TERDAPAT 16 VARIETI NANAS berjaya didaftarkan dalam Senarai Varieti Tanaman di Malaysia dibawah kelolaan oleh Jabatan Pertanian Malaysia Putrajaya. Tanaman Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman yang semakin popular di Malaysia dimana pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sudah menerajui industri nanas negara yang ditubuhkan semenjak 1957 lagi. Penulis blog yang banyak menulis teknologi tanaman nanas dalam blog ini iaitu sudah melebihi 200 artikel mendapati kerancakkan industri nanas Malaysia telah meningkat semula semenjak pengenalan varieti nanas premium seperti varieti Nanas MD2 hampir 10 tahun lalu. Rata-rata pengguna dan peminat nanas sudah mahu membeli nanas MD2 segar sebagai varieti yang paling terpopular dikalangan petani terutama usahawan nanas komersil dan perladangan luas. Aktiviti pendaftaran varieti baru nanas mula aktif semula semeanjak tahun 2017 dimana sudah ada 7 varieti nanas baru didaftarkan selepas saya sering menggalakan lebih banyak nanas peru diperkenalkan di Malaysia semasa bertugas di Jabatan Pertanian dan di LPNM dahulu. Diantara varieti yang penulis blog membantu secara aktif untuk didaftarkan adalah Varieti Madu Kaca (AC11), Varieti Keningau Diamond (AC12), Varieti Crystal Honey (AC14), Varieti Jambul Mas A18 dan terakhir adalah Varieti SG1 (AC16). Penulis blog merujuk kepada peningkatan keluasan dan pengeluaran nanas di Malaysia dimana pada tahun 2019 seluas 13,274 hektar ditanam dan meningkat kepada 16,205 hkektar pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 2,931 hektar (Peningkatan sebanyak 22.08%). Dari segi pengeluaran buah nanas pula sebanyak 314,267 metrik tan dihasilkan pada tahun 2019 dan meningkat kepada sebanyak 377,300 metrik tan pada tahun 2022 atau kadar peningkatan sebanyak 63,033 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Apa pun ststistik menunjukkan peningkatan didalam pengeluaran hasil nanas meningkat sebanyak 20.05% iaitu selaras dengan jumlah peningkatan keluasan penanaman). Walau pun semua varieti baru nanas ini sudah didaftarkan akan tetapi masih ramai penanam nanas masih tertumpu kepada varieti nanas MD2 kerana ia di berikan tumpuan oleh LPNM juga sebagai tanaman nanas premium untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta dan pengenalan beberapa varieti nanas baru didaftarkan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Memang penting penanam nanas bagi memilih varieti nanas yang hendak ditanam sama ada di tanam dalam kawasan tanah gambut atau pun di kawasan tanah mineral. Varieti nanas ini juga perlu dipastikan dengan strategi pemasaran sama ada hanya untuk pasaran domestik, pasaran eksport atau untuk diproses atau sebahagian besarnya sesuai dijadikan nanas kaleng (nanas dalam tin) dan beberapa produk lain. Sejarah menunjukkan nanas Moris dan Nanas Gandul serta nanas N36 telah lama ditanam di Johor khususnya dalam tanah gambut adalah untuk diproses iaitu dijadikan nanas kaleng oleh beberapa buah kilang nanas. Bagaimana pun harga ladang masa itu agak rendah bagi penjualan nanas untuk kaleng. Kini hanya sebahagian kecil sahaja petani dan estet nanas yang masih menanam nanas tersebut untuk dihantar kekilang nanas di Johor untuk dijadikan nanas kaleng dan jus nanas berskala komersial. Semenjak 10 tahun kebelakangan ini pula trend penanam nanas sudah bertukar untuk menghasilkan buah nanas segar untuk pasaran buah segar (fresh pineapple) bagi pasaran domestik dan eksport. Kempen dan insentif penanaman nanas MD2 oleh pihak LPNM dilihat telah berjaya mengubah senario industri nanas negara kepada lebih mengutamakan pengeluaran nanas premium segar untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Kini dilaporkan nanas MD2 dan Nanas Josapine sudah dieksport lebih dari 10 negara. Antara negara sasaran eksport buah nanas segar dari Malaysia adalah Singapura, China, Jepun, Korea, Negara-negara Teluk dan terkini pada 2023 ke Eropah pula. Protokol mengeksport nanas ke China dilihat memberikan luang terbaik untuk industri nanas Malaysia dimasa akan datang kerana potensi besar di China.
Daripada 16 varieti nanas yang ada di nyatakan dimana kini promosi untuk menanam varieti nanas baru perlu diperhebatkan. Bagi menjelaskan ciri-ciri varieti nanas dari AC1 (Nanas Moris) sehingga AC11 (Nanas Madu Kaca) saya ada menulis artikel dengan foto sekali dalam blog ini yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel ini menjelaskan bagaimana varieti nanas itu di kategorikan sama ada ia Nanas Kumpulan Queen, Cayene, Spanish atau Hibrid dimana asasnya ia akan membezakan keseluruhan pencirian varieti nanas tersebut. Artikel tersebut juga ada menjelaskan bagaimana kaedah pembiakan varieti nanas tersebut dan juga ciri bentuk dan berat buah nanas. Saya juga ada paparkan akan ciri warna kulit buah nanas dan bilangan mata buah nanas dengan jelas. Ciri lain seperti saiz empulur nanas dan juga warna isi nanas diperjelaskan agar dapat mengenali varieti nanas tersebut. Bagaimana pun antara ciri varieti nanas yang sering diperkatakan adalah Kandungan Gula dan jumlah kandungan Asid Citrik yang akan menentukan kemanisan nanas dan kelidasan nanas yang dimakan segar. Paling tidak ada juga diperlihatkan akan ciri kegunaan buah nanas sama ada untuk dimakan segar, diproses dan sebagainya. Walau pun nanas MD2 dilaporkan varieti nanas terbaik dari semua ciri yang diatas dan potensi untuk pasaran eksport paling sesuai akan tetapi terkini bagi penulis blog paling suka makan nanas segar varieti baru Jambul Mas A18 (AC15). Ini kerana buah nanas Jambul Mas A18 ini memang sangat manis, aroma yang wangi, empulur lembut yang enak dimakan dan isi pada bahagian jambulnya yang enak dimakan. Pengurusan amalan agronomi tanaman nanas ini juga lebih mudah daripada nanas MD2 kerana ia tiada masaalah serangan Penyekit Reput Perdu (Heart Rot) seperti varieti nanas MD2. Semasa artikel ini ditulis dilaporkan belum ada nanas Jambul Mas ini dijual dipasaran terbuka kerana ia masih baru didaftarkan dan masih belum banyak benihnya. Bagaimana pun ada kemungkinan ia akan menjadi komplimen kepada nanas MD2 dimasa akan datang. Terkini Nanas Varieti SG1 dari Sarawak sudah didaftarkan dan penulis blog jangka ia juga akan menjadi komplimen terbaik juga kepada nanas MD2.
Pendaftaran varieti nanas baru perlu untuk diteruskan dengan lebih aktif lagi oleh semua pihak terlibat agar industri nanas negara akan menjadi lebih kompetitif. Walau pun ada 7 varieti baru nanas berjaya didaftarkan akan tetapi pihak LPNM juga sepatutnya membuat promosi sama kepada semua varieti nanas baru yang diperkenalkan kepada penanam nanas sedia ada dan bakan penanam nanas baru. Kalau selama ini ada insentif diberikan oleh LPNM dengan jumlah bajet yang besar untuk program khusus meluaskan tanaman nanas MD2 sepatutnya diwujudkan juga insentif untuk penanaman nanas varieti baru yang didaftarkan ini. Ia termasuk insentif untuk pemberian bantuan anak benih, penyediaan kawasan, baja, input racun dan terpenting adalah aspek pemasaran dan promosi nanas varieti baru. Penulis blog percaya varieti nanas baru ini ia tidak akan berjaya tanpa kempen dan promosi kuat daripada pihak LPNM sendiri didalam mempelbagaikan varieti nanas yang di tanam di Malaysia. Tanaman nanas yang boleh dilakukan sepanjang tahun membolehkan industri ini akan dapat berkembang dengan lebih cepat daripada buah-buahan lain bermusim dan kesesuaian boleh ditanam dimana-mana kokasi di Malaysia. Pihak LPNM juga sepatutnya sudah boleh merancang atau sudah mulakan atau menyediakan pakej Amalan Teknologi Pengurusan Tanaman Nanas Varieti baru ini yang dilaporkan memang ada sedikit kelainan dengan pakej amalan teknologi varieti nanas sedia ada. Apa pun diharapkan penanaman nanas varieti baru yang didaftarkan ini akan lebih menjadi progressif dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info teknikal berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
VARIETI NANAS BARU... DIDAFTARKAN...
16 VARIETI SEMUA... 7 ADALAH TAMBAHAN....PERANAN LPNM... INSENTIF DIBERIKAN...
BANYAK VARIETI... LEBIH LAGI PILIHAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.