CENDAWAN ENOKI (atau juga dipanggil sebagai 'Cendawan Enokitake' adalah cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge. Dikenali juga sebagai cendawan tauge atau pun cendawan musim sejuk atau juga peada penulis blog mendengar ia sebagai 'cendawan jarum emas'. Ia ada dijual dipasaraya dan kini memang mudah memeblinya secara online sahaja di Shopee dan Lazada. Apa pun lazimnya cendawan ini diesluruh dunia yang beriklim sejuk dimana cendawan enoki ini akan tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah mulai musim luruh hingga awal musim bunga. Cendawan ini juga diketahui ada ianya tumbuh di bawah salji. Cendawan tumbuh di permukaan batang pohon Celtis sinensis (bahasa Jepun: Enoki) yang sudah mereput dan ia kemudian disebut sebagai Enokitake (iaitu cendawan Enoki). Cendawan ini juga boleh tumbuh di permukaan batang kayu reput pohon-pohon berdaun lebar seperti Bebesaran dan Kesemek dan ia sering dianggap sebagai perosak kepada beberapa produk pertanian. Cendawan Enokitake adalah hasil penanaman yang boleh dikomersialkan dan boleh dituai sepanjang tahun. Industri penanaman Enokitake agak berbeza sedikit dari Enokitake yang tumbuh meliar. Cendawan hasil penanaman dilindungi dari sinar matahari sehingga berwarna putih sedangkan cendawan liar berwarna coklat hampir merah jambu. Cendawan hasil penanaman juga memiliki batang yang panjang dan kurus-kurus sedangkan cendawan liar memiliki batang yang lebih pendek dan gemuk. Rasa cendawan tanam juga sangat berbeza dengan cendawan yang tumbuh meliar. Apa pun cendawan enokitake yang ada dijual di pasaraya hampit kesemuanya adalah merupakan hasil penanaman secara komersil. Cendawan Enoki ini boleh ianya ditanam dengan menggunakan botol plastik atau beg plastik sahaja. Cendawan memerlukan 30 hari pada suhu 15°C dan tahap kelembaban 70% di atas medium serbuk gergaji atau serbuk tongkol jagung ditambah pelbagai bahan media campuran lain. Kemudian apabila cendawan masih perlu tumbuh 30 hari lagi dengan suhu yang lebih sejuk dan lebih lembab. Apa pun lazimnya bagi cendawan dilindungi dari sinaran matahari dan dipaksa tumbuh di dalam botol plastik atau beg plastik yang sempit ia akan terus mencari sinaran matahari dan akhirnya tumbuh terus ke atas hingga menjadi panjang-panjang dan kurus. Cendawan enoki ini memang boleh tumbuh tanpa sinar matahari akan tetapi sinaran matahari tetap diperlukan pada penyebaran spora. Dilaporkan dimana cendawan enoki ini banyak digunakan dalam berbagai masakan sup dalam masakan Jepun, Korea, Cina dan Vietnam. Cendawan enoki mempunyai tekstur garing dan aroma yang segar. Bahagian akar perlu dipotong sebelum digunakan dalam masakan. Apa pun lazimnya cendawan enoki segar tahan disimpan di peti ais hingga seminggu. Didakwa cendawan ini sangat mudah untuk ditanam dan sudah dijadikan sebagai satu industri penting di Jepun semenjak lebih 300 tahun yang lalu. Cendawan enoki ini memang boleh ditanam sendiri di rumah asalkan suhu cukup sejuk. Di China dilaporkan yang cendawan enoki sering digunakan dalam peubatan tradisional untuk dapat mengubati kesukaran membuang air besar. Artikel pagi Jumaat Febuari 2023 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan maklumat menegnai cendawan enoki untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Cendawan enoki tidak mempunyai rasa yang kuat namun begitu dilaporkan ia dikatakan mempunyai sedikit rasa kekacang atau umami. Bagaimana pun banyak cara memakannya bagi cendawan enoki termasuk dimasak dengan butter (Sila lihat foto disebelah). Cendawan ini juga akan menjadi rangup dan sedikit liat selepas digoreng dan menjadi makanan snek yang popular. Semakin lama digoreng cendawan ini mka kesannya akan semakin liatlah teksturnya nanti. Penulis blog memang banyak kali ujirasa menu enoki goreng sebelum ini (Sila lihat foto paling bawah sekali). Cendawan enoki juga akan menghasilkan aroma yang sangat menyelerakan jika dimasak bersama masakan tertentu. Enoki mengandungi asid aspartik dan glutamik yang menyumbang kepada rasa umami cendawan ini. Ia juga mengandungi asid amino lain yang turut memberikannya rasa manis. Dikaji dimana cendawan enoki memang mengandungi pelbagai nutrisi dan sudah lama ianya digunakan dalam perubatan tradisional disebabkan oleh kepelbagaian manfaatnya terhadap kesihatan. Kajian makmal menunjukkan dimana bagi setiap 100 gram cendawan enoki dimana ia mengandungi 37 kalori, 66 gram protein, 29 gram lemak, 8 gram karbohidrat, 7 gram serat, 22 gram gula, 15 miligram zat besi, 16 miligram magnesium, 105 miligram fosforus, 359 miligram potasium dan juga 65 miligram zink. Selain itu juga dilaporkan cendawan ini juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, folate, vitamin E, vitamin K dan banyak lagi. Cendawan ini sesuai dimakan sebagai salah satu pilihan untuk makanan diet.
Dalam beberapa rujukkan dilaporkan dimana cendawan enoki ada banyak khasiat baik untuk kesihatan. Salah satu makanan yang penulis bloh sering makan adalah tomyam yang ada cendawan enoki dan pernah juga ujirasa keenakan 'Tomyam Enoki'. Apa pun cendawan enoki dilaporkan dimana ia mungkin dapat meningkatkan daya tahan badan kerana bahan asid amino seperti valina dan lisina yang terkandung dalam cendawan enoki ini dapat menguatkan daya tahan badan. Disebabkan kandungan nutrisi dan antioksidannya yang tinggi maka cendawan ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Jepun dan Cina terutamanya untuk tujuan bagi meningkatkan imuniti, merawat sakit perut dan mengawal tahap kolesterol badan. Apa yang menarik didakwa dimana cendawan enoki mampu membantu menghilangkan lemak perut. Cendawan enoki mengandungi asid linoleik iaitu sejenis makronutrien yang amat penting untuk kesihatan badan. Malahan didakwa dimana makronutrien ini juga dapat mengurangkan lemak di perut yang menjadi punca buncit. Apa pun jika pembaca blog ingin berdiet digalakkan agar cuba masukkan enoki ke dalam pelan pemakanan harian. Ia juga mempunyai enzim yang dapat membakar lemak-lemak badan. Memang kandungan kalorinya juga rendah dimana semua boleh menikmati cendawan ini sepenuhnya tanpa perlu risau mengenai jumlah kalori. Cendawan enoki merupakan sejenis makanan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Di samping mempunyai rasa yang sedap, cendawan ini juga sangat versatil dan boleh digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis masakan. Bagaimana cara yang dipilih untuk menikmatinya sama ada makan secara mentah atau bersama su dimana, ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat untuk diet harian. Persoalan adakah cendawan enoki bahaya untuk kesihatan dimana jawapannya tidak asalkan ia dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.
Terdapat beratus-ratus resepi makanan yang sesuai dengan menggunakan cendawan enoki ini diseluruh dunia. Penulis blog akan kongsikan makanan kegemaran yang selalu dapat ujirasa sama ada dirumah atau direstoren ala-thai dinana jua. Resepi tersebut adalah Cendawan Enoki Goreng dan Tomyam Seafood Cendawan Enoki. Bagi menyediakan resepi pertama iaitu Cendawan Enoki Goreng diperlukan bahan-bahan iaitu tepung serbaguna, Telur Ayam, 1-2 paket cendawan enoki (boleh dibeli secara on-line di Lazada dan shopee - seperti iklan disebea) dan air secukupnya. Cara memasaknya mula-mula dipecahkan telur dan dipukul sehingga sebati. Kemudian cendawan enoki yang dibasuh dan disiat (juka terlalu besar) hendaklah disalutkan dengan telur tadi. Kemudian didalam mangkuk atau bekas lain boleh diletakkan tepung serbaguna. Seterusnya disalutkan pula cendawan enoki tadi dengan tepung. Kemudian barulah ia digoreng dalam kuali yang ada minyak panas sehingga berwarna kuning keemasan. Pada penulis blog memang ia sesuai dihidang dengan bahan sos kegemaran semasa panas lagi. Sebagai petua dimana jangan goreng cendawan enoki terlalu lama sebab boleh jadi hangit dan jika menggoreng agak lama juga mungkin akan buatkan cendawan goreng jadi semakin liat. Resepi kegemaran kedua penulis blog tentunya 'Tomyam Seafood Cendawan Enoki' yang dimakan terus atau bersama nasi putih. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 1 batang serai (dikerat dua atau di ketuk), 1/2 inci halia hiris, 1/2 inci lengkuas hiris, 1 akar pokok ketumbar, 1 liter air, 1 kiub tomyam, 2 sudu pes tomyam, Jus dari sebiji limau nipis besar penumbuk budak, 4 ekor udang, 3 ekor sotong, 1 bungkus kecil cendawan enoki, 1/2 biji bawang holland dipotong baji, 7 biji cili padi pecahkan, 2 sudu kecil gula, garam secukup rasa, 1 senduk susu cair dan juga daun ketumbar. Cara-cara memasaknya dengan mendidihkan air dalam periuk bersama serai, halia, lengkuas dan akar pokok ketumbar. Kemudian dimasukkan kiub tomyam dan pes tomyam dan kacau hingga larut. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa dan di biarkan sehingga ia mendidih. Seterusnya dimasukkan udang dan sotong serta ia dibiar agar udang dan sotong masak sekejap barulah boleh masukkan cendawan enoki, bawang holland dan cili padi. Akhir sekali dimasukkan susu cair dan biar mendidih lagi sehingga kemudian taburkan daun ketumbar dan di tutup api. Masukkan kedalam mangkun untuk dihidangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...CENDAWAN ENOKI... ENAK RASANYA...
BANYAK KHASIAT... MUDAH BELINYA...
ENOKI DI GORENG... MUDAH BUATNYA...
DIBUAT TOMYAM... SELALU DI UJIRASA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Rejab 1444H - Jumaat).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.