Support My Blog

Sunday, April 9, 2023

KERTAS - APA KEPENTINGANNYA

KERTAS
(Paper) merupakan satu bahan penting didalam kehidupan manuisa semenjak zaman kuno lagi dimana ia dibuat daripada pelbagai bahan gentian, sellulos, pulpa dan sebagainya. Pada penulis blog yang memang sejak kecil dulu sudah mengenali akan kertas ini mendapati ia adalah bahan amat banyak jenis penggunaannya. Dilaporkan dimana biasanya bahan gentian yang digunakan merupakan gentian semula jadi dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa digunakan ialah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce akan tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen dan hem juga ia boleh digunakan. Sellulos adalah 
merupakan sejenis polisakaride yang memiliki beratus bahkan beribu-ribu molekul glukosa yang bersambung membentuk suatu rantaian. Bahan sellulos selalunya didapati dari tumbuh-tumbuhan dimana ia merupakan struktur molekul yang utama dalam dinding sel bagi tumbuhan. Daripada banyak jenis tumbuhan kini hanya jenis-jenis kayu tertentu sahaja yang pernah digunakan sebagai bahan pembuatan kertas iaitu berkait dengan faktor ekonomi industri dan kualiti kertas yang akan dihasilkan. Ini kerana aspek untung-rugi atau ekonomi adalah berkait dengan kos pengeluarannya yang minima, pokok yang cepat tumbuh membesar, tahan dari serangan perosak dan penyakit serta harga mendapatkannya adalah murah. Umumnya setiap jenis tumbuhan akan mempunyai ciri-ciri dan struktur yang berlainan yang akan menentukan kualiti kertas. Apa pun biasanya kumpulan tumbuhan yang popular adalah dari jenis tumbuhan selulos dari kayu adalah kayu pokok berdaun lebar (dicotiledon atau hardwood) dan kayu daun jarum (conifers atau softwood). Umumnya kayu daun lebar memiliki serat yang cenderung pendek berkisar pada 0.5 - 1.5 mm dimana kayu daun lebar sangat sesuai untuk dibuat kertas dengan ciri permukaan yang halus. Sebaliknya kayu pokok berdaun jarum memiliki serat yang panjang berkisar pada 2 - 4 mm dimana kualiti kertas ini sesuai dijadikan kertas yang mudah lembut dan mudah ditembusi. Bagaimana pun pihak industri akan mencampurkan kedua-dua jenis kayu ini untuk menapatkan kertas keperluan semua. Malaysia agak luas juga menanam pokok untuk dijadikan kertas (Ada di Sabah, Sarawak, Perak, Johor dan Pahang) tetapi di negara jiran Indonesia yang merupakan negara ke 6 pengeluar kertas dunia menanam jenis Pokok Akasia (Acacia spp.) dan Eucalyptus spp. Bagi jenis pokok untuk membuat kertas dari jenis berdaun jarum adalah seperti Pokok Pine (Pinus spp).  Jenis-jenis kayu ini hsilnya akan diproses sesuai dengan jenis kertas yang hendak dihasilkan. Sejak dulu industri kertas dunia banyak bergantung kepada tanaman atau tumbuhan yang diusahakan secara komersil dibeberapa negara dan selalu mempunyai kilang pembuatan kertas tersendiri. Harga kertas semakin hari semakin mahal kerana ia perlukan banyak sumber mencukupi untuk banyak cara proses pembuatannya. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kertas, kepentingannya dan beberapa info menarik berkaitan tumbuhan digunakan dan sebagainya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Proses pembuatan kertas merupakan satu industri yang telah melalui pelbagai perubahan. Kalau dahulu dimana proses pembuatan kertas boleh 
dihasilkan iaitu secara manual dengan tangan (sama seperti membuat kertas dari daun nanas) atau sudah dikomersilkan oleh mesih dalam kilang bertaraf dunia. Apa pun apa yang penulis blog yang ada beberapa kali melawat kilang kertas didalam dan luar negara dimana ada tiga peringlat proses pembuatan kertas. Proses tersebut adalah dinamakan sebagai Proses Penyediaan Gentian, Proses Membuat Kepingan dan Proses Pengeringan. Proses Penyediaan Gentian dimana bahan batang kayu akan dihancurkan menjadi pulpa menjadi campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Disebabkan kebanyakan gentian ini dihasilkan daripada sumber semula jadi maka proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian telah dihasilkan kemudian ia akan diluntur atau pun diwarnakan bagi menukar bakal produk akhir. Bagi Proses Membuat Kepingan dimana campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air menjadikan ampaian cair dimana kemudia perlu ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk jaringan bergentian. Kemudian melalui proses yang ditekan kepada kertas pada menjadi golongan kertas panjang. Dalam membuat kertas ini tekanan boleh dikenakan bagi menghilangkan air  dan kertas sudah boleh dikeluarkan dari acuan semasa basah atau kering untuk diproses lebih lanjut. Apa pun kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gelungan atau jaringan. Apabila dikeringkan maka jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan kaedah memotongnya pada saiz yang diingini. Selalunya saiz dan juga piawaian ditetapkan oleh badan Piawaian Antarabangsa seperti International Organization for Standardization (ISO). Akhirnya produk kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa pengilangan (kertas kering lebih tahan lama jika dibanding kertas basah. Penyimpanan kertas kering lebih baik dalam keadan terjaga.


Amat banyak kegunaan kertas didalam kehidupan manusia. Bagaimana pu asasnya dimana kertas adalah bahan untuk menulis, mencetak, membaca dan sebagai dokumen penting yang sangat bernilai. Sejak beribu tahun kertas telah dijadikan bahan untuk menyimpan dokumen dan sebagainya sebagai rekod yang bernilai. Kertas lama ini digunakan sebagai bahan rujukkan sangat berguna seperti perjanjian yang boleh dijadikan dokumen rasi. Kertas juga sangat penting dan tinggi nilainya apabila ia dijadikan DUIT KERTAS atau WANG KERTAS. Kebanyakan duit kertas ada digunakan diseluh dunia dalam perdagangan dan peruncitan dan dalam simpanan. Peranan wang kertas sejak dulu masih lagi aktif digunakan diseluruh dunia untuk dijadikan sebagai wang kertas, cek, nota bank, bon dan banyak lagi yang mana nilainya daripada paling kecil sehingga triliun. Nilai matawang setiap negara amat berlainan bergantung kepada nilai mata wang yang mana ia disandarkan kepada negara masing-masing. Bagaimana pun terkini penggunaan wang kertas dibeberapa negara sudah mula berkurangan kerana dlihat kebanyakan pengguna sudah beralih kepada kaedah atau cara pembayaran secara on-line sahaja dengan mereka akan menggunakan talipon bimbit (HP) atau laptop. Paling banyak kertas digunakan di sekolah an universiti serta pejabat-pejabat dimana murid sekolah akan belajar menulis, mengira dengan buku latihan di sekolah sebagai kerja rumah. Dalam pada itu hampir semua peperiksaan di banyak peringkat dari sekolah rendah sehingga universiti masih menggunakan kertas untuk menjawab soalan dan kemudian dinilai pencapaiannya. Kertas juga pentng untuk mencetak tiket, sijil-sijil, poster, risalah dan sebagainya dalam semua bidang. Kertas yang bercetak dalam bentuk buku, akhbar, majallah, jurnal dan sebagainya masih lagi penting walau pun dunia sudah banyak berubah kepada penggunaan dalam sistem komputer. Di dalam rumah akan dilihat dimana kertas ada di tandas, hiasan dinding, almari buku, tong sampah (bekas pembalutan), kotak terpakai, bulu laithan anak yang masih sekolah, kraftangan dan sebagainya. Malahan selalu akan ada lori berlegar-legar dikawasan iaitu perumahan dengan pembesar suara 'Beli Surat Kabar Lama' dimana industri ini memang besar nilainya untuk kitar semula kertas. Kini industri kitar semula kertas menjadi satu industri yang penting selain dari menjana pendapatan ia juga perlu untuk kelestarian kebersihan dunia.


Terapat beberapa jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan bahan membuat kertas sejah dahulu untuk ianya dibincangkan. Bagaimana pun antara aspek terpenting adalah kos, kualiti dan jumlah yang mencukupi. Dibeberapa negara dunia penulis blog dapati ada lima (5) jenis tumbuhan yang pernah dan masih popular di gunakan untuk membuat kertas iaitu Pokok Akasia, Pokok Pine, Pokok Papyrus, Pokok Mulberry dan Pokok Buloh. Pokok 
Akasia (Acacia spp) adalah sejenis tumbuhan yang paling popular ditanam untuk menghasilkan kayu pelbagai guna seperti dibuat rumah, perabut, kraftangan, kertas dan sebagainya. Dilaporkan dimana serat dari kayu Akasia sangat sesuai untuk dijadikan bahan pembuatan kertas. Beberapa negara tropika seperti Malaysia dan Indonesia dilaporkan dimana mempunyai kadar pertumbuhan pokok akasia di ladang hutan memang sangat cepat matang sebelum dituai. Dilaporkan sebelum ini secara semulajadi pokok Akasia dapat ditebang setelah berumur berumur 25 - 50 tahun akan tertapi dengan teknologi terkini ia sudah boleh dtuai hanya setelah berumur 5 tahun sahaja!. Pokok akasia juga dapat tumbuh di banyak lokasi dan sudah di komersilkan. Kedua adalah Pokok Pine (Pinus sp) yang mana ia ada ditanam dan sering dipakai sebagai bahan asas pembuatan kertas. Pohon Pinus tumbuh pada dikawasan yang beriklim sederhana iaitu tidak panas dan tidak sejuk dengan cara perladangan. Apa pun selain dari untuk kayu berkualiti dimana sesuai dibuat kertas kayu pine amat sesuai dijadikan kayu perabut dan penghasilan getahnya. Ketiga adalaj Pokok Papyrus (Cyperus papyrusmerupakan sejenis tanaman air yang terkenal sebagai bahan pembuat kertas sejak zaman kuno di Mesir. Penulis blog dapat melihat tanaman ini di tepian Sungai Nil semasa berkunjung ke Mesir pada tahun 1999 dahulu. Dapat juga melihat bagaimana tumbuhan ini diproses menjadi kertas dan ada membeli beberapa kraftangan dari kertas ini yang tahan dengan baik sehingga ini selepas lebih 23 tahun berlalu. Umumnya pokok ini memang banyak tumbuh di sungai di Negara Afrika iaitu dikawasan paya yang lembab dan basah. Ke empat adalah Pokok Mullbery (Morus alba) yang selalu ditanam untuk makanan ulat sutera akan tetapi ia boleh diproses menjadi kertas. Kertas yang terbuat dari pokok Mullbery adalah kertas berkualiti dimana di Indonesia dipanggil sebagai 'Daluang' dimana zaman dulu pada abad ke 9 sudah digunapakai. Jenis tumbuhan yang ke 5 boleh dibuat kertas adalah Pokok Buluh (Bambusa vulgaris) dimana ia selalunya tumbuh meliar atau kini sudah dijadikan hutantani komersil. Sejarah pembuatan kertas dari buluh sudah lama dilakukan di negara China. Pokok buluh merupakan sejensi tumbuhan yang sangat cepat tumbuh tetapi sukar untuk dimusnahkan sehingga ia pernah digelar sebagai 'worst weed of the worlds'. Bagaimana pun kertas dari batang buloh selalunya adalah berkualit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KERTAS... PELBAGAI GUNA...
KAYUNYA DIPROSES... MENJADI PULPA...
PENTING DIDUNIA...NILAI DUIT JADINYA...
TUMBUHAN TERPILIH... BAHAN ASASNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekuutuan Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1444H).
SEMALAB BERPUASA RAMADAN!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...