Support My Blog

Wednesday, June 24, 2020

HARGA DURIAN, PKP DAN COVID-19

DURIAN (Durio zibethinus Murr) merupakan sejenis buah kegemaran ramai di Malaysia yang mana ia akan gugur bermula bulan Mei sehingga September sebagai musim utama penghasilan. Keluasan tanaman durian pada tahun 2018 sekitar 72,464 hektar dengan jumlah penghasilan sebanyak 251,910 metrik tan (Sumber: Booklet Statistk Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kejadian Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid-19 menyebabkan rakyat Malaysia (malahan seluruh dunia) yang terkena serangan virus merbahaya ini tidak keluar rumah dan mematuhi arahan tersebut kecuali yang ada kepentingan. Penulis blog sendiri dan jiran-jiran serta semuanya memang tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan masing-masing dan keluarga dan memang inilah kali prtama ianya berlaku perkara sedemikian. Difahamkan semua orang sudah 'geram' untuk keluar seperti dahulu tetapi PKP dan PKPD disambung dengan PKPB dan PKPP dengan norma kehidupan yang bari mesti dipatuhi. Berbagai syarat untuk pergerakan nampaknya berhasil mengawal pandemik ini dan terimakasih kepada semuanya. Bagaimana pun ia berkait dengan musim durian bermula seawal Mei 2020 dimana ia mula gugur. Ada yang mula 'mencari' atau 'memburu' buah yang digelar sebagai 'Raja Segala Buah' atau 'King of the Fruit' ini sambil menikmati 'kebebasan terkawal' semasa PKPP ini. Bagaimana pun selain daripada kenaikan bil eletrik oleh TNB yang berganda dan membebankan pengguna kini harga durian pula naik bergganda juga!. Ini dinamakan takdir kerana sudahlah ada yang tiada pendapatan (golongan peniaga, bekerja sendiri, pekerja kilang, pasar malam, IKS dan banyak lagi) kegemaran untuk makan durian 'terpaksa pula di lupakan'. Apa tidaknya apabila harga durian kampung yang dahulu murah telah naik harga hampir tiga kali ganda. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan isu menarik dan unik untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada semua pembaca sebagai rujukan.


Apakah sebab dan musabab berlakunya perkara kenaikan harga durian semasa ramai kalangan kita kekurangan duit yang banyak dibelanjakan untuk membeli makanan semasa Kempen Duduk Rumah (StayHome). Walau punn banyak juga insentif daripada kerajaan PN diumumkan akan tetapi tidak semua menjurus untuk keinginan untuk memakan durian pada tahun ini. Melihat kepada Jadual diatas oleh FAMA yang di paparkan didalam akhbar Harian Metro pada 21 Jun 2020 (Ahad) memang menarik untuk dianalisa. Data diatas paparkan harga 6 varieti durian terpopular di Malaysia selama 6 tahun daripada 2015 sehingga 2020 (Sila baca jadual diatas). Pada tahun 2020 disusun sebegitu rupa dimana dilaporkan Durian Duri Hitam (D200) sahaja yang harganya menurun pada tahun 2020 sekitar RM67.70 sekilogram berbanding RM93.65 sekilogram pada 2017. Harga tahun 2017 kebanyakan durian mencapai harga tertinggi dalam 6 tahun tersebut akibat banyak faktur. Memang dari segi teknikal dari pemehatian penulis blog,  lazimnya buah durian akan berkurang atau akan berlaku kes lambakkan setiap 3 tahun sekali. Bagaimana pun ia akan berubah apabila berlakunya pertukaran iklim dunia berkait dengan La Nina dan El Nino juga. Adakah tahun 2020 ini ditambah pula dengan kesan PKP dan Covid19 yang menyebabkan harga durian meningkat tinggi?. Mengikut teori ramai yang mungkin tidak mahu membeli durian sebab kurang duit atau ditumpukan kepada perbelanjaan asas sahaja akan tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Banyak gerai yang menjual buah durian di Lembah Kelang mengenakan syarat-syarat SOP dalam PKP kepada pelanggannya yang ingin memebeli atau makan durian. Walau pun harganya agak tinggi tetapi peminat buah durian ini tetap berani keluarkan ringgit dari poketnya juga. 


Dalam akhbar Harian Metro ada artikel bertajuk "Peniaga 'serbu' dusun" yang saya suka membacanya dan berkongsi dengaan semua pembaca. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana harga tinggi ditetapkan pekebun di peringkat dusun menyebabkan harga durian melambung sekali ganda tahun 2020 ini. Pemborong dari Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Hanif berkata, ia ditambah lagi dengan kemunculan ramai peniaga durian baharu yang mula menceburi bidang itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Peniaga baharu ini telah pun 'menyerbu' dusun untuk membeli durian tanpa melalui pemborong yang lebih arif dengan harga durian di peringkat dusun. Perkara ini juga yang menyebabkan pekebun mengambil kesempatan meletakkan harga tinggi kepada peniaga baharu. Ini secara tidak langsung telah mengakibatkan harga durian menjadi lebih mahal apabila dijual kepada pembeli. Menurut seorang pemborong dikenali dengan Encik Hanif, pada empat tahun lalu dakwanya harga borong Durian IOI (D168) gred B dapat dibeli daripada pekebun ialah RM5 sekilogram akan tetapi tahun 2020 ini tmeningkat kepada RM11 sekilogram. Kemudian dia menjual kepada peniaga lain pula di antara harga RM17 - RM19 sekilogram. Keuntungan ini adalah untuk menampung kos menggantikan buah rosak yang dibeli. Dakwa Hanif lagi pada masa ini durian paling mahal dalam pasaran ialah durian duri hitam yang mencecah RM70 sekilogram dan dijual di Lembah Klang.


Jika diteliti dimana penulis blog pun dapat lihat dimana harga durian ini mahal kerana pengeluaran buah durian adalah masih terhad memandangkan pokok durian duri hitam masih baru ditanam oleh pekebun dan pengeluarannya tidak banyak. Jenis durian Duri Hitam ini banyak ditanam di Kedah, ulau Pinang dan Perak dimana varieti ini dilaporkan dipromosikan terkemudian daripada Musang King. Ia sama denan kes durian Tekka dan beberapa lagi. Dalam pada itu harga Durian Musang King (D197) lebih murah sedikit kerana pengeluarannya semakin banyak dengan harga dalam pasaran iaitu RM45 sekilogram bagi gred A. Kemungkinan apa yang akan berlaku harga durian dijangka menurun apabila musim durian di Pahang bermula tidak lama lagi.  Sekarang musim durian hanya di Johor dan Pulau Pinang. Tidak lama lagi akan berlaku kemungkinan juga ada berlaku lambakan durian dan harganya juga lebih murah. Durian merupakan buah yang sentiasa dinantikan peminat raja buah. Di Malaysia seperti jadual diatas ada 11 varieti atau klon durian yang mendapat harga baik iaitu D2, D24, D96, D99, D123, D132, D160, D168, D197, D198 dan D7. Beberapa varieti baru juga telah memasukki senarai sebagai durian premium. Isu ini agak berbeza pada musim PKP di Pulau Pinang dimana pemilik dusun telah menjual durian melalui sistem dalam talian (On-line) semasa PKP sebagai satu langkah temusua diantara pemilik kebun dan peminat buah durian.


Beberapa sebelum itu Harian Metro paparkan berita "Hantu durian rasa terkesan" dimana dinyatakan iaitu musim durian datang lagi, namun bagi 'hantu durian' perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai berbanding tahun-tahun sudah. Hilang sudah kemeriahan berkumpul di dusun mahupun makan beramai-ramai di gerai durian lantaran perlunya mematuhi normal baharu yang mengutamakan jarakan sosial termasuk hanya boleh beli tapau untuk dinikmati di rumah. Bagi kebanyakan penggemar durian, mereka tidak mempunyai masalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu itu, namun yang menjadi pertikaian dan dikongsikan di alam siber ialah harga raja buah terbabit yang pada mereka 'mahal teruk' (terlampau mahal) berbanding kebiasaan. Pengguna Twitter @fiqkgetah atau nama sebenar Md Afiq Nor Hassim berumur 33 tahun dakwa rata-rata penjual durian memberi alasan kenaikan harga disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini termasuk permintaan tinggi namun bekalan terhad disebabkan pergerakan yang terbatas menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa mengambil buah daripada orang tengah. Kalau hendak dapatkan stok durian masih OK lagi, tetapi bab harga…mahal teruk, harga tidak masuk akal. Paling ketara ialah durian kampung dimana kenaikan harga hampir 3 kali ganda. Luahan sama turut dikongsi pengguna Twitter @pjoe: "Harga durian tahun ini kenapa macam berbeza, lagi mahal dan beza banyak pula berbanding tahun lepas. Katanya, ada peniaga yang menjual durian kampung sehingga RM18 sekilogram. Dia juga ada  mempertikaikan kenaikan harga terbabit, peniaga durian berkenaan menjawab: "Harga yang murah itu harga bertahun yang lepas." Dalam pada itu, masih ada yang bersikap positif seperti @thezulfo yang berkata, harga durian mencanak naik ekoran permintaan tinggi, lebih-lebih lagi musim baharu sahaja bermula. Tunggulah lama sikit, nanti mesti turun harga kerana bekalan pun sudah banyak. Semuga artikrl ni memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro techology kali ini. Wasallam!!...
MUSIM DURIAN... PKP DILAKSANA...
MASA COVID19...SEMUA TIDAK KERJA...
DURIAN MAHAL... APAKAH SEBABNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Seior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajay,
Malaysia.
(30 Syawal 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (Last day).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...