Support My Blog

Showing posts with label INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA. Show all posts
Showing posts with label INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA. Show all posts

Friday, February 17, 2023

INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA (PART 4)

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana iaitu selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas terangkum dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara dahulu selain Thailand, Filipina, dan Indonesia. Negara pengeluar utama lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat, dan Singapura (FOASTAT, 2019). Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada lima pengeluar nanas utama dunia ialah Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan negara Indonesia. Dilaporkan pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas di dunia dimana ia mampu menghasilkan sekitar 11.42% (3.42 juta tan) pada tahun 2018. Pengeluaran ini juga diikuti oleh negara Filipina iaitu jumlah sebanyak 9.12% (2.73 juta tan), Brazil iaitu seitar 8.86% (2.65 juta tan), Thailand sekitar 7.06% (2.11 juta tan) dan negara Indonesia sebanyak 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan sebanyak 0.32 juta tan (1.1%) seperti sumber (FOASTAT, 2019). Nilai ini sudah sedikit berubah pada tahun 2023. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta mt pada tahun 2018. Destinasi utamanya ialah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Ini diikuti oleh Filipina dengan jumlah eksport sebanyak 0.4 juta metrik tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport sebanyak 0.17 juta metrik tan nanas pada tahun 2018. Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu analisa industri nanas di Malaysia untuk inya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penanaman nanas agak berisiko kerana ia dibatasi oleh 
sumber kewangan. Penulis blog mendapati dimana secara umumnya anggaran kos pengeluaran bagi satu  pusingan tanaman adalah sekitar RM40,000 sehektar untuk nanas biasa dan mencecah RM80,000 untuk nanas premium. Kos paling tinggi untuk menanam nanas MD2 adalah pembelian benih diikuti dengan nahan input pertanian seperti baja dan racun. Kos membeli belih memang tinggi kerana jika harga benih MD2 sekitar RM1.50 - RN3,00 satu sulur kira sahajakah modal untuk membeli 45,000 sulur sehektar.  lebih mengikut jenis vareiti. Kebanyakan penanam nanas premium perlu menyediakan bajet yang besar dimana jika ingin menanam 10 ekar (4 hektar) nanas MD2 sudah memerlukan banyak modal untuk membeli benihnya. Ada yang menggunakan wang syarikat atau modal sendiri dan ada yang perlu meminjam daripada pihak lain. Bagaimana pun LPNM pernah memberikan pelbagai insentif kepada penanam nanas terpilih untuk diberikan bantuan benih dengan konsep 'sistem pawah' iaitu di berikan satu benih sulur dan pulangkan dua benih sulur. Menganalsia mengenai Nisbah Kos dan Faedah (Benefit Cost Analysis - BCA) mendapati bahawa BCA adalah bagi projek tanman nanas adalah POSITIF. Ini adalah menunjukkan bahawa tanaman nanas akan dapat menjana pendapatan yang lumayan dengan pendapatan bersih melebihi RM11,000 (Sumber: Buku Angaran Kos Tanaman Nanas, Jabatan Pertanian Malaysia dan Buku Anggaran Kos LPNM 2019). Apa yang penulis blog ingin jelaskan adalah dimana apabila berlaku bencana alam yang tidak jangka seperti insiden banjir dimana petani boleh mengalami kerugian besar. Pengalaman penulis blog dimana kejadian banjir di Juru, Pulau Pinang yang memusnahkan lebih 200,000 nanas MD2 menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit pada tahun 2018. Sebelum itu penulis blog yang berlaku di Kg Air Hitam, Muar pada tahun 2017 telah menyebabkan petani rugi dan memerlukan hampir RM16,000 untuk membeli benih baharu bagi kawasan bertanam sebanyak 0.4 hektar (Sumber maklumat: Anim Agro Technology, 2017). Ada banyak kalangan penanam nanas yang mengalami masaalah sama dalam industri nanas.


Bagi menjayakan dan menye
lesaikan cabaran dalam industri nanas di Malaysia perlu ada strategi yang sesuai. Masalah penyakit pokok nanas dapat ditangani melalui kaedah pengurusan dan kimia semasa penanaman dan penjagaan tanaman. Pernah disyorkan gabungan amalkan rawatan secara kaedah kimia bagi penyakit mata digunakan untuk mengawal lalat dengan menggunakan racun serangga semasa pembungaan, mengurangkan baja nitrogen dan menyembur campuran bordeaux pada pokok yang mana ia menunjukkan kekurangan kuprum. Antara syor bagi mangtasai reput pangkal kaedah pengurusan yang boleh dilaksanakan adalah dengan membiarkan sebahagian daripada buah-buahan yang melekat pada mahkota semasa mengutip atau memetik, meningkatkan saliran pada tanah, mengelakkan menanam semasa hujan, dan mengelakkan kecederaan pada buah semasa menuai dan transit untuk mengelakkan kejadian penyakit. Ada juga syor agar pengusaha untuk mengawal penyakit BHR menggunakan baja organik iaitu kawalan menggunakan bahan cuka kayu dan disembur pada pokok yang diserang dan kawasan sekitarnya. Hasil tinjauan kepada beberapa penanam nanas dimana mereka berpuas hati cara penggunaan cuka kayu kerana mampu mengawal dan ia memulihkan semula pokok yang diserang pada peringkat awal dan kesannya pokok yang dijangkiti kurang berbau busuk berbanding sebelumnya. Ada penanam nanas yang berjaya kawal penyakit BHR ini dapat dikawal dan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan. cara lain adalah dengan kaedah kimia boleh digunakan dengan mencelupkan buah yang dijangkiti ke dalam Thiabendazole (100 ppm) atau Benomyl (3000 ppm) selama lima minit untuk meminimumkan pereputan. Dalam mengatasi isu dan menangani kekurangan tenaga kerja terutama golongan muda maka dilaporkan pihak LPNM telah melaksanakan program usahawan agro muda bagi tanaman nanas yang dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara. Program ini terbuka kepada lepasan sekolah, universiti, dan belia. Pihak LPNM juga telah lama semasa saya menjadi Ketua Pengarah LPNM untuk tujuan membangunkan Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) yang sama dengan konsep pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) oleh Jabatan Pertanian. Program KNAL ini di Pusat Pertanian Alor Bukit, Pontian, Johor seluas 200 ekar berjaya mengeluarkan hasil melibatkan 10 orang usahawan pada 2018. Satu lagi projek KNAL yang berjaya adalah di Felda Nitar, Mersing Johor seluas 300 ekar melibatkan 1 syarikat swasta dan 10 usahawan muda. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi ke KNAL Felda Nitar, Mersing ini untuk menilai prestasinya (Sila lihat foto disebelah). Projek ini mampu untuk menjana ekonomi dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil dan beberapa orang lagi pengusaha komersil. Bantuan dan sokongan ini juga secara tidak langsung dapat membantu petani dan usahawan yang kekurangan sumber kewangan.


Pada penulis blog dimana akiviti t
anaman nanas merupakan tanaman tropika yang telah diterokai dan dikomersialkan semenjak abad ke-16 lagi. Sejajar dengan perkembangan sektor pertanian dan ekonomi dimana penanaman nanas yang terangkum dalam buah-buahan telah diiktiraf sebagai sumber ekonomi baharu Malaysia. Vareiti utama nanas yang ditanam di Malaysia adalah Moris, Josapine, N36, MD2, Sarawak dan Mas Merah. Negeri Johor merupakan pengeluar utama nanas di Malaysia dan beberapa negeri lain telah mula menanam secara lebih komersilal. Meskipun penglibatan Malaysia dalam tanaman ini di peringkat dunia relatif kecil (Malaysia berada di kedudukan ke-22 sebagai pengeluar) apa yang penulis blog analisa dimana nilai sumbangannya dalam penjanaan ekonomi dan pekerjaan domestik semakin ianya memberangsangkan. Pendapatan eksport produk nanas kian meningkat setiap tahun dan mencecah RM491 juta pada tahun 2019 dan terus meningkat pada 2023. Apa pun dinilai dari segi penjanaan pekerjaan industri nanas telah membuka peluang keusahawanan agro khususnya dalam kalangan belia. Malah ia dapat meningkatkan pendapatan penanam dan usahawan produk hiliran mencapari lebih RM5,000 sebulan. Tanaman ini juga banyak manfaat kesihatan dan perubatan. Keterselahan potensi tanaman nanas di Malaysia ini diterajui oleh LPNM dan bantuan serta sokongan pihak dan agensi kerajaan. Penulis blog dapati sokongan dan ketersediaan penanam nanas juga menjana perkembangan positif tanaman nanas negara amat diperlukan. Peranan pihak TEKUN dan Agro Bank merupakan sokongan dalam mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan sumber kewangan. Peningkatan pengeluaran secara tidak langsung dapat mengurangkan pengimportan nanas, meningkatkan kadar sara diri dan juga menjamin kelangsungan sektor makanan negara. Tanaman nanas telah membuka ruang dan peluang kepada Malaysia untuk menjana pendapatan eksport dan meningkatkan daya saing di pasaran global. Penulis blog pernah ke Mindanao, Filipina untuk melihat sendiri sumber teknologi tanaman nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti mempromosi nanas segar ke Dubai, Korea, China, Jepun dalam mempastikan pasaran nanas Malaysia akan terus berkembang. Memang  tanaman nanas amat berpotensi tinggi untuk diterokai dan terus dibangunkan serta dikomersialkan di peringkat domestik dan global dengan bimbingan LPNM.


Dilihat dimana tanaman n
anas merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-16 oleh orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Costa Rica merupakan pengeluar dan pengeksport utama nanas dunia. Produk nanas terdiri daripada nanas segar, jus nanas, dan nanas tin. Selain itu, nanas juga boleh diproses sebagai jem, sos, halwa, dan dikeringkan. Kedudukan Malaysia dalam pengeluaran dunia secara relatifnya adalah kecil iaitu pada kedudukan ke 19 pada tahun 2020. Namun pada penulis blog melihat dimana ia amat signifikan kepada ekonomi negara dari aspek pendapatan dan peluang pekerjaan. Di Malaysia sejak dulu dan sekarang dimana kawasan penanaman utama adalah di Johor, Selangor, Pahang, Sarawak, Sabah, dan Kedah. Selain pasaran domestik dimana buah nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti China, Singapura, Hong Kong, dan Timur Tengah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan, sumbangan, dan cabaran industri nanas dalam penjanaan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanaman nanas di Malaysia amat berpotensi di masa depan dan kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan industri ini terus berdaya saing dalam memacu ekonomi Malaysia khususnya bagi menjamin kelangsungan tanaman nanas dan makanan amnya. Artikel ini ditulis merujuk kepada laporan oleh Anizah Md Ali dri UUM dan pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini membero info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI NANAS... KEMBANG DIMALAYSIA...
PERANAN LPNM... SEJAK 1957 SUDAH ADA...
TERYS BERKEMBANG... RAMAI TANAMNYA...
PASARAN DOMESTIK.. EKSPORT TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).

Thursday, February 16, 2023

INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA (PART 3)

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana ia selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas dikategorikan dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara sejak lama dalu selain negara Thailand, Filipina dan Indonesia. Negara pengeluar nanas utama dunia yang lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu dalam menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada dilaporkan ada lima (5) pengeluar nanas utama dunia iaitu Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan Indonesia. Dilaporkan aktiviti pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas dunia dimana ia mampu menghasilkan 11.42 peratus (3.42 juta tan) pada tahun 2018 dan terus meningkat. Pengeluaran nanas dunia terbesar ini diikuti oleh negara jiran Filipina iaitu sebanyak 9.12 peratus (2.73 juta tan), Brazil 8.86 peratus (2.65 juta tan), Thailand (7.06% atau 2.11 juta tan) dan Indonesia 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan 0.32 juta tan (1.1%) seperti laporan oleh FOASTAT, 2019. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta pada tahun 2018. Dalam pada itu destinasi utama eksportnya adalah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain. Negara Filipina mengeksport nanas dengan jumlah eksport kedua sebanyak 0.4 juta tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport 0.17 juta tan nanas pada tahun 2018 dan terus meningkat. 
Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology"  saya menulis mengenai satu analisa tentang industri nanas dari beberapa aspek di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pembangunan tanaman nanas sama dengan buah-buahan lain perlu dikukuhkan di Malaysia dengan pelglibatan semua pihak. LPNM dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sebagai peneraju utama tanaman nanas negara dilihat telah menggariskan lima teras strategik. Pelan tersebut adalah Pelan Perancangan Industri Nanas 2019 - 2025 dimana di dalam usaha meningkatkan dan mengkomersialkan tanaman nanas. Di samping itu memang sokongan dan unsur bantuan pihak kerajaan dalam memperuntukkan sumber kewangan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan dan perkembangan tanaman nanas negara. Dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dimana kerajaan telah memperuntukkan bajet yang banyak untuk sektor nanas. LPNM sudah 
menyasarkan peningkatan purata pendapatan pengusaha nanas di negara ini kepada antara RM5,000 dan RM8,000 sebulan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Sasaran itu dapat dicapai dengan perancangan teliti LPNM dan boleh berjaya diterjemahkan menerusi program pembangunan dan transformasi industri nanas negara. LPNM menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan  diberikan peruntukan diperakukan sebanyak RM137 juta, untuk menjalankan projek pembangunan di bawah RMK12 untuk tempoh lima tahun sehingga 2025. Tanaman nanas MD2 dijangka boleh dicapai kerana varieti premium MD2 boleh meningkatkan pendapatan pengusaha sehingga RM8,000 sebulan kerana varieti ini mempunyai ruang pasaran kukuh di dalam dan luar negara dan dilaporkan belum timbul masaalah pasaran nanas MD2. Antara tujuh projek dalam pembangunan LPNM di bawah RMK12 ialah pengukuhan tanaman nanas bernilai tinggi, pengeluaran benih nanas, transformasi teknologi dan pengurusan tanaman nanas serta program penerokaan pasaran industri nanas global. Peruntukan keseluruhan RMK12 dikhususkan kepada projek pengukuhan tanaman nanas bernilai tinggi iaitu dengan 50% daripada peruntukan itu menyasarkan kepada tanaman nanas varieti premium MD2 dalam kalangan pengusaha dan juga kalangan pekebun kecil. LPNM akan berusaha meningkatkan pendapatan pengusaha melalui program pengeluaran benih nanas MD2 yang memberi peluang kepada pengusaha menghasilkan benih bertujuan untuk menampung keperluan perluasan kawasan tanaman nanas negara. Melalui usaha berterusan dilaksana LPNM serta peruntukan oleh kerajaan dimana LPNM akan terus dapat memperkasa industri nanas negara dengan pelbagai bantuan, inisiatif, khidmat nasihat serta sokongan, terutamanya kepada pekebun kecil serta semua pengusaha nanas terlibat dalam rantaian sektor ini. Kini LPNM juga akan memperluaskan penggunaan teknologi terkini dalam aktiviti penanaman melalui Internet Benda (loT) seperti penderiaan jauh, kaedah pembajaan serta kaedah bagi penggunaan jentera moden dalam meningkatkan lagi akan keberkesanan dalam pengurusan tanaman nanas, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).


Sama dengan pembangunan dalam sektor pertanian yang lain dimana pembangunan sektor nanas masih banyak cabarannya. Pada penulis blog dimana cabaran yang utama dalam penanaman nanas adalah insiden serangan penyakit Reput Perdu Bakteria (Bacterial Heart Rot) terutama untuk tanaman Nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). 
Penyakit Bakteria Heart Rot (BHR) merupakan salah satu penyakit yang sukar untuk dielakkan terutama kepada varieti nanas MD2. Penyakit BHR ini mula menyerang sedikit pada tanaman nanas berusia 2 - 4 bulan selepas penanaman. Apa pun penulis blog sering membuat tinjauan diladang dimana serangan yang lebih teruk dan serius akan bermula usia 6-12 bulan sehingga umur 8-11 bulan terutama jika tiba musim hujan lebat  dan saliran yang kurang baik. Mengikut saintis dilaporkan tidak banyak cara dan teknologi untuk mengawal BHR berlaku cuma ada beberapa kaedah pencegahan awal dan penggunaan racun kulat ada dilakukan. Setakat hari ini penulis blog dapati masih tidak ada racun kimia yang mampu menghentikan serangan BHR ini dilapangan. Langkah kawalan penyakit ini yang disyorkan pada pokok yang diserang dengan perlu dicabut dan dimasukkan ke dalam guni yang ada plastik agar air tidak menitik ke tanah kerana ia sangat mudah merebak dan dibuang jauh dari kawasan tanaman nanas. Penulis blog beberapa kali meninjau kerosakan serangan BHR ini sehingga 100% yang menyebabkan pengusaha nanas MD2 mengalami kerugian yang amat besar. Antaranya di Projek Nanas MD2 Baling, Projek Nanas MD2 di Setiu, Projek Nanas di Serkam Melaka dan banyak lokasi lagi. Penyakit Reput Pangkal (BHR) ini yang disebabkan oleh patogen yang dikenali sebagai Thielariopsis paradoxa adalah ancaman yang perlu diawasi sentiasa. Cabaran kedua adalah kejadian 'Buah Hantu' atau 'collapse fruit' yang disebabkan oleh patogen dikenali sebagai Erwinia chrysanthemi yang menyebabkan buah menjadi lembut dan busuk. Cabaran serangan penyakit ke 3 adalah dikenali sebagai Penyakit Mata Dalam yang disebabkan oleh Penicillium funiculosum yang menyebabkan dinding ovari dan bahagian teras menjadi keras. Keempat adalah masaalah serangan Penyakit Reput Teras juga disebabkan oleh patogen Erwinia chrysanthemi yang menyebabkan daun-daun menjadi lembut dan busuk. 


Tanaman nanas juga sering berhadapan dengan masalah serangan oleh serangga perosak seperti Koya (Dysmicoccus brevipes), Teritip (Diaspis bromeliae) dan Hama Merah (Stigmacus floridanus). Perosak Koya dilihat akan 
memakan daun, akar dan buah nanas. Jika ia menyerang daun nanas maka kesannya dimana daun bertukar merah bermula dari hujung daun dan akhirnya menyebabkan pokok layu (Sila lihat foto disebelah). Teritip pula ialah serangga yang memakan daun, buah, dan batang dimana seranganini lazimnya dilihat akan nampak tompok-tompok kloronik terbentuk di daun akibat serangan teritip. Teritip boleh dikawal dengan kaedah menyembur racun malathion 0.15% a.i atau minyak putih 2.0% a.i. Hama Merah memakan daun tua dan menyebabkan lekuk-lekuk coklat di bahagian yang diserang. Ia dapat dikawal dengan semburan dicofal atau amitraz atau hexythiazox 0.1% a.i.. Aktiviti semburan dilakukan mengikut label yang ditampal pada botol. Tanaman nanas juga sering diserang oleh penyakit layu kekuningan yang disebabkan oleh virus. Selalunya virus ini hanya dapat dipindahkan ke dalam pokok nanas melalui koya yang menghisap cairan sap daripada bahagian daun, buah, dan akar nanas. Di Malaysia dimana isu kekurangan guna tenaga juga memberi impak negatif dalam industri tanaman nanas yang sememangnya perlu tenaga agak banyak semasa menanam, mengawal rumpai  (tanah gambut), menghormon dan menuai hasil. kalangan penduduk tempatan terutama golongan muda kurang berminat untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian yang dikategorikan sebagai pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar (3D) dan kebanyakan ladang nanas akan bergantung kepada warganegara asing untuk bekerja. Artikel ini ditulis merujuk kepada laporan oleh Anizah Md Ali dri UUM dan pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI NANAS... KEMBANG DIMALAYSIA...
PERANAN LPNM... SEJAK 1957 SUDAH ADA...
TERYS BERKEMBANG... RAMAI TANAMNYA...
PASARAN DOMESTIK.. EKSPORT TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...