Seperti tajuk artikel dimana berikut adalah 14 rangkuman fakta yang menarik mengenai kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan. Pertama dimana kerbau yang biasa kita lihat berkeliaran di sawah padi mungkin kurang biasa (familiar) jika hendak dibandingkan dengan haiwan sejenisnya yang terdapat di Amerika. Ada kalangan mereka yang masih suka menyamakannya dengan haiwan Bison Amerika yang meski dilihat ciri fizikalnya macam serupa atau mirip tetapi ia sebenarnya adalah berasal dari genus yang berbeza. Fakta menarik kedua adalah dimana jenis kerbau air yang berhabitat di Asia mempunyai ukuran dan berat badan yang lebih besar jika dibandingkan dengan kerbau yang mana ia berada di Amerika. Kerbay yang ada berhabitat di Asia boleh ia membesar sehingga 2.7 meter tingginya dan memiliki berat badan sampai 1,200 kg atau 1.2 ton metrik. Fakta ke 3 yang menarik dimana kerbau liar berhabitat di hutan tropika dan subtropika Asia yang mana mereka akan menghabiskan banyak waktunya berendam di dalam air misalnya di kawasan paya dimana ia di gelar sebagai 'Asian Water Buffalo'. Memang hebat haiwan kerbau ini dimana agar tidak mudah tenggelam di dasar paya yang berlumpur dalam didapati haiwan ini dilihat mempunyai kuku yang lebar dan besar. Fakta ke 4 dimana ciri bagi haiwan Bison atau Kerbau Amerika meski mereka tidak menghabiskan banyak waktu di dalam air namun mereka tidak pernah jauh dari sumber mata air berdekatan. Selalunya jenis ini bagi tujuan untuk menyejukkan badannya ia lebih suka berteduh di bawah pokok rendang sahaja. Kelima dimana faktanya adalah kerbau adalah merupakan sejenis haiwan yang bergerak secara kelompok atau disebut dengan berkawananan. Apa pun bagi jenis kerbu di Asia dilihat dimana mereka membahagikan kelompok kepad dua kawanan. Kumpulan pertama adalah kumpulan maternal yang terdiri dari kerbau induk dan yang masih anak-anak dan kumpulan yang kedua adalah terdiri dari gerombolan atau kumpulan kerbau jantan. Wow!.. cukup menarik fakta ini!...
Seterusnya fakta menarik berkaitan kerbau dimana selalunya kerbau muda akan tinggal di dalam kawanan maternal hingga usianya mencapai 3 tahun. Setelah itu, para pemuda tersebut akan meninggalkan kawanan maternal dan bergabung dengan kumpulsn kerbau jantan. Selalunya gerombolan atau kumpulan maternal secara umumnya berjumlah hingga 30 ekor, sedangkan kawanan jantan kerbau Asia berjumlah 10 ekor jumlahnya. Berlainan dengan jenis Kerbau di Amerika yang dilihat akan membentuk gerombolan atau kawanan secara campuran dan boleh opulasinya berjumlah hingga sekitar 1,000 ekor dalam satu kawanan. Fakta menarik ke 8 adalah dimana semua jenis kerbau adalah haiwan jenis Herbivora yang hanya memakan tumbuhan. Makanan yang paling disukai adalah rumput dan juga tumbuhan herba yang hijau. Bagaimana pun apabila habitatnya kekurangan atau tiada tidak ada rumput hijau mereka masih boleh memakan tumbuhan semak belukar, anak pokok dan juga tanaman yang ada di dalam air. Fakta ke 9 dimana apa yang membuat kerbau liar semakin susah untuk ditemui adalah kerana tahap kelahiran atau pembiakan yang memang rendah. Satu ekor kerbau betina hanya mampu untuk melahirkan satu anak saja setelah 9 - 11 bulan hamil lamanya. Keadaan dimana nantinya anak kerbau jantan akan tinggal bersama ibunya selama 3 tahun sebelum pindah kawanan jantan juga melambatkan proses pembakaan. Fakta ke 10 dimana jika memiliki dalam habitat kerbau tersebut mempunyai sumber makanan yang cukup dan tidak terancam oleh predator atau haiwan pemangsa (carnovore) maka lazimnya kerbau Asia boleh ia hidup selama lebihkurang selama 25 tahun. Dilaporkan dimana bagi jenis kerbau di Amerika jangkahayat hidupnya agak lebih lama sedikit iaitu sekitar 26 tahun. Sebenarnya jangkahayat kerbau adalah perkara yang subjektif kerana ada banyak faktur yang menentukan umurnya. Serangan beberapa wabak penyalit seperti FMD, LSD dan sebagainya akan menyebabkan kehilangan populasi kerbau dengan signifikan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
JENIS RUMINAN...RUMPUT MAKANANNYA...
BERANAK SEEKOR... LAMA HAMILNYA...
POPULASI BERKURANG... BAGAIMANA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.