG SUKA...
BERIKAN KETENANGAN... BAHAGIA...
SATU INDUSTRI... TERAPI JIWA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rejab 1444H).
Posted from,
Room 321, The Upper House,
Simpang Empat, Penang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.