KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, November 14, 2016

TANAH TERBIAR - SATU CABARAN

TANAH TERBIAR (IDLE LAND) merupakan kawasan tanah yang mempunyai Hak Milik tetapi tidak diusahakan atau hanya sebahagian kecil sahaja daripada kawasan tanah tersebut yang diusahakan tetapi selepas beberapa waktu menjadi terbiar menyebabkan hasilnya tidak diperolehi dan jika diperolehi sekalipun dimana hasilnya tidak seimbang dengan keluasan tanah yang ada. Bagi kawasan sawah pula ia dimaksudkan dengan tanah sawah yang tidak diusahakan lansung atau yang diusahakan hanya sekali setahun dan tidak boleh ditanam dengan padi 6 musim berturut-turut. Tanag Terbiar didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dan ia akan disahkan data melalui data geospatial yang juga diperiksa dilapangan. Isu tanah terbiar ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Antara punca yang menyebabkan berlakunya tanah terbiar adalah seperti pemilik tidak berapa berminat untuk memajukan tanahnya, kekurangan modal untuk membangunkannya, kedudukkan tanah yang kecil dan berjauhan, tanah bermasaalah (tanah bris, tanah gambut, tanah masam), kos pembangunan yang tinggi dan banyak lagi. Dalam pada itu tanah sawah terbiar berlaku dengan ketara terutama dikawasan tanah sawah diluar Skim Pengairan JPS dimana penanaman padi bukan menjadi tanaman yang menarik minat pemilik tanah sawah. Masaalah kekurangan air, serangan musuh dan penyakit, kesukaran mendapatkan jentera membajak dan menuai, penghasilan hasil padi yang rendah, tiada jaminan bekalan air menjadikan tanah sawah terbiar. Mengikut pengalaman penulis, bagi tujuan memajukan satu kawasan tanah terbiar yang luas seperti di Sekijang, Segamat, Johor adalah bermasaalah mengenalpasti pemilik tanah tersebut merupakan satu isu paling rumit untuk diatasi. Ini kerana pemilik asal tanah tersebut amat sukar untuk pejabat mencarinya kerana maklumat ini hanya diperolehi dari Pejabat Tanah. Berdasarkan alamat pemilik tersebut sudah sukar dikesan untuk mendapatkan persetujuan sebarang projek pembangunan. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis rencana mengenai tanah terbisr dan beberapa cabaran mengenainya.



Jadual 1 diatas menunjukkan info keluasan tanah terbiar yang dirujuk kepada maklumat asas di Jabatan Pertanian Malaysia. Laporan tersebut menunjukkan terdapat sebanyak 68,734 lot tanah yang didaftarkan sebagai tenah terbiar dengan jumlah keluasan 119,273 hektar. Keluasan ini telah mengambilkira keseluruhan tanah terbiar daripada yang bersaiz kecil sehingga luas disuatu kawasan. Negeri Pahang dilaporkan mempunyai kawasan tanah terbiar paling luas dengan jumlah keluasan sebanyak 34,293 pada tahun 2014 diikuti dengan Johor (17,854 hektar), Perak (14,506 hektar), Terengganu (12,309 hektar dan Negeri Sembilan (10,309 hektar). Negeri-negeri lain adalah kurang daripada 10,000 hektar. Penulis merujuk kepada lamanweb Jabatan Pertanian dimana mereka mendefinisikan Tanah Terbiar sebagai tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Pendaftaran Pemilik Tanah Terbiar telah dijalankan secara online telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada 1 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2015. Dalam tempoh tersebut seramai 70 orang pemilik tanah telah mendaftar dengan keluasan sebanyak hanya 109.47 hektar. Ia amat jauh daripada maklumat rasmi yang dijalankan sebelumnya. Kini berdasarkan maklumat nombor lot, keluasan tanah terbiar dan nombor telefon yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh menghubungi terus pemilik tanah tersebut. Kesediaan pemilik tanah untuk memberi kebenaran membangunkan tanah terbiar adalah tertakluk kepada rundingan yang dijalankan di antara usahawan dengan pemilik tanah. Bagi mendapatkan maklumat kesesuaian tanaman bagi tanah terbiar yang ingin dimajukan, pemilik tanah/usahawan boleh mendapatkan Khidmat Penyiasatan Tanah daripada Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran di bawah 'Akta Fi tahun 1951 (pindaan 1995)'.


Dalam lamanweb FELCRA pula tanah terbiar merupakan satu perkara yang menjadi sasaran dan menjadi fungsi penubuhannya. Dalam membangunkan tanah terbiar, FELCRA menggariskan di antara faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pemilik tanah jika bersetuju tanah mereka dimajukan. Pemilik tanah akan menerima keuntungan bersih apabila ladang mengeluarkan hasil. Hasil ladang akan dipasarkan oleh FELCRA Berhad. Jumlah keuntungan yang akan diterima pemilik tanah adalah berdasarkan luas tanah milik masing-masing, kualiti ladang dan harga pasaran komoditi semasa. Jika mereka bekerja diladang, pemilik tanah akan dibayar upah bekerja dan jika keluarganya turut bekerja maka keluarganya juga akan dibayar upah. Bayaran upah ini merupakan kos operasi ladang dan tidak akan ditolak dari keuntungan bersih projek yang juga akan diterima oleh pemilik tanah. Sekiranya pemilik tanah tidak dapat bekerja di ladang kerana tinggal di tempat lain atau uzur, dia cuma akan dibayar keuntungan bersih dari projek atau dari dividen. Apabila tanahnya yang terbiar diusahakan selalunya nilai tanah itu akan meningkat mengikut harga pasaran berbanding dengan tanah yang masih terbiar. Pembangunan secara menyeluruh tanah terbiar dikawasan luas akan menjadikan peserta akan dapat memiliki sebuah ladang estet yang terurus maju. Ada yang masih kurang faham apakah tugas FELCRA BERHAD dalam membangunkan masyarakat luar bandar?. Sebenarnya FELCRA akan memajukan tanah (termasuk tanah GSA) iaitu sama ada melalui langkahnya sendiri atau dengan ikatan persetujuan Pihak Berkuasa negeri atau atas permintaan Pihak Berkuasa Negeri itu. Selain itu mana-mana tanah lain selain dari yang dinyatakan di perenggaan diatas permintaan tuan punya tanah dan mengikut syarat-syarat yang akan dipersetujui diantara tuan punya tanah dengan FELCRA Berhad.


Pembangunan Tanah Terbiar bertujuan untuk menjadikan tersebut seterusnya mendatangkan hasil dan apabila hasilnya diperolehi. Hasil ini seperti tanaman kelapa sawit akan memberi faedah kepada pemiliknya (Sila lihat foto disebelah). Di samping itu pembangunan tanah terbisr ini akan dapat menambahkan lagi hasil dan pendapatan dan pengeluaran negara. Sebaliknya jika tanah itu dibiarkan tanpa usaha, ia tenu tidak mendatangkan apa-apa hasil bahkan untuk membayar cukai tanah pun mungkin pemiliknya terpaksa mencari punca kewangan yang lain.
Bagaimana cara melakukan jika mahukan tanah terbiar anda dimajukan oleh pihak kerajaan merupakan perkara diketahui umum. Pada peringkat awal sebaiknya pemilik tanah akan dikehendaki memberi persetujuan dengan menandatangani surat perjanjian yang disediakan oleh FELCRA Berhad atau badan pengurusan yang lain. Bagi organisasi seperti FELCRA Ia adalah penting supaya dengan cara ini FELCRA Berhad akan memperolehi kuasa bagi memasuki dan seterusnya memajukan tanah itu dan dengan persetujuan itu juga FELCRA Berhad bolehlah mengeluarkan modal bagi memajukan tanah itu. Setelah pemilik tanah menandatangani surat perjanjian, FELCRA Berhad akan menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah sehingga selesai menanam benih di ladang. Selepas itu diteruskan dengan pejagaan kawasan tanaman. Perbelanjaan ini yang dikira sebagai perbelanjaan pembangunan yang didahulukan oleh FELCRA Berhad. Pemilik tanah atau keluarganya adalah digalakkan bekerja dan bagi kerja-kerja yang di buat akan dibayar upah. Antara syarat dan kelayakan bagi mengikuti program memajukan tanah terbiar seperti pemilik tanah hendaklah memberi persetujuan dengan menandatangani surat perjanjian. Persetujuan bahawa modal didahulukan oleh FELCRA Berhad dengan bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan. Peserta juga perlu bersetuju membayar balik pinjaman pembangunan melalui potongan hasil projek. Bersetuju memberi kuasa kepada FELCRA Berhad untuk memasarkan hasil. Seseorang itu hendaklah mempunyai tanah sendiri. Sekiranya tanah berkenaan mempunyai beberapa nama, maka persetujuan mereka hendaklah diperolehi. Selalunya tiada sekatan umur dikenakan untuk menyertai program ini asalkan ia seorang warganegara Malaysia dan mempunyai hakmilik yang sahih.

Penulis juga berpendapat perlu satu tindakan yang pantas untuk ianya dilaksanakan atas inisiatif masing-masing supaya tidak membiarkan halaman rumah dan tanah mereka dihuni semak samun dan belukar.Tanah yang terbiar ini sebenarnya memang boleh mendatangkan banyak kebaikan dan kelebihan sekiranya diusahakan secara berperingkat serta mampu mendatangkan pendapatan sampingan yang sungguh lumayan. Berdasarkan kepada kajian telah dijalankan secara rambang kenapa berlakunya masalah tanah yang terbiar dan hasil kajian mendapati ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan diantaranya seperti tiada yang berminat untuk mengusahakan tanah tersebut, tiada modal bagi memulakan aktiviti pertanian ataupun perternakan, tiada kemahiran untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dan tiada kepakaran untuk menjalankan perniagaan yang berkaitan pertanian atau yang berkaitan tentang aktiviti yang diceburi. Umumnya juga terdapat faktur seperti pemilik tanah sudah “give-up” kerana apa yang berlaku keatas ramai pengusaha gagal, Ini berlaku selepas beberapa kali mereka cuba mengusahakan aktiviti pertanian atau penternakan di atas tanah tersebut tetapi disebabkan oleh kegagalan pembeli untuk membeli hasil yang telah dikeluarkan oleh pengusaha tersebut. Pemasaran yang tidak cekap dilaporkan berlaku di dalam beberapa projek penanaman seperti tanaman serai, penternakan cacing, pembiakan lintah, penternakan ikan dan lain-lain lagi. Projek ini yang tidak dihebahkan tetapi telah berlaku musibah buruk kepada pengusaha sehingga melibatkan kerugian puluhan ribu dan ada yang menanggung kerugian sehingga ratusan ribu. Faktor geografi tanah juga menyumbang sedikit factor penyebab kenapa terdapatnya tanah yang dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti pertanian ataupun penternakan. Masalah sistem saliran yang tidak teratur adalah penyebab kenapa berlakunya banyak sawah-sawah yang terbiar begitu sahaja tanpa ada apa-apa aktiviti yang berfaedah. Tanah terbiar dimaksudkan juga merangkumi keluasan tanah yang bukan sahaja pada spesifikasi yang besar tetapi ianya juga meliputi dengankeluasan yang minima seperti di halaman rumah atau pun yang terdapat disekitaran rumah kediaman. Ramai dikalangan kita hanya membiarkan semak samun,lalang serta rumput panjang tumbuh subur membiak bukan sahaja mendatangkan pemandangan yang tidak enak tetapi bakal mengundang pembiakan kehidupan liar dikawasan tanah tersebut dan ianya amat membahayakan. Pelbagai pihak samada individu atau pun agensi kerajaan dan swasta yang menjadi pemilik sah atas tanah-tanah terbiar tersebut hendaklah memulakan satu langkah drastic supaya keluasan tanah yang terbiar tersebut hendaklah dimanfaatkan dan mampu menyumbang pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara yang lebih sistematik. Semuga artikel ini memberi info sesuai utnuk anda semua. Wasallam!!!..

TANAH TERBIAR... BERADA DIMANA....
JABATAN PERTANIAN...ADA REKODNYA...
PERLU DIMAJUKAN...SEPERTI DIFELCRA...
TANAH BERHASIL... PENDAPATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanah Terbiar Kg Ganchong,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(8 Safar 1438H)
Posted pada 12 November 2016
Room 103, Hotel Sri Malaysia, Tg Gemok, Rompin, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...