Support My Blog

Tuesday, April 18, 2023

UPIH - APA DIA?

UPIH (Sheath) adalah merupakan bahagian pangkal pelepah daripada tumbuhan pokok keluarga Arecaceae atau Palma yang lebar dan nipis dimana ia digunakan untuk beberapa kegunaan. Upih dari pokok pinang merupakan jenis upih yang paling banyak digunakan sebagai pembungkus makanan, bahan membuat kraftangan, alat permainan tradisional, bekas simpanan padi dan makanan, aksessori kecantikan, pakaian, bahan binaan, alatan dapor dan banyak lagi. Kepingan Upih ini selalunya diperolehi daripada pelepah daun pokok yang tua dan mengering sebelum ia jatuh ketanah atau boleh dikutip dengan cara menariknya apabila sesuai (Sila lihat foto diatas). Kalangan masyarakat di negara tropika yang ada banyak jenis pokok palma ini menjadikan upih sejak lama dahulu sebagai satu bahan yang banysk digunakan secara tradisional. Di Malaysia walau pun upih ini selelunya dibiarkan begitu sahaja tetapi dibeberapa negara lain upih ini di jadikan sumber pendapatan kepada penduduk tempatannya. Banyak negara kepulauan yang terpencil selalunya akan mengambil upih ini sebagai bahan yang amat berguna. Dari segi marfologi tumbuhan dimana upih ini merupakan pelepah daun iaitu dibahagian yang melekat atau memeluk batang pokok palma. Perlu juga dijelaskan bukan semua pokok ada upih kerana hanya tanaman monokotilon sahaja yang ada terutamanya pokok palma dan beberapa jenis rumput (saiznya kecil). Pada penulis blog Pokok Pinang (Areca catechu) merupakan pokok yang mampu menghasilkan upih terbaik. Sila baca tulisan saya mengenai pokok pinang dengan pautan berikut (Sila klik disini). Fungsi bahagian tumbuhan iaitu upih ini adalah untuk ianya melindungi daun berkuncup serta pada tumbuhan yang berbatang tunggal (pseudo) dimana upih daun berfungsi dalam memperkuatkan batang tumbuhan tersebut. Penulis blog percaya ramai kalangan pembaca blog pernah menonton siri kartun terkenal dari Malaysia iaitu Upin dan Ipin dimana salah satu daripadanya menunjukkan bagaimana kedua mereka ini bermain dengan permainan 'Menarik Upih'. Apa pun bahan upih pinang ini memang seslau digunakan didalam menyediakan produk hasil kerajinan tangan yang digunakan sendiri dan menjana ekonomi juga. Mencari bekalan upih kini semain sukar didapati kerana jumlah pokok pinang sudah agak banyak kurang ditanam tetapi ada sahaja dikawasan kampong tradisional. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai apakah dia upih, kegunaanya dan juga potensi dijadikan produk yang boleh menjana ekonomi sebagai bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog penggunaan upih paling sering dilihat sejak lama dulu adalah upih digunakan sebagai pembalut makanan. Paling sinonim adalah upih dijadikan pembalut Dodol Asli yang mana ia menjanjikan keunikan sendiri. Dodol pada penulis blog 
merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun kini makanan dodol sudah boleh didapati sepanjang masa daripada pelbagai lokasi sebagai sejenis kuih kegemaran ramai. Permintaan kuih dodol ini semakin meningkat bergganda setiap kali menjelang Syawal. Bagaimana pun kini bilangan pengusaha dodol yang masih menggunakan upih semakin berkurangan sebaliknya ramai dilihat memilih kaedah pembungkusan dalam plastik kerana lebih mudah dan dapat melihat isi didalamnya. Apa pun memang masih ada kalangan pengusaha yang penulis blog dapati mereka mengekalkan tradisi menggunakan upih. Sebenarnya resepi dodol ada pelbagai kombinasii tetapi asasnya dodol akan dibuat dari bahan seperti tepung pulut, santan dan gula melaka. Bagi memastikan keaslian dodol bagi mereka yang berpengalaman akan banyak menggunakan gula melaka asli dan tepung pulut yang dikisar daripada beras pulut jenama tertentu. Cara memasak dodol tradisional dengan kayu api mengambil masa agak lama berjam-jam dengan perlu sentiasa mengacaunya. Bagaimana pun pengusaha dodol komersil sudah menggunakan mesin memasak dodok automatik yang menggunakan mesin pengacau. Dodol yang dibungkus dengan upih akan memberikan aroma khusus yang menyedapkan lagi dodol tersebut dan selalunya ia akan tahan lebih lama. Penulis blog tidak akan melepaskan membeli dodol yang dibalut dengan upih ini kerana ia melambangkan keaslian dan tradisional yang masih ujud di Malaysia. Apa pun dibeberapa lokasi dimana upih pinang dijadikan bahan pengganti bekas stryrofoam untuk digunakan sebagai bekas makanan. Penggunaan upih adalah dilihat selaras dengan kempen 'Go Green' yang mengurangkan penggunaan plastik yang mencemarkan alam. Dilaporkan dimana di India sudah lama mereka menggunakan upih pinang sebagai pinggan atau bekas makanan.  


Menarik satu laporan yang penulis blog rujuk dimana 'Pinggan mangkuk upih pinang Fallaleaf semakin popular' untuk dikongsikan infonya. 
Idea itu membuka mata rsmsi orang terhadap kegunaan dan keistimewaan upih pinang sehingga boleh tercipta satu produk bekas makanan mesra alam dinamakan 'Fallaleaf'. Sesuai dengan daun upih yang dulu sering ada digunakan untuk bermain tarik upih semasa zaman kanak-kanak membesar di kampung tetapi kini sudah ada produk baru ia boleh digunakan untuk mengisi makanan yang unik. Ia diusahakan oleh seorang pengusaha tempatan di Tampin, Negeri Sembilan dikenali sebagai Ayamany Sinakalai (62 tahun) mereaalisasikan kegunaan dan keistimewaan upih pinang sehingga terciptanya produk bekas makanan mesra alam. Peringkat memproses upih yang selalunya dibuang kini digunakan untuk menghasilkan pinggan-mangkuk dan pelbagai barangan dapur. Upih yang yang selalunya hanya dibuang begitu sahaja kini digunakan untuk menghasilkan pinggan, mangkuk, sudu dan garfu. Dulu orang lama adal kutip upih dan dicuci upih itu dan di parut belakangnya sehingga jadi nipis dan menjemurnya. Ia dulu memang sering diguna untuk membungkus makanan untuk di bawa ke sekolah dimana makanan didalamnya masih elok tidak basi sehingga jam 3 petang disekolah untuk dimakan. Bagi Ayamany yang juga pengasas perusahaan Fallaleaf idea ini mejadikan produk bekas makanan mesra alam sejak 2012 di bawah syarikat Jesa Enterprise Sdn Bhd berada dipasaran. Apa pun dakwanya tahap pembuangan bekas plastik dan polisterin dengan kadar mengejutkan juga mendorongnya untuk menghasilkan inovasi itu. Kini kebanyakan upih pinang dibekalkan dari Pahang, Kelantan dan beberapa negeri lain khususnya di perkampungan orang asli. Selepas dibersihkan menggunakan air bertekanan tinggi maka daun dikeringkan menggunakan cahaya matahari sebelum dibentuk dengan menggunakan mesin acuan dengan suhu antara 75 hingga 110 darjah Celsius (Sila lihat foto disebelah). Ia kemudian akan melalui pancaran sinaran ultra-violet (UV) untuk tujuan membasmi kuman sebelum dipek untuk dijual di pasaraya. 100 peratus bebas bahan kimia, produk upih pinang itu selamat digunakan dalam ketuhar mikro atau disimpan dalam peti sejuk. Berbanding bekas styrofoam dan bahan plastik pakai buang yang lain didakwa produk ini juga tahan lasak dan boleh dikitar semula. Setelah digunakan dimana pinggan upih ini boleh dibasuh dengan air dan sabun, kemudian lap dengan tuala dan keringkannya untuk diguna semula. Produk ini dilaporkan boleh diguna semula pinggan ini sehingga 15 kali, sehingga bentuk acuannya mula luruh. Ada pelanggannya yang menggunakannya sehingga sebulan dimana pada wawalnya dia hasilkan bermula dengan 5,000 keping pinggan sehingga kini 80,000 produk itu telah dihasilkan termasuk untuk tujuan eksport ke Singapura dan Australia. Antara pelanggan pinggan upih ini adalah di Singapura iaitu diguna sebagai bekas char kuey tiow yang mesra alam kerana pelanggan dipremis tersebut suka bila pinggan upih itu mengeluarkan bau aroma yang begitu harum. Oleh kerana ia diperbuat daripada 100 peratus upih pinang maka selepas digunakan ia mudah terurai menjadikannya alternatif lebih baik daripada bekas polistrin dan plastik yang tidak dapat diuraikan dan kekal selamanya di muka bumi. Apabila habis guna maka pinggan upih boleh dilupuskan dengan menanam semula dalam tanah atau dicarik-carikkan dan letak dalam pasu bunga, kerana ia adalah bahan organik justeru dapat bertindak seperti baja kompos semulajadi. Kini ua mudah didapati di pasaraya besar dalam negara dimana produk Fallaleaf dijual pada sekitar RM5 hingga RM8.90 satu unit. Apa pun jika ada permintaan yang semakin meningkat maka harga itu akan dapat dikurangkan.


Penulis blog akan jelaskan bagaimana permainan '
Tarik Upih' sehingga kini masih dijadikan salah satu sukan rakyat yang popular. Sukan ini sering dijadikan salah satu permainan didalam acara perhimpunan keluarga seperti program sukaneka termasuk oleh penulis blog juga yang sering terlibat. merupakan sejenis permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Selalunya upih pinang adalah pelepah dari daun pokok Pinang yang mana aapabila ia tua maka ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna dan tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya boleh dijadikan alat permainan tarik upih ini. Upih yang lebar ini sesuai digunakan untuk pemain duduk sambil seorang lagi akan memegang tangkainya untuk menarik sambil berlari. Apa pun cara permainan ini dimain secara berkumpulan. Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih tersebut boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa sahaja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua sahaja dan mereka yang lebih tua atau kuat akan menjadi penariknya dan sementara yang kecil menjadi penunggangnya. Setiap ahli yang bermain diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik peserta kedua daripada titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan. Peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap sebagai satu pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti. Diantara peraturan permainan tarik upih ini adalah seorang peserta akan menjadi penarik sementara seorang lagi sebagai penunggang dan duduk atas upih.  Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang. Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dariupih sebelum sampai ke garisan penamat. Penunggang tidak dibenarkan untuk dia membantur penarik semasa pertandingan dan peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari pertandingan. Peserta tidak boleh dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan. Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan. Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan. Memang menarik permainan ini sambil pemain dan penonton akan bergelak ketawa melihat gelagat mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA UPIH... PELBAGAI GUNA...
UPIH PINANG... MUDAH DIJUMPA...
PEMBALUT DODOL... ENAK AROMA...
TARIH UPIH... BERGEMBIRA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...