Support My Blog

Monday, November 7, 2016

GETAH - MENGATASI HARGA RENDAH

SEKTOR INDUSTRI GETAH merupakan salah satu segmen yang penting kepada ekonomi Malaysia dan beratus-ratus ribu pekebun kecil getah. Getah (Hevea brasilliensis) telah mula bertapak di Malaysia dengan tibanya beberapa biji benih pertama ke negara ini dari Brazil melalui London, Sri Lanka dan Singapura ditanam kira-kira dua abad yang lalu. Penanaman pokok getah secara komersial atau perladangan berkembang pesat sehingga pernah menjadi suatu identiti yang penting negara Malaysia dan menjadi pengeluar utama getah asli selama beberapa puluh tahun dahulu. Walau pun kini industri getah di Malaysia bukan lagi pengeluar yang terbanyak didunia tetapi peranannya masih menjadi satu cabang ekonomi yang masih penting. Perancangan yang lengkap serta sokongan logistik dan penyelidikan yang tepat juga telah membantu dalam usaha menjayakan industri ini. Tertubuhnya Pusat Penyelidikan Getah Asli Malaya pada tahun 1936 menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi oleh pihak yang terlibat terhadap penyelidikan dalam membantu industri ini. Asalnya objektif utama penyelidikan ketika itu adalah untuk mendapatkan klon pokok getah yang dapat menghasilkan lateks yang tinggi dalam masa yang singkat. Penyelidikan dari aspek untuk penggunaan sebahagian besar berlaku di luar negara sehinggalah selepas daripada kemerdekaan Malaya menjadi negara Malaysia. Dari aspek kimia didapati sehingga kini pelbagai bentuk getah asli telah dimodifikasikan bagi mendapat polimer dengan sifat dan ciri tertentu supaya sesuai untuk digunakan dalam industri pembuatan. Saingan yang kuat dari polimer sintesis (getah sintetik dari petrolium) juga telah menyebabkan sebahagian besar usaha penyelidikan getah kini telah difokuskan ke arah memperbaiki sifat getah asli supaya dapat menahan tekanan daripada polimer sintesis. Polimer getah asli dan sintesis wajar dilihat sebagai bahan industri yang saling bertukar ganti dalam industri pembuatan. Ciri dan sifat yang saling menampung perlu dioptimumkan dalam sesuatu adunan atau campuran bahan baru bagi memenuhi spesifikasi keperluan pembuatan yang semakin pelbagai dan kompleks. Harga getah tertinggi direkod pada tahun 2011 dimana selepas itu terus menurun sehingga mengusarkan ramai pekebun kecil kerana pendapatan mereka ada yang jatuh dibawah paras kemiskinan iaitu kurang daripada RM900 sebulan. Artikel malam Isnin ini selepas keletihan memandu untuk jarak jauh beratus kilometer saya berusaha menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk penting bagi membincangkan industri tanaman getah yang harganya rendah menjadi satu keresahan kepada sebahagian besar pekebun kecil getah.

Isu beberapa harga komoditi getah yang rendah pada semenjak tahun 2015 dan berterusan sehingga penghujung tahun 2016 menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil beberapa langkah perlu. Ini dilakukan dengan mengujudkan IPG atau pun Insentif Pengeluaran Getah yang dikelolakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Inaentif ini diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah dengan mendaftar kepada LGM dan mendapatkan kad untuk boleh mendapat kemudahan mendapatkan insentif ini (Sila anda lihat foto disebelah). Mereka yang telah mendaftar sahaja akan menerima bantuan kewangan terus dimasukkan dalam akaun bank mereka. Cara kiraan insentif ini adalah berdasarkan kepada harga getah semasa dengan formula tersendiri. Dengan mengambil kira harga getah semasa iaitu RM2.20 (Harga pada Jun 2016) maka seseorang itu akan mendapat insentif bernilai RM900 sebulan (250 kg hasil getah X RM2.20 sekilogram  X 1.8 ekar = RM900). Kalau luas pemilikkan kebun getah seseorang itu maka akan banyak insentif yang akan diterima. Insentif yang berjaya dilaksanakan ini membantu pekebun kecil dan penoreh getah mendapat imbuhan pendapatan bulanan bagi menyara ahli keluarga mereka.

Usaha untuk meningkatkan penggunaan domestik dipercayai mampu untuk dapat menangani harga getah rendah. Kini ada 3 buah negara (ITRC) yang merupakan mana ia adalah negara pengeluar utama getah dunia iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia. Ketiga-tiga negara ini pada akhir tahun 2015 sepakat mengambil langkah bersama bagi menangani isu harga getah yang rendah. Keputusan pada mesyuarat yang dilakukan di Jakarta pada 3 Disember 2015 itu ialah untuk meningkatkan penggunaan getah secara domestik di ketiga-tiga negara berkenaan. Antaranya adalah melalui pembinaan jalan dan jaringan pengangkutan seperti pembinaan jalan berturap getah yang akan menggunakan 300,000 tan getah untuk tempoh lima hingga 10 tahun mulai tahun ini. Dengan cara meningkatkan penggunaan getah secara domestik di ketiga-tiga negara utama pengeluar getah maka ia dipercayai akan dapat meningkatkan permintaan terhadap getah dimana ia sekali gus akan menstabil harga komoditi berkenaan secara automatik. Bagaimana pun apa yang menarik iaitu melalui pembinaan jalan berturap getah yang akan menggunakan teknologi campuran getah dalam sebatian bitumen itu akan menjadikan jalan raya lebih kuat dan tahan lebih lama. Jalan yang menggunakan kira-kira 4.2 tan getah beku bagi setiap kilometer (km) itu juga dikatakan lebih selamat kerana ia membantu untuk meningkatkan cengkaman tayar kenderaan. Bina jalan raya guna getah diumumkan bahawa Malaysia sudah bersedia mengguna getah untuk pembinaan jalan negeri sepanjang kira-kira 1,000 km mulai tahun ini. Kerajaan juga menggalakkan penggunaan komponen infrastruktur yang dapat membantu merangsang permintaan getah seperti penggunaan galas seismik beredaman tinggi untuk digunakan di kawasan yang terdedah kepada ancaman gempa bumi seperti di Sabah. 

Selain itu dilaporkan penggunaan getah sebagai pelapik galas iaitu antara tiang dan landasan dalam pembinaan transit aliran massa (MRT) adalah atu pilihan terbaik. Ianya untuk meningkatkan penggunaan getah pada peringkat domestik dengan kerajaan tidak berhasrat untuk mengimport produk getah tetapi mahukan ia dihasilkan secara tempatan untuk industri tempatan. Satu lagi inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk meningkatkan penggunaan getah pada peringkat domestik dengan menggalakkan penggunaan tayar celup berteknologi hijau. Tayar celup mesra alam berasaskan Ekoprena itu membolehkan tayar yang bunganya sudah haus itu akan dicelup untuk menghasilkan tayar dengan bunga baharu. Kini bagi setiap penghasilan tayar celup lori atau bas berteknologi hijau ianya hanya akan menggunakan kira-kira sebanyak 15 kilogram (kg) sahaja bahan getah. Statistik pada 2014 sahaja menunjukkan sebanyak 1.2 juta tayar celup digunakan oleh kenderaan terutamaan jenis kenderaan berat di Malaysia. Adaknya berapa banyak getah yang boleh digunakan untuk penghasilan tayar celup berteknologi hijau ini.  LGM sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta terutama membabitkan syarikat pengangkutan awam untuk menjalankan penyelidikan ke atas penggunaan tayar celup yang mesra alam dan meningkatkan penggunaan getah asli. Kini sebanyak 120 bas Rapid KL yang beroperasi di Lembah Klang menggunakan tayar celup berteknologi hijau sehingga 2017.  LGM telah menandatangani MoA dengan Nadicorp Holdings Sdn Bhd untuk membekalkan 500 tayar celup bagi kegunaan bas ekspres Konsortium Transnasional Bhd (KTB), anak syarikat Nadicorp, untuk tempoh tiga tahun sehingga 2018. Kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan tayar celup mesra alam ini mampu didalam mengurangkan penggunaan bahan api dan meningkatkan legi kesatu tahap keselamatan pengguna jalan raya. Kini apa pun yang penting adalah satu cara untuk meningkatkan penggunaan getah tempatan. Penggunaan tayar celup mesra alam itu dapat mengurangkan kira-kira 20 peratus kos tayar bagi setiap km. Katanya, dengan pengurangan kos tayar itu dan jarak bagi penggunaan sesuatu tayar dapat dipertingkatkan. Sebagai contoh, satu tayar biasa boleh digunakan sehingga jarak sejauh 20,000km tetapi dengan penggunaan tayar celup mesra alam ia mampu berjalan pada jarak penggunaannya dapat ditingkatkan sehingga 24,000km iaitu tambahan sebanyak 4,000km. Semua pekebun kecil berharap harga getah akan pulih semula apabila harga minyak dunia meningkat dan pengeluaran polimer sintetik getah menjadi kurang. Semua anda mendapat info bergun dari membaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!..

HARGA GETAH... RENDAHNYA DIA...
PEKEBUN PENOREH... BAGAIMANA...
PENGGUNAAN DOMESTIK...CARANYA...
BACA ARTIKEL... TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Rancangan Tanah FELDA,
Gususan Felda Jengka,
Bandar Jengka, Pahang,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...