Support My Blog

Saturday, February 25, 2023

GARAM BULUH - APA DIA?

GARAM BULUH (Bamboo Salt) atau di Korea dipanggil sebagai 'Jugyeom' agak kurang dikenali dikalangan penuduk Malaysia kecuali mereka yang pernah ada membeli dan menggunakannya. Penulis blog yang ada dua kali ke korea untuk hadir kursus pernah ada membuat lawatan teknikal kesalah satu kilang memproses 'garam buluh' sekitar tahun 2001. Apa pun asasnya proses membuat garam buloh ini memang rumit dan sukar kerana ia melibatkan proses pembakaran berulang-kali dengan suhu setinggi 900 Celcius hingga 1,500 Celcius dengan memasukkan garam laut dari pantai barat negara Korea ke dalam buluh yang berusia melebihi 3 tahun dan ditutup dengan tanah liat organik. Apa yang ada ditunjukkan dalam youtube juga jelas menunjukkan dimana proses pembakaran berulang- kali dengan suhu yang tinggi akan menguraikan logam berat dan toksin dalam garam. Kehebatan khasiat dan fungsi Garam Buluh yang dilaporkan ia bersifat alkali (pH10.44) dimana ini boleh meneutralkan toksik dalam badan yang berasid. Dalam pada itu dilaporkan dimana garam buluh juga mengandungi 70 - 80 jenis mineral yang penting untuk kesihatan. Ia juga adalah satu-satunya bahan makanan yang mempunyai lebih kurang 80 jenis garam mineral kerana ia dapat membekal garam mineral yang diperlukan oleh manusia. Khasiat lain kehebatan garam buloh dimana ia adalah bahan anti-oksidan dan amat naik untuk  proses pemulihan dengan cara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya dalam badan, melambatkan proses penuaan dan radikal bebas serta menyerlahkan kejelitan. Dilaporkan ia juga memunyai unsur 'Tenaga Bio, Infra merah jauh ( FIR )' yang mana ia  dapat membantu melancarkan pengedaran darah dan meningkatkan tahap kesihatan badan. Ada banyak produk garam buluh dan pelbagai jenama dipasaran di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kini mudah sahaja untuk mendapatkan produk garam buluh melalui iklan 'on-line' sama ada di Shopee atau Lazada atau portal lain dengan harga diantara RM21 - RM65 satu unit. Dalam mengetahui cara penggunaan juga ada dijelaskan dalam banyak produk dimana paling mudah adalah dengan dicampur dalam air dan diminum atau sesuai juga digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa. Ada pun bagi pesakit kencing manis paling banyak diiklankan dimana sebaiknya diambil 2 paket sehari garam buluh yang perlu diminum sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Dialakkan agar pengambilan pada waktu pagi dengan mencampurkan 1 paket ke dalam 300ml air dan tambah separuh biji jus lemon kerana disyorkan hanya ditambah jus lemon untuk minum pagi sahaja. Dalam pada itu bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi dijelaskan pada minggu yang pertama dan kedua diambil 1 paket ditambah ke dalam 1.5 liter air dan tuangkan 300 ml ke dalam cawan. Tambahkan separuh biji jus lemon ke dalam cawan dan minum sekaligus. Air yang lebih boleh diminum sepanjang hari. Bagaimana pun cara penggunaan ini berlaina diantara satu produk dengan produk garam buluh lain mengikut label. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan apakah dia Garam Buluh sekadar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca blog semua.


Beberapa keterangan mengenai apa itu garam buluh dan cara memposesnya terutama di Korea ada dilaporkan dalam beberapa sumber rujukkan. Banyak diperkatakan dimana teknologi dan mitos mpembuatan garam buuh ini adalah a
sal usul dan sejarah Garam Buluh dari negara Korea. Ia bermula degan asal usul garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang melalui kaedah kuno yang unik berdasarkan teori 5 unsur (elemen). Garam buluh dilapaorkan dimana ia mampu menyediakan garam mineral organik beralkali (tahap pH9 - pH12). Ia didakwa ada membekalkan 70 - 80 mineral dan unsur surih. Ia adalah anti-oksidan yang kuat (dengan tahap ORP sehingga -426mV) dan dapat memulihkan sel-sel badan dengan berkesan. Ada banyak laporan testimoni daripada laporan dimana berlaku kejadian penyembuhan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, kanser, arthritis, gastrik, buasir dan lain-lain serta penyakit ringan seperti sakit gigi dan sembelit adalah bukti dan respon yang diberikan oleh pengguna garam buluh. Kalangan pengguna juga diberi nasihat tentang kesan garam buluh terhadap kesan penjagaan kulit, penjagaan gigi, penjagaan mata, resipi makanan khas, melegakan mabuk atau pening dan sebagainya. DIlaporkan untuk penggunaan jangka panjang garam buluh boleh mengimbangi nilai pH dalam cecair badan. Penyelidikan terhadap kehebatan garam buluh telah mendapati banyak manfaat garam buluh seperti mengawal dan mencegah kencing manis, penurunan berat badan, kanser, alahan, gastrik, arthritis, kesihatan gigi, keradangan, jangkitan yis, sakit tekak dan lain-lain lagi. Apa pun dilaporkan zaman dulu garam laut semula jadi dari Pantai Barat Korea Selatan dituai secara manual. Garam laut semula jadi yang dijemur dibawah matahari diisi ke dalam batang buluh yang berusia 3 tahun dimana kemudian batang buluh yang terbuka ditutup dengan tanah liat merah yang tidak tercemar diambil dari gunung (hanya tanah liat merah dari 10 meter kedalaman digunakan kerana ia adalah lebih kaya dengan mineral). Proses selanjutnya dimana garam buluh dipanggang atau dibakar pada 900 ℃elcius sehingga kepanasan 1500 ℃elcius untuk membuang kekotoran dan logam berat (Sila lihat foto disebelah). Kajian mendapati dimana dalam proses tersebut bahan mineral dan unsur surih dari tanah liat merah dan batang buluh meresap ke dalam produk akhir garam buluh. Garam buluh yang pertama kali siap dibakar dibersihkan abu buluhnya yang terbakar. Garam buluh kemudiannya dikisar menjadi serbuk dan dimasukkan dalam batang buluh baru dan ditutup dengan tanah liat merah untuk proses pembakaran seterusnya (proses pembakaran berulang. Lazimnya untuk meningkatkan kandungan mineral yang baik dan menghapuskan logam berat dan mineral yang tidak baik). Warna garam buluh dengan proses 6 kali bakar adalah putih-kelabu. Apabila proses pembakaran berterusan hingga kali ke-9, garam buluh itu berubah menjadi warna ungu dan mempunyai keberkesanan yang tertinggi. Saintis percaya perubahan warna adalah disebabkan oleh penyusunan semula molekul sulfur ke dalam bentuk heksagon dan mempunyai jumlah tenaga yang tinggi untuk penyembuhan.


Merujuk kepada artikel tentang produk garam buluh jenama 
'Garam Buluh HKIII' yang didakwa ia sangat berkesan untuk membantu Penayakit Kencing Manis adalah wajar dikongsikan. Produk ini ada diiklankan dalam shopee dan lazada juga. Dilaporkan produk jenama ini mengandungi 70-80 jenis zat galian iaitu hasil dari beberapa kajian sains dimana telah membuat kesimpulan bahawa kandungan Kromium dalam badan merupakan faktor utama yang mempengaruhi sensitiviti insulin. Selain itu mineral zink (Zn) dan magnesium (Mg) juga amat penting untuk mengalahkan kencing manis. Penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang boleh diselesaikan dengan satu jenis mineral sahaja kerana ia dilaporkan akan memerlukan kesan sinergi daripada pelbagai jenis mineral untuk memberi kesan optimum. Produk ini juga dilaporkan merupakan sejenis makanan Beralkali Tinggi (pH10.44). Ini berkait dimana apabila darah menjadi asid maka kandungan oksigen dalam badan akan menurun. Tanpa oksigen yang mencukupi maka sel-sel dan organ-organ tidak berfungsi secara normal. Tubuh badan memerlukan makanan beralkali tinggi untuk meneutralkan asid agar kandungan oksigen dalam badan sentiasa cukup. Produk ini merupakan makanan beralkali tinggi yang boleh menggembalikan fungsi normal sel-sel dan organ-organ, mencapai kecergasan fizikal optimum dan membantu mengatasi masaalah kencing manis dari akar penyebabnya. Produk ini juga didakwa mempunyai 'Kuasa Antioksidan Tinggi (ORP = -426mV)'. Radikal bebas boleh didapati dimana-mana sahaja dimana ia dihasilkan apabila manusia terus bernafas, bergerak dan sebagainya. Boleh dikatakan yang radikal bebas dijana secara semulajadi oleh tubuh badan. Namun didakwa radikal bebas merupakan penyebab berlakunya proses penuaan. Untuk membanteras radikal secara berkesan maka produk Garam Buluh HKIII didakwa akan memainkan peranan yang sangat penting. Kuasa antioksidan garam buluh hk3 setinggi ORP -426mV (2 kali ganda lebih tinggi daripada pengawet terbaik di dunia). Ia mengembalikan kesihatan organ terutamanya pankreas untuk membantu menguruskan diabetes. Kehebatan seterusnya ia mempunyai apa yang dikatakan sebagai 'Tenaga Bio (Sinaran Infra Merah Gelombang Jauh' yang unik. Bagi pesakit kencing manis seringkali mempunyai masalah peredaran darah akibatnya khasiat nutrisi tidak dapat dibekalkan dan toksin-toksin tidak dapat dikeluarkan. Lama kelamaan disebabkan oleh kerana kekurangan nutrisi dan toksin yang terkumpul akan menyebabkan penyakit-penyakit yang lebih serius. Oleh itu dalam cara melancarkan peredaran darah adalah penting untuk menguruskan diabetes juga. Sinaran Infra Merah Jauh telah diterima oleh para saintis bahawa ia boleh meningkatan peredaran darah. Garam Buluh HKIII telah dibakar selama 48 jam pada suhu 800 - 1,500 darjah Celsius. Kesannya ia menyinar infra merah jauh yang cukup untuk membantu peredaran darah. Itulah sebab kenapa sesetengah pengguna terasa hilang kebas selepas menggunakangram buluh. Apa pun sila dapatkan nasihat doktor jika berminat mengambilnya.


Bagaimana pun penulis blog merujuk kepada artikel bertajuk '
Garam Buluh Boleh Merawat Penyakit : Adakah Ia Fakta, Mitos Atau ‘Over Claim’?' untuk dikongsikan. Lazimnya penggunaan garam dalam sesuatu masakan adalah untuk menambahkan lagi rasa sajian. Apa pun bagi penulis blog dimana ia juga merupakan bahan paling asas dan wajib digunakan ketika memasak. Lazimnya jenis garam yang digunakan sekarang bukanlah hanya jenis yang biasa sahaja malahan terdapat pelbagai jenis garam lain yang boleh ditemui iaitu Garam halus, Garam kasar, Garam bukit, Garam buluh (bamboo salt), Garam kosher dan Garam Himalaya. Apa pun bagi pengguna selalunya penggunaan garam yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Begitu juga dengan aktiviti penggunaan garam buluh. Secara umum  mungkin ramai sudah mengetahui bahawa garam buluh merupakan garam yang dijemur di bawah matahari. Garam ini akan dibakar di dalam buluh selama enam hingga lapan jam. Biasanya kita terdengar dakwaan bahawa garam buluh ini boleh merawat penyakit. Persoalannya di sini adakah benar bahawa garam buluh ini memang betul-betul dapat merawat penyakit? Jika ia boleh merawat penyakit, bagaimana pula dengan garam-garam yang lain?. Adakah ia fakta yang benar? Atau mitos? Atau sekadar ‘over claim‘ oleh pihak tertentu? Bagi menjawab persoalan itu, Public Health Malaysia ada jawapannya. Apa pun jika pembaca blog ini adalah penjual produk berasaskan garam buluh maka boleh dihentikan aktiviti aktiviti pemasaran berlebihan dengan menyatakan ia sebagai bahan untuk merawat penyakit. Semua jenis garam sama ada ia dari Garam buluh, Garam himalaya, Garam kosher dan Garam laut adalah sejenis garam dan pasti ia mengandungi kandungan natrium (Na) yang hampir sama. Oleh itu cara pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari adalah penting difahami. Dilaporkan juga dimana sebenarnya garam buluh adalah sejenis garam biasa yang dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar selama 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi walau pun sebenarnya ia tetap sejenis garam dan dilaporkan tidak mempunyai kesan untuk merawat semua penyakit kronik seperti dalam iklan. Dilapororkan dimana insiden sebelum ini pernah terjadinya kes dimana seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun telah dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10 kali dan cirit-birit untuk dua hingga tiga jam. Bila dibuat pemeriksaan lanjut pegawai kesihatan mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah mendapati paras garam sodium dibadannya adalah terlalu tinggi. Keadaan beliau dikenalpasti sebagai Hypernatraemia. Dilaporkan dia telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150 gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan dia cuba  mengurangkan berat badan. Dalam kes berlainan Kementerian Kesihatan melaporkan dimana ada seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantaun pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang. Ikut nasihat dari KKM dimana pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam seperti ini, bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GARAM BULUH.. APAKAH DIA..
GARAM BIASA... DIBAKAR LAMA...
DALAM BULUH... HANGUS JADNYA...
HEBAT KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...