Support My Blog

Friday, June 5, 2020

HEBATNYA BUNGA TELANG

HEBATNYA BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga ini juga memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Artikel petang Jumaat ini sempena cuti Thaipusam saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.



Berita dari BH bertajuk ''Pingat emas untuk Nasi Lemak Bunga Telang'' dimana Siti Safura meraih johan dalam pertandingan kelas masakan Asia-India amat membanggakan. Dia menang pingat emas membuat Nasi Lemak Bunga Telang dimana iatu selepas berjaya meraih johan dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di Pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 semalam. Beliau telah mengharumkan nama negara di pentas dunia dan tidak lupa asal usulnya apabila membawa bersama Jalur Gemilang untuk menerima pingat emasnya saat nama beliau diumumkan sebagai pemenang. Dalam pertandingan masakan di Dublin, Ireland anjuran barisan panel chef dari Ireland itu, Siti Safura mempertaruhkan satu juadah yang unik dan begitu dekat di hati rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak Bunga Telang. Menerusi perkongsian itu, beliau turut memberi penghargaan kepada pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang pertandingan itu. Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan nasi lemak berwarna biru dilengkapi, rendang ayam, kerabu dan disertakan dengan keropok lekor rangup. 


Dakwanya walaupun masih demam tetapi hasilnya telah mampu menambat hati juri menerusi hidangan Nasi Lemak Bunga Telang dan merangkul pingat emas menerusi kemenangan dalam acara pertandingan berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Dia gembira dapat meluahkan penghargaannya kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland iaitu Zakaria Nasir dan isterinya, Junainah Che Ali. Terima kasih juga kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr Esa dan Sir Razman atas nasihat dan pandangan. Saya amat menghargainya. Siti Safura pernah mengharumkan nama negara selepas menjuarai didalam pertandingan ‘Embassy Chef Challenge 2016’ di Ottawa, Kanada pada 3 November 2016. Lebih membanggakan adalah peserta termuda ketika itu dan menewaskan 10 cef dari Belgiun, Guatemala, Jamaica, Sepanyol, United Kingdom (UK), Perancis, Honduras, Kazakhstan, Pakistan dan Trinidad dan Tobago yang bergelar juara bertahan pada tahun sebelumnya. Beliau juga pernah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan termasuk bertanding sebagai pelajar di ‘Culinaire Malaysia’ dan bersaing dengan cef dari beberapa negara seperti Korea Selatan, Thailand, Singapura dan lain-lain. Diantara pengalaman lainnya bekerja sebagai cef di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa, Kanada sejak Februari 2016 selepas selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor.


Artikel dalam Harian Metro bertajuk "Onde-onde biru diraja'' memang agak menarik dikongsikan. Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea cukup dikenali sebagai pewarna semula jadi untuk tujuan membuat nasi kerabu. Kreativiti pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Shahrim Karim ini dilihat sungguh luar biasa. Beliau melakukan inovasi menggunakan bahan berkenaan dalam mereka menghasilkan kuih onde-onde. Dinamakan sebagai Onde-Onde Royal Blue, kuih itu kelihatan berwarna biru diraja dan bukan hijau seperti kebiasaan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun bahan pewarna terbabit bukan saja membuatkan kuih berkenaan lebih menarik akan tetapi ia juga mempunyai keenakan yang tersendiri. Menu terbabit dikongsikan dalam demonstrasi masakan oleh Shahrim yang juga cef selebriti Pesta Makanan Tradisional anjuran Muzium Warisan Melayu UPM, baru-baru ini. Shahrim turut melakukan demonstrasi memasak makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu udang cili padi bersama rebung. Lebih menarik, dia memasak dua menu itu menggunakan periuk tembaga dan senduk daripada buluh seperti digunakan nenek moyang pada zaman dahulu yang ternyata dapat mengembalikan suasana kampung sebenar. Beliau lebih gemar menggunakan bahan asli dalam masakan kerana ia akan memberikan rasa makanan yang sebenar, lazat dan berkhasiat. Bunga telang ini dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan terutama wanita. Saya juga sering menggunakan pewarna ini membuat air teh kerana ia membantu mendapatkan tidur lena pada sebelah malam. Dia menggunakan coklat yang dicampur bersama gula Melaka sebagai inti membuatkan rasa kuih berkenaan bertambah enak. Dakanya dengan menggunakan bahan ini (coklat) tidak mengubah keaslian kuih berkenaan tetapi menampilkan kelainan untuk mempelbagaikan rasanya. Dia juga turut menyarankan ibu bapa supaya memperkenalkan makanan tradisional kepada anak-anak dengan mengajar mereka memasak dan menikmati hidangan itu supaya ia kekal terpelihara. Dalam pada itu Ketua Muzium Warisan Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Rahimah Hamdan dakwa dimana program itu julung kali diadakan merangkumi makanan tradisional dari seluruh negara.


Akhbar Sinar Harian dengan tajuk artikel ''Rambut cantik bersama bunga'' juga ada menyatakan akan kehebatan bunga telang. Dinyatakan dimana bunga-bungaan tempatan dapat membantu untuk merawat masalah rambut yang kronik. Memang tidak keterlaluan menyifatkan sebahagian besar daripada wanita lebih cenderung membelanjakan sejumlah wang menjalani rawatan rambut di salun. Lazimnya ramai berpendapat penggunaan produk moden dan alatan teknologi tinggi membantu masalah rambut seperti rambut gugur, berminyak ataupun kelemumur. Sebenarnya ramai yang terlupa bahawa sebelum munculnya kepelbagaian produk rambut di pasaran, golongan wanita zaman dahulu mencantikkan helaian rambut hanya sesuai menggunakan ramuan semula jadi. Antaranya ialah seperti  Daun sireh yang dikhaskan kepada wanita bertudung yang buntu mencari penyelesaian rambut gugur, daun sirih antara penyelesaian terbaik. Caranya dengan mengambil antara tiga hingga lima keping daun sirih dan giling bersama minyak kelapa. Selepas itu, sapu pes sirih tersebut pada bahagian kulit kepala dan biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas dengan bersih. Kedua adalah Bunga Raya (Hibisus sinensis) dimana daun bunga kebangsaan Malaysia ini mempunyai khasiat tersendiri yang bertindak melebat dan mencantikkan helaian rambut. Sebelum tidur boleh di letakkan beberapa daun bunga raya ke dalam bekas berisi air. Kemudian diramas daun berkenaan sehingga ia mengeluarkan lendir lalu disapu pada bahagian kepala dan rambut. Pada keesokkan paginya, bilas dan keringkan rambut anda. Paling kurang diketahui adalah kehebatan  Bunga telang. Di negeri pantai Timur biasanya bunga telang lazimnya menjadi 'perwarna biru' dalam hidangan nasi kerabu. Namun begitu, tahukah anda selain dijadikan bahan masakan dan membantu mengurangkan stres kerana kandungan flavonoid dan antosianin, bunga itu juga sesuai digunakan untuk rawatan rambut. Kandungan anthocyanin di dalamnya membantu menguatkan folikel rambut, sekali gus melancarkan aliran darah kulit kepala. Didakwa selain itu hebatnya bunga telang juga membantu mengatasi masalah rambut gugur dan botak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ani agro trcnology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG ... SUDAH ANTARABANGSA...
NASI LEMAK BIRU... PENGAT EMAS DITERIMA...
DIBUAT KUEH... NAMA ONDE-ONDE DIRAJA...
MENCANTIKKAN RAMBUT... AMALKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint  11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia.
(12 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...