Support My Blog

Friday, April 28, 2023

PENGURUSAN KAWALAN RUMPUT - BAGAIMANA

PENGURUSAN KAWALAN RUMPAI
perlu dijalankan bagi mempastikan rumpai dikawal untuk memberikan pertumbuhan sempurna kepada tanaman di kebun. Terdapat 4 kumpulan jenis rumpai yang selalu ada tumbuh dikawasan kebun iaitu Jenis Rumput, Jenis Renek, Jenis Menjalar dan Jenis Paku-Pakis. Rumpai merupakan salah satu faktor yang termasuk dalam pengurusan agronomi tanaman termasuk di kebun kelapa sawit dengan melibatkan kos kedua tertinggi sebanyak 17 - 22% daripada jumlah kos pengurusan. Ianya merupakan kedua tertinggi selepas kos pembajaan. Kaedah kawalan rumpai berbeza-berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanah, kepadatan rumpai , jenis rumpai dan kos yang terlibat. Hasil dari pengalaman penulis blog selama lebih 38 tahun dalam memberikan khidmat pengembangan pertanian mendapati kebanyakan pekebun melaksanakan pengurusan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman sehingga menuai hasil dan menanam semula. Secara umumnya terdapat 4 kaedah untuk mengawal rumpai dikawasan penanaman kelapa sawit sama ada dijalankan secara atau dilaksanakan secara berintergrasi dengan pelbagai kaedah lain. Kaedah kawalan rumpai boleh di lakasanakan dengan KAEDAH AMALAN KULTURA (Cultural practices) , KAEDAH MEKANIKAL (Mechanical), KAEDAH BIOLOGIKAL (Biological Control) dan KAEDAH KIMIA (Chemical Control) atau kombinasi diantara semua diatas. Kaedah Amalan Kultura merupakan kaedah dimana melibatkan aktiviti amalan pertanian seperti meletak 'Sungkupan' disekeliling pangkal pokok terutama pokok muda dikawasan yang berterrain. Jenis sungkupan yang sering digunakan adalah tandan-tandan kelapa sawit kosong dari kilang atau racikan batang kelapa sawit yang telah ditebang. Bahan ini diletakkan dipangkal pokok dengan susunan rapat dan pereputan aakan menjadikan ianya menjadi baja kompos atau baja organik. Bahan lain yang boleh digunakan sebagai sungkupan adalah dengan menggunakan Plastik Hitam Jenis Silvershine atau Bekas Plastik Baja yang telah digunakan. Penanaman tanaman penutup bumi merupakan satu teknologi yang paling popular dikalangan estet-estet kerana ianya sangat praktikal, berkesan dan memberikan kebaikan kepada faktur kesuburan tanah. Jenis penutup bumi dari kumpulan kekacang menambahkan unsur Nitrojan didalam tanah dan ini memerlukan pengurusan yang signifikan. Penanaman untuk tanaman kontan juga diamalkan untuk mengawal rumpai seperti menanam tembikai atau lain-lain tanaman makanan. Apa pun artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' dikongsi bagaimana pengurusan dalam kalawan rumput untuk dijadikan bahan rujukka semua.


Perkara penting didalam pengurusan kawalan rumpai secara umum perlu diketahui oleh petani. Secara ilmiah penulis blog dapati r
umpai adalah sebarang jenis tumbuhan atau baka tanaman yang tidak diinginkan tetapi tumbuh di dalam kawasan kebun. Kehadiran rumpai di kebun betik komersil di Pagoh, Muar bagaimana pun dikawal disekeliling pangkal pokok betik secara manual (Sila lihat foto disebelah).  Kehadiran rumput ini dengan tidak terkawal menyebabkan ia akan jadi persaing kepada tanaman sehingga menjadi penghalang kepada proses pertumbuhan dan juga pengeluaran hasil. Tujuan pengurusan rumput-rumpai didalam kebun termasuk mengurangkan persaingan untuk sumber air, nutrient and cahaya matahari dengan tanaman yang ditanam. Kawalan inii perlu dilakukan bagi mengelakkan saingan rumput-rumpai yang boleh merencatkan proses pertumbuhan tanaman (seperti dikebun kelapa sawit) selalu ada rumpai seperti jenis Lalang (Imperata cylindrica), Rumput Kemarau (Ischaemum muticum), Rumpai Ulam Tikus (Mikania micrantha), Selaput Tunggul dan lain-lain. Rumput juga perlu dikawal untuk menyediakan kebun bebas rumpai di kawasan bulatan pangkal tanaman dimana bagi tanaman kelapa sawit sebagai contoh ia perlu dibersihkan menjadi kawasan jatuh tandan buah sawit (tandan jatuh dan bbuah lerai jatuh dapat dilihat). Kawalan rumpai berkait dengan tujuan melindungi tanah daripada hakisan dan pelihara kadar kelembapan dan kesuburan tanah dengan menggalakkan pertumbuhan rumput-rumpai lembut (soft grasses), pakupakis atau kekacang penutup bumi di kawasan antara pokok-pokok sawit. Kawasan dusun buah-buahan perlukan kaedah kawalan rumpai yang berbeza bergantung kepada jenis buah-buahan, umur pokok, jenis tanah, keadaan cuaca dan juga kos bahan kimia. Dusun Durian sebagai contoh amat sensitif kaedah kawalan rumpai kerana menyembur racun rumpai (terutama jeni racun sistemik) akan merosakan akar tanaman durian untuk jangkamasa lama. Sebaiknya di dusun durian rumpai dikawal dengan cara memotong menggunakan mesis pemotong rumput asalkan tidak guna racun kimia.


Terdapat beberapa cara dalam kaedah p
engurusan rumpai dikawasan kebun tanaman. Bagi sesetengah tanaman yang besar seperti kebanyakan tanaman buah-buahan aktiviti Merumput Kawasan Bulatan atau Kawasan Jatuh Tandan Buah Sawit (‘Drop Zone’) atau Kaedah Merumput Bersih secara bulatan sejauh 1.5 meter (5 kaki) dari pangkal batang pokok sesuai dilakukan. Bagi tanaman buah-buahan pula kaedah sama disesuaikan bergantung kepada jenis pokok buah-buahan dan umur pokok tersebut. Pastikan tidak ada rumput-rumpai atau sampah di bulatan supaya senang aktiviti mengutip biji atau buah lerai. Kaedah lain mengawal rumpai adalah dengan Merumput Lorong diantara pokok seperti Laluan Keluar Tandan Buah Sawit (TBS) dengan cara perlu merumput lorong selebar 1 meter atau kurang dari pokok ke pokok dan sekiranya diperlukan juga atau bergantung kepada cara-cara mengeluarkan TBS. Bagi kawasan tanaman buah-buahan dikawasan lereng atau teres kawalan rumpai perlu dilakukan tetapi elakkan dari meracun dibahagian tebing teres untuk elakkan berlaku hakisan tanah. Merumput tempat pejalan dari pokok ke pokok untuk tujuan mengeluar tandan buah sawit dan biji lerai serta untuk kerja-kerja membaja, mencantas dan sebagainya. Pengurusan kawalan rumpai juga boleh dilakukan dengan Merumput Kawasan Tapak Bagi Pengumpulan Tandan Buah Sawit (TBS) bagi tanaman sawit. Merumput di kawasan tapak pengumpulan TBS dan biji lerai supaya tiada tertinggal biji-biji lerai semasa memunggah dari tapak ke atas lori. Kaedah kawalan rumpai teruytama dikawasan tanaman sawit boleh dilakukan dengan pendekatan Secara Manual atau secara Mekanikal. Aktiviti cantasan  secara manual atau cabut rumpai boleh dilakukan walaupun kaedah ini lambat dan makan masa yang lama untuk ianya disempurnakan. Kawalan juga boleh dilakukan melalui cara cantasan dengan mesin rumput walau pun cara ini selalunya rumpai cepat tumbuh semula. 


Pengurusan kawalan rumpai yang paling popular dikalangan petani melalui kaedah  Semburan Penggunaan Racun Rumpai. Ramai penanam sayur-sayuran, tanaman buah-buahan dan kebun getah serta pekebun kelapa sawit yang suka menggunakan racun rumpai untuk kawal rumpai dikebun. Ini kerana kaedah ini merupakan satu cara yang cepat serta mudah untuk dilakukan dimana tempoh kawalan rumpai adalah agak lama berbanding dengan kawalan secara mekanikal. Terdapat banyak jenis racun rumpai dijual dipasaran yang boleh dibeli dan disembur kekawasan yang bermasaalah dengan rumpai menggunakan tong penyembur racun atau alatan penyemburan lain yang lebih moden boleh dilakukan. Penggunaan Racun Rumpai secara amnya boleh dibahagikan mengikut cara racun memasuki dan mengawal rumpai iaitu Jenis Racun Sentuh dimana racun ini selalunya akan merosakkan tisu-tisu daun, batang yang bersentuh dengan bahan aktif didalam racun tersebut. Bagaimana pun kawalan ini perlu semburan secara menyeluruh terhadap daun dan batang rumpai. Lazimnya dipasaran antara contoh racun sentuh seperti glufosinate ammonium (e.g. Basta®) dan juga sodium chlorate. Jenis Racun Sistemik pula merupakan racun yang akan memasuki tisu-tisu tumbuhan melalui sistem serapan daripada akar atau daun. Cara tindakan racun ini adalaj dengan ia akan merosakkan rumpai dengan cara ia akan menganggu fungsi biokimia, pertumbuhan dalam rumpai dan agak lambat dilihat kesannya berbanding dengan racun sentuh. Diantara beberapa contoh racun sistemik adalah termasuk Glyphosate isopropylamine(e.g. Roundup®) dan juga metsulfuron methyl (Ally®). Amat penting mempastikan beberapa jenis peralatan Semburan Racun seperti Pam Penyemburan Galas (‘Knapsack Spray Pump”), Mist Blower, Motorised Power Sprayer dan sebagainya. Pengurusan rumpai dikawasan kebun perlu dilakukan untuk membolehkan gangguan rumpai tidak menjejaskan tanaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAWALAN RUMPAI... CARA BAGAIMANA...
GUNAKAN RACUN... PETANI PALING SUKA...
ADA KAEDAH... PELBAGAI CARA GUNA...
RUMPAI MATI... TANAMAN SUBUR JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syawal 1444H).
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...