Support My Blog

Monday, April 10, 2023

PISANG AWAK LEGOR - TIADA BIJI

PISANG AWAK LEGOR
(Musa spp) merupakan sejenis pisang awak tempatan yang dilaporkan tidak mempunyai biji berbanding dengan jenis pisang awak tempatan atau pisang awak biasa. Penulis blog mendapati ramai kalangan pembaca berfikir dimana lazimnya pisang awak biasa yang di makan dengan menggorengnya adalah agak unik kerana ia dikatakan sering mengandungi biji dan lazimnya sesuai digoreng untuk dijadikan 'Pisang Goreng' yang enak dicicah dengan sambal kicap. Jenis Pisang Awak Legor ini lebih dikenali berasalkan kedapatan sebutannya di Perak sebagai jenis pisang awak tidak berbiji yang sudah lama dikenali. Bagaimana pun penulis blog lihat kedapatan pisang awak tanpa biji ini sebenarnya ada dinegeri-negeri lain juga. Perbincangan penulis blog dengan beberapa pegawai Jabatan Pertania Malaysia Putrajaya dan pakar lain mendapati dimana secara umumnya  jenis-jenis pisang awak dimana ia mempunyai dua varieti yang telah dikenalpasti iaitu 'Pisang Awak Tempatan/Biasa' dan juga  'Pisang Awak Tanpa Biji'. Pada April tahun 2023 dimana perkara ini telah dibawa ke satu sessi perbincangan dengan penulis blog di Jabatan Pertanian untuk dijalankan kajian marfologi ciri-ciri perbezaannya. Antara ciri yang dilihat termasuk mengenai pertumbuhan pokok, sisir buah, bentuk pelepah dan pucuk, ciri isi buah dan sebagainya. Apa pun perbezaan nyata diantara kedua varieti ini adalah dimana memang tidak ada biji didalam Pisang Awak Legor. Pada penulis blog artikel saya yang ke 7,438 ini masih berminat me
nulis mengenai pencirian semua jenis Pisang Awak kerana ia dianggap sebagai varieti pisang yang sangat kurang ianya mendapat perhatian dikalangan penyelidik, petani, pegawai pengembangan dan juga kalangan pengusaha pisang goreng. Penanaman pisang awak secara monokrop dan komersial secara luas pada saya masih jarang-jarang dijumpai walau pun potensi pulangannya adalah baik. Kebanyakan pisang awak legor kini masih ditanam secara bercampur dalam kebun pisang atau sebagai tanaman dikawasan keliling rumah saja terutamanya dikampong-kampong tradisional. Rumpun pokok pisang awak legor ini sama dengan pisang awak biasa masih mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik dan tidak diserang penyakit serius. Kepentingan pisang awak legor ini masih hanya ditumpukan untuk di goreng, dibuat kuih mueh tradisional dan hanya sedikit yang dimakan segar. Artikel pada subuh 16 Ramadan 1444Hijrah ini saya menulis satu artikel menarik dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai beberapa perbezaan antara dua varieti pisang awak iaitu Varieti Pisang Awak Tempatan/Biasa (PAT) dengan Varieti Pisang Legor (PAL) hasil kerjasama pakar di Jabatan Pertanian terkini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


(1) BENTUK POKOK

     
Dilihat dari segi pokok dimana kedua-dua varieti pisang awak ini mempunyai bentuk rumpun pokok yang hampir serupa. Gambar-gambar diatas juga ada menunjukkan pokok pisang kedua-dua varieti yang ditanam pada masa hampir sama dan jelas kelihatan pokok pisang awak kedua varieti mempunyai ketinggian hampir serupa (Ketinggian Pseudostem antara 320 - 340 cm). Kajian ini menunjukkan purata bilangan sulur anak pada Pisang Awak Tempatan sedikit (8 -13 sulur) berbanding dengan varieti Pisang Awak Legor (9 - 15 sulur). Saiz ukurlilit pseudostem atau batang pokok juga lebih besar pada varieti PAL (40 - 42 cm) berbanding dengan varieti PAT (37 - 39 cm) sahaja. Bagaimana pun kedua-duanya mempunyai warna batang yang sama iaitu hijau cerah (light green).


(2) BENTUK PERCABANGAN POKOK

  
Disini dilihat ada sedikit perbezaan bentuk percabangan pelepah daun dimana kedudukannya adalah agak rapat pada Pisang Awak Legir tetapi ia lbih terbuka pada Pisang Awak Biasa. Dilihat juga warnanya agak kehijauan pada pisang awak legor tetapi ada sedikit hijau kelabu pada pisang awak biasa. Bagaimana pun panjang pelepah pada varieti Pisang Awak Legor adalah sekitar 15 - 17 cm sementara pada varieti Pisang Awak Biasa pula adalah lebih panjang iaitu sekitar ukuran 21 - 23 cm. Bentuk pangkal daun pada pelepah juga hampir sama iaitu berbentuk separuh bulatan (both side rounded). Satu lagi perbezaan nyata adalah kehadiran bulu pada peduncle dimana varieti Pisang Awak Legor tidak mempunyai bulu sementara varieti Pisang Awak Biasa seakan-akan ia mempunyai bulu.


(3) WARNA SISIR DAN KULIT BUAH

 
Dari kedua-dua foto diatas hanya menggunakan Horticulture Colour Chart sahaja dapat dibezakan sedikit akan warna buah pada sisir buah diantara Pisang Awak Legor (tiada biji) dengan Pisang Awak Biasa (Ada biji). Apabila diteliti dimana Pisang Awak Legor berwarna agak kuning pucat (Yellow Orange Group 16B) apabila masak sedangkan bagi Pisang Awak Biasa ia berwarna Kuning Biasa (Yellow Orange Group 15A). 



(4) BENTUK BAHU DAN KERATAN RENTAS BUAH

  
Jika dianalisa dari bentuk bahu ada perbezaan diantara Pisang Awak Legor yang mana bahynya Tirus berbanding dengan Pisang Awak Biasa yang bahu buahnya adalah berbentuk Sedikit Membulat (Sila lihat foto disebelah kiri). Bagaimana pun keduanya mempunyai tanda bintik berwarna coklat kehitaman dibahagian bawah tangkai buahsebagai satu identifikasi.  Ciri Pisang Awak Legor mempunyai panjang tandan buah yang signifikan untuk dibezakan dimana dilihat ia lebih panjang sekitar 90 - 110 cm sedangkan Pisang Awak Biasa adalah pendek sedikit sekitar 50 - 60 cm. Bagaimana pun ukurlilit tandan buah varieti Pisang Awak Legor lebih besar (24 - 26 cm) tetapi varieti Pisang Awak Biasa pula hanya mempunyai ukurlilit tandan sekitar 12 - 14 cm (kecil tetapi panjang). Gambar diatas menunjukkan bentuk buah dimana kelihatannya hampir sama tetapi ketika dibuat ukuran didapati varieti Pisang Awak Legor mempunyai ukuran pendek (9.0 - 10.0 cm) dan varieti Pisang Awak Biasa pula mempunyai ukuran lebih panjang (10.5 - 11.5 cm).  Warna isi Pisang Awak Legor agak keputihan berbanding dengan warna isi Pisang Awak Biasa Berbiji yang kekuningan putih apabila ia masak. Bagaimana pun ujirasa mendapati keduanya mempunyai tahap kemanisan yang tidak jauh berbeza (tidak diuji dengan alat Refractometer pula kali ini). 


(5)  KEHADIRAN BIJI


Paling ingin dilihat perbezaan diantara Pisang Awak Legor dengan Pisang Awak Biasa adalah kewujudan BIJI (Seeds). Foto diatas dengan jelas dapat dilihat dimana keratan rentas bagi Pisang Awak Legor memang TIDAK BERBIJI dan Pisang Awak Biasa Jelas BERBIJI. Bagaimana pun ada orang dakwa tiada masaalah dengan kehadiran biji kecil berwarna hitam didalam pisang awak kerana ia boleh dikunyah hingga hancur dan ditelan atau dikeluarkan semasa memakannya. Pisang Awak merupakan pisang yang agak unik terkait dengan ada biji didalamnya berlainan dengan pisang lain. 


Sebagai maklumat tambahan dimana Pisang Awak 
(Musa sp.) merupakan salah satu varieti pisang yang di tanam di Malaysia untuk tujuan dimakan segar dan di proses menjadi makanan berasaskan pisang yang lain. Tanaman pisang di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman buah-buahan yang popular untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog mendapati dimana seluas 27,355 hektar pisang ditanam menghasilkan sebanyak 335,207 metrik tan pada tahun 2022 iitu berlaku pertambahan sebanyak lebih 2,000 hektar iaitu berbanding dengan tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 20212. Apa pun dilaporkan kawasan utama penanaman pisang di Malaysia adalah di Johor seluas 9,259 hektar menghasilkan sebanyak 120,929 mt diikuti dengan Sabah (4,073 ha) dan Pahang (3,259 ha). Pada penulis blog yang telah menulis beratus artikel mengenai pisang mendapati anggapan bahawa pisang awak adalah spesis pisang yang agak kurang popular berbanding dengan pisng lain. Pisang Awak telah berjaya dididaftarkan dalam Senarai Vareti Tanaman dengan di Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013 dengan kod MP1 (Penulis blog terlibat langsung dalam proses pendaftaran pisang ini dahulu). Pisang Awak juga dilihat merupakan jenis pisang yang selalunya ada biji berwarna hitam ditengahnya yang dijua sebagai pisang goreng. Biji pisang ini tidak berapa keras walau pun ada pengguna yang akan terganggu ketika makan pisang ini apabila tergigit biji. Pisang ini bersaiz kecil dan mempunyai kulit hijau ketika muda dan akan menjadi kuning kehijauan dengan ada tompok kelabu apabila masak. Pisang awak ini mempunyai rasa kelat (Orang Jawa Muar kata 'seppet') dan kurang sesuai untuk dimakan segar terutama yang belum cukup masak. Pisang ini lazimnya digoreng sebelum dimakan atau dijual digerai tepi jalan. Agak pelik juga orang Johor kalau makan pisang goreng yang mana paling enak ia mesti di cicah dengan sambal kicap. Pisang ini dipercayai mendapat nama disebabkan oleh keujudan biji hitam didalamnya, maka pemilik pokok pisang kata disebabkan biji itu dia kata 'Awak' yang punya!. Kisah lain yangsaya dengar adalah dari cerita asal penulis blog perolehi dari perkampongan Orang Asli Kg Peta di Mersing, Johor yang mengatakan pisang jenis ini sering ada haiwan jenis 'Biawak' dikawasan pokoknya lalu dinamakan ia sebagai 'Pisang Awak'.  Pembaca disyorkan ujirasa Pisang Awak Legor jika belum pernah memakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
PISANG AWAK LEGOR... IA TIADA BIJI...
MUDAH DITANAM... BANYAK JEJARI...
ADA BEZA... PENCIRIANNYA DIBERI...
KAJIAN SERIUS... CARI SPESIFIKASI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1444H).
SELAMAT BERIBADAH PUASA!!!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...