Varieti ini merupakan varieti yang paling banyak dikeluarkan untuk ditanam kepada pesawah tahun 2022. Dilaporkan sebanyak 43,503 metrik tan benih padi varieti MR297 telah dihasilkan iaitu merupakan 50.82% daripada jumlah kesemuanya. Ia masih varieti padi paling luas dan terpolular di tanam di Malaysia dengan kebanyakan kawasan jelapang padi dan kawasan IADA menanam varieti padi ini. Padi MR297 adalah varieti yang memberikan hasil tuaian yang baik. Kelebihan varieti padi ini adalah didakwa ia rintang kepada penyakit karah dan boleh menjadi salah satu alternatif kepada petani terutama pesawah di kawasan sawah yang selalu ada serangan penyakit karah yang serius. Potensi hasil varieti ini adalah setanding dengan varieti lain terkini dan mempunyai citarasa nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan. Sila baca keterangan varieti padi ini dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Padi varieti ini yang mempunyai tempoh matang antara 110-115 hari mempunyai potensi hasil maksima sebanyak 8,140 kg sehektar. Varieti MR297 telah diistiharkan pada 2016 dengan nama varieti adalah Padi Siraj 297. Padi ini mempunyai aras ketinggian pokok 74 - 82 cm dengan purata berat bagi 1,000 butir piji adalah 27-29 gram. Bagaimana pun laporan CCS mendapati purata hasil dicapai pada musim tersebut di Malaysia adalah sebanyak 4,436 kg sehektar atau pun 54.5% kadar purata dimana hasil pencapaiannya pada musim tersebut. Beberapa varieti yang mencapai penghasilan tinggi seperti di IADA Ketara sehingga melebihi 8.0 mt sehektar aadalah varieti MR297. Apabila cuaca mengizinkan (tidak banjir), pembajaan dengan baik dan kurang serangan baik memang varieti ini mampu memberikan hasil yang tinggi.
(2) Varieti MR315
Varieti padi MR315 merupakan varieti terbaru yang mendapat sambutan terbaik dari pesawah di Malaysia. Pada tahun 2022 sebanyak 9,208.88 metrik tan padi ini dikeluarkan sebagai benih padi sah yang meliputi sekitar 10.73% daripada jumlah keseluruhan benih padi sah. VARIETI PADI MR 315 merupakan varieti baharu hasil pembiakbakaan oleh pihak MARDI yang telah dibangunkan menggunakan kaedah kacuk-ulang antara titisan padi Y1512 (MR 256) dan MR 253 sebagai induk ulangannya. Kacukan dilaksanakan pada musim luar pada tahun 2006 dan 2007 diikuti dengan pemilihan pedigri dan penilaian hasil di MARDI Seberang Perai yang kemudiannya dimajukan untuk penilaian G × E di jelapang padi utama. Secara amnya dimana padi varieti MR 315 adalah matang awal (105 - 109 hari), pokok yang rendah (103.3 - 106.3 cm), pengisian biji bernas per tangkainya sekitar 88.3 - 88.6% dan berat seribu biji sekitar 29.5 - 30.0 gram. Saya ada memperincikan ciri variti padi ini dalam blog sama dengan pautan berikut (Sila klik disini). MR 315 dilaporkan mempunyai beras yang panjang dan tirus, kandungan amilosanya sederhana (22.6 - 23.0%) dan penghasilan beras kepala melebihi 80%. Tambahan pula didakwa padi varieti MR 315 menunjukkan kerintangan yang baik kepada karah tangkai serta sederhana rintang kepada penyakit karah daun dan hawar daun seludang. Penilaian di multi-lokasi menunjukkan hasil bersih tertinggi direkodkan di Telok Chengai (Kedah), Arau (Perlis) dan Sungai Besar (Selangor) yang masing-masing menghasilkan 7.16 tan/ha, 7.11 tan/ha dan 6.98 t/ha. Percubaan di penentusahan setempat (LVT) dimanapadi varieti MR 315 merekodkan hasil yang baik di Sungai Besar dan Simpang Lima, Barat Laut Selangor yang mana masing-masing menghasilkan 8.3 t/ha dan 7.5 t/ha. Analisis model AMMI dan GGE menunjukkan MR 315 kurang sensitif dan stabil kepada faktor persekitaran dan oleh itu varieti padi ini dianggap mempunyai adaptasi yang baik dan boleh disyorkan penanamannya di kebanyakan kawasan jelapang padi diseluruh Malaysia.
(3) Varieti MR220CL2

(4) Varieti MR 269
Varieti padi MR269 mendudukki tangga ke 4 terbanyak dikeluarkan sebagai benih padi sah dalam tahun 2022 iaitu sebanyak 7,067.8 metrik tan atau 8.24% daripada jumlah benih padi sah negara. Varieti ini pernah mendudukki tempat ke tujuh (7) dari segi popularitinya di Malaysia dengan keluasan 5,366 hektar atau 2.0% pada musim utama 2017/2018. Varieti MR 269 telah diistiharkan pada tahun 2012 (lebih 7 tahun dulu) dengan tempoh matangnya adalah 104 - 109 hari selepas ditanam. Ia merupakan varieti yang mempunyai potensi hasil maksima sebanyak 6,718 kg sehektar akan tetapi laporan CCS Pkt. Kebangsaan 2018 melaporkan pencapaian sebanyak 4,072 kg sehektar (atau sebanyak 60.6% iaitu antara terbaik). Varieti padi ini memasih ditanam dikawasan yang mana pesawahnya memang suka menanam sejak lama dulu.
(5) Varieti MR219

Varieti-varieti lain yang ada dikeluarkan oleh syarikat pengenuar benih padi mengikut kuota pengeluaran diberikan kepada mereka adalah kurang daripada 8% dari jumlah pengeluaran. Mendudukki tangga ke 6 pengeluaran benih padi sah di Malaysia pada 2022 adalah varieti MR303 sebanyak 5,114.82 metrik tan atau sekitar 5.96%. Seterusnya adalah varoeti padi MR307 iaitu sebanyak 3,079 metrik tan atau sekitar 3.59% daripada jumlah benih padi sah. Ke 8 merupakan benih pad sah MR152 iaitu sebanyak 2,620 metrik tan atau pun sekitar 3.06% daripada jumlah semua. Seterusnya ke 9 adalah benih padi sah varieti PUTRA2 iaitu sebanyak 666 metrik tan sahaja atau sekitar 0.76% sahaja. Variieti benij PUTRA 2 dan PUTRA 1 adalah hasil penyelidikan oleh Universiti Putra Malaysia. Ia adalah benih yang telah di perkenalkan belum lama dulu. Seterusnya ke 10 adalah varieti padi MRQ76 iaitu sebanyak 92.52 metrik tan sahaja atau 0.11% dari keseluruhan benih padi sah. Terakhir sekali benih padi sah direkodkan ada dikeluarkan adalan varieti PUTRA1 iaitu hanya 82.74 metrik tan atai hanya 0.10% sahaja. Kini industri padi negara semakin terjamin dari aspek penanaman varieti yang disyorkan dan terjaminmutunya. Pihak Jabatan Pertanian Malaysia merupakan pihak yang bertanggung jawab didalam memeriksa dan menentukan kualiti benih padi sah dari peringkat ladang benih padi, rogging sehingga analisa kepada analisa makmal sebelum benih padi sah dipasarkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
VARIETI MR297... TERBANYAK JUALAN....
VARIETI MR315... TERBARU DIKENALKAN...
BACA ARTIKEL... MENJADI RUJUKKAN...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Ramadan 1144H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.