KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, November 20, 2016

GETAH - INOVASI ALAT RRI METER


TANAMAN GETAH (Hevea brasilliensis) merupakan satu industri penting di negera kita dan menajdi tanaman yang ke 2 terluas selepas kelapa sawit. Penanaman pokok getah ini dilaksanakan oleh sektor Pekebun Kecil dan perladangan. Pekebun kecil mendominasi tanaman getah dan menjadi sumber pekerjaan penting dalam negara untuk menoreh getah. Susu Getah yang dihasilkan selepas meroreh getah akan dipungut dan diproses sebelum dijual. Harga getah yang menurun pada masa ini menyebabkan golongan penoreh getah antara kumpulan yang berpendapatan rendah berbanding dengan sektor lain. Selain itu terdapat beberapa isu lain seperti isu penentuan Kandungan Getah Kering (KGK) untuk getah dalam bentuk cecair atau beku dimana isu ini telah menghantui industri getah negara sejak puluhan tahun dahulu. Isu dan perkara ini disebabkan kandungan KGK memainkan peranan penting dalam menentukan kadar harga serta kualiti getah yang terhasil bermula dari ladang sehingga ke kilang. Selama ini memang tiada suatu alat khas yang dapat menentukan KGK secara tepat dan pantas untuk digunakan oleh mereka yang terlibat didalam menentukan kualiti dalam industri getah. Hasil kajian dan ciptaan maka muncul sejenlis alai iaitu 'RRImeter' hasil inovasi terkini daripada sekumpulan penyelidik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang gigih membuat kajian. Menurut Timbalan Pengarah (Inovasi dan Penyelidikan) LGM, Dr. Zairossani memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kaedah penentuan KGK yang dibangunkan oleh agensi tersebut sebelum ini tetapi memiliki kekangan tertentu. Jelasnya beberapa kaedah yang sedia ada memerlukan tempoh yang panjang, kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi, prosedur yang rumit serta memerlukan kakitangan yang terlatih. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai alat RRImeter sebagai satu alatan mampu untuk menentukan KGK getah untuk rujukkan anda.

Dalam isu ini walaupun kaedah piawai penentuan KGK telah dibangunkan dan diiktiraf oleh badan tertentu namun keperluan analisis yang menitikberatkan faktor kecepatan ujian dan laporan, ketepatan, ujian yang ringkas serta kos yang rendah amat diperlukan. Apa yang lebih penting tentang peralatan tersebut dapat dikawal selia oleh LGM bagi mengelakkan sebarang usaha didalam menyalahgunakan kemudahan atau manipulasi sistem tersebut. Alat RRImeter merupakan kaedah analisis alternatif berasaskan teknologi NIR (Near Infrared) bagi menangani keperluan pengguna bagi menentukan kandungan KGK (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya NIR merupakan teknologi yang sering untuk digunakan dalam aplikasi pengimejan molekular, analisis farmaseutikal dan organik kimia, bioteknologi dan pelbagai lagi bidang. Pada masa kinisebenarnya terdapat pembuat mesin instrumen analisis menggunakan kelebihan dan keunikan NIR dalam menghasilkan alat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti serta menentukan kuantiti unsur yang terdapat dalam spesimen. Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kadar bacaan yang tepat dan pantas malah tidak menggunakan sebarang bahan kimia. Apabila menggunakan RRImeter juga kini tidak memerlukan kakitangan profesional yang berkemahiran tinggi untuk mereka mengoperasikannya. Penggunaan teknologi NIR membolehkan RRImeter menentu dan mengesan secara terus hidrokarbon yang terdapat di dalam sampel yang mampu memberikan kandungan sebenar KGK. Peranti itu bukan sahaja mampu menentukan KGK getah cair dan getah bekuan, malah aplikasi yang sama boleh digunakan untuk menentukan kandungan unsur-unsur lain yang terdapat di dalam getah tersebut.

Kajian selama dua tahun di LGM yang telah bermula pada tahun 2014 itu kini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya menguji hampir 5,000 sampel susu getah dan kini sedia dikomersialkan. Bagi tujuan tersebut diberitahu bahawa aktiviti kalibrasi (penentu ukur) menggunakan RRImeter sedang giat dilaksanakan bagi menentukan kandungan protein dan quebrachitol di dalam getah dan diikuti dengan pelbagai kandungan unsur dan sebatian mengikut keperluan industri (Sila lihat foto disebelah)Pada masa kini peranti berteknologi NIR seperti yang dicadang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sebagai contoh antara pengilang besar berasaskan agrikultur telah menggunakan teknologi tersebut bagi penentuan kandungan unsur produk, kawalan kualiti, pemantauan produktiviti dan pelbagai lagi. RRImeter ini digunakan bersama aplikasi teknologi NIR menawarkan penambahbaikan kaedah penentuan KGK iaitu satu akses pemantauan dan penentu ukuran secara dalam talian dan sistem laporan secara integrasi. Perkara ini sekali gus dapat mengawal manipulasi dan ketirisan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kini alat RRImeter telah sedia untuk dikomersialkan secara besar-besaran oleh LGM menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat dari luar negara dan dipasarkan oleh Matrix Analytical Solution Sdn. Bhd. yang merupakan ejen kepada pengeluar tersebut.

Pasaran getah dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang. Ini kerana pasaran getah dunia mengalami kesan kejatuhan kmoditi ini semenjak beberapa tahun lepas dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil getah. Kini pasaran getah Malaysia diunjur semula dimana dijangka meningkat minggu depan memandangkan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi komoditi itu lebih murah kepada pembeli. Peniaga berkata mata wang tempatan yang rendah menjadikan komoditi itu lebih menarik sekali gus mewujudkan permintaan baharu dari pembeli terutama dari luar negara. Laporan menunjukkan bagi minggu yang baru berakhir didapati pasaran getah tempatan pada awalnya mencatat prestasi bercampur-campur namun pada 15 November 2016 didapati harga telah melonjak ke paras tertinggi yang pernah dicatat pada Januari 2014. Jika dilihat berdasarkan mingguan, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 95.5 sen kepada 709 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 22 sen kepada 524 sen sekilogram. Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 melonjak 111 sen kepada 726.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 22.5 sen kepada 525.5 sen sekilogram. Peningkatan harga getah akan melegakan ramai penoreh dan pekebun kecil getah bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini. Peningkatan harga ini didoakan akan berlaku dalam jangkamasa yang panjang dan tidak tutun naik tanpa haluan. Pekebun kecil getah yang terjejas pendapatannya juga diberikan nasihat untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti seperti menanam cendawan, membuat projek industri asas tani, menanam tanaman kontan dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!!!!.
TANAMAN GETAH... INDUSTRI LAMA...
KADAR DALAM KGK... PERU DIPERIKSA...
ALAT DICIPTA... KUALITI DAPAT DIJANA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO KONGSI SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Hollidah Inn Melaka,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(20 Safar 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...