KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, November 18, 2016

BUAH TUNJUK LANGIT

BUAH TUNJUK LANGIT (Sky Fruit) atau nama botaninya sebagai Swietenia macrophylla adalah juga dikenali sebagai Buah Mahogany yang merupakan sejenis herba berkhasiat. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Mahogani Daun Besar atau Mahogani Hondarus atau Pokok Tunjuk Langit adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok keluarga iaitu Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji Honduras, Kepulauan Solomon dan juga tumbuh Malaysia. Pokok ini juga digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kayu yang berkualiti tinggi nin atau kayu mahogani dibuat perabut, kraftangan dan finishing dalam rumah. Ia merupakan kayu tahan yang cantik dengan warna dan corak yang ada padanya. Buah Tunjuk Langit adalah buah yang dikeluarkan oleh pokok mahogani dan ianya mempunyai khasiat yang tersendiri. Dalam biji Mahogani atau Tunjuk Langit ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Daripada analisa makmal didapati ia juga ada mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat diambil bagi mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan manusia dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan iaitu seperti bahan protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya. Buah Mahogani atau Tunjuk Langit kini telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini dimana setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan, para saintis telah menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar sains dalam bidang bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Tunjuk Langit atau Mahogani mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah di dalam tubuh manusia dan khasiat lain yang berfaedah. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah tunjuk langit untuk dijdaikan bahan rujukan.


Pokok Buah Tunjuk Langit merupakan pokok balak yang tumbuh meninggi dan mempunyai batang kayu yang kukuh dan kuat.  Pokok ini mempunyai akar dalam yang menjadikan pokok kukuh menegak dengan tinggi. Ia mempuntai jenis akar serumpun yang berwarna merah dan jika di gigit seakan ianya memiliki rasa lemak. Pokok ini lazimnya tumbuh di kawasan tanah jenis lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya pokok balak atau ada yang dakwa sebagai pokok herba ini boleh didapati pada semak belukar yang berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung. Dari aspek pencirian didapati pokok mahogani merupakan sejenis pokok separa-malar hijau yang akan menggugurkan hampir kesemua daun-daunnya pada satu masa sementara menunggu daun baru mula keluar. Laporan daripada FRIM menyatakan jenis pokok mahogani daun besar (Swietenia macrophylla) boleh dilihat menggugurkan daunnya pada bulan tertentu dalam setahun. Keljadinan jelas berlaku jika pada hari yang berangin  aka daun-daun yang sedang gugur boleh dilihat berterbangan. Kajian menunjukkan pokok ini juga merupakan antara spesies komersial pertama yang ditanam di kampus FRIM bersama-sama dengan pokok hutan lain seperti Shorea leprosula, Shorea bracteolata dan Shorea macroptera. Swietenia macrophylla yang berasal dari kawasan tropika Amerika tengah dan selatan adalah pokok yang tergolong dalam famili Meliaceae iaitu famili yang sama dengan pokok sentang dan pokok neem. Pokok-pokok daripada genus Swietenia terutama dari spesis Shorea mahagoni and Shorea macrophylla amat berharga kerana kayunya yang keras dan berwarna kemerah-merahan. Kayu yang tahan ini digunakan dalam pembuatan perabot, pintu, panel, alat muzik, kapal, keranda, venir dan papan lapis.


Melihat lanjut sifatnya yang sama dengan     spesiesnya (macro bermaksud besar dan phylla bermaksud daun) selalunya pokok ini berdaun besar dan panjangnya sehingga 45 cm. Bilangan dedaunnya pula sama di kedua-dua belah urat tengah. Pokok ini hasilkan buah yang besar berada di dalam kapsul berwarna kelabu cair sehingga coklat yang selalu panjangnya mencecah 40 cm. Lazimnya buah tunjuk langit mengandungi sehingga 71 biji buah yang berkepak yang mana setiap satu berukuran 7 -12 cm panjang. Buah ini juga dikenali sebagai “Buah Tunjuk Langit” kerana ia seolah-olah mendongak ke langit. Buah yang menegak keatas seakan jari telunjuk yang menunjuk kearah langit. Kehebatan buah ini apabila ianya dibuat jus yang dikenali sebagai Jus “tunjuk langit” atau “sky fruit” dijual sebagai produk kesihatan atau produk untuk perubatan. Antara khasiatnya adalah untuk memperbaiki peredaran darah dan mencantikkan kulit. Penggunaan produk “tunjuk langit” sebagai bahan perubatan ada yang telah mendapat keluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pasaran yang melepasi semua prosedur diperlukan. Tumbuhan ini mempunyai buah yang berkulit keras (berketebalan 1cm-1.5cm) di bahagian luaran dan mempunyai kulit lembut (tersusun rapi di dalam lima ruang, dan setiap ruangan mempunyai dua belas biji benih bersayap: memudahkan penyebaran biji benih melalui angin) di bahagian dalaman yang berfungsi untuk melindungi biji benihnya. 


Biji benih buah Mahogani ini yang panjangnya 2cm dan lebarnya 1cm mempunyai rasa yang sangat pahit, oleh yang demikian ianya amat sesuai untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan melancarkan sistem aliran darah di dalam tubuh badan manusia. Pokok ini digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi bahagian batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar. Ada yang kata ianya pelik tapi benar dimana dengan kedudukan buahnya menegak ke arah langit ia hanya akan berbuah setahun sekali sahaja. Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan telah disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik di dunia. Buah tunjuk langit adalah ujud secara semulajadi dimana ia mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki kukuh didalam tanah. Pengambilan produk tunjuk langit didakwa tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama. Anda boleh melihat dalam lamanweb produk-produk hasilan buah tunjuk langit untuk mengetahui jenama produk dan harganya.


Para saintis yang membuat kajian mendapati ada 3 bahan uama dalam produk buah tunjuk langit. Tiga bahan aktif yang utama tersebut adalah Flavanoids, Saponins dan Bitter Alkaloids. Pertama adalah bahan FLAVONOIDS iaitu bahan yang ujud dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia didakwa mampu untuk merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti pengoksidaan. Bahan falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu sitoplasma (cytoplasm) dan kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles) kecil yang akan seterusnya dicantumkan (fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan kulit (epidermis) dan tisue luaran (korteks). Fungsi asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai pertahanan, memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan virus dan untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui evolusi masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment atau Warna (Anthocyanins) dalam tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan. Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi sel-sel asas. Asas utama rantai polymer flavonoids (Proanthocyanidins) berkumpul dalam vacuoles sel-sel kortikal, kot benih dan tisu sekunder seperti kulit kayu, di mana mereka membentuk campuran pigmen hitam coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat dalam dinding. Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah sekitar dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules).


Bahan SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti . Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana seterusnya akan meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax. -Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan serta kurangkan tahap kolestrol. Khasiatnya juga didakwa mampu meningkatkan sistem imuniti badan dan akan terus mempertingkatkan kecergasan. Ia juga mengurangkan proses pembekuan darah dan tahap gula dalam darah. Selain itu ia akan menguatkan fungsi jantung dan juga melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu produk daripada buah tunjuk langit yang mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protien, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan sesuai diambil dengan kadar disyorkan.


Bahan dalam buah tunjuk langit seterusnya adalah BITTER ALKOLOID yang memberikan 'rasa pahit' adalah kerana kandungannya yang tinggi.  Bahan ini adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi tujuan untuk menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik. Faedah-faedah dari bahan ini seperti ia mampu untuk menghilangkan sembelit semasa proses penghadaman, atasi masaalah gastrik, mencegah ketumbuhan tumor, tambah kecantikan kulit, elakkan jerawat, atasi masaalah rheumatism dan elakkan penyakit  Lelah serta Nyanyuk. Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita. Dari beberapa sumber rujukkan ramai mendakwa khasiat buah tunjuk langit mampu untuk melancar perederan darah, kawal kencing Manis dan darah tinggi, masaalah Gout atau sakit sendi, masaalah kolestrol tinggi, migrain dan sakit kepala serta elakkan kes strok peringkat awal. Produk buah tunjuk langit ini mampu untuk menguatkan perut, jantung, paru-paru, hati dan limpa serta mengatasi masaalah sembelit, masalah sistem penghadaman. Ia juga ampu untuk menghidupkan kembali sel-sel, atasi masaalah senggugut atau haid Tak Lancar dan uniknya ada yang mendakwa ia mampu mengatasi masalah Ereksi atau mati pucuk bagi lelaki. Walau pun kajian klinikal belum dibuktikan dengan nyata tetapi ada dakwaan ia berkhasiat untuk atasi masaalah kebas, masaalah angin ata sakit urat, atasi kes kencing Kotor, sebagai anti-penuaan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, jerawat dan lepuh. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

BUAH TUNJUK LANGIT... APA DIA...
POKOK MAHOGANI...BUAHNYA...
BERKEPAK TERBANG... UNIKNYA...
KALAU DIPROSES...ADA KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hutan Simpan Kemansul, 
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(16 Safar 1438H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...