Support My Blog

Sunday, June 28, 2020

PORANG - TANAMAN UMBISI BERPOTENSI (Part 3)

PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) merupakan jenis tanaman umbi-umbian termasuk keluarga Araceae dan kelas Monokotiledon. Hasil tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandung bahan glucomannan memang yang banyak kegunaannya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah tengok atau menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube mengenai tanaman ini yang memberikan pendapatan baik kepada penguaha disana. Umbisi Porang ini dilaporkan memang ada mengandungi bahan Glucomannan (glukomanan) iaituu sejenis serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan bolehh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan seejenis bahan polisakaride yang larut dalam air yang mana ia dianggap sebagai serat makanan. Kandunagn bahan ini merupakan komponen hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazim digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental. Apa pun di negara jiran ini ada diusahakan secara komersil tanaman Porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles. Tumbuhan ini merupakan tanaman penghasil umbisi yang boleh dimakan terutama untuk bidang industri dan kesihatan. Di Indonesia kini ubi porang ini memiliki potensi dan prospek yang besar untuk diperluaskan lagi dimana penanamnya untuk pasarnan domestik dan eksport. Kepada mereka yang yang ingin mencuba didalam menghasilkan umbi berkarbohidrat tinggi ini boleh membaca artikel ini sehingga faham. Artikel didalam blog popular "Anim Agro Technology" ini akan memperkenalkan sejenis tanaman umbisi yang sudah popular ditanam di Indonesia tetapi tiada di Malaysia. 

Tanaman porang dapat dituai untuk pertama kali setelah umurnya mencapai 2 tahun. Umbi yang ditui ini adalah umbi besar yang beratnya mesti lebih dari 1 kg/ubi  sedangkan umbi yang masih kecil ditinggalkan untuk dituai pada tahun berikutnya. Tanaman porang dapat dituai setahun sekali tanpa harus menanam kembali umbinya. Ciri-ciri pokok porang yang sedia untuk di tuai adalah jika daunnya telah kering dan jatuh ke tanah (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana pokok matang perdunya sudah lembut dan mudh dipisahkan dengan umbinya. Dalam pada itu satu pokok porang boleh menghasilkan umbi sekitar 2 kg walau pun ada mencapai 6 - 8 kilogram jika pokok itu bertahan lebih 3 tahun ditanam dikawasan sangat sesuai. Kepadatan tanaman porang ini sekitar 40,000 pokok dalam satu hektar dimana lazimnya jangkaan hasil tuaian adalah sebanyak anggaran 80 metrik tan jika dikutip hasil pada tahun ke dua. Bagaimana pun penuaian dilakukan mengikut ketersediaan pasaran jika menjual ubi basah kerana ia boleh dijadualkan masa penuaian sesuai dengan harga dan juga kehendak pasaran. Jika mempunyai kemudahan memproses maka ia boleh dituai sekali sekali gus untuk di potong keping-keping dan dijemur sebelum tersedia untuk dijual atau disimpan atau untuk dieksport.


Mengambil hasil umbi porang perlukan kemahiran dan peralatan yang sangat asas. Seorang petani pertama sekali pastikan pokok porang sudah berumbisi dibawahnya dengan mengira umur pokok matang dan saiz pokok serta tanda pokok yang ada. Jika pokok sudah tumbang maka buangkan dengan memotong perdunya manakala jika pokok masih menegak batangnya boleh juga di tumbangkan atau dipotong. Alat digunakan adalah cangkul biasa atau cangkul khusus yang panjang dan tebal bagi mudah untuk mencungkil umbinya. Bersihkan disekeliling perdu pokok porang dan kemudian di gali disekelilingnya antara 20 cm - 30 cm dalam sehingga jumpa umbi tersebut. Kemudian umbisi ini di korek keluar dengan menggunakan cangkul khas atau dengan menggunakan tangan sahaja (Sila lihat foto disebelah). Setelah umbi ini dikeluarkan kemudian ia perlu dibersihkan dari tanah dan akar dan dikumpulkan sebelum dibawa keluar dari kebun menggunakan karung guni atau bakul. Biasanya ia boleh digredkan mengikut saiz dimana ini akan memudahkan masa penjualan kelak atau semasa hendak diproses. Seterusnya dipremis pemproses ia kemudian dipotong menggunakan mesin pemotong umbi yang sederhana dengan kemampuan sekitar 2 - 3 metrik tan satu jam (bergantung kepada alat pemotong dibeli). Setiap potongan semestinya setebal 1 cm sahaja agar mudah kering dengan seragam semasa dijemur. Potongan porang ini dijemur diatas para dengan lantai daripada dawai BRC agar kedua-dua atas dan bawah kepingan poring dapat dikeringkan selama 2-3 hari. Ada juga yang menjemurnya diatas lantai simen konkrit sama seperti menjemur biji kopi dan koko dan apabila hujan maka bunbung ditolak melindungi jemuran. Jika hujan maka para-para ini akan ditutup dengan lapisan plastik agar tidak kena air yang boleh menjejaskan kualiti. 


Penulis blog juga berpeluang membuat tinjauan teknologi di beberapa kebun yang menanam porang dahulu. Salah satu dari lokasi porang tersebut adalah di Desa Klangon, Kecamatan Saradan, Kabupaten Madiun, Jawa Timur bersama dengan bapak Agung. Hasil lawatan tersebut saya dapat melihat bagaimana aktiviti menuai dilakukan sehingga kerja-kerja memootong, menjemur, mengisi dalam karung dan sedia untuk dieksport. Dakwa pengusaha dimana dia sendiri tidak pasti bagaimana poring yang kering ini diproses untuk diiadikan bahan kosmetik, mee, lem, agar-agar dan sebagainya. Komoditi porang untuk diekspori ini dilaporkan dihantar ke beberapa negara lain terutama ke Jepun dan China. Disebabkan oleh nilai dari pulangan ekonominya yang tinggi maka kini warga desa setempat tertarik menanam dan meluaskan tanaman porang mereka. Semasa ini seluas 400 hektar kebun yang dahulu ditanam dengan pelbagai jenis tanaman makanan dan kayu jati telah ditukar dengan tanaman porang secara komersil. Dimaklumkan juga dahulu sebahagian besar kawasan disini adalah kawasan tanaman pokok kayu jati yang memerlukan masa sangat lama untuk mendapatkan hasil kayunya. Para petani disini tergabung Lembaga Masyarakat Desa Hutan dimana selain mendapat penghasilan dari pokok porang maka mereka juga turut menjaga tegakan kayu jati milik negara. Lazimnya umbi porang yang berbentuk bulat dan tidak seragam bentuknya ini akan diiris tipis dan dikeringkan. Kemudian ia boleh diolah menjadi tepung sebagai bahan makanan. Harga porang yang masih basah di kawasan ini pula berkisar Rp4.500 per kilogram sedangkan untuk yang sudah kering bisa mencapai Rp35.000 per kilogram. Ia didakwa sebagai bahan pembuatan lem yang rmesra alam. Ia juga diproses untuk dijadikan campuran pada pembuatan kertas agar kuat, lembut dan kemas. Porang boleh juga digunakan sebagai pengganti media tumbuh mikroba dan juga sebagai isolator eletrik. bahan glucomannan pada tanaman porang yang berbentuk gel dapat dimanfaatkan sebagai pengganti gel silicon yang sangat baik sebagai isolator arus letrik. Tanaman sudah berumur sekitar 3 tahun (3 kali masa pertumbuhan) masa menuai berikan hasil umbi sebanyak 2 kg sepokok dan bila dikeringkan beratnya akan susut. Jika ada investor yang berani buat kontrak farming mereka sanggup berikan harga USD18/kg kering. Artikel ini mempunyai 3 siri penulisan iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAMAN UMBISI... PORANG NAMANYA...
POKOK BESAR... BANYAK DI INDONESIA...
UBINYA DITUAI... BANYAK KEGUNAANYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU PUN DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...