Support My Blog

Thursday, June 18, 2020

BAWANG MERAH DAN PERAANANNYA

BAWANG MERAH (Allium cepa var. aggregatum) dari keluarga Aliaceae merupakan sejenis tumbuhan yang penting didalam kehidupan masyarakat Malaysia. Bawang merah yang dipanggil sebagai shallot dalam bahasa Inggeris biasanya mempunyai saiz lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar (Onion). Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim dimana tumbuhan ini memang memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya dimana ia akhirnya membesar membentuk umbi berlapis. Jadi apa yang dimaksudkan dengan umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu. Saya ada banyak menulis berkaitan dengan bawang merah untuk dirujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak artikel lagi. Berlaku kenaikan harga bawang merah di Malaysia yang menjadi viral dan keresahan ramai penduduk negara baru-baru ini. Trend turun naik harga bawang merah dan bawang besar memang berlaku beberapa tahun sekali cuma kadar kenaikan mendadak menjadikan ramai orang akan menjadi panik. Kini berlaku lagi isu tersebut dimana orang ramai terus merungut berikutan kenaikan mendadak harga bawang merah India sejak beberapa minggu kerana bekalan didakwa semakin kurang. Pemborong dan peruncit pula tidak ada pilihan dan terpaksa meletakkan harga yang mahal kerana mendakwa mereka juga memperoleh bekalan daripada pembekal pada harga tinggi. Tinjauan di beberapa negeri mendapati harga runcit sekilogram bawang merah India antara RM10 - RM15 sekilogram berbanding antara RM5 - RM8 sekilogram sebelum ini. Menurut dakwaan dari seorang pemborong di Kangar En Shahrudi tidak mustahil harga bawang merah India melonjak kepada RM20 sekilogram dalam masa terdekat jika masalah bekalan tidak diatasi segera. Dakwa beliau tiga hari lepas pekerjanya terpaksa ke Pulau Pinang bagi mencari bawang merah, namun tidak mendapat sebarang stok kerana pembekal di negeri itu juga kehabisan bekalan. Beliau berniaga runcit di kedainya di Bintong, Perlis. Dalam pada itu di sekitar Kangar, peruncit menjual bawang merah antara RM10 -RM12 sekilogram. Laporan di Seremban didapati tidak pernah harga bawang merah naik sehingga antara RM11 ke RM14 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini. biasanya bawang jenis lain seperti bawang dari Belanda, Pakistan dan China untuk keperluan masakan harian. Harga bawang merah mula naik sejak awal November lalu, tetapi kenaikannya dalam lingkungan RM9 sekilogram. Ada peniaga laporkan dimana sudah lebih sebulan mereka tidak menjual bawang merah itu kerana harganya mahal. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kepentingan dan peranan bawang merah dalam kehidupan harian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Sama seperti sayur-sayuran yang lain dimana terdapat dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah iaitu unsur Nitrogen (N) dan Kalium (K) untuk pertumbuhan yang baik (Sila lihat foto disebelah). Bagi unsur Nitrogen (N) ia diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Manakala unsur Kalium (K) berfungsi dalam pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, meneutralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua-dua unsur ini dapat membantu proses pembentukan umbisi bawang merah. Kekurangan kalium bagi tanaman bawang merah akan mengurangkan hasil tuaian bawang merah. Dalam pada itu lazimnya bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas biji pada setiap pokok yang telah matang. Aktiviti penuaian boleh dilakukan apabila semua daun bawang merah telah rebah iaitu sekitar 6 hingga 8 minggu selepas penanaman. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama. Penuaian perlu dielakkan selepas hujan kerana bawang akan mudah diserang fungus jika basah ketika dituai. Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.

Selain daripada umbisi bawang merah ada bahagian lain iaitu daun bawang merah boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain. Bagaimana pun anda jangan keliru daun bawang merah dengan daun kucai yang khusus untuk dimasak bersama mee goreng atau kuehtiow (khususnya char kuehtiow). Apa yang penulis blog pasti adalah dimana bawang merah adalah salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan bagi orang Melayu. Berbeza dengan orang Cina yang lebih banyak menggunakan bawang putih (Garlic). Lazimnya masyarakat Melayu akan menggunakan bawang merah untuk masakan rumah tangga dan juga sebagai bahan dalam industri makanan. Penanaman dan pengeluaran bawang merah pada masa ini di Malaysia masih tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama di saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Malaysia adalah pengipat tegar (nett importer) bawang merah terutama daripada India, Pakistan dan China. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi di Malaysia. Walau pun dilaporkan kebanyakkan stok bawang merah yang berada di pasaran Malaysia dimport dari negara India tetapi bagi memenuhi permintaan tempatan di negara tersebut usaha berterusnan penanaman bawang merah di negara kita perlu dilakukan. Malaysia perlu belajar bagaimana negara jran Indonesia yang berjaya menanam dan mengeluarkan bawang merah sendiri malahan mampu untuk pasaran eksport dengan iklim dan cuaca yang hampi menyamai Malaysia seperti lokasi iaitu di Sumatra. 

Di Malaysia berterusan isu dan masalah kekurangan stok bawang merah sering berlaku saban tahun khususnya di Semenanjung, Sabah atau di Sarawak. Perkara ini kerana sektor pertanian atau penanaman bawang merah dijalankan secara kecil-kecilan oelh petani untuk tujuan lain. Malaysia sebenarnya tidak mampu menampung lambakan permintaan yang melebihi bekalan. Pengeluar utama bawang merah iaitu India pula sering mengalami masalah banjir yang menenggelamkan kebanyakkan ladang penanaman bawang merahnya, ini sekali gus mengakibatkan pengeluaran bawang merah di negara itu turut terjejas. Selain itu biasanya harga siling bahan mentah makanan tersebut juga turut tidak menentu. Ini mendesak kerajaan Malaysia iaitu perlu untuk memikirkan langkah alternatif untuk menangani masalah ini antaranya mengesyorkan pengguna membeli bawang merah yang diimport dari Belanda atau China. Penulis blog pernah terlibat dengan kerajaan untuk menanam bawang merah ini di Mersing. Johor semasa bertugas di sana. Masaalah varieti dan amalan agronomi serta kos pengeluaran lebih tinggi daripada bawang import adalah diantara punca kegagalan program penanaman bawang merah di Malaysia. Belum ada varieti bawang merah yang dihasilkan oleh pihak yang membuat biakbaka dan penyelidikan dengan cuaca lembap, panas yang ada. Bawang merah yang ditanam di Malaysia dengan gunakan benih bawang India mudah diserang penyakit kerana tidak sesuai ditanam di sini berdasarkan kepada pengalaman penulis blog sendiri. Penyelidikan yang berterusan untuk memajukan tanaman bawang merah dan insentif harga perlu dilakukan.

Bawang merah dilaporkan mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut didakwa dimana mereka mendapati bahawa bawang merah dimana ia mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti Allyl Propyl DiSulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser. Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan akan aktiviti keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa. Memakan bawang merah setiap dilapor hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 BAWANG MERAH... SEMUA GUNA...
BANYAK DIIMPORT...DARI INDIA...
BANYAK KHASIAT... PERANANNYA...
TANAM DISINI...BILA NAK LAKSANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekuutuan,
Malaysia.
(!4 Syaaban 1441H).
STAY HOME... ELAKKAN COVID19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...