Support My Blog

Thursday, February 16, 2023

INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA (PART 3)

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana ia selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas dikategorikan dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara sejak lama dalu selain negara Thailand, Filipina dan Indonesia. Negara pengeluar nanas utama dunia yang lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu dalam menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada dilaporkan ada lima (5) pengeluar nanas utama dunia iaitu Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan Indonesia. Dilaporkan aktiviti pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas dunia dimana ia mampu menghasilkan 11.42 peratus (3.42 juta tan) pada tahun 2018 dan terus meningkat. Pengeluaran nanas dunia terbesar ini diikuti oleh negara jiran Filipina iaitu sebanyak 9.12 peratus (2.73 juta tan), Brazil 8.86 peratus (2.65 juta tan), Thailand (7.06% atau 2.11 juta tan) dan Indonesia 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan 0.32 juta tan (1.1%) seperti laporan oleh FOASTAT, 2019. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta pada tahun 2018. Dalam pada itu destinasi utama eksportnya adalah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain. Negara Filipina mengeksport nanas dengan jumlah eksport kedua sebanyak 0.4 juta tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport 0.17 juta tan nanas pada tahun 2018 dan terus meningkat. 
Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology"  saya menulis mengenai satu analisa tentang industri nanas dari beberapa aspek di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pembangunan tanaman nanas sama dengan buah-buahan lain perlu dikukuhkan di Malaysia dengan pelglibatan semua pihak. LPNM dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sebagai peneraju utama tanaman nanas negara dilihat telah menggariskan lima teras strategik. Pelan tersebut adalah Pelan Perancangan Industri Nanas 2019 - 2025 dimana di dalam usaha meningkatkan dan mengkomersialkan tanaman nanas. Di samping itu memang sokongan dan unsur bantuan pihak kerajaan dalam memperuntukkan sumber kewangan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan dan perkembangan tanaman nanas negara. Dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dimana kerajaan telah memperuntukkan bajet yang banyak untuk sektor nanas. LPNM sudah 
menyasarkan peningkatan purata pendapatan pengusaha nanas di negara ini kepada antara RM5,000 dan RM8,000 sebulan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Sasaran itu dapat dicapai dengan perancangan teliti LPNM dan boleh berjaya diterjemahkan menerusi program pembangunan dan transformasi industri nanas negara. LPNM menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan  diberikan peruntukan diperakukan sebanyak RM137 juta, untuk menjalankan projek pembangunan di bawah RMK12 untuk tempoh lima tahun sehingga 2025. Tanaman nanas MD2 dijangka boleh dicapai kerana varieti premium MD2 boleh meningkatkan pendapatan pengusaha sehingga RM8,000 sebulan kerana varieti ini mempunyai ruang pasaran kukuh di dalam dan luar negara dan dilaporkan belum timbul masaalah pasaran nanas MD2. Antara tujuh projek dalam pembangunan LPNM di bawah RMK12 ialah pengukuhan tanaman nanas bernilai tinggi, pengeluaran benih nanas, transformasi teknologi dan pengurusan tanaman nanas serta program penerokaan pasaran industri nanas global. Peruntukan keseluruhan RMK12 dikhususkan kepada projek pengukuhan tanaman nanas bernilai tinggi iaitu dengan 50% daripada peruntukan itu menyasarkan kepada tanaman nanas varieti premium MD2 dalam kalangan pengusaha dan juga kalangan pekebun kecil. LPNM akan berusaha meningkatkan pendapatan pengusaha melalui program pengeluaran benih nanas MD2 yang memberi peluang kepada pengusaha menghasilkan benih bertujuan untuk menampung keperluan perluasan kawasan tanaman nanas negara. Melalui usaha berterusan dilaksana LPNM serta peruntukan oleh kerajaan dimana LPNM akan terus dapat memperkasa industri nanas negara dengan pelbagai bantuan, inisiatif, khidmat nasihat serta sokongan, terutamanya kepada pekebun kecil serta semua pengusaha nanas terlibat dalam rantaian sektor ini. Kini LPNM juga akan memperluaskan penggunaan teknologi terkini dalam aktiviti penanaman melalui Internet Benda (loT) seperti penderiaan jauh, kaedah pembajaan serta kaedah bagi penggunaan jentera moden dalam meningkatkan lagi akan keberkesanan dalam pengurusan tanaman nanas, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).


Sama dengan pembangunan dalam sektor pertanian yang lain dimana pembangunan sektor nanas masih banyak cabarannya. Pada penulis blog dimana cabaran yang utama dalam penanaman nanas adalah insiden serangan penyakit Reput Perdu Bakteria (Bacterial Heart Rot) terutama untuk tanaman Nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). 
Penyakit Bakteria Heart Rot (BHR) merupakan salah satu penyakit yang sukar untuk dielakkan terutama kepada varieti nanas MD2. Penyakit BHR ini mula menyerang sedikit pada tanaman nanas berusia 2 - 4 bulan selepas penanaman. Apa pun penulis blog sering membuat tinjauan diladang dimana serangan yang lebih teruk dan serius akan bermula usia 6-12 bulan sehingga umur 8-11 bulan terutama jika tiba musim hujan lebat  dan saliran yang kurang baik. Mengikut saintis dilaporkan tidak banyak cara dan teknologi untuk mengawal BHR berlaku cuma ada beberapa kaedah pencegahan awal dan penggunaan racun kulat ada dilakukan. Setakat hari ini penulis blog dapati masih tidak ada racun kimia yang mampu menghentikan serangan BHR ini dilapangan. Langkah kawalan penyakit ini yang disyorkan pada pokok yang diserang dengan perlu dicabut dan dimasukkan ke dalam guni yang ada plastik agar air tidak menitik ke tanah kerana ia sangat mudah merebak dan dibuang jauh dari kawasan tanaman nanas. Penulis blog beberapa kali meninjau kerosakan serangan BHR ini sehingga 100% yang menyebabkan pengusaha nanas MD2 mengalami kerugian yang amat besar. Antaranya di Projek Nanas MD2 Baling, Projek Nanas MD2 di Setiu, Projek Nanas di Serkam Melaka dan banyak lokasi lagi. Penyakit Reput Pangkal (BHR) ini yang disebabkan oleh patogen yang dikenali sebagai Thielariopsis paradoxa adalah ancaman yang perlu diawasi sentiasa. Cabaran kedua adalah kejadian 'Buah Hantu' atau 'collapse fruit' yang disebabkan oleh patogen dikenali sebagai Erwinia chrysanthemi yang menyebabkan buah menjadi lembut dan busuk. Cabaran serangan penyakit ke 3 adalah dikenali sebagai Penyakit Mata Dalam yang disebabkan oleh Penicillium funiculosum yang menyebabkan dinding ovari dan bahagian teras menjadi keras. Keempat adalah masaalah serangan Penyakit Reput Teras juga disebabkan oleh patogen Erwinia chrysanthemi yang menyebabkan daun-daun menjadi lembut dan busuk. 


Tanaman nanas juga sering berhadapan dengan masalah serangan oleh serangga perosak seperti Koya (Dysmicoccus brevipes), Teritip (Diaspis bromeliae) dan Hama Merah (Stigmacus floridanus). Perosak Koya dilihat akan 
memakan daun, akar dan buah nanas. Jika ia menyerang daun nanas maka kesannya dimana daun bertukar merah bermula dari hujung daun dan akhirnya menyebabkan pokok layu (Sila lihat foto disebelah). Teritip pula ialah serangga yang memakan daun, buah, dan batang dimana seranganini lazimnya dilihat akan nampak tompok-tompok kloronik terbentuk di daun akibat serangan teritip. Teritip boleh dikawal dengan kaedah menyembur racun malathion 0.15% a.i atau minyak putih 2.0% a.i. Hama Merah memakan daun tua dan menyebabkan lekuk-lekuk coklat di bahagian yang diserang. Ia dapat dikawal dengan semburan dicofal atau amitraz atau hexythiazox 0.1% a.i.. Aktiviti semburan dilakukan mengikut label yang ditampal pada botol. Tanaman nanas juga sering diserang oleh penyakit layu kekuningan yang disebabkan oleh virus. Selalunya virus ini hanya dapat dipindahkan ke dalam pokok nanas melalui koya yang menghisap cairan sap daripada bahagian daun, buah, dan akar nanas. Di Malaysia dimana isu kekurangan guna tenaga juga memberi impak negatif dalam industri tanaman nanas yang sememangnya perlu tenaga agak banyak semasa menanam, mengawal rumpai  (tanah gambut), menghormon dan menuai hasil. kalangan penduduk tempatan terutama golongan muda kurang berminat untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian yang dikategorikan sebagai pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar (3D) dan kebanyakan ladang nanas akan bergantung kepada warganegara asing untuk bekerja. Artikel ini ditulis merujuk kepada laporan oleh Anizah Md Ali dri UUM dan pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI NANAS... KEMBANG DIMALAYSIA...
PERANAN LPNM... SEJAK 1957 SUDAH ADA...
TERYS BERKEMBANG... RAMAI TANAMNYA...
PASARAN DOMESTIK.. EKSPORT TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...