Support My Blog

Friday, April 14, 2023

BELIA DAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

PENGLIBATAN BELIA
dalam sektor pertanian di Malaysia memang semakin kurang dimana ia masih amat sedikit diceburi golongan ini dan sering menjadi perbincangan pelbagai pihak diperingkat dasar. Sektor pertanian di Malaysia dilihat masih merupakan salah satu sektor penting yang masih mendapat tumpuan dalam aspek perdagangan dan aspek keselamatan kerana ia merupakan pembekal makanan, sumber bahan mentah dan merupakan sumber pekerjaan kepada ramai penduduk di Malaysia dan diseluruh dunia. Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian menunjukkan keupayaan negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi, murah dan berkualiti kepada rakyatnya. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di negara mereka, malahan ia dimajukannya iaitu sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan. Senario dan perkembangan bidang pertanian komersial di Malaysia yang telah lama berkembang sejak 50 tahun lalu dimana penulis blog lihat ia jelas menunjukkan kurangnya penglibatan golongan belia dalam bidang ini semakin serius. Kebanyakkan golongan belia yang memiliki kelayakan pendidikan akademik dan teknikal yang tinggi sanggup menunggu peluang pekerjaan dalam sektor lain seperti sektor awam dan swasta dari mereka memilih untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Penglibatan oleh generasi muda dalam industri pertanian memang ia sudah lama dibahaskan sejak tahun 1980'an lagi. Pelbagai cara dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya untuk menarik minat golongan muda menyertai industri pertanian namun hasilnya masih lagi tidak memuaskan. Hasrat kerajaan pada hari ini juga adalah untuk melahirkan ramai golongan belia yang menceburi sektor pertanian sepenuh masa dan menjadi usahawan tani yang berjaya. Namun begitu kini industri pertanian negara pada hari ini masih dipelopori oleh golongan tua atau 'senior citizen sahaja' dan pendatang asing. Keadaan ini memungkinkan wujudnya cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh sektor pertanian antaranya keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, jaminan berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan dan keperluan untuk memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara bagi memastikan pembangunan pertanian yang mampan. Di negara Belanda dan Australia kini dilihat dimana usahawan tani telah menjadi satu bidang profesional dan menguntungkan) Namun di dalam negara kita alaysia masih tebal presepsi dan anggapan belia bahawa pertanian adalah tradisional, tidak menguntungkan dan tidak berpotensi untuk mengubah kualiti hidup harus di kikis selaras dengan tahap pemodenan negara dan pendidikan yang ada dimiliki belia. Penulis blog merujuk kepada satu laporan yang menyatakan statistik menunjukkan penglibatan belia dalam sektor pertanian adalah 775.000 orang pada umur 15 hingga 40 tahun dimana ia merupakan jumlah yang kecil berbanding sektor lain seperti pembuatan (1.3 juta) dan perdagangan seramai 1.25 juta (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021). Dalam media selalu dilaporkan masih ada ramai golongan belia yang telah berjaya dalam industri pertanian dan membuktikan bahawa pertanian itu merupakan satu perniagaan yang menguntungkan tetapi peratusan yang terlibat dalam bidang ini berjumlah kecil. Artikel pada petang Khamis 22 Ramadan 1447 Hijran ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas isu belia dalam sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalan satu laporan oleh bharian.com yang bertajuk '
Belia digalak ceburi pertanian moden' berkaitan dengan tajuk kali ini. Dilaporkan dimana penggunaan teknologi dan inovasi moden mampu tingkat hasil bidang pertanian termasuk aplikasi drone. Kini golongan belia antara golongan terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 kerana majoritinya belum memiliki tahap kewangan stabil kerana baru menceburi alam pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan hingga menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Menurut Laporan Tenaga Buruh dimana kadar pengangguran belia bagi umur 15 - 24 tahun telah meningkat sebanyak 0.4% atau 13.9% pada Februari 2022 selepas PKP di tarik balik. Bilangan belia menganggur meningkat sebanyak 52,400 ribu orang kepada 347,600 orang berbanding bulan sebelumnya (295,300 orang). Bagi mengatasi isu kadar pengangguran tinggi dan ditambah kes penularan COVID-19 pernah jadi kritikal dilihat sektor pertanian menjadi gerbang paling ideal diterokai belia. Pilihan kerjaya golongan itu pada masa kini lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pertanian menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara sejak sekian lama, malah ia terus relevan dengan perkembangan semasa kerana dapat memenuhi keperluan negara dan masyarakat kerana dapat membekalkan sumber makanan, menyediakan bahan mentah untuk tujuan keperluan serta kegunaan industri asas tani. Ia juga mampu meningkatkan taraf hidup, menawarkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan, mempromosikan pembangunan kemanusiaan serta menjaga hak kemanusiaan dan membasmi kemiskinan. Sumbangan sektor pertanian di negara ini amat besar dan ditambah kadar pengangguran meningkat dalam kalangan belia terutama golongan berpendidikan tinggi, pembabitan belia amat diperlukan. Golongan belia perlulah terarah kepada memodenkan dunia pertanian. Malangnya dilaporkan sehingga kini dimana pembabitan golongan belia berusia antara 18 - 40 tahun masih pada tahap rendah. Ada di laporkan dimana purata umur petani di negara ini melebihi 55 tahun dengan petani lebih tua dikatakan sukar atau enggan menerima perubahan dan kurang cenderung mempromosikan aktiviti diversifikasi atau mempelbagaikan pengeluaran serta kurang berupaya mengguna teknologi baharu. Malaysia masih memerlukan komuniti pertanian sandaran daripada belia untuk menyokong kumpulan petani semasa kerana generasi muda ialah aset penting bagi pembangunan ekonomi sesebuah negara. Senario ini menggambarkan betapa sektor pertanian perlu segera dibanjiri oleh kalangan agropreneur muda dan ditransformasikan ke arah lebih efisien serta efektif bagi meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara seiring sektor perkhidmatan dan pembuatan. Apa pun bagi merealisasikannya maka sektor ini amat memerlukan agropreneur muda memiliki ciri sesuai seperti sanggup menanggung risiko, berinovasi, mampu mengaplikasikan teknologi dalam perusahaan pertanian dan juga generasi digital pertama dapat melihat keusahawanan pertanian sebagai bidang kerjaya menarik dan menguntungkan. Sektor pertaanian perlu dirancakkan dengan kehadiran agropreneur muda memiliki lensa penggunaan teknologi dan inovasi adalah keperluan agar sektor ini dapat memberi lebih impak positif.  Pembabitan agropreneur muda perlu terus dipertingkatkan untuk menjamin matlamat Dasar Keusahawanan Nasinal (DKN) 2030 yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada Julai 2019 dalam menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul menjelang 2030 dapat dicapai.


Dalam kes lain dilaporkan dimana rekod '
Hanya 15 peratus belia terlibat dalam pertanian' seperti di laporkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) baru-baru ini. Dilaporkan dimana sekitar 15 peratus daripada 1.4 juta belia di negara ini yang terlibat dalam bidang pertanian dimana ini sekali gus memberi gambaran golongan muda masih kurang berminat dalam sektor tersebut. Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendakwa mereka sedang berusaha meremajakan sektor pertanian dengan caran menggalakkan penglibatan lebih ramai golongan belia dalam bidang tersebut. Pihak kementerian nyatakan kajian turut menunjukkan hanya sekitar 4% sahaja kalangan pelajar di universiti yang akan mempertimbangkan kerjaya mereka dalam bidang pertanian. Apa pun isu ini dan maklumat ini menunjukkan persepsi para belia kepada sektor pertanian dan ia perlu diperbaiki bagi mempastikan lebih ramai belia menceburi bidang pertanian di Malaysia. Penulis blog pernah merujuk rekod dari kementerian masa itu dimana rekod menunjukka sejak 2016 lagi seramai 7,528 orang agropreneur muda seluruh negara telah diberikan pelbagai jenis bantuan dengan nilai RM134.29 juta melalui kelulusan geran dan pembiayaan Agropreneur Muda. Ada pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan terus untuk dilaksanakan bagi menarik golongan belia berusia 18 - 40 tahun menceburi bidang pertanian. Kini beberapa strategi didalam usaha meremajakan sektor pertanian perlu terus ianya diperkasakan dengan menggalakkan penglibatan golongan muda, mengaplikasikan teknologi pertanian moden dan mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian. Golongan muda juga dikenalpasti sebagai kumpulan atau kelompok utama yang cenderung atau terbuka menerima teknologi-teknologi pertanian moden seperti Internet Of Thing, ‘precision farming’ dan pertanian pintar. Penglibatan golongan muda ini dapat meningkatkan jaminan bekalan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan kita kepada import makanan di masa akan datang.


Menarik laporan bernama bertajuk 'Pertanian dan peluang golongan belia' didalam sektor pertanian untuk dikongsikan. Keadaan ekonomi dunia dan kenaikan harga bahan makanan kini menjadi satu isu hangat di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kesan dari pandemik Covid19, peperangan, bencana alam dan sebagainya kini i
a memberi impak yang cukup hebat kepada kehidupan semua orang di dunia apabila dilaporkan terutamanya apabila ramai penduduk dilaporkan kehilangan pekerjaan dan kenaikan kos bahan input pertanian. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan melaporkan kini kadar pengangguran dalam negara kita meningkat sebanyak 17.1 peratus kepada lebih 600,000 orang pada Mac 2020 dan naik lagi pada tahun 2022. Dilaporkan apa yang lebih membimbangkan adalah apabila golongan belia menjadi penyumbang kepada statistik tersebut sebanyak 6.9 peratus. Kemungkinan besar ini akan memberi tekanan kepada golongan belia kerana kesukaran didalam mereka mendapatkan pekerjaan bagi dapat menjana sumber pendapatan. Walaupun kini pada 2023 tidak berdepan dengan wabak pandemik ini tetapi status golongan belia yang masih menganggur seringkali disuarakan. Ada kemungkinan belia yang menganggur ini yang masih duduk lama di rumah dimana masih tidak banyak tempat untuk mengisi masa lapang atau ruang kosongnya. Antara perkara yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan masa yang terluang ini maka golongan belia boleh mengambil peluang melakukan aktiviti perkebunan di sekitar rumah atau di kawasan perumahan. Aktiviti mengisi kelompongan dan kekosongan itu akan dapat mengelakkan diri mereka daripada kemurungan dan masalah jiwa lain yang datang terutamanya ketika wabak ini sedang melanda. Penghasilan makanan untuk bekalan semasa pandemik antara isu yang sering dibincangkan oleh kalangan rakyat Malaysia khususnya pada peringkat pasca pandemik.  Kini ramai yang dilaporkan berjaya mengurangkan belanja dengan melibatkan diri dengan menanam sendiri dikawasan rumah seperti menanam sayuran kangkung, bayam dan cekur manis dan sebagainya. Selain itu bahan makanan ulam dan herba seperti ulam raja, pegaga, serai, daun pandan, limau kasturi, daun bawang dan halia turut di dapati dalam kawasan rumah saya. Selain dapat menghasilkan bahan makanan sendiri untuk kegunaan harian, bertani juga menjadi terapi kepada segala tekanan atau kemurungan dalam kehidupan semasa tempoh pandemik ini. Bidang pertanian mampu dipertingkatkan dengan penglibatan lebih ramai petani atau pengusaha terutamanya dalam golongan anak muda yang berminat menceburi bidang penghasilan makanan iaitu dilakukan sama ada aktiviti bertani yang dijalankan itu berskala kecil mahupun besar. Sekurang-kurangnya mereka akan dapat menimba pengetahuan, menambah kemahiran berkebun dan memupuk minat bertani sebagai persediaan memenuhi keperluan diri dan keluarga khususnya apabila berlaku bencana yang tidak pasti berlaku. Pertanian dilihat mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya ia dilakukan secara serius terutamanya dengan mulakan tanah terbiar yang ada. Jabatan pertanian dan kerajaan perlu bertindak memberi dorongan kepada mereka agar boleh merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan negara dalam industri AgroMakanan termasuk mengeksport ke luar negara.


Penting untuk semua pihak agar mengubah p
ersepsi belia terhadap bidang pertanian dilakukan secara menyeluruh. Peranan pihak kementerian terbabit di Putrajaya mesti memberikan fokus terhadap usaha mengubah persepsi negatif golongan belia terhadap bidang pertanian bagi tujuan untuk mendekatkan dan meningkatkan lagi akan penglibatan petani terutama belia dalam bidang itu. Masih  ramai daripada golongan belia menganggap pertanian adalah bidang untuk mereka yang lebih berusia dan miskin serta tidak memerlukan pendidikan tinggi mahupun teknologi moden. Program menggalakkan dalam mengubah persepsi supaya belia sedar yang pertanian adalah kerjaya dunia moden adalah proses berterusan. Persepsi yang menganggap bahawa mereka yang terlibat dalam dunia pertanian adalah 'orang miskin' sedangkan di negara-negara maju seperti di Jepun, Belanda, Korea, USA dan sebagainya orang yang terlibat dalam bidang pertanian adalah orang kaya dan mereka berjaya. Walau pun sudah ada pelbagai program belia sudah dilaksanakan termasuk di peringkat universiti dengan mana ada kerjasama persatuan-persatuan belia dan pihak-pihak yang berkenaan akan tetapi keberkesanannya masih jauh daripada diharapkan. Ia bermula semenjak di bangku sekolah rendah lagi untuk memberikan kesedaran akan kepentingan dan usaha bidang pertanian moden itu menjadi kerjaya. Pernah dulu ada sebuah unib=versiti khusus untuk pertanian iaitu UPM tetapi sudah pun ditukar kepada Universiti Putra Malaysia yang tidak banyak jalankan pendidikan pertanian. Ada tanggapan dimana persekitaran kerja dibidnang pertanian yang kurang kondusif, peluang kerjaya yang terhad, upah yang rendah dan persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian menyebabkan ramai tidak berminat berkecimpung dalam bidang tersebut dimana kesannya telah menyebabkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Sepanjang masa pihak kementerian terlibat menambah baik prasarana insitusi latihan di bawah kementerian serta meningkatkan jumlah  pengambilan pelatih mengikut keperluan industri pertanian tetapi ramai tidak menceburi sektor pertanian selepas tamat kurusu dibidang tersebut. Isu ini perlu di bincangkan bagi mencari strategi terbaik penglibatan belia dalam sektor pertanian moden di negara kita. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
GOLONGAN BELIA.... JAUHI PERTANIAN...
BANYAK SEBAB... PERLU DIJELASKAN...
PERTANIAN PENTING... BEKAL MAKANAN...
STRATEGU DISUSUN...IA BERTERUSAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...