KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, November 24, 2016

KUTU AIR - APA DIA?

KUTU AIR merupakan perkataan yang mempunyai pelbagai makna digunakan di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Dari beberapa rujukan yang penulis blog dapati, perkataan 'Kutu Air' ini mempunyai beberapa makna. Pertama adalah ia satu sebutan awam bagi sejumlah krustasea kecil penghuni air dan yang kedua ia digunakan untuk satu penyakit kulit dicelah-celah kaki atau tangan (Athlete foots). Dalam kes pertama apa yang dikatakan sebagai kutu air adalah hidupan bukan serangga dan tidak hidup sebagai sejenis parasit sebagaimana banyak kutu yang hidup di luar air. Semasa belajar di universiti dulu penulis ada juga diberitahu secara taksonomi, haiwan yang disebut kutu air termasuk dalam kumpulan atau pun genera Daphnia (iaitu sejenis hidupan paling umum), Cyclops, Bosmina dan Diaptomus. Kutu air sebenarnya merupakan sebahagian hidupan dari kumpulan Zooplankton yang terdapat didalam air. Hidupan ini adalah merupakan sumber makanan kepada hidupan air yang lain seperti untuk benih udang, ikan dan sebagainya. Kutu air berukuran panjang kurang dari setengah milimeter dan ianya menjadikan sumber makanannya adalah daripada berbagai fitoplankton dan juga sisa-sisa makanan haiwan lainnya (detritus). Ia agak sukar dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan jelas dengan menggunakan alat khusus seperti mikroskop. Terdapat banyak bentuk kutu air yang dilihat melalui alat mikroskop ini dan boleh dikenalpasti namanya. Penulis membuat beberapa rujukan untuk menulis rencana ini seperti daripada buku diperpustakaan dan juga nota kursus. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kutu air untuk dirujuk sebagai satu daripada bahan bacaan bagi menambahkan ilmu pengetahuan anda.


Sejak dulu kita dapat tahun bahawa kutu air sering menyerang kita terutama pada bahagian-bahagian tertentu ketika mandi menggunakan air yang mengandungi kutu air ini. Selalunya kita akan diganggu atau mendapat 'rasa gatal' yang mana ia ditimbulkan dimana keadaan ini akan membuat kita merasa tidak selesa. Ini menyebabkan kita merasa ingin terus menggaru-garu bahagian yang gatal dan menyebabkan kulit menjadi luka. Apabila kulit luka akan membolehkan kuman dan bakteria akan masuk kedalam darah seterusnya akan menyebabkan infeksi. Kesan infeksi ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan ia menjadi kudis dan bernanah. Ada orang yang tidak terkesan dengan kutu air sebaliknya ramai yang tidak tahan jika kena kutu air atau allergik. Banyak jenis kutu air yang hisup dalam air tetapi pada penulis bentuknya yang berbagai memang unik dan cantik dibawah mikroskop (Sila lihat foto disebelah). Kalau dilihat dengan teliti mangsa yang terkena kutu akan akan jadi dimana kawasan yang kena kutu air berwarna sedikit 'kemerahan' dan ujud rasa gatal-gatal. Sebaiknya jika ada tanda serangan atau alahan akibat kutu air dinasihatkan agar mangsa cepat-cepat mandi dengan air paip yang bersih (mengandungi klorin) dan sebaiknya mangsa menggunakan sabun mandi sepuas-puasnya. Air sabun akan membunuh kutu air yang melekat jika disapukan terus dan ini amat berkesan untuk peringkat awal rawatan mengelakkan alahan akibat kutu air. Penggunaan air suam atau air panas yang diambil daripada cerek atau daripada alatan 'heater' dibilik madi boleh mengurangkan rasa gatal akibat kutu air tersebut. Laluan atau siraman air panas juga akan membunuh kutu air yang melekat pada kulit.


Dalam kes kedua, Kutu Air adalah juga dimaksudkan dengan satu penyakit kulit yang sering menyerang celah jari kaki atau tangan (Sila lihat foto disebelah). Penulis sendiri pernah dahulu ada juga beberapa kali kena serangan kutu Air dicelah-celah kaki. Teringat kali paling akhir pada bulan Mei 2014 semasa melancong ke Eropah selama 10 hari. Ketika di London terpaksa mencari ubat untuk rawatan kutu air yang juga dinamakan sebagai 'Athlete foot' di London. Penulis dan ahli keluarga yang sentiasa berjalan di Bandaraya Prague (Republic Chec), London, Paris dan Amsterdam dalam musim bunga dengan kasut kurang sesuai menyebabkan berlaku jangkitan kulat air. Memang siksa semasa hendak berjalan akibat masaalah ini selain daripada kaki yang melecet. Salah satu punca serangan kutu air adalah akibat jangkitan sejenis kulat yang bernama Trichophyton rubum. Kulat ini sering selalunya menyerang di celah-celah jari kaki, tangan, kuku tangan ataupun kuku jari. Kalau sering pakai kasut dan berpeloh dalam stokin akan membolehkan kulat ini akan membiak dengan cepat. Terdapat laporan dimana pada kes lain kulat ini juga menyerang pada muka mahu pun pada bahagian kulit kepala. Kulat trichophyton akan semakin tersebar apabila rasa gatal yang dirasakan terus di garu-garu dan ianya luka. 


Cara menghindari terjadinya kutu air pada kaki sebaiknya terlebih dahulu menjaga kebersihan pada diri kita. Sebaiknya cuba usahakan untuk tidak memakai sandal atau kasut yang lembab atau basah kerana ia biasanya menyebabkan kutu air sering membiak di lokasi tersebut. Ketika mandi disyorkan agar anda mengelakkan bertukar pakai tuala yang telah ada kulat air kerana cara ini boleh mengakibatkan jangkitan kulat pada kulit kita dan badan akan terasa gatal-gatal. Jika kutu air sudah menyerang kita atau hinggap pada kulit kita sebaiknya mesti cepat dirawat. Gunakan ubat kutu air banyak didapat di farmasi yang berupa sapuan atau pun berupa tablet untuk dimakan. Cara menggunakan sapuan alcohol swap kemudian disapu dengan ubat anti-fungal mampu menawat masaalah kutu air. Jikaperlu sebaiknya sapu ubat pada kawasan yang terasa gatal atau yang terkena kutu air. Kalau ambil ubat jenis tablet dimasukan mulut dan minum air seperti aturan dinyatakan. Kalau gatal tidak hilang maka sebaiknya berjumpa doktor perubatan diklinik atau hospital untuk rawatan lanjut. Dua jenis kutu air yang dibincangkan dalam rencana ini merupakan hasil karya penulis 3 tahun dulu dan dikemaskini pada Nov 2016. Semuga pembaca blog Anim Agro Technologu ini memberi info berguna kepada anda. Sekian... Wasallam!.
KUTU AIR..ADA DUA MAKNA...
DALAM AIR... AMAT HALUSNYA...
KULAT DIKAKI... GATAL JADINYA...
DISAPU UBAT... CARA RAWATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 402, Hotel Hyde Park,
London, UK.
(2 May 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...