Support My Blog

Tuesday, June 23, 2020

KELAPA - PEROSAK DAN PENYAKIT (Part 4)

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan bersuhu panas dan lembap. Buahnya tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun dimana kelapa adalah kaya dengan lemak berguna dan pelbagai unsur penting kepada manusia seperti antioksidan dan juga antibodi penting. Di Malaysia tanaman kelapa adalah tanaman yang ke 4 terpenting diusahakan selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi dengan jumlah keluasan sebanyak 81,585 hektar pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Daripada jumlah tersebut seluas 76,612 hektar diusahakan oleh pekebun kecil dan 4,973 oleh estet swasta. Pada tahun tersebut sebanyak 538,685 metrik tn kelapa dihasilkan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM603.32 juta. Kekurangan buah kelapa di Malaysia ditampong dengan pengimportan bijii kelapa tua daripada Indonesia sekitar RM150 - 200 juta biji setahun. Kelapa hanya ditanam secara komersil dibeberapa kawasan tumpuan seperti di Johor, Selangor dan Perak. Ladang-ladang dan juga kebun utama terdapat di kawasan Bagan Datok dan Hutan Melintang, Perak. Industri kelapa masih memainkan peranan penting dalam perdagangan negara. Sebahagian besar daripada varieti yang ditanam adalah daripada jenis tradisional seperti varietii Malayan Tall (CN1) iaitu kadar sebanyak 92% walau pun kini bakinya adalah daripada jenis hibrid komersil seperti MATAG (5%), Pandan (2%) dan MAWA (1%). Kerajaan amat menggalakkan penanaman kelapa bagi memenuhi akan keperluan dan permintaan yang semakin meningkat dalam penggunaan masakan, kuih muih, minuman, aktiviti pelancongan dan lain-lain. Pada tahun 2018, Malaysia telah mengeksport kelapa dan produk kelapa bernilai lebih daripada RM75 juta manakala import kelapa dan produk kelapa bernilai RM60 juta. Sebahagian besar daripada eksport terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut kering dan santan/serbuk santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar. Kepentingan kelapa juga semakin menyerlah dengan penemuan dan penghasilan produk-produk baru seperti Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai perosak serangga dan penyakit tanaman kelapa di Malaysia yang boleh dijadikan bahan rujukkan anda semua.

PENYAKIT KELAPA :-

(1) Stem Bleeding 

Penyebab : Thielaviopsis paradoxa
Simptom: Tanda serangan ialah cecair merah tua meleleh keluar dari batang pokok. Serangan biasanya pada pokok kelapa yang lemah.
Kawalan:  Bersihkan bahagian tisu yang diserang. Sebaiknya dimusnahkan bahagian pokok yang diserang dan kemudian ia dirawat dengan perekat campuran Bordeaux.


(2) Penyakit Akar 
Penyebab: Rigidoporus lignosus 
(Ganoderma lucidum)
Simptom: Bahagian diserang ialah akar pokok kelapa. Pokok diserang akan kelihatan layu,  daun menjadi kuning dan kelamaan maka pokok akan mati. Terdapat juga tanda jalur-jalur maiselium pada bahagian diserang.
Kawalan: Musnahkan pokok yang diserang dan sebaiknya dirawat lubang tanaman dengan belerang (sulfur) untuk mengelakkan keadaan yang sesuai bagi pertumbuhan kulat. Buat parit kecil disekeliling pokok supaya kulat tidak berjangkit ke pokok lain. Gunakan jenis  racun seperti cyprononazole dicurah ke pangkal pokok.


(3) Burrowing nematode 
Penyebab:  Radopholus sp.
Simptom: Jika ada serangan akar kelapa menunjukkan kesan lesion, kehitaman dan membusuk akibat daripada serangan oleh nematod Radopholus sp.
Daun menjadi kekuningan. Ada juga kecederaan berwarna oren pada akar sehingga menyebabkan akar reput. Selalunya pokok jadi terbantut dimana ia juga menyebabkan hasil
berkurangan. Tanda lain dimana daun tidak matang akan gugur. 
Kawalan:  Elakkan penanaman pisang di kawasan tersebut kerana ia menjadi perumah nematod. Buangkan akar diluar sabut anak pokok sebelum dipindahkan ke ladang. Sebaiknya boleh menanam pokok Crotolaria juncea di antara barisan. Petani boleh juga menaburkan carbofuran sebelum menanam.

Artikel ini ada 4 siri iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PEROSAK KELAPA... ADANYA SERANGGA...
13 JENIS SERANGGA... DICERITA SEMUA...
SERANGAN PENYAKIT...KAWAL SEGERA...
BAHAN RUJUKKAN... SANGAT BERGUNA...

By,
M Anem,

Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...