Support My Blog

Monday, June 29, 2020

TANAMAN GANJA DAN LAPORAN MEDIA

POKOK GANJA (Canabis sativa) merupakan sejenis pokok herba tahunan yang tergolong dalam genus dioecious iaitu dari keluarga Cannabaceae. Pokok ganja boleh hidup dalam pelbagai iklim dan negara kerana tumbuhan ini mempunyai serabut yang kuat yang dikenali sebagai gentian hem dan digunakan dalam industri tekstil. Biji pokok ganja digunakan sebagai makanan burung mempunyai kandungan protein, asid lemak rantai panjang dan tenaga yang tinggi. Pokok ganja mengandungi bahan halusinogenik dan bahan kimia aktif psikoaktif dan psikologi lain seperti cannabinoid. Pada bahagian putik, pucuk dan daunnya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan rekreasi. Penyediaan cara sebegini dipanggil Ganja. Ganja digunakan dengan cara menelannya atau dengan cara menghisap bersama tembakau atau tanpa tembakau. Ada juga makanan yang dicampurkan dengan ganja seperti pada keju yang dihasilkan berasaskan lemak ganja. Di beberapa negara di Eropah mereka dilaporkan ada memberikan kepada lembu tenusu makanan dari pokok kanabis kerana dipercayai ia menggalakkan pengeluaran susu. Pokok ganja membiak melalui percantuman sek dimana lazimnya pokok ganja betina akan mengeluarkan putik yang boleh menghasilkan ratusan biji benih. Pokok jantan matang lebih awal daripada pokok betina. Walaupun gen menentukan jantina pokok tetapi faktor sekeliling turut terlibat. Misalnya hermaphrodyte asli mempunyai dua jantina dan kedua duanya mandul. Begitu pun bahagian organ seks hermaphrodyte bukan asli boleh berfungsi sepenuhnya. Pendekatan ini digunakan dalam menyediakan biji benih komersil. Biji benih betina dihasilkan dengan merawat pokok hermaphrodyte betina yang kekurangan gen jantan dengan hormon. Pokok ganja boleh melakukan proses fotosintesis dan ini menjadikan proses pembesaran pokok ganja ini tidak bergantung kepada pusingan malam untuk menyerap karbon dioksida. Pokok ganja didakwa berupaya untuk berada dalam keadaan cerah selama 24 jam sehari (biasanya dengan bantuan cahaya lampu). Bagaimanapun penanam pokok ganja menggalakkan tempoh rehat (gelap) supaya pokok tersebut tidak tertekan (overstress ). Pokok ganja akan mula berbunga apabila kegelapan melebihi 11 jam sehari dan boleh kekal sehingga 6 minggu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pokok ganja dan laporan media mengenai tanaman ganja di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Dalam akhbar Berita Harian (BH) dengan artikel bertajuk 'Boleh tanam pokok ganja kalau dapat kebenaran' yang dipetik dar Kuantan menyetakan pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, jika memperoleh kebenaran daripada Menteri Kesihatan. Dilaporkan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah dakwa terdapat peruntukan undang-undang yang mana ia memberikan ruang bagi penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus. Dakwanya dia ada baca di akhbar mengenai (kejayaan) rakyat Malaysia menghasilkan minyak ganja, jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul dan boleh dilakukan (kajian) di dalam negara. Seterunya nyatakan kalau ditengok pada Akta Dadah Berbahaya 1952, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan... sebab itu, penting untuk dapatkan kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu, sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Apresiasi AADK Pahang Bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik di Kuantan. Kisah kejayaan tiga rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis sativa dan menetap di United Kingdom itu mendapat perhatian media tempatan pada Jun tahun lalu. Syarikat itu diasaskan oleh sepasang suami isteri, Abdul Halim dan Nurul Ain serta rakan mereka Mohd Roslan yang sudah 15 tahun menetap di negara berkenaan. Kejayaan ini bukan sahaja melakukan kajian mengenai keberkesanan minyak ganja dalam perubatan, bahkan turut memperoleh lesen bagi tujuan memasarkan produk dihasilkan di 50 negara lain di Kesatuan Eropah. Sekiranya pokok ganja itu mampu memberikan kemujaraban daripada aspek perubatan, pihak berkenaan perlu melakukan sesuatu dan penanaman pokok ganja itu dijalankan dengan betul serta mengikut peruntukan undang-undang. Pokok ini tidak boleh tanam bersepah-sepah. Sebab itu, kita kena kawal sebaiknya, malah sesetengah negara sudah ada aktiviti penanaman sebegini. Mungkin satu hari nanti, jika Malaysia ada bahan sebegitu, mungkin kita boleh menjadi pengeksport tetapi mengikut undang-undang. Sebab itu penting kalau betul ganja ini ubat, Kementerian Kesihatan kena mengesahkan sebab mereka adalah pihak yang mempunyai kuasa mengesahkannya. Ibu bapa atau penjaga remaja yang bermasalah berkaitan dadah diwajibkan mengikuti sesi kaunseling dalam undang-undang baharu yang akan digubal bagi menangani masalah dadah di peringkat awal. Kini dengan ada sesi kaunseling kita dapat mengenal pasti masalah dialami, seterusnya cuba menyelesaikannya secara konsisten, kerana kita percaya pencegahan terbaik bermula di rumah. Kita mahu ibu bapa tidak lepas tangan terhadap masalah dihadapi anak mereka,” katanya.

Dalam portal berita iaitu Malaysiakini.com pula dengan artikel bertajuk 'Kerajaan benar tanam ganja jenis hemp bagi tujuan dalam penyelidikan industri' dinyatakan dimana pihak kerajaan akan membenarkan penanaman hemp, sejenis ganja daripada spesis Cannabis sativa bagi tujuan untuk penyelidikan pihak industri seperti mana dimaklum Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau dipetik Bernama berkata kebenaran itu adalah di bawah Seksyen 6B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, di mana menteri kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin penanaman hemp, untuk pengeluaran serat dan biji sahaja bagi tujuan bukan komersial. Bagaimanapun tarikh bagi pelaksanaan kebenaran ini masih belum dapat diputuskan. Ia bergantung kepada perbincangan bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Beliau dilaporkan berkata kepada media selepas merasmikan 18th Annual Scientific Congress of Asia Pacific Association of Medical Toxicology 2019 di Putrajaya hari ini. Beliau juga turut menegaskan bahawa penanaman kanabis bagi tujuan perubatan (medical marijuana) dan sebagainya, masih tidak dibenarkan selagi undang-undang tidak dipinda. Kebenaran untuk penanaman (ganja) hemp tidak melibatkan aktiviti penanaman kanabis (spesis ganja yang biasa dirujuk marijuana). Dia harap orang ramai tidak keliru kerana terdapat banyak prosedur operasi standard (SOP) yang perlu digariskan berikutan kebenaran penanaman hemp. Ini termasuklah siapa yang akan import, siapa yang akan tanam, tanah yang bagaimana sesuai untuk ditanam hemp, berapa lapis dan tinggi pagar. Kementerian Kesihatan akan menyediakan garis panduan bagi cadangan untuk penanaman hemp. Kebenaran penanaman hemp itu merupakan keizinan pertama yang diberikan Kementerian Kesihatan, di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. Untuk hemp ditanam bagi tujuan komersial atau secara besar-besaran, ia memerlukan satu lagi keputusan.  Hemp mempunyai kandungan bahan kimia psikoaktif tetrahydrocannabinol (THC) pada kadar sangat rendah kurang 0.3 peratus, berbanding spesis ganja yang sering dirujuk sebagai marijuana yang mengandungi kadar peratusan THC yang tinggi. Dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membezakan dua spesis ganja ini dan hanya merujuknya sebagai kanabis. Penanaman enam pokok kanabis jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan.  Umumnya hemp digunakan sebagai bahan industri kerana serat pada batang dan bijinya yang digunakan dalam lebih 25,000 produk industri di seluruh dunia, lapor Forbes. Ini termasuklah kertas, tali, kain, bahagian automotif, perabot, produk kecantikan dan pembinaan. Pada 10 Julai 2008, anak syarikat Proton ketika itu, Lotus melancarkan model kereta Eco Elise yang mana terdapat bahagian dalamannya dibuat daripada hemp. Pada masa kini, terdapat lebih 30 negara di seluruh dunia membenarkan petani menanam hemp untuk tujuan industri dan ia termasuklah Amerika Syarikat, China, Kanada dan negara jiran ThailandJualan industri hemp global akan mencapai AS$5.7 bilion menjelang 2020 daripada AS$3.7 bilion pada 2018, lapor BBC memetik analisis New Frontier Data.

Akhbar Sinar Harian pula dengan artikel bertajuk "Tak berbaloi tanam ganja: Pakar perubatan" iaitu berita dipetik dari Shah Alam menyatakan domana soerang Pakar Perubatan, Dr Suhazeli Abdullah menyifatkan cadangan penanaman ganja sebagai langkah tidak berbaloi kerana mengundang lebih banyak mudarat berbanding manfaat sekali gus mengakibatkan kerosakan negara. Dakwa Dr Suhazeli jika benar terdapat bukti seperti didakwa sesetengah pihak negara kita mempunyai badan berautoriti seperti National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Ganja tidak lebih dan tidak kurang tarafnya dengan daun rama-rama atau durian belanda dalam dakwaan merawat kanser, kajian-kajian setakat ini kebanyakannya hanya atas piring pateri makmal dan tikus dan tidak pun melepasi fasa tiga dan empat kajian perubatan. Menurutnya, alasan menanam ganja untuk kajian juga tidak munasabah kerana kajian perubatan boleh dilakukan oleh mana-mana pengkaji dalam negara. Ianya dengan syarat lulus etika kajian, setelah lulus etika, ganja boleh diperolehi dari negara jiran melalui prosedur tertentu.  Beliau menegaskan perkara yang amat membimbangkan kita adalah bagaimana kecenderungan penyalahgunaan dadah tinggi. Ini kerana sistem penguatkuasaan negara masih belum mampu sepenuhnya, penguatkuasaan dadah narkotik seperti morfin, heroin, syabu, pil kuda pun masih belum berjaya sepenuhnya dan bebanan pihak berkuasa untuk penangkapan dan pemulihan makin bertambah. Sepatutnya KKM (Kementerian Kesihatan) lebih bersungguh menyuarakan isu ini jika ianya benar-benar banyak manfaat dalam perubatan. Dalam soal ini, saya menyeru agar tiada penghalalan ganja dalam negara kita malah menutup pintu mudarat adalah lebih penting dari mendapatkan sedikit laba keuntungan jualan. Kerajaan umumkan kemungkinan bagi usaha tanam hem iaitu tumbuhan dari spesies ganja bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ini dimaklumkan dimana   kementerian itu sedang menunggu kertas cadangan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ada sesetengah pihak memperjuangkan ganja sebagai entiti perubatan dengan dalil bahawa hem tersebut terdapat sedikit komponen kebaikan dari sudut perubatan. Tetapi perlu kita ambil pengajaran bersama bahawa kesan yang serius boleh berlaku jika negara kita menghalalkan penanaman, pemprosesan dan penjualan ganja. Kita boleh melihat sendiri kesan negatif yang besar kepada negara-negara yang telah menghalalkan hem perubatan tersebut. Apa pun disarankan agar weperlu membuat kajian secara menyeluruh terlebih dahulu. Ini kerana walaupun hem dan ganja adalah dalam spesies yang berbeza namun kajian dan pengumpulan data lengkap perlu dibuat sebelum kerajaan menggalakkan penanaman spesies jenis itu. Sebab pada masa ini kita hanya mendengar sahaja, sebagai contoh negara jiran iaitu negara Thailand yang dikatakan telah menggunakannya sebagai ubat dan pelbagai rawatan. Jadi kalau (negara) kita benar benar serius, saintis kita perlu belajar dari mereka. Malaysia perlu menghantar saintis saintis ini untuk melihat sendiri spesies yang digunakan dan bagaimana mereka menggunakan spesies itu untuk merawat pesakit.

Portalawani.com pula dengan artikel 'Terbongkar, kondo mewah di Mont Kiara jadi pusat tanaman pokok ganja' lagi menarik untuk dibaca. Menurut  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Khalil dalam dalam serbuan dijalankan dimana pihaknya menahan suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dan merampas pokok ganja yang dianggarkan bernilai RM1.21 juta. Berita dari Pulau Pinang ini menyatakan 3 orang individu ditahan kerana menjadikan sebuah kondominium mewah di Mont Kiara, Kuala Lumpur sebagai pusat penanaman pokok ganja. Perbuatan mereka terbongkar selepas polis melakukan serbuan di premis tersebut Isnin lalu selepas menerima maklumat awam. Didalam serbuan itu, pihaknya menahan suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dan merampas pokok ganja yang dianggarkan bernilai RM1.21 jutaOrang selalu tanam pokok ganja ini di ladang, tetapi kali ini satu penanaman dadah dalam kondo. Kondo mewah di Mont Kiara menanam pokok ganja, prosesnya lebih kurang macam hidroponik. Kita telah berjaya kalau ikut hasil maklumat pada 9 dis kita telah buat serbuan di premis mount Kiara kediaman mewah dan hasil drpd tu kita dapati tempat tersebut telah digunakan sebagai tempat penanaman ganja , kita telah merampas daun ganja 2.6 kilogram, pokok ganja yang dianggarkan 3 hingga 4 kaki tingginya, sebanyak 53 pokok dan benih pokok sebanyak 48 biji. Jadi jumlah keseluruhan dianggarkan RM1.21 juta. Hasil pemeriksaan mendapati mereka telah melakukan aktiviti menanam itu selama enam bulan. Turut disita sebuah kenderaan jenis Toyota Vios bernilai RM45,000. Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 32 tahun itu kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menanam ganja dan Seksyen 39B akta sama kerana mengedar dadah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TANAMAN TERKAWAL... ITULAH GANJA...
MUDAH DITANAM... PERUBATAN GUNA...
30 NEGARA...  IA SUDAH MENANAMNYA...
NEGARA MALAYSIA... BRLUM DILAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desa Daya,
Rahb , Pahang,
Malaysia.
9 Syawal 1441H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...