Support My Blog

Thursday, April 27, 2023

CUACA PANAS - APA KESANNYA

CUACA PANNAS
(Hot temperature) di Malaysia dan negara lain memang berlaku setiap tahun. 
Sebelum saya paparkan apakah kesan panas terhadap pertanian sebaiknya di lihat juga kesan cuaca panas ini dalam aspel kesihatan manusia. Apa pun semasa artikel ini ditulis memang cuaca amat panas di Melaka dan kebanyakan negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian sama ada sederhana, panas atau sejuk. Bagaimana pun di negara kita kes cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada situasi peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu kejadian penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi. Dalam pada itu dinyatakan ada kesan kesihatan akibat dari pendedahan kepada Cuaca Panas. Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia dimana ada kesan kesihatan yang berbagai dari cuaca sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba dimana ada kes teruk yang boleh menyebabkan maut. Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh faktur jenis pakaian yang pelbagai jenis yang digunakan, keadaan suasana dalam pekerjaan serta aktiviti fizikal dan riadah yang boleh terjejas. Apa pun kesan cuaca panas ini amat berkaitan dengan individu dan ketahanan seseorang itu dalam keadaan ini. Paling ketara dimana cuaca panas selalunya menyebabkan keletihan atau kelesuan akibat dari panas (heat fatigue) atau ada kes sehingga seseorang itu pitam atau boleh pengsan akibat dari panas (heat syncope), Cuaca panas juga didakwa menyebabkan kes kekejangan akibat dari panas (heat cramps) dan juga kes kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion). Paling sering dipaparkan dalam media adalah bahaimana cuaca panas boleh menyebabkan 'Strok' akibat dari cuaca panas (heat stroke). Antara tanda-tanda dan juga gejala kesihatan berkaitan dengan panas termasuk kejadian Sakit kepala, Keletihan, Tumpuan menjadi lemah, Pening Kepala, Lemah otot–otot badan atau berlaku kekejangan. Dslsm kes lain yang teruk akan menyebabkan kejadian Mual atau Muntah pula. Seterusnya ia boleh menyebabkan kejadian Dehidrasi (kekeringan atau dehydration), kekeliruan dan koma (tidak sedarkan diri). Artikel pada petang Rabu 5 Syawal 1444H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia cuaca panas dan kesannya terhadap kehidupan manusia dan tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Perubahan cuaca kini semakin sering berlaku dan ada banyak dinyatakan dalam media perdana memberikan kesan ekonomi kepada sektor pertanian dan sektor lain di Malaysia. Memang banyak perkara dikaitkan di kawasan khatulistiwa apabila dijangka cuaca panas tahun ini boleh memberikan perubahan kepada kehidupan manusia. Selain sektor pertanian yang membekalkan makanan dijangka ia akan menjejaskan aspek kesihatan juga. Sektor pertanian memang sangat memerlukan keberadaan air untuk proses pertumbuhannya dimana ada jenis tanaman seperti padi dan sayur-sayuran yang memang perlukan banyak air untuk tumbuh dengan baik. Penghasilan dari tanaman perladangan seperti kelapa sawit dan getah juga sangat berkait dengan cuaca dan suhu. Terkini dilaporkan dibanyak media dimana kesan dari fenomena cuaca panas akan menyebabkan kos pengeluaran pertanian akan meningkat sebanyak 20% yang mana kesannya akan menjejaskan harga makanan dipasaran pula. Selain itu keadaan cuaca panas juga boleh menjejaskan sektor pelancongan, perindustrian, kegiatan sukan outdoor dan sebagainya. Perubahan cuaca berlaku disebabkan beberapa faktor diantaranya seperti kesan rumah hijau, kesan pulau haba (kawasan bandar), hujan asid, berlaku kejadian pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu dan sebagainya. Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya kes peningkatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain. Gas rumah hijau menyerap haba yang akan menyebabkan haba diserap di atmosfera dimana situasi ini menyebabkan suhu di bumi akan meningkat. Apabila suhu bumi meningkat maka beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub, perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku. Pulau haba pula ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya. Ia akan berlaku apabila ada banyak bangunan konkrit, bangunan yang ada bercermin, bangunan rapat serta padat dan juga kekurangan dari segi litupan tumbuhan hijau. Kes hujan asid berlaku dimana selalunya hujan berasid ini terjadi apabila ada kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang dibebaskan ke atmosfera yang membolehkan air hujan akan bertukar menjadi asid lemah. Kesannya 'air hujan asid' akan memberi kesan buruk seperti kecacatan kepada pucuk tumbuhan, pH air kolam, kualiti air sungai berubah, kes sakit kepala serta menjadikan sistem imun manusia menjadi lemah. Bila berlaku jerebu dimana ia juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di Malaysia yang mana ada pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa disebabkan oleh kesan asap kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi. Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup. 


Dilaporkan dalam hmetro.com dimana '
Panas berpanjangan punca pesawah terjejas' dimana keadaan sawah padi yang kering kontang dan tanah merekah di beberapa kawasan tanaman padi dimana ia berkait fenomena cuaca panas dan kekurangan hujan yang melanda negara. Salah satu kawasan terjejas seperti di Kota Belud, Sabah dimana ramai pesawah mulai bimbang dengan cuaca panas berpanjangan di negeri kerana ia akan memberi kesan kepada aktiviti penanaman padi. Apa pun hasil tinjauan di Kampung Tempasuk 2 dan Kampung Sangkir mendapati ada tapak sawah merekah berikutan cuaca panas sejak hampir sebulan lalu (Sila lihat foto disebelah). Bagi beberapa petani yang ditemui turut melahirkan rasa bimbang cuaca panas berpanjangan akan menyebabkan sawah merekah selain hasil padi terjejas. Ada beberapa petani yang mula menanam bagi musim baharu pada awal Februari lalu kini berdepan risiko padi menjadi rosak. Kini bagi mereka hendak mendapatkan air yang mencukupi adalah satu isu dan cabaran terutama pada musim kemarau. Petani berharap cuaca panas yang melanda ketika ini tidak berpanjangan, sekali gus tidak merugikan petani. Sementara itu, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Salmah Labulla, berkata jika cuaca panas berterusan sehingga bulan depan dimana pihaknya menasihatkan pesawah untuk menangguh jadual penanaman padi di kawasan terbabit sehingga cuaca kembali seperti biasa.  Cuaca panas sekarang memang menjejaskan pesawah termasuk air sungai surut. Oleh sebab itu kini IADA ambil beberapa langkah termasuk nasihatkan mereka tangguh jadual penanaman sehingga cuaca kembali seperti biasa. Kalau lazimnya dalam keadaan cuaca panas melanda makan pihaknya akan menasihatkan pesawah untuk melakukan kerja pembersihan dan pembaikan sawah sebagai persediaan sekiranya cuaca kembali seperti biasa.


Kisah di media bagaimana 'Penoreh Getah Terjejas Pendapatan Jika Cuaca Panas Berlanjutan' wajar dikongsikan. Berrita yang dipetik dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan nyatakan cuaca panas yang melanda negara sekarang hanya akan memberi kesan buruk kepada tanaman getah jika berlanjutan terlalu lama. Pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) dakwa keadaan ketika ini masih dianggap sebahagian proses kitaran biasa tanaman itu dimana daun pokok luruh mulai Oktober hingga Januari lalu (Sila lihat foto disebelah). Keadaan cuaca panas yang bermula bulan April sehingga Mei telah menyebabkan dimana sistem pertahanan semula jadi pokok getah terhadap perubahan cuaca itu iaitu meluruhkan daun membolehkan pokok dapat bertahan. Keadaan sekarang masih dianggap biasa bagi tanaman getah, tetapi jika cuaca panas berlanjutan selepas Mei maka barulah kesan negatif terhadap getah berlaku. Apa pun tanaman getah di negara ini pernah terjejas akibat keadaan jerebu teruk pada tahun 2007 yang didakwa menyebabkan pengeluaran getah merosot kira-kira 10 peratus. Jika cuaca panas terus melanda selepas Mei akan datang maka kesan negatif yang sama akan berlaku kerana pokok getah tidak boleh melakukan proses fotosintesis dalam keadaan cuaca begitu.


Dalam portal mstar.com dilaporkan dimana '
Musim Panas Jejas Tanaman Sayur-Sayuran, Buah-Buahan' berkait dengan artikel ini untuk dikongsikan. Musim panas memberi kesan terhadap sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bunga-bungaan dimana ia bukan sahaja harganya dijangka meningkat akan tetapi kualiti pertumbuhan tanaman juga memang dijangka terjejas. Bagi Setiausaha Persatuan Pekebun Sayuran Cameron Highlands Chay Ee Mong dakwa kekurangan hujan, kekurangan bekalan air dan cuaca panas telah menyebabkan kejatuhan tahap pengeluaran sayur-sayuran. Pada bulan Mac, sudah terdapat penurunan dalam pengeluaran sayur-sayuran pada kadar 10 dan 20 peratus. Didakwa kualiti sayur-sayuran juga terjejas dan bagi petani yang menanam sayur-sayuran kawasan tanah tinggi apabila nerlaku suhu yang semakin meningkat tidak sesuai untuk diusahakan sayuran temperate. Di kawasan-kawasan tertentu sudah terdapat masalah pengairan dan kekurangan air. Kisah dari Cameron Highlands yang biasanya akan menghasilkan sekurang-kurangnya 600 tan metrik sayur-sayuran setiap hari kini bermasaalah apabila suhu yang semakin meningkat juga membawa kepada masalah serangga perosak yang akhirnya menyebabkan sayur-sayuran berkualiti rendah. Beberapa sayur-sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung adalah murah kerana ia dihasilkan di kawasan tanah rendah dan tidak terjejas oleh cuaca panas. Hanya sayur-sayuran tertentu seperti kacang panjang Perancis dan kobis akan menjadi lebih mahal. Kacang panjang Perancis yang biasanya berharga RM3 - RM4 sekilogram kini berharga lebih dari RM5.kg manakala harga kobis yang biasanya berharga antara RM1.20 dan RM1.50, kini berharga lebih dari RM2. Kawasan Cameron Highlands menghasilkan kira-kira 20 jenis sayur-sayuran termasuk tomato, daun bawang, selada air, lobak dan saderi. Dalam pada itu pengeluaran buah-buahan juga terjejas akibat musim kemarau. Pengeluaran dijangka mengalami lebih penurunan pada bulan depan berikutan cuaca panas yang melanda negara. Sama seperti sayur-sayuran, beliau berkata terdapat penurunan dari segi kualiti terhadap buah yang ditanam. Terdapat kemungkinan berlakunya kenaikan harga tetapi ia juga bergantung kepada kuasa pasaran. Jika berlaku kekurangan bekalan dan terdapat permintaan, harga akan meningkat dimana pada masa yang sama, jika kualiti yang dihasilkan tidak begitu baik dan pengguna mungkin tidak akan membelinya. Bagi Presiden Persatuan Florikultur Cameron Highlands Lee Peng Fo juga menyalahkan cuaca panas dan kekurangan bekalan air yang telah menyebabkan penurunan 10 ke 20 peratus dalam pengeluaran bunga di sana. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CUACA PANAS... MERBAHAYA KESANNYA...
KESIHATAN MANUSIA... TERGANGGU JUA...
TANAMAN ROSAK...HASILNYA NAIK HARGA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...