TANAMAN NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana iaitu selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas terangkum dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara dahulu selain Thailand, Filipina, dan Indonesia. Negara pengeluar utama lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat, dan Singapura (FOASTAT, 2019). Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada lima pengeluar nanas utama dunia ialah Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan negara Indonesia. Dilaporkan pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas di dunia dimana ia mampu menghasilkan sekitar 11.42% (3.42 juta tan) pada tahun 2018. Pengeluaran ini juga diikuti oleh negara Filipina iaitu jumlah sebanyak 9.12% (2.73 juta tan), Brazil iaitu seitar 8.86% (2.65 juta tan), Thailand sekitar 7.06% (2.11 juta tan) dan negara Indonesia sebanyak 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan sebanyak 0.32 juta tan (1.1%) seperti sumber (FOASTAT, 2019). Nilai ini sudah sedikit berubah pada tahun 2023. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta mt pada tahun 2018. Destinasi utamanya ialah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Ini diikuti oleh Filipina dengan jumlah eksport sebanyak 0.4 juta metrik tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport sebanyak 0.17 juta metrik tan nanas pada tahun 2018. Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu analisa industri nanas di Malaysia untuk inya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Penanaman nanas agak berisiko kerana ia dibatasi oleh sumber kewangan. Penulis blog mendapati dimana secara umumnya anggaran kos pengeluaran bagi satu pusingan tanaman adalah sekitar RM40,000 sehektar untuk nanas biasa dan mencecah RM80,000 untuk nanas premium. Kos paling tinggi untuk menanam nanas MD2 adalah pembelian benih diikuti dengan nahan input pertanian seperti baja dan racun. Kos membeli belih memang tinggi kerana jika harga benih MD2 sekitar RM1.50 - RN3,00 satu sulur kira sahajakah modal untuk membeli 45,000 sulur sehektar. lebih mengikut jenis vareiti. Kebanyakan penanam nanas premium perlu menyediakan bajet yang besar dimana jika ingin menanam 10 ekar (4 hektar) nanas MD2 sudah memerlukan banyak modal untuk membeli benihnya. Ada yang menggunakan wang syarikat atau modal sendiri dan ada yang perlu meminjam daripada pihak lain. Bagaimana pun LPNM pernah memberikan pelbagai insentif kepada penanam nanas terpilih untuk diberikan bantuan benih dengan konsep 'sistem pawah' iaitu di berikan satu benih sulur dan pulangkan dua benih sulur. Menganalsia mengenai Nisbah Kos dan Faedah (Benefit Cost Analysis - BCA) mendapati bahawa BCA adalah bagi projek tanman nanas adalah POSITIF. Ini adalah menunjukkan bahawa tanaman nanas akan dapat menjana pendapatan yang lumayan dengan pendapatan bersih melebihi RM11,000 (Sumber: Buku Angaran Kos Tanaman Nanas, Jabatan Pertanian Malaysia dan Buku Anggaran Kos LPNM 2019). Apa yang penulis blog ingin jelaskan adalah dimana apabila berlaku bencana alam yang tidak jangka seperti insiden banjir dimana petani boleh mengalami kerugian besar. Pengalaman penulis blog dimana kejadian banjir di Juru, Pulau Pinang yang memusnahkan lebih 200,000 nanas MD2 menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit pada tahun 2018. Sebelum itu penulis blog yang berlaku di Kg Air Hitam, Muar pada tahun 2017 telah menyebabkan petani rugi dan memerlukan hampir RM16,000 untuk membeli benih baharu bagi kawasan bertanam sebanyak 0.4 hektar (Sumber maklumat: Anim Agro Technology, 2017). Ada banyak kalangan penanam nanas yang mengalami masaalah sama dalam industri nanas.
Bagi menjayakan dan menyelesaikan cabaran dalam industri nanas di Malaysia perlu ada strategi yang sesuai. Masalah penyakit pokok nanas dapat ditangani melalui kaedah pengurusan dan kimia semasa penanaman dan penjagaan tanaman. Pernah disyorkan gabungan amalkan rawatan secara kaedah kimia bagi penyakit mata digunakan untuk mengawal lalat dengan menggunakan racun serangga semasa pembungaan, mengurangkan baja nitrogen dan menyembur campuran bordeaux pada pokok yang mana ia menunjukkan kekurangan kuprum. Antara syor bagi mangtasai reput pangkal kaedah pengurusan yang boleh dilaksanakan adalah dengan membiarkan sebahagian daripada buah-buahan yang melekat pada mahkota semasa mengutip atau memetik, meningkatkan saliran pada tanah, mengelakkan menanam semasa hujan, dan mengelakkan kecederaan pada buah semasa menuai dan transit untuk mengelakkan kejadian penyakit. Ada juga syor agar pengusaha untuk mengawal penyakit BHR menggunakan baja organik iaitu kawalan menggunakan bahan cuka kayu dan disembur pada pokok yang diserang dan kawasan sekitarnya. Hasil tinjauan kepada beberapa penanam nanas dimana mereka berpuas hati cara penggunaan cuka kayu kerana mampu mengawal dan ia memulihkan semula pokok yang diserang pada peringkat awal dan kesannya pokok yang dijangkiti kurang berbau busuk berbanding sebelumnya. Ada penanam nanas yang berjaya kawal penyakit BHR ini dapat dikawal dan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan. cara lain adalah dengan kaedah kimia boleh digunakan dengan mencelupkan buah yang dijangkiti ke dalam Thiabendazole (100 ppm) atau Benomyl (3000 ppm) selama lima minit untuk meminimumkan pereputan. Dalam mengatasi isu dan menangani kekurangan tenaga kerja terutama golongan muda maka dilaporkan pihak LPNM telah melaksanakan program usahawan agro muda bagi tanaman nanas yang dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara. Program ini terbuka kepada lepasan sekolah, universiti, dan belia. Pihak LPNM juga telah lama semasa saya menjadi Ketua Pengarah LPNM untuk tujuan membangunkan Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) yang sama dengan konsep pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) oleh Jabatan Pertanian. Program KNAL ini di Pusat Pertanian Alor Bukit, Pontian, Johor seluas 200 ekar berjaya mengeluarkan hasil melibatkan 10 orang usahawan pada 2018. Satu lagi projek KNAL yang berjaya adalah di Felda Nitar, Mersing Johor seluas 300 ekar melibatkan 1 syarikat swasta dan 10 usahawan muda. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi ke KNAL Felda Nitar, Mersing ini untuk menilai prestasinya (Sila lihat foto disebelah). Projek ini mampu untuk menjana ekonomi dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil dan beberapa orang lagi pengusaha komersil. Bantuan dan sokongan ini juga secara tidak langsung dapat membantu petani dan usahawan yang kekurangan sumber kewangan.
Pada penulis blog dimana akiviti tanaman nanas merupakan tanaman tropika yang telah diterokai dan dikomersialkan semenjak abad ke-16 lagi. Sejajar dengan perkembangan sektor pertanian dan ekonomi dimana penanaman nanas yang terangkum dalam buah-buahan telah diiktiraf sebagai sumber ekonomi baharu Malaysia. Vareiti utama nanas yang ditanam di Malaysia adalah Moris, Josapine, N36, MD2, Sarawak dan Mas Merah. Negeri Johor merupakan pengeluar utama nanas di Malaysia dan beberapa negeri lain telah mula menanam secara lebih komersilal. Meskipun penglibatan Malaysia dalam tanaman ini di peringkat dunia relatif kecil (Malaysia berada di kedudukan ke-22 sebagai pengeluar) apa yang penulis blog analisa dimana nilai sumbangannya dalam penjanaan ekonomi dan pekerjaan domestik semakin ianya memberangsangkan. Pendapatan eksport produk nanas kian meningkat setiap tahun dan mencecah RM491 juta pada tahun 2019 dan terus meningkat pada 2023. Apa pun dinilai dari segi penjanaan pekerjaan industri nanas telah membuka peluang keusahawanan agro khususnya dalam kalangan belia. Malah ia dapat meningkatkan pendapatan penanam dan usahawan produk hiliran mencapari lebih RM5,000 sebulan. Tanaman ini juga banyak manfaat kesihatan dan perubatan. Keterselahan potensi tanaman nanas di Malaysia ini diterajui oleh LPNM dan bantuan serta sokongan pihak dan agensi kerajaan. Penulis blog dapati sokongan dan ketersediaan penanam nanas juga menjana perkembangan positif tanaman nanas negara amat diperlukan. Peranan pihak TEKUN dan Agro Bank merupakan sokongan dalam mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan sumber kewangan. Peningkatan pengeluaran secara tidak langsung dapat mengurangkan pengimportan nanas, meningkatkan kadar sara diri dan juga menjamin kelangsungan sektor makanan negara. Tanaman nanas telah membuka ruang dan peluang kepada Malaysia untuk menjana pendapatan eksport dan meningkatkan daya saing di pasaran global. Penulis blog pernah ke Mindanao, Filipina untuk melihat sendiri sumber teknologi tanaman nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti mempromosi nanas segar ke Dubai, Korea, China, Jepun dalam mempastikan pasaran nanas Malaysia akan terus berkembang. Memang tanaman nanas amat berpotensi tinggi untuk diterokai dan terus dibangunkan serta dikomersialkan di peringkat domestik dan global dengan bimbingan LPNM.
Dilihat dimana tanaman nanas merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-16 oleh orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Costa Rica merupakan pengeluar dan pengeksport utama nanas dunia. Produk nanas terdiri daripada nanas segar, jus nanas, dan nanas tin. Selain itu, nanas juga boleh diproses sebagai jem, sos, halwa, dan dikeringkan. Kedudukan Malaysia dalam pengeluaran dunia secara relatifnya adalah kecil iaitu pada kedudukan ke 19 pada tahun 2020. Namun pada penulis blog melihat dimana ia amat signifikan kepada ekonomi negara dari aspek pendapatan dan peluang pekerjaan. Di Malaysia sejak dulu dan sekarang dimana kawasan penanaman utama adalah di Johor, Selangor, Pahang, Sarawak, Sabah, dan Kedah. Selain pasaran domestik dimana buah nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti China, Singapura, Hong Kong, dan Timur Tengah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan, sumbangan, dan cabaran industri nanas dalam penjanaan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanaman nanas di Malaysia amat berpotensi di masa depan dan kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan industri ini terus berdaya saing dalam memacu ekonomi Malaysia khususnya bagi menjamin kelangsungan tanaman nanas dan makanan amnya. Artikel ini ditulis merujuk kepada laporan oleh Anizah Md Ali dri UUM dan pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini membero info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.