Dalam bharian.com artikel bertajuk 'Awasi punca penyakit Zoonotik daripada haiwan peliharaan' amat sesuai dikongsikan dan ditulis semula. Kini di Malaysia kebanyakkan haiwan peliharaan dan haiwan lain seperti hamster dan tikus membawa penyakit bakteria saluran usus yang didakwa ia menyebabkan penyakit seperti demam tifoid, keracunan makanan dan radang usus. Penyakit seperti Sporotrikosis iaitu sejenis jangkitan kulat yang terdapat pada kucing misalnya dilaporkan ia boleh berpindah kepada manusia dalam bentuk kudis sekiranya tidak berhati-hati ketika menyentuhnya. Ramai kalangan orang yang sronok membelai haiwan peliharaan seperti kucing, hamster atau sugar glider yang gebu tetapi awas kerana di sebalik kecomelan haiwan ini tersembunyi bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sekiranya tidak berhati-hati dalam penjagaan berkaitan kebersihan khususnya selepas menyentuh haiwan ini maka ia boleh mengundang risiko penyakit berjangkit. Menurut seorang Pensyarah Kanan Biokimia Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Mokrish nyatakan dimana haiwan peliharaan dan haiwan perosak yang berkeliaran di rumah seperti tikus, berisiko membawa bakteria yang menyebabkan penyakit zoonotik. Penyakit zoonotik adalah jangkitan yang dijangkiti daripada haiwan kepada manusia oleh bakteria, virus, parasit serta kulat yang boleh mengganggu sistem tubuh manusia. Lazimnya kesan jangkitan menyebabkan gangguan kesihatan yang menimbulkan gejala seperti demam, keracunan makanan malah membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan betul dan segera. Ada ramai orang memandang remeh penyakit zoonotik kerana serangan itu jarang berlaku terutama membabitkan haiwan peliharaan walaupun pada hakikatnya boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Sebagai comtoh dimana isu Sporotrikosis iaitu sejenis jangkitan kulat yang terdapat pada kucing misalnya, didakwa ia boleh berpindah kepada manusia dalam bentuk kudis sekiranya tidak berhati-hati ketika menyentuhnya. Apa pun penulis blog pernah dimaklumkan dimana kebanyakan haiwan peliharaan dan haiwan lain seperti hamster dan tikus membawa penyakit bakteria saluran usus yang menyebabkan penyakit seperti demam tifoid, keracunan makanan dan radang usus. Bakteria ini dikeluarkan melalui najis haiwan terbabit yang boleh merebak ke kulitnya dan menular kepada sarang dan permukaan perabot rumah. Jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang mempunyai luka dan menyentuh haiwan ini atau melalui makanan yang terdedah dan tercemar dengan bakteria ini. Kepada semua pembaca sebaiknya elakkan dari memelihara haiwan pet ini untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria kepada keluarga.
Segelintir individu yang dijangkiti bakteria tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala sebaliknya hanya mengalami demam tetapi boleh memberikan kesan buruk ke atas buah pinggang. Selalunya akibat tidak menunjukkan sebarang petanda dijangkiti dimana kebanyakan kes tidak dapat dikesan oleh doktor dan menyebabkan yang mangsa akhirnya meninggal dunia. Dilaporkan diantara kes jangkitan bakteria yang kerap berlaku adalah jangkitan Kencing tikus (Leptospirosis) yang membabitkan kematian selepas terdedah dengan bakteria berkenaan. Langkah penting bagi elakkan kes ini adalah sentiasa amalkan kerja penjagaan kebersihan dalam menguruskan haiwan peliharaan di rumah termasuk memastikan haiwan berkenaan mendapat suntikan vaksin selain sentiasa memastikan rumah sentiasa dibersihkan. Selalu kes kencing tikus dilaporkan dikawasan perkhemahan dan piknik di air terjun, kawasan rekreasi dan sebagainya. Pastikan makanan di rumah tidak terdedah dan juga pastikan susu segar sama ada daripada lembu atau kambing di rebus sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum. Penulis blog merujuk beberapa bulu dimana kini ada terdapat lebih 200 penyakit zoonotik mengikut senarai WHO. Paling teratas kedudukkannya di Malaysia adalah Penyakit cakaran kucing yang mana ia berpunca berpunca daripada Bakteria Bartonella. Manusia akan dijangkiti selepas dicakar, digigit kucing atau terkena air liur kucing (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya jenis bakteria ini lebih banyak didapati dibawa oleh anak kucing berbanding kucing dewasa. Antara gejala penyakit ini dimana ada kejadian Luka (melepuh, benjolan) selepas tiga hingga 10 hari selepas jangkitan. I kemudian boleh menyebabkan masaalah demam (bagi sesetengah pesakit mengalami sakit kepala). Kelenjar limfa membengkak berhampiran kawasan cakaran atau gigitan (berlaku sehari hingga empat minggu selepas jangkitan). Apa pun dilaporkan dimana antara gejala lain termasuk juga penyakit imfa membesar dalam kes isu zoonotik ini dimana mangsa akan hilang selera makan, sakit tekak, berat badan menurun dan tahap imuniti yang kurang baik. Gejala lebih teruk dalam kalangan pesakit yang rendah sistem imun terutama bagi kanak-kanak, orang tua dan pesakit kronik lain terkesan. Dalam pada itu masaalaj jangkitan bakteria ada banyak jenis. Penyakit Leptospirosis boleh berlaku dimana cara jangkinab berlaku apabila air kencing tikus mengandungi bakteria leptospira ada dikawasan tumpuan manusia. Objek dan semua benda yang tercemar dengan air kencing seperti permukaan tanah dan air sungai atau air terjun memang mudah bagi bakteria menyebar. Tanda serangan adalah dengan adalnya gejala dimana dalam fasa 1 dikesan gejala seperti sakit kepala, sakit otot, sakit mata dengan silau, rasa dingin dan demam. Dalam fasa 2 pula berlaku demam dengan tegang pada leher, radang saraf, mata, otak dan tulang belakang. Pesakit mengalami risiko yang dikaitkan dengan penyakit hati (jaundis) dan buah pinggang.
Dalam portal primamedia.com dilaporkan 'Zoonotik boleh berjangkit' seperti jika ada berlaku gigitan kucing dimana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. DI Malaysia haiwan kucing adalah diantara yang biasa menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan kesayangan kerana ia mempunyai sifat mesra dengan manusia. Namun begitu sebagai pemilik sudah pasti semua perlu mengetahui mengenai isu kesihatan haiwan berkenaan terutama jika ia mampu menjangkiti manusia. Penyakit zoonotik adalah penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Jangkitan ini memberi kesan kepada kesihatan manusia dan pada kebiasaannya penyakit ini memberi kesan yang lebih teruk kepada golongan kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang mempunyai imun rendah. Penyakit zoonotik ini boleh terdiri daripada jenis bakteria, kulat dan parasit. Sebaiknya sebagai pemilik semua embaca blog perlu peka dengan masalah kesihatan haiwan ini kerana ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. Antaranya termasuk Penyakit Cakaran Kucing yang berpunca daripada bakteria Bartonella henselae. Selalunya insiden berlaku apabila jangkitan ini iaitu selepas dicakar, digigit kucing yang dijangkiti bakteria ini. Antara gejala adalah seperti Luka (melepuh, benjolan) antara 3 - 10 hari selepas jangkitan, demam dan sakit kepala. Ada kes dimana berlaku kelenjar limfa membengkak sama ada berhampiran kawasan cakaran atau gigitan (berlaku sehari hingga empat minggu selepas jangkitan). Mangsa boleh hilang selera makan, sakit tekak dan berat badan menurun. Apa pun gejala lebih teruk boleh berlaku dalam kalangan pesakit yang rendah sistem imuniti badan seperti kanak-kanak, orang tua dan pesakit kronik lain. Ada persoalan bagaimana kucing boleh dpat penyakit ini kerana pada kebiasaannya kucing dapat penyakit ini dari kutu, bergaduh dengan kucing lain atau melalui pemindahan darah. Cara untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti penyakit ini adalah dengan pastikan selalu hanya memelihara kucing 'indoor' di dalam rumah, sentiasa mempastikan kawalan kutu dijalankan dengan rapi dan juga pastikan jika kucing yang kita tidak pasti status ubat kutu dan sejarah kesihatan elakkan daripada terkena cakaran dan gigitan (gunakan cara pengurusan kucing yang lebih rapi). Penyakit ke dua berkaitan kucing adalah Penyakit Sporpthricosis yang disebabkan oleh kulat itu adalah iaitu Sprothrix. Ia boleh berjangkit kepada manusia melalui cakaran kucing yang mempunyai gejala sporothricosis. Tanda-tanda klinikal pada kucing yang mempunyai sporothricosis adalah banyak luka di badan dan berlaku penambahan luka secara mendadak di atas kucing itu. Cara kenal pasti penyakit ini pada kucing adalah melalui pemeriksaan mikroskop dan lihat kewujudan sporo (spora) kulat ini. Rawatan pada kucing adalah memberi ubat kulat sehingga kucing sembuh daripada luka. Sering kali rawatan ubat fungus ini diberikan beberapa minggu selepas luka kucing sembuh supaya semua spora ini hilang sepenuhnya. Tanda klinikal pada manusia adalah benjolan yang gatal dan kadang-kala berdarah. Jika terkena cakaran dari kucing sporothricosis anda perlu memberi maklumat ini kepada doktor yang merawat. Cara mengelakkan penyakit ini adalah dengan segera dibawa berjumpa doktor vaterinar untuk dignos kucing anda jika ada penyakit ini. Apa pun jika positif sporothricosis elakkan daripada memegang kucing itu dan cuba urus kucing secara minimal akan tetapi menjaga semua kebajikannya.
Penyakit ke 3 dari kucing termasuk Masaalah Ringworm iaitu ia merupakan nama diberi ia sentiasa berbentuk bulat dan kemerahan. Ia menyebabkan rasa sangat gatal dan pada kucing kita dapat lihat tompok-tompok bulu yang hilang. Mangsa perlu dibawa ke doktor veterinar untuk diperiksa kerana gejala pada manusia sama seperti pada kucing. Cara untuk manusia dapat mengelakkannya pastikan kucing kita tiada masalah ringworm jika sudah dijangkiti asingkan kucing itun dan beri rawatan seperti dicadangkan doktor veterinar sehingga sembuh sebelum kembalikan kucing kita kepada rutin asal. Kucing boleh kena ringworm kerana ia selalunya ada kontak rapat antara kucing yang mempunyai masalah ringworm lain. Ia juga berkait dengan keadaan persekitaran kucing selalu lembap menyebabkan mudah terkena jangkitan kulat. Masaalah Kecacingan yang disebebkan daripada kucing dimana ia juga boleh berjangkit kepada manusia terutamanya kanak-kanak. Apa pun lazimnya masaalah ini boleh berlaku apabila berlaku pengurusan kucing tidak dilakukan dengan betul. Pemberian ubat cacing secara kerap perlu diberikan kepada kucing kita untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Selain itu amalan sering mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri juga amat penting bagi mengurangkan risiko penyakit ini. Perlu difahami dimana gejala kecacingan pada kucing seperti cirit-birit dan berak berdarah, menjadi kurus, hilang selera makan serta akan kelihatan cacing di najis atau di lubang dubur. Kucing tersebut juga mempunyai bulu kelihatan kusam dan kucing tidak aktif. Bagaimana kucing juga boleh terkena keana ia berjalan di atas pasir yang mempunyai telur cacing. Ia juga dijangkini dari ibu kucing yang mempunyai masalah kecacingan. Punca lain adalan kerana mengambil makanan mentah dan makanan yang tidak diproses dengan sempurna. Jangkitan juga melalui daripada kucing lain yang sedia ada masalah kecacingan melalui fecal oral route (najis termasuk ke mulut kucing). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ASALNYA HAIWAN.. JANGKITI MANUSIA...
ELAKKAN SERANGAN...PERLU WASPADA...
MEMBELA KUCING ... BANYAK CERITANYA...
By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
House No 6, Little Kampong Studio,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(27 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.