KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, May 8, 2016

RPW Lure - FEROMON KUMBANG RPW

RPW-LureTM merupakan satu bahan feromon yang sesuai digunakan untuk menarik kumbang RPW dewasa kedalam perangkap. Produk ini merupakan salah satu produk yang Syarikat Sekilas Karisma (Sila lihat foto diatas) yang telah perkenalkan semasa Majlis Rasmi Pelancaran Kempen Pengawalan, Pembendungan dan penghapusan Kumbang Merah Palma pada 7 Mei 2016 di Kg Baru, Kuala Abang, Dungun, Terengganu Peringkat Kebangsaan. KUMBANG JALUR MERAH merupakan sejenis kumbang yang akan menyerang tumbuhan palma terutama daripada keluarga Arecaceae. Kumbang RPW (Red Palm Weevil) ini mampu merosakkan tanaman seperti Pokok Kurma (Phoenix spp) dan Pokok Kelapa (Cocos nucifera) di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian dan beberapa akhbar tempatan. Ia juga menyerang tanaman palma lain seperti Bismarkia Palm serta berpotensi unutk menyerang tanaman kelapa sawit. Kerajaan melalui Jabatan Pertanian juga telah memperuntukkan sebanyak RM4.0 juta untuk kempen kawalan perosak RPW ini seperti mana yang diumumkan pada Febuari 2015. Beberapa siri penerangan dan kempen telah diadakan diseluruh negara bagi tujuan ini kerana jika RPW menyerang pokok kelapa sawit maka ekonomi negara akan terjejas. Kelapa merupakan tanaman ke 4 terpenting dalam negara selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Kelapa yang ditanam untuk pengeluaran buah kelapa dalam negara adalah seluas 87,500 hektar dengan menghasilkan sekitar 650 juta biji setahun bernilai lebih daripada RM500 juta. Jika tanaman ini diserang maka ramai petani serta estet akan mengalami kerugian dan negara tidak mempunyai bekalan kelapa yang mencukupi. Dalam sektor tanaman kelapa sawit pula, seluas 5.48 juta hektar ditanam dengan menghasilkan sebanyak RM63 billion setahun dan merupakan komoditi eksport utama dalam negara. Kini kerana kelapa sawit merupakan tanaman yang merangkumi 79% daripada keluasan kesemua jenis tanaman. Sejarah kemasukkan pokok kurma hiasan telah didakwa menjadi punca utama merebaknya RPW didalam negara. Ia dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan tidak sah atau berlaku salah salah tafsir semasa kemasukan bahan tanaman tersebut. Artikel pada petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk RPW-LureTM sebagai satu bahan feromon untuk memerangkap kehadiran RPW dan salah satu alternatif kawalan RPW dewasa.



Produk RPW-Lure ini mudah digunakan untuk tujuan memerangkap kumbang RPW kerana ia menarik kumbang dewasa betina yang masih muda berbanding dengan kumbang jantan. Bubuh RPW-Lure dalam perangkap sama ada menggunakan perangkap dibuat sendiri atau pun yang sedia ada dijual dipasaran. Bagaimana pun perangkap Coco-Trap yang mempunyai lubang akan memerangkap kumbang RPW ini dengan lebih cekap. Masukkan bungkusan RPW Lure dalam perangkap yang dipasang dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai lubang yang mana membolehkan ia digantung dalam kontena perangkap. Sebaiknya kontena ini diisikan dengan air seminggu sekali untuk membolehkan kumbang RPW dewasa ini lemas dalam perangkap. Digalakkan agar air ditukar dua minggu sekali. Satu perangkap RPW Lure ini boleh digunakan untuk keluasan 1 ekar (0.4 hektar) tanaman kelapa dan tanaman palma yang lain. 



Produk ini dinamakan sebagai 'Phermone lure of Rhyncophophorus ferrugineus'. Ia hanya mensasarkan satu jenis serangga sasaran khusus iaitu hanya satu jenis saja iaitu Kumbang Jalur Merah (RPW) dan tidak menarik serangga yang lain. Ditulis sebagai dispenser sebagai PVC Blister ia dibungkus dengan bahan aktif sebanyak 1.2 gram sebungkus. Baunya adalah seperti bau buah-buahan manis (Fruity) yang jelas. Bahan ini dikenali dengan nama kimia sebagai kombinasi daripada 4-Methyl-5-Nonanol dan 4-Methyl-5-Nonanone. Penulis dimaklumkan oleh syarikat tersebut dalam risalah iaitu tulisan kimia bahan adalah C10H22O dan C10H20O yang dibungkus dalam foil aluminium untuk mengekalkan kualiti penyimpanannya. Produk ini perlu disimpan dalam tempat sejuk yang gelap (cool dark place) seperti didalam peti ais untuk jangkamasa simpanan lebih lama. Ia didakwa boleh bertahan sehingga 4 bulan (field viability) seperti dilaporkan dari negara asal yang mengeluarkan bahan ini iaitu India.


Produk ini dijual dengan harga RM18.00 satu paket dan ia bergantung kepada lokasi jarak, jumlah dibeli, kaedah pembelian tunai atau sebagainya oleh pembekal Sekilas Karisma. Dalam penjelasan oleh syarikat ini pada masa ini ia mempunyai bekalan yang mencukupi. Syarikat Sekilas Karisma juga merupakan salah satu sebuah syarikat yang mengedarkan bahan RPW-Lure ini beralamat di11-2, Jalan Meranti SD 14/4, Bandar Damansara, 52200, Kuala Lumpur. Hubungi dengan menalipon 03-62721678 atau Fax: 03-62729526. Pengurus Syarikat pula Hj Hairun Harman boleh dihubungi dengan HP: 0193551432 atau email pada khairun@sekilaskarisma.com. Serangan RPW kini telah diistiharkan merbahaya dan menjadi ancaman kepada industri tanaman palma terutama tanaman kelapa dan  berkemungkinan kelapa sawit. Produk RPW-Lure ini boleh dijadikan salah satu daripada produk untuk menentukan kehadiran RPW di kebun anda dan sebagai satu kaedah kawalan oleh RPW. Semuga anda mendapat info berguna!. Wasallam!.
RPW-LureTM ... SATU FEROMON SAJA...
SYARIKAT TEMPATAN..PENGEDARNYA...
MUDAH DIBELI... SENANG DIGUNA..
SIAPA HENDAK... HUBUNGI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu,
Malaysia.
(7 Mei 2016) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...