Support My Blog

Monday, April 3, 2023

AMALAN TANAM PADI TABUR TERUS (Part 2)

TEKNOLOGI TANAMAN TABUR TERUS
padi (Oryza sativa Linn.) kini merupakan satu kaedah paling popular yang sudah dilaksanakan pesawah di Malaysia. Kaedah tabur terus basah juga merupakan antara kaedah yang sering digunakan oleh petani untuk menanam padi di petak sawah. Ini kerana pada kebiasaanya benih akan cepat bercambah iaitu seawal usia 4-5 hari selepas ditabur. Secara umumnya dimana proses awal seperti penyediaan benih untuk kaedah ini adalah sama iaitu dengan kaedah tabur terus dalam air iaitu benih perlu dirawat terlebih dahulu sebelum ditabur di petak sawah. Keadaan tanah di dalam petak sawah mestilah rata sebelum proses penanaman dilakukan. Benih padi akan ditabur di petak sawah yang berkeadaan basah tanpa air bertakung atau juga boleh diketahui sebagai keadaan 'cap-cap'. Antara beberapa aspek kelebihan menggunakan kaedah ini adalah kawalan rumpai mudah dilakukan melalui semburan racun pra cambah dan pasca cambah. Cara ini juga menyokong pertumbuhan padi yang lebih seragam dan mudah dipantau oleh para petani. Selalunya berlaku peratusan benih tidak tumbuh dapat dikurangkan sekiranya pH tanah terlalu berasid. Kelebihannya juga melibatkan umur matang yang singkat (berbeza mengikut varieti) pengiraan umur padi mengikut hari benih ditabur. Walau bagaimana pun, kaedah ini juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu terdedah kepada serangan makhluk perosak seperti tikus dan burung. Selain itu juga sekiranya kawalan rumpai tidak dilakukan dengan betul maka tumbuhan rumpai akan banyak tumbuh seiring dengan padi menyebabkan petani perlu membuat kawalan rumpai beberapa pusingan. Pada penulis blog kaedah penanaman yang akan dilakukan adalah bergantung kepada pesawah itu sendiri. Apapun cara atau kaedah yang dipilih dimana masing-masing mempunyai kebaikan dan kelemahan dan apa yang paling penting adalah untuk kita sentiasa pantau keadaan petak sawah untuk dapat mendapat hasil yang terbaik. Industri Padi di Malaysia masih merupakan salah satu industri pertanian yang ke 3 terpenting di Malaysia selepas Kelapa Sawit dan Getah. Tanaman Padi di Malaysia merupakan satu industri pertanian yang ke tiga terpenting selepas daripada tanaman Kelapa Sawit dan Getah. Keluasan tanaman padi pada 2021 adalah 647,859 hektar dengan seluas 525,984 ha berada di Semenanjung Malaysia, seluas 83,143 hektar di Sarawak dan seluas 38,372 ha di Sabah. Pengeluaran hasil padi pada 2021/2022 adalah sebanyak 2,428,889 metrik tan yang menjadi sebanyak 1,677,472 mt beras dengan kadar purata produktiviti hasil padi negara sebanyak 3,749 kg/ha (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Secara umumnya tanaman padi yang hasilkan beras merupakan makanan ruji bagi seluruh warga Asia. Industri ini menghasilkan beras yang merupakan keperluan makanan daripada nasi lemak pada waktu pagi, makan tengahari sehingga hidangan untuk makan malam dan 'late supper' di kalangan masyarakat Malaysia. Artikel pada subuh Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa amalan agronomi tanaman padi cara tabur terus (direct seeding) untuk dijadikan bahan rujukkan penting kepada pembaca semua.


Secara umumnya k
esesuaian tanah untuk sistem tanaman padi tabur terus adalah dilakukan dalam keadaan kering dimana tanah mestilah mudah dihancurkan (Sila lihat foto disebelah). Tanah-tanah jenis ringan yang tidak menjadi ketul-ketul besar dan keras semasa dibajak akan memberikan kambusan yang baik kepada benih-benih padi dan akan melindunginya daripada musuh-musuh yang merbahaya. Selalunya di kawasan-kawasan tanah yang berat seperti tanah liat dan ada pengaliran air yang kurang cepat maka tanaman padi secara tabur terus dalam keadan basah adalah lebih sesuai. Tanah yang berat ini mudah diusahakan dalam mana ia dalam keadaan basah dan tidak akan menjadi ketul-ketul. Penyerapan airnya perlahan don oleh itu permukaan tanah perlu diratakan untuk mengurangkan takungan-takungan air yang akan mengganggu percambahan. Proses merata sawah merupakan satu aktiviti peru dijalkan sepanjang masa proses penyediaan tanah mempastikan tanah sawah rata. Di dalam meningkatkan hasil padi, keadaan tanah sawah memainkan peranan yang sangat penting di dalam aktiviti penanaman padi. Tanah sawah yang baik adalah rata dan mempunyai lapisan tanah keras (hard pan) yang baik disamping ianya mempunyai satu sistem pengairan dan saliran yang lebih sempurna. Aktiviti Merata Sawah (land levelling) dan dapat membentuk pemukaan tanah rata adalah sangat penting. Ini kerana sistem permukaan sawah rata untuk menyokong sistem pengairan sempurna merupakan keadaan terbaik untuk pertumbuhan pokok padi. Sila baca tuulisan saya mengenai proses merata sawah dengan pautan berikut (Sila klik disini). Ia melibatkan proses dimana kedalaman air yang seragam di dalam lot sawah yang rata akan dapat membantu pengagihan air di dalam sawah lebih cekap dan seragam. Perataan tanah sawah perlu dilakukan hampir setiap musim menanam kerana aktiviti penanaman padi yang intensif dilakukan sepanjang musim dan penggunaan jentera berat semasa menuai hasil mengubah permukaan tanah.


Menentukan 
Kadar Benih dan Jenis Padi bagi sistem tanaman tabur terus padi adalah perlu difahami. Kadar benih yang digunakan sekarang ialah 40 - 100 kg sehektar dan ia tertakluk kepada cara tanaman. Jika tanaman terus dengan mesin diusahakan maka dikira kadar benih ialah 40 kg/ha dan jika ditabur kadar benihnya boleh ditinggikan hingga ke 100kg/ha. Tujuan meninggikan kadar benih ialah untuk meninggikan bilangan pokok tanpa pembiakan rumpun dan untuk kawalan rumpai secara menaungkan keadaan sekeliling. Sebaiknya jenis padi yang digunakan sekarang ialah jenis biasa yang didapati sesuai seperti MR-1 (Setanjung) dan MR-10 (Sekembang). Varieti padi baru yang kini menjadi pilihan ramai pesawah adalah termasuk MR220, MR220CL, MR297 dan yang terbaru adalah MR315 serta IS21. Proses rawatan Biji-Biji Benih dilakukan untuk menjamin percambahan yang serata, cepat dan bermut, biji padi perlu dipilih supaya benih yang bernas sahaja ditanam. Satu daripada tujuannya ialah untuk menpercepatkan percambahan, dengan itu pokok-pokok padi boleh membiak lebih cepat sebelum benih-benih rumpai membiak. Pilihan benih yang bernas boleh dibuat melalui perasingan atau tapisan dengan menggunakan bancuhan air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam (atau @1.08SG). Untuk tujuan mengawal penyakit yang terdapat pada biji-biji dimana biji benih boleh direndam dalam air panas pada suhu 54-55 darjah celcius selama 10 minit. Benih padi ini kemudian boleh dipracambah mengikut kegunaannya. Biasanya jenis benih pracambah digunakan jika tanaman terus secara tabur diamalkan. Untuk benih pracambah, benih mesti direndam selama 6 jam dan kemudian diperam dalam keadaan lembab selama 42 jam. Pastikan hanya menggunakan benih padi sah yang dibekalkan oleh pihak pembekal yang mempunyai akreditasi daripada pihak berkuasa (Sila lihat foto disebelah).  Hanya benih padi sah sahaja yang selalunya dijamin dari segi ketulinan varieti, peratus percambahan tinggi dan juga bebas daripada perosak dan penyakit bawaan benih.


Aktiviti 
Kawalan Rumpai sangat kritikal dalam sustem tanaman padi tabur terus. Kawalan rumpai yang berkesan adalah satu daripada punca kejayaan tanaman terus padi. Oleh sebab rumpai membiak dengan cepat dalam sebarang keadaan, percambahannya mesti diganggu sehingga pokok padi menjadi sudah besar dan dapat menberi naungan untuk mengawal pembiakan rumpai itu. Satu daripada cara kawalan rumpai yang berkesan ialah melalui penyediaan tanah yang sempurna. Selain daripada mengawal rumpai, pembalikan lapisan tanah juga akan menambahkan organan ke tanah.Di kawasan yang sentiasa diusahakan, pembiakan rumpai biasanya kurang, dan kawalan secara penyediaan tanah yang sempurna boleh mengatasi masalahnya nanti. Sebaiknya untuk kawasan yang mempunyai rumpai yang tebal maka kawalan menggunakan racun herba mungkin perlu. Berdasarkan kepada ketebalan rumpai, satu atau dua pusingan semburan paraquat (@ 2 liter/ha atau lebih) perlu dibuat sebelum tanah diusahakan dan ditanam. Walau bagaimanapun, usaha kawalan rumpai mesti ditentukan keberkesanannya sebelum benih ditabur atau atau ditanam kerana kawalan selepas menanam sungguh merumitkan. Kawalan selepas menanam ialah kawalan rumpai yang membiak dalam keadaan berair. 
Jenis-jenis rumpai ini seperti rumpai berdaun lebar yang biasanya boleh dikawal dengan semburan racun herba 2,4-Dbutyl ester sebanyak 2 kg/ha 30-35 hari selepas penanaman penaburan. Aktiviti Pembajaan bagi tanaman padi adalah aspek penting dimana kadar dan masa pembajaan dalam amalan tanaman terus adalah penting untuk menentukan mutu hasilnya. Kadar dan masa pembajaan yang diamalkan untuk tanaman terus sekarang ialah dengan berikan baja NPK 15:15:7.5 dimana baja N diberikan dengan kadar sebanyak 30 kg/ha diberikan 15 hari selepas tanam.  Bagi Baja Permukaan 1(Urea) dengan kadar 20 kg/ha diberikan dalam masa 35 hari selepas tanam. Proses bubuh baja Permukaan 2 (Urea) sebanyak 20 kg/ha iaitu 55 hari selepas tanam. Akhirnya adalah pembajaan Permukaan 3 (Urea) dengan kadar 20 kg/ha diberikan iaitu 75 hari selepas tanam. Kadar baja ini tertakluk kepada kesuburan tanah setiap kawasan. Pada umumnya kadar NPK 90:30:30 kg/ha didapati mencukupi. Aktiviti Kawalan Musuh dan Serangga dilakukan kerana ini disebabkan kadar benih untuk tanaman terus adalah 2 hingga 4 kali ganda daripada kasar benih tanaman biasa, jumlah pokok padi yang membiak juga bertambah. Kedaan ini meninggikan naungan kepada mush tanaman seperti tikus dan serangga. Oleh itu bagi mengelakkan daripada serangan-serangan tersebut langkah yang perlu diambil ialah dengan membersihkan kawasan sekeliling supaya tempat-tempat perlindungan musuh termusnah. Sentiasa amalkan kawalan lebih awal bagi tujuan mencegah. Adalah penting dilakukan pencegahan awal bagi tikus didapati amat berkesan. Sebaiknya bagi Kawal serangan ulat prosak atau serangga sentiasa gunakan bahan pencegah kimia carboruran dengan kadar yang biasa diamalkan untuk alat batang dan penyakit merah. Kadar masa menggunakannya adalah sekitar 0.5 kg/bahan aktif/ha 15 hari selepas tanam 0.5 kg/bahan aktif/ha 30 hari selepas tanam. Penanaman padi akhitnya dilaksanakan aktiviti Penuaian Hasil yang dilakukan kira-kira 30 hari sebelum menuai. Masa ini kawasan mesti dikeringkan untuk membolehkan jentera penuai lengkap menjalankan kerja-kerja menuai. Tujuan mengeringkan sawah ialah untuk mengelakkan kerosakan permukaan tanah daripada bekas-bekas roda ini akan merumitkan kerja-kerja meratakan tanah. Padi tanaman terus boleh juga dituai dengan tangan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Pat 2 yang digalakan untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAM PADI... TABUR TERUS CARANYA...
PERLU DIFAHAMI... AKAN TEKNOLOGINYA...
DIBERI BAJA... PERLU KAWAL RUMPAINYA...
CEPAT MENUAI... TINGGI HASILNYA JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room Suite No 2, VI Boutique Hotel,
Pasir Penambang, Kuala Selangor,
Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1444H).
Tinjauan Sawah Padi Di Sekinchan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...