Support My Blog

Friday, February 3, 2023

HALIA - CIRI PEMILIHAN BENIH (Part 2)

TANAMAN HALIA
atau di Indonesia ia lebih dikenali dengan nama Jahe (Zingiber officinale, Rosc.) adalah tumbuhan jenis umbisi yang dipercayai berasal dari Asia Tropika yang tersebar dari India sampai Cina. Dalam rujukan sejarah dinyatakan bahawa halia mula digunakan oleh bangsa ini disebut-sebut sebagai bangsa yang pertama kali menggunakannya. Ini berkait penggunaan halia terutama sebagai bahan minuman, ramuan untuk bahan masakan dan juga sebagai ubatan tradisional. Dikatakan bahagian terpenting yang mempunyai nilai ekonomi pada tanaman halia adalah bahagian akarnya (tubers) yang lebih dikenal dengan sebutan Umbisi atau Rizom atau 'Rimpang'. Jika rizom tersebut dipotong maka kita akan nampak warna isi rimpang yang berbagai daripada yang berwarna putih kekuningan, kuning atau jingga tergantung pada varietinya. Saya dapati pada umumnya rasa halia adalah pedas disebabkan oleh kandungan bahan dinamakan sebagai 'Gingerol'. Kandungan bahan gingerol ini adalah dipengaruhi oleh umur tanaman dan iklim persekitaran kawasan bagi penanaman setempat atau di mana tanaman halia tersebut tumbuh. Kajian menunjukkan dari segi bau atau aroma hali disebabkan oleh adanya minyak pati (ekstrak) yang umumnya berwarna kuning dan sedikit kental. Kajian dibuat dimakmal mendapati rizom halia mengandungi sebanyak 0.8 -3.3 % minyak pati dan lebih 3 % merupakan bahan Oleoresin, tergantung kepada halia yang bersangkutan. Tanaman halia di Malaysia banyak diusahakan di Sabah (Halia Sabah) dan di Pahang (Halia Bentong) dimana ia merupakan sejenis tanaman yang penting untuk pasaran domestik. Teknologi bagi agronomi penanaman halia di Malaysia secara komersil agak sedikit berbeza dengan amalan teknologi penanaman di Indonesia. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan pakej teknologi tanaman halia dari segi ciri pemilihan benih berkualiti untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Menanam halia memerlukan benih berkualiti yang dipilih dengan teliti sebelum menanam. Sebaiknya elakkan dari gunakan benih yang diserang dengan bakteria P
seudimonas solanacearum kerana bateria ini ia boleh menyebabkan penyakit layu setelah ia ditanam dan mampu menyerang pada mata tunas benih halia juga. Kawalan yang sesuai dilakukan untuk memusnahkan bakteria yang masih berada di luar kulit iaitu dirwat dengan menggunakan racun kimia (baktericide) sebelum benih rimpang di tanam dikebun. Ancaman kedua adalah periksa akan kehadiran kulat jenis Rhizoctonia solani yang mana ia boleh menyebabkan penyakit layu serta akan menyerang tanaman di kebun kelak terutama pada musim hujan. pa pu cara kawalan kulat ini boleh dilakukan penyemburan secara rutin dengan racun kulat (fungiside) seperti jenis cobox dan difolatan. Antara serangga yang perlu diperiksa pada benih halia termasuk Ulat Umbisi (Mimegralla coerukitrons dan Eumerus figurans) daripada berada didalamnya. Tanaman halia dikebun sebenarnya akan mula diserang perosak ini iaitu setelah berumur 5 bulan selepas tanam. Serangan perosak ini dengan teruk akan menyebabkan tanaman halia jadi layu dan kemudian akan kering dimana anakbenih halia jadi rosak. Akhirnya benih hakia tersebut akan dilihat seakan masih utuh tetapi didalamnya sudah busuk dan lapuk seperti gumpalan tanah sahaja. Penanaman halia diperingkat awal memang berasaskan kualiti benih halia yang sihat dimana ianya akan menentukan proses penjagaan dikebun dan semasa penuaian hasil kelak.

Antara faktur pentin mencari benih halia adalah melihat saiz dan ukuran benih halia. Adalah disyorkan agar benih halia mempunyai saiz ukuran sepanjang 3 - 7 cm dengan beranya minma adalah diantara 28 - 80 gram satu benih serta pastikan ia mempunyai 3 matatunas. Kalau sudah ada mata tunas jelas kelihatan menunjukkan benih halia ini sedia untuk ditanam (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pastikan agar tunas ini tidak rosak semasa proses penghantaran sebelum menanam halia dikebun. Penanaman halia secara komersil memerlukan sebanyak 1 - 3 metrik tan benih halia segar  iaitu ia bergantung kepada cara penanaman, keadaan tanah dan tujuan penanaman halia. Selalunya jika saiz dan berat benih halia tersebut besar pastinya berat akan meningkat dan sebalknya jika saiz benih halis agak kecil maka beratnya akan berkurangan. Setelah benih halia tiba dikebun maka penting dilakukan pemilikan atau penggredan sebelum ditanam. Ia melibatkan pproses pemilihan (grading), penyimpanan dan juga ujian percambahan benih halia. Kalau benih diambil dari kebun halia yang baru dituai sebaiknya semua umbisi tadi dibersihkan dahulu dari kekotoran tanah dan kekotoran lain yang melekat sehingga bersih. Selepas dinasuh maka halia ini perlu dikeringkan melalui cara menganginkan dulu sehingga betul-betu kering secara ditebarkan diatas lantai bersih. Aktiviti menjemur benih halia ini dilakukan selama 4 - 6 hari dengan jangkamasa menjemur sekurang-kurangnya 4 jam sehari. Apabila sudah kering maka dikumpulkan semula untuk proses pemilihan dilakukan dikawasan teduh. 

Proses Pemilihan Benih Halia (sorting) ini perlu dilakukan dengan berhemah dan teliiti. Pertama sekali adalah melihat akan ciri penampilan atau bentuk rimpang halia tersebut. Kemudian diperiksa ciri ukuran dan warna healia tersebut dimana semasa ia dibuat sorting tiada lagi tunas yang sudah tumbuh. Kalau tunas sudah keluar maknanya benih tersebut sudah lama dituai atau disimpan dilokasi. Pemilihan saiz benih ini dikategorikan kepada 3 iaitu Saiz Besar, Saiz Sedang dan Saiz Kecil. Perlu diperiksa juga keadaan kulitnya tidak melecet, licin dan bersih serta bebas daripada serangan perosak dan penyakit. Kalau perlu boleh gunakan kanta pembesar jika ada masaalah penglihatan. 
Tujuan sorting ini adalah untuk mendapatkan jaminan kepastian mutu benih halia serta tahap keasliannya dan ciri keseragamannya. Seterusnya adalan proses penting iaitu Penyimpanan Benih Halia (Storage)Setelah benih tersbut dipilih makan proses selanjutnya adalah penyimpanan. dimana cari tempat yang teduh namun kering dan tidak langsung kena sinaran panas matahari. Cara penyimpanan cukup dengan dikumpulkan bertumpuk-tumpuk akan tetapi pastikan berlaku pengedaran udara bebas keseluruhan benih halia. Meletakkan berlapis bertumpuk ini jika terlalu tebal akan merangsang masaalah pertumbuhnya cendawan. Seterunya adalah proses Pengujian Percambahan Benih Halia (Germination Test) iaitu proses terakhir sebelum menanam. Ada petani yang malas membuat ujian ini dimana dakwa mereka l=melambatkan kerja. Dalam menentukan benih halis itu berkualiti ujian percambahan ini sangat kritikal. Ia berkait dengan kecergasan dan ketulinan kualiti benih halia yang sudah dipilih. Aspek penting ujian ini memperhatikan dua ciri iaitu Ciri Kesihatan Benih dan Ciri Daya Pertumbuhannya.
Benih halia yang sihat adalah benih yang tidak menunjukkan gejala berlendir atau membusuk dan tidak pula terdapat bintik-bintik sama ada dikulit umbisi atau pun pada bahagian penting didalamnya. Ujian percambahan ini dilakukan dengan cara mengambil sampel benih halia dan kemudian di tanam pada media yang telah disiapkan (Sila lihat foto disebelah). Sebagai panduan apabila kadar pertumbuhannya mencapai kadar minima 85 % di mana tunas telah mengeluarkan daun yang pertama ini bermakna benih halia ini lulus semasa diuji untuk ditanam.

Penanaman untuk benih halia yang dipilih dan diuji perlu dijalankan sebaik sahaja kawasan kebun atau media dalam polibeg sudah siap. Benih halia terpilih perlu disimpan ditempat teduh, bersih dan selamat dari gangguan haiwan atau pun kecurian. Ia boleh tanam terus dikebun atau pun disemai dahulu mengikut kesesuaian. Bagi tujuan menghasilkan anakb
enih halia yang bermutu disemai dulu di suatu tempat yang sesuai dengan ada air, tanah dan keselamatan terjamin. Pertanaman tersebut memerlukan tanah disediakan dengan memberi baja asaa iaitu baja organik (kadar 20 -25 mt/ha) dan baja TSP (200 kg/ha) serta KCL (kadar 60 - 100 kh/ha). Selepas ditanam diberikan baja susulan selepas 40 - 60 hari selepas menanam dengan baja jenis Urea (65-100 Kg/ Ha), baja KCL (Kadar 60-100 Kg/ Ha) dan juga baja organik kedua selepas berumur 3 bulan ditanam. Baja urea juga diberikan kali kedua dengan kadar iaitu 65-100 Kg/ Ha. Halia perlu disiram dimana ia mesti dilakukan sejak peringkat awal penaman terutama dimusim kemarau yang kekerapannya ditambah. Anakbenih halia yang disemai dahulu dalam nurseri perlu diubah kekebun mengikut jadual penanaman. Penggunaan anakbenih yang sudah tumbuh dari nurseri mempercepatkan lagi proses penanaman dan penuaian hasil tetapi perlukan lebuh tenaga dan risiko lain. Benih dari semaian perlu dilihat akan ia sesuai ditanam dengan periksa mata tunasnya masih untuk dan tidak rosak. Prises tumbuhh bertunas akan dianggap selesai apabila dilihat dimana semua atau sebahagian besar tunas sudah tumbuh dengan ukuran sepanjang 1-2 cm dikebun. Apabila halia ditanam dan dijaga menggunakan amalan agronomi yang baik boleh dituai 9 bulan kemudan untuk dipasarkan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology terutama petani yang ingin mendapatkan bagaimana haka ditanam di Indonesia kali ini. Wasallam!,,,
TANAM HALIA... PASTIKAN BENIHNYA...
JENIS HALIA DITANAM... 3 VARIETI ADA...
BINIH HALIA MATANG... CUKUP UMURNYA...
SEDIA DITANAM... LUMAYAN HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bukit Baru,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...