BURUNG RUAK-RUAK (Amaurornis phoenicurus) atau BURUNG WAK-WAK adalah salah satu spesies burung keluarga Rallidae yang semakin pupus dan dilindungi di Malaysia. Dilaporkan dimana taburan spesies ini tersebar luas di India, Sri Lanka, di China Selatan di Asia Tenggara dimana ada di Semenanjung Malaysia, Thailand, Filipina dan juga Indonesia. Selalunya burung ini dijumpai di kawasan belukar dengan ia merayau dikawasan rumput dan semak seperti dikawasan berpaya, belukar, hutan bakau, padang rumput dan kawasan tanah gambut yang ada perparitan. Penulis blog sudah melihat burung ini di kampong semenjak kecil lagi kerana dikawasan rumah ada parit nesar dan juga parit kecil yang digemari oleg burung ini. Faktanya dimana burung ruak-ruak ini biasa ada terdapat dikawasan habitatnya berhampiran penempatan manusia. Bagaimana pun lazimnya ia agak sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila burung ini menyedari ada manusia bergerak menghampirinya. Bagi penulis blog memang sering dengar bunyi nyaring burung ini dikampong saban masa terutama petang hari. Apa pun bila dilihat akan ciri fizikal burung ini dimana badannya berukuran hingga mencapai 20 cm dengan panjangnya sekitar 15cm dengan ekornya agak pendek. Ciri pada paruh dan kakinya adalah berwarna kuning yang relatif panjang. Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbunan semak-semak dan rumput dikawasan berpaya. Cili lain dimana paruh burung ruak-ruak tidak bergigi. Ia mempunyai bulu iaitu bagi burung dewasa dilihat berwarna kelabu gelap kehitaman pada bahagian belakangnya. Warna bulu dibahagian sisi serta kepala, leher dan dadanya adalah agak putih. Bahagian perut dan bawah ekornya bewarna perang cerah.Kedua jantina bagi burung ini agak serupa bentuknya akan tetapi burung remaja lebih pudar warnanya berbanding burung dewasa. Bagi anak kecil burung ruak-ruak ini berbulu warna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Paling unik faktanya adalah dimana ia suka berbunyi nyaring pada waktu maghrib selama beberapa minit. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta burung ruak-ruak untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Melihat akan habitatnya burung ini menggunakan paruhnya untuk mencari makanan di dalam lumpur dan air berlumpur. Ia akan memagut makanan yang dilihat dipersekitarannya seperti serangga, ikan kecil dan biji-bijian tumbuuhan. Ia merayau mencari makanan di atas tanah atau didalam semak samun dan tumbuhan renek. Burung Ruak-ruak ini mudah dilihat dikawasan terbuka. Walau pun cirinya ia sebagai spesis burung yang bising terutamanya pada waktu subuh dan maghrib tetapi sukar dicari akan kedudukannya dan ada berapa ekor yang berbunyi seakan-akan banyak jumlahnya. Ia juga merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia dan juga di Indonesia. Jika menyimpan tanpa permit atau memakan dua spesies burung ini dan sabit kesalahan maka ia boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun bagi burung jantan. Sementara itu akta nyatakan dimana jumlah denda RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun bagi burung betina atau tidak matang. Burung ini suka membuat sarang di tempat kering di kawasan berpaya dimana selepas mengawan ia akan bertelur sekitar 6 - 7 biji dalam satu-satu masa. Faktanya dimana setiap biji telur adalah agak besar berukuran sekitar 32 cm dan mempunyai cangkerang keras. Telur-telur burung ini lazimnya mengambil masa 19 hari di eram sebelum dapat menetas menghasilkan anaknya.
Mungkin ramai kalangan pembaca blog ada yang pernah makan burung ruak-ruak yang dilindungi ini. Dalam sebuah tulisan di facebook bertajuk 'Khasiat Daging Burung Wak wak' kali pertama saya membacanya menarik dikongsikan. Dia mulakan tulisan dengan nyatakan tuhan jadikan benda baik dan benda buruk. Disuruh kita memilih benda yang baik untuk dijadikan makanan. Ini termasuklah benda yang boleh tidak memudaratkan jasad dan fikiran manusia serta membantu untuk beribadah. DItulis dimana bermula benda yang kurang baik untuk dijadikan makanan ialah haiwan laut (seafood) seperti udang (haiwan yang jalan kebelakang), sotong (berjalan reverse), ketam (berjalan senget) dan kerang (haiwan jumud yang hanya menunggu makanan datang baru dijelirkan lidah - tentacles). Tabiat jumud dan songsang yang ada pada haiwan tersebut dikatakan akan mempengaruhi tabiat manusia. Kemudian lebih elok sedikit adalah ikan-ikan kecil dilaut (termasuk jenis ikan bilis, sardin, kembong, selar, kerisi dan sebagainya) walaupun sebenarnya ia dikatakan 'ikan bodoh' kerana bergerak secara kelompok yang besar diantara 100 - 500 ekor sekumpulan. Jika pihak ikan yang berada hadapan sekali salah "memandu" kelompoknya maka semua ikan yang lain akan masuk pukat. Ia jika dibandingkan dengan jenis ikan sungai yang lebih cerdik seperti ikan keli, haruan dikatakan lebih bijak mencari makan seorang diri dan mampu melindungi diri dari pemancing dan memang ada ia dilaporkan lebih banyak khasiat jika dimakan. Paling dibawah adalah jenis haiwan di darat seperti ayam daging atau digelar sebagai 'ayam karan' yang selalu disuntik hormon atau bahan steroid agar cepat membesar. Ayam daging hanya ambil masa masa 30 hari didalam reban sempit kurang bergerak cergas untuk sedia dimakan. Ayam daging memang tidak mempunyai keluarga ayam dimana tanpa mengawan serta tanpa melawan atau berjuang mempertahankan kawasan. Ayam ini kalau pun uniknya kalau terjumpa ular sawa samada dia buat tidak kenal atau akan mudah serah diri awal-awal.
Agak unik penulisan dalam facebook ini dengan bahasanya yang bersahaja apabila dakwanya haiwan yang cerdik sedikit adalah haiwan berkaki empat (ruminan) yang bergerak lambat dimana walau pun dilihat nampak malas tapi rajin jika dipukul pada punggungnya. Haiwan ini adalah jinak dimana selalu akan ianya dipelihara tuannya seperti lembu, kerbau dan kambing. Walaupun ia tidak secergas haiwan liar dihutan tetapi ia masih maenjadi kesukaan penternak. Kambing cergas sedikit cara pergerakannya dimana ia ada banyak khasiat walaupun hamis bau badannya. Penulis facebook dakwa haiwan yang amat cerdik, istimewa dan menjadi buruan raja-raja pada zaman dahulu ialah jenis haiwan berkaki 4 yang hidup liar di hutan. Ia bergerak sejauh lebih 50km setiap kali waktu malam hari baru menjelma. Haiwan buruan tersebut adalah seperti rusa, pelanduk, napoh, kancil, kambing hutan, sebukit (kambing bukit) dan sebagainya yang biasanya amat cergas mencari makan, amat sensitif deria dengar, bau dan firasat. Biasanya semakin cerdik ia melarikan diri dari kepungan askar istana maka akan semakin ia disukai raja untuk dijadikan hidangan. Tabiat ini diharap akan mempengaruhi pemikiran raja untuk menyusun strategi mempertahankan negara dari ancaman musuh. Bagaimana pun haiwan yang lebih cerdik, cergas dan sensitif deria adalah haiwan berkaki dua iaitu unggas seperti burung merpati, burung wak-wak, itik belibis, ayam hutan, burung punai yang hidup liar di hutan. Haiwan jenis ini sangat luas pengalamannya kerana ia hidup bebas terbang kemana-mana yang disukai. Akan tetapi apabila difikirkan dengan mendalam dimana semua haiwan unggas ini apabila makan ia akan memberi tumpuan mereka ke bawah berbanding dengan ciri pada pokok yang makan tetapi pucuknya sentiasa melihat ke langit. Falsafah pokok amat tinggi dengan ciri kebaikannya banyak serta ia menjadi payung ketika panas terik, tempat bersandar bagi musafir, menghidangkan buah kepada banyak manusia dan haiwan. Bila sampai umur pula akan ada dahan digugurkan sedikit demi sedikit dan tidak mencemarkan alam dengan bau bangkai. Pun begitu kemudian pokok tua dimana jasadnya digunakan orang untuk ditebang dan dibuat perabut dan jambatan. Mereka yang vegetarian tentu faham rahsia kehebatan pokok dan tumbuhan dan tidak memakan daging. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BERBUNGI KUAT... MAGHRIB WAKTUNYA...
HAIWAN DIMAKAN... DIBURU MANUSIA...
BACA ARTIKEL... TAHNIAH PENULISNYA...
By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
House No 6, Little Kampong Studio,
Kampong Banjar, Teluk Intan,
Perak,
Malaysia.
(28 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.