Support My Blog

Wednesday, April 26, 2023

SAMBAL DAGING BALI - ADA KEISTIMEWAAN

SAMBAL DAGING BALI
merupakan salah satu kuliner yang penulis blog kurang kenal sebelum ini dimana saya hanya mengenalinya pada tahun 2022 setelah berkunjung kerumah besan di Masjid Tanah, Melaka. Didakwa sambal daging ini agak istimewa kerana hanya sering disediakan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja. Apa pun dilaporkan penyediaan resepi ini menggunakan ramuan atau bumbu khas yang turun temurun di sediakan khusus bagi resepi ini sahaja. Walau pun rasanya agak pedas dan berempah akan tetapi dinilai ia sebenarnya ia amat sesuai dimakan bersama nasi putih atau pun ketupat atau pun jika dengan lempeng, roti dan sebagainya. Sekali pandang dilihat sambal daging bali ini menyamai dengan kuliner masakan daging rendang atau pun daging masak hitam atau pun daging masak kicap pekat sahaja. Enak dimakan dengan nasi panas yang baru sahaja dimasak dan pada penulis blog dimakan tengahari ketika perut sedang lapar. Apa lagi kalau makan free sahaja. Kalau pada penulis blog yang selama ini sangat suka dan meminati ayam masak ungkep dan daging hitam masak sate tetapi kini suadh ditambah lagi menu untuk hidangan pada hari raya dengan makan sambal daging sapi lembu yang sesuai dihidangkan. Memang banyak jenis lauk pauk lain disediakan semasa makan di Hari Raya daripada rendang, sayur lodeh, rendang lembu, rendang ayam, lemang, sambal kacang dan serunding disediakan sebagai hidangan istimewa. Kini dengan terjumpanya resepi masakan sambal daging lembu bali sudah bertambah lagi senarai menu yang juga mudah dsediakan dan di masak sama ada menggunakan daging lembu atau daging ayam juga. Artikel pada subun Hari Raya Aidilfitri ke dua ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa resepi dan maklumat mengenai makanan daging sambal bali untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. 


Resepi pertama ini merujuk kepada seorang pengusaha restoren yang memang sering menyediakan makanan Sambal Daging Bali ini dari Alor Gajah dimana memang ada ambil tempahan dan ada menjualnya menjelang aidilfitri. Apa pun selain bahan digunakan sebaiknya gunakan daging segar batang pinang atau daging peha yang premium untuk dapatkan hasil terbaik makanan ini. Bahan-bahan yang perlu disediakan termasuk Daging Segar yang perlu dihiris dengan betul sebanyak 1 kilogram (mengikut berapa banyak yang hendak disediakan), kicap lemak manis (penulis sukakan jenama Habhal atau kicap Cap Kipas Udang), Cili kering, Bawang besar 1 ulas dimana seperuhnya perlu dikisar, 2 ulas bawang putih, Lengkuas (sebesar ibu jari kaki ), Daun kari secekak dan juga disediakan serai sebanyak 6 batang. Bahan lain sebagai tambahan adalah sebiji buah tomato, 1 biji bawang besar dan Cili Besar Hujau serta Cili Hijau Besar Merah yang perlu dihiris serong untuk hiasan. Cara-cara untuk pembaca menyediakannya adalah dengan perapkan daging segar yang siap dipotong tadi dengan kicap manis dan bahan-bahan ramuan yang telah dikisar daidiamkan selama 15 minit. Perlu dipanaskan minyak masak dikuali dan dimasukan serai yang telah pun ditumbuk dan daun kari kedalam minyak yang panas. Kemudian digorengkan ia sehingga wangi dan kemudian akan dimasukan daging yang telah diperapkan tadi dan kacau hingga kering dengan api yang dikawal sentiasa agar tidak hangus. Akhir sekali adalah perlu dimasukan bahan-bahan tambahan lain dan dikacau sebati dan boleh hidangkan dengan meletakkan tomato hiris, bawang besar hiris sebagai hiasan. Ia enak dimakan dengan nasi panas-panas bersama keluarga.


Bagaimana pun dalam satu kunjungan lain sempena hari raya didapati ada ahli keluarga oleh teman penulis blog yang pandai juga menyediakan dan selalunya menghidangkan makanan D
aging Sambal Bali ini. Menurutnya diantara beberapa bahan yang selalu diperlukan untuk memasak makanan ini adalah perlu ada 1 kg daging lembu terbaik (daging pperlu dipotong sederhana kecil), 340 ml kicap lemak manis, 150 ml cili kisar, 3 biji labu bawang besar yang sebaiknya perlu untuk dibelah empat, 3 tangkai cili merah (sebaiknya ia dibelah dua), 10 tangkai cili padi (pastikan ia dibuang tangkai), 15 helai daun kari, 3 batang serai (yang perlu titik) dan pastinya sedikit gula. Bagi bahan kisar sebagai ramuan atau bumbu ini pula digunakan 3 labu bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1.5 cm halia dan juga 1.5 cm lengkuas. Hampir sama dengan resepi diatas dimana perlu diperapkan daging lembu yang siap dipotong tadi bersama kicap dan bahan kisar selama 3 hingga 4 jam lamanya. Kemduain perlu dipanaskan minyak masak dalam kuali untuk menumis daun kari dan serai sehingga naik bau. Kemudian perlu dimasukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga empuk. Pastikan agar selalu memeriksa semasa memasak agar apbila kuah agak pekat maka boleh dimasukkan bawang besar, cili merah, cili padi dan gula. Kacau sebati dan padamkan api serta dimasukkan kedalam mangkuk untuk hidangan. Enak dimakan dengan nasi panas.


Dalam pada itu ada juga resepi Ayam Sambal Bali yang enak dimakan dan senang disediakan. Penulis blog masih hairan bagaimana nama makanan ini diaitkan dengan perkataan Bali. Mungkin 'Bali' yang dimaksudkan disini tidak ada kaitan dengan Pulau Bali di Indonesia yang popular sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang terkenal. Bagi menyediakan kuliner ayam masak sambal bali ini perlu bahan-bahannya iaitu 1 ekor ayam yang dipotong sederhana saiznya (tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil), 6 batang serai (yang sesuai dititik, 8 tangkai daun kari perlu dileraikan,  Segenggam cili kering, 5 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih), sedikit belacan, Kicap masin, Satu senduk gula dan juga bahan 1 sudu teh garam. Perlu diingat dimana ramuan seperti serai, cilii keringdan bawang dikisar halus. Cara memasaknya dengan membersihkan ayam dan potong berukuran sederhana kecil dan dibasuh serta ditoskan dan kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya dan juga digaul rata. Letakkan kuali diatas dapor dan panaskan minyak masak anggaran dua senduk untuk menggoreng ayam yang diperap tadi. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing dimana perlu tahu agar jangan sampai terlalu garing. Apabila sesuai ia diangkat dan ditoskan minyaknya dan ketepikan. Kemudian dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi maka boleh di goreng serai yang dititik sampai separa coklat. Seterusnya dimasukkan daun kari dan ia perlu digoreng selama satu minit. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi daan ditambahkan garam satu sudu kecil atau mengikut kehendak (jangan terlalu masin kerana ada gunakan kicap masih juga). Masukkan juga 1 senduk gula pasir dan pastikan agar jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap juga. Bila cili semua sudah cukup garing maka boleh dimasukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon seakan merah gelap dimana ia hampir masak. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan dibalik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit. Tutupkan api apabila Ayam Sambal Bali siap untuk dihidang dan dimakan dengan nasi panas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SAMBAL DAGING BALI.... APA BENDA...
MUDAH DIMASAK... SESIAPA SAHAJA....
ENAK DIMAKAN... MASA HARI RAYA...
GUNAKAN AYAM...IA SESUAI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1444H).
Selamat Hari Raya AidilFitri Hari Ke dua!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...