Support My Blog

Wednesday, June 17, 2020

KOPI ROBUSTA DAN ARABICA - PENCIRIAN SPBT

TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan satu aktiviti penanaman yang semakin kurang dilaksanakan di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog mendapati penanaman kopi dunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan negara Brazil yang merupakan salah sebuah negara pengeluar kopi terbesar dunia dengan kawasan seluas 2.15 juta ha (19%) diikuti oleh Negara Vietnam (1.057 juta hektar) dan Colombia 0.88 juta ha. Di Malaysia dilaporkan dimana pengeluaran kopi mentah adalah rendah iaitu kurang 3% dari keperluan domestik dimana angka tersebut hanya untuk tujuan keperluan kopi lokal sahaja dari jenis liberica. Ini bermakna negara mengimport sebanyak 97% biji kopi mentah iaitu bersamaan dengan 97,500 - 100,000 mt setiap tahun dari Indonesia (48%) dan Vietnam (26%). Jenis Kopi Arabica dipercayai sejenis kopi premium berasal dari kawasan pergunungan di Yaman dan kawasan tanah tinggi Barat Daya Ethiopia. Kopi Robusta pula dipercayai berasal dari bahagian tengah dan barat sub-Sahara Afrika. Manakala kopi Liberica pula adalah berasal dari Afrika barat dan tengah dari Liberia ke Uganda dan Angola. Penulis blog yang telah menlis beratus artikel mengenai kopi mendapati dimana 70% penanaman kopi dunia adalah dari jenis Kopi Arabica diikuti Kopi Robusta sebanyak 28% dan kopi Liberica (2%). Di Malaysia pula dari pemantauan penulis blog semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia mendapati terdapat penanaman Kopi Robusta (75%) dan Liberica (15%) yang diusahakan di Sabah dan selebihnya di Negeri Johor.  Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah(Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Penulis blog merujuk kajian oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati terdapat perbezaan kandungan kafein pada jenis-jenis kopi dipasaran dimana makluumat dinyatakan bagi Kopi Robusta ia mengandungi kafien sekitar 2.26 g/100 gram, bagi Kopi Arabica sekitar 1.61 g/100 gram dan bagi Kopi Liberica ia mengandungi kafien sekitar 1.23 g/100 gram. Seterusnya dari hasil satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di USA ada mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari akan hidup lebih lama berbanding orang yang tidak meminum kopi. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga didakwa dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok. Artikel tengahari ini pada Hari Raya Aidilfitri ke 2 tahun 2020 dan sempena duduk rumah akibat Covid19 didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa pencirian benih kopi yang perlu anda tahu berdasarkan kepada buku SPBT terbitan Jabatan Pertanian untuk rujukkan anda semua.


(1) Kopi Robusta
Bentuk Pokok, daun dan biji kopi Robusta
Bentuk Daun : Eliptik
Timbul antara urat daun : Sederhana
Margin daun berombak : kuat


Kopi Robusta (Coffea robusta) mempunyai pokok yang besar merimbun (umbrella-shaped) dengan mempunyai daun yang besar dan lembut seperti kulit kisut dan lebih lembut daripada kopi liberica. Bunganya berwarna putih dan mempunyai 5-6 kelopak bunga. Buahnya adalah lebih kecil daripada jenis arabica dan berkelompok. Apabila masak buahnya bertukar menjadi warna merah. Penulis dapati bahagian kulit luar (mesocarp) dan kulit bijinya (endocarp) adalh nipis. Kopi robusta berkehendakkan keadaan tanah dan iklim yang sesuai (21-24 Celcius) dan ia tidak tahan kepada keadaan tanah yang masam. Kopi robusta juga tidak sesuai dikawasan tanah liat tepi pantai. Ia banyak ditanam di Afrika dan hanya ada sedikit ditanam di Malaysia. Ia berbuah selepas 3 tahun ditanam jika diuruskan dengan baik. Kajian menunjukkan anggaran hasil adalah 1,000 - 1,250 kg sehektar setahun.

(2) Kopi Arabica
Anak Benih Klon dan daun kopi Arabica 
Bentuk Daun : Eliptik 
Timbul antara urat daun : Sederhana 
Margin daun berombak : kuat

Kopi Arabica (Coffea arabica) merupakan jenis kopi yang paling baik untuk minuman kerana mempunyai rasa dan bau yang sedap. Pokoknya lebih kecil jika dibandingkan dengan kopi robusta dan liberica. Cabang sisinya mendatar dan kedudukan berlawanan didalam pasangan. Daunnya berwarna hijau gelap berkilat, berukuran 12-15 cm panjang dan lebihkurang 6 cm lebar. Penulis dapati ia mempunyai bentuk daun yang ulat atau hampir bulat. Bunganya berwarna putih dan mempunyai tangkai bunga yang pendek. Buahnya berbentuk BUJUR berukuran 1.5 cm panjang yang berwarna hijau semasa muda bertukar kepada merah atau kuning apabila ia masak. Bijinya berukuran 8.5-12.7 mm panjang. Kopi arabica cepat berbuah (selepas 2 tahun ditanam) tetapi ia mudah diserang penyakit karat (Coffee rust) dan memerlukan keadan iklim dan tanah yang sesuai (16 - 20 Celcius). Jenis ini banyak ditanam di kawasan Amerika Latin. Jika ditanam dan diuruskan dengan baik, jenis arabica boleh menghasilkan sebanyak 400 - 1,000 kg sehektar setahun.
Semga artikel dalam tulisan ini memberikan info berguna kepada smua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KOPI... ROBUSTA ARABICA...
BANYAK VARIETI... MANA DI MALAYSIA...
ADA BEZA... IA BERLAINAN CIRINYA....
PILIH YANG BAIK...CARA BAGAIMANA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(Ramadan 1441H).
Selamat Hari Raya ke 2...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...