KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, November 25, 2016

FERTIGASI - SEDIAKAN BAJA SET A/B

TEKNOLOGI FERTIGASI dalam pertanian merupakan teknik yang semakin popular diamalkan oleh petani yang menanam sayuran dan tanaman kontan lain. Fertigasi (fertigation) ini sebenarnya berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi yang penulis faham adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Pada masa ini Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Terdapat banyak nama dalam fertigasi ini seperti Fertigasi Rakyat, Fertigasi Tertutup dibawah SPH (Struktur Pelindung Hujan), Fertigasi Gantung, Fertigasi Bantal, Fertigasi NFT dan banyak lagi. Dalam pada itu ada beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. Apa yang penulis tinjau dari banyak lokasi penanaman fertigasi, pokok akan ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) atau media lain yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Selain itu kaedah tanaman biasaannya akan ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga. Kaedah Sistem Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah. Teknologi Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional seperti bagaimana proses pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. FFertigasi juga memberi media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit dimana ini akan mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak. Sistem moden ini juga mampu untuk meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi dimana tiada masalah merumpai sekali gus akan dapat mengurangkan kos buruh. DAripada tinjuan penulis dibanyak TKPM yang menjalankan sistem fertigasi mendapati ia mamu penghasilkan kualiti hasil yang lebih baik dimana berlaku juga kadar penggunaan baja yang cekap. Pemerhatian dilokasi mendapati ia mampu mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30% dalam pemberian baja serta ia mampu untuk mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai. Beberapa petani mendakwa hasil diperolehi adalah lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda. Sistem ini memerlukan pengurusan tanaman yang lebih sistematik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sistem fertigasi dan kaedah menyediakan baja cecair Set A dan Set B sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam kaedah Fertigasi terdapat beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas yang juga dikategorikan sebagai 'Vertical Technology System'. Antara beberapa peralatan atau komponen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3-6 kali sehari selama 5-10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman. Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran. Dalam pada itu teknologi fertigasi amat sesuai dilaksanakan ramai petani untuk mengatasi masaalah defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Pada penulis industri pertanian memang perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing. Kini kerajaan melihat bahawa negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian itu program pemindahan teknologi dan cara tanaman seperti sistem fertigasi yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.


Pada masa kini penulis dapati ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam di rumah demi mendapatkan sumber mentah seperti sayuran dan buah-buahan dengan sendiri. Oleh itu kaedah fertigasi merupakan kaedah yang mudah untuk tempat yang kecil dan tidak mempunyai kawasan yang luas. disini saya ingin berkongsi kaedah dan tips mudah untuk melarutkan stok A dan B bagi kegunaan saudara di rumah. Baja Set A dan Set B boleh dibeli daripada pembekal tempatan sama ada yang berjenama atau tidak (Sila lihat foto disebelah). Pengetahuan tentang cara menyediakan larutan baja fertigasi ini adalah penting bagi memastikan tanaman kita mendapat nutrien yang secukupnya. Baja fertigasi lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B. di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Ia bergantung kepada berapa polibeg yang ditanam dirumah. Kebiasaannya baja 100L menjadi pilihan untuk fertigasi dirumah. Langkah pertama bagi anda untuk menyediakan pati larutan baja dimulakan dengan sediakan 2 bekas air bekas A dan bekas B (gunakan bekas atau baldi). Kemudian isikan 10 liter air paip kedalam setiap bekas dan . sekiranya di rumah tiada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu anda boleh gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi anda perlu masukkan sebanyak 5 botol air mengunakan botol dan lengkap 10 liter. Kemudian dimasukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam bekas baja pekat A dan B. Rendam plastik yang mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut akan betul-betul habis di tuang. Perkara ini perlu dilakukan kerana ada baja Mikro seperti Mo yang beratnya secubit, hanya mempunyai berst tidak sampai 1 gram. Kemudian kacau larutan sehingga sebati.


Seterusnya langkah kedua pula adlah dengan menyediakan air baja untuk siraman pokok. Mula-mula sediakan bekas berisi 10L air paip dalam bekas lain. Kemudian diambil 100ml pati baja A dan pati baja B masukkan kedalam bekas C dan kacau sehingga sebati. Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan kepada pokok sehingga berumur satu bulan. Antara beberapa tips penggunaan stok air baja adalah dimana Baja Set A selalunya ada baja mikro Ferum (iaitu sejenis serbuk warna kuning) dimana stok air baja A akan berwarna kuning. Manakala selalunya baja Set B adalah dimana stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih. Jika hendak menggunakan untuk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen) disyorkan agar ambil stok air baja set B dulu diikuti dengan stok air baja set A. Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yang teduh atau berbumbung untuk mengelakkan ia rosak. Jika simpan air baja set A dan B dirumah sebaiknya anda boleh simpan pati baja kedalam botol yang tertutup dan simpan. Bagi memudahkan mereka yang ingin membuat bancuhan baja Set A dan Set B boleh gunakan kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter. Berikut adalah formula membancuh iaitu kadar 1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air), Kadar 1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air), Kadar 1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air), Kadar 1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air), Kadar 1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air), Kadar 1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air) dan Kadar 1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air. Bagaimana pun mereka yang kali pertama membuat bancuhan perlu belajar daripada pihak berkenaan sehingga betul-betul mahir mengenainya. Beberapa kursus mengenai teknologi fertigasi diadakan untuk mendalamkan ilmu pengetahuan penanaman secara fertigasi. Wasallam!!!..
SISTEM FERTIGASI... POPULAR DIGUNA....
BANYAK KEBAIKAN... PERLU DILAKSANA...
MEMBANCUH BAJA... PERLU FAHAMNYA...
POKOK SUBUR... PETANI GEMBIRANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Fertigasi Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(23 Safar 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...